Followers

Showing posts with label JUMAAT. Show all posts
Showing posts with label JUMAAT. Show all posts

Friday, August 19, 2011

RENUNGAN DI HARI JUMAAT : 'MANA MAK?'

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
.
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
.
Ateh menjawab, “Entah.”
.
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombr 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
.
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
.
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
.
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

*Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Friday, July 22, 2011

KISAH HARI JUMAAT SAYA

Hari jumaat yang basah..

Pagi-pagi hujan pun seronok juga..patut lah malam tadi nyenyak sangat tidor..Hujan lebat rupanya..sekarang jambatan Pulau Pinang dah tak jem.makluman kepada semua warga kota selain Pulau Pinang..sejak tiga lane ada jarang lah berlaku kesesakan trafik kecuali hari jumaat lah a bit slow sikit.hari lain laju jer trafiknya.itu pasal lah aku pukul 7.30 am baru nak pi kerja.heheee.
.

Gambar dalam entri ni semua pakai kamera Henpon sahaja..sejak akhir akhir ni kecintaan terhadap kamera sedia ada semakin berkurang..duk berkenan nak beli kamera baru ..tengok D7000 macam menarik..Insya Allah kalau ada rejeki nak sambar yang tu.tengok lah nanti macam mana..bukan ada masa sangat pun nak pi shoot gambar..as usual,tipikal reason-busy.
..

Sampai Opis on time jer selalu.aku nak ubah tabiat sebenarnya.kalau boleh nak mai opis awal sikit..dari tahun lepas berazam still tak berapa nak terlaksana azam aku tu..haishh..lapar lah pulak so keluar ke kedai Kak Noor depan Opis sana.layan makan Telur Separuh masak dua bijik ngan Roti bakar.comfort food..
.


Misi hari ni nak kemas Bilik pejabat aku yang dah makin berserabut..fail banyak berterabur entah ke mana..Memang nak kena susun betul betul..lagipun bilik aku ni kecik..harap workshop cepat siap then aku boleh pindah ke sana dan punya lebih banyak ruang untuk simpan dokumen..Hari jumaat ni rasa cepat sangat masa berlalu..pukul 12.30pm pi solat jumaat kat masjid Gelugor then sambung balik kerja sampai lah jam 6pm..
.


Sekarang aku dah jarang workout..dah lama sangat tak berlari since kaki aku injured..otot koyak..so petang macam ni rasa lapar pi cari makanan kat TESCO..makan Yee Mee Sixzling..lama sangat rasanya tak makan sizzling macam ni.sedap lah jugak..now aku tahu tempat mana ada mee sizling yang sedap..habis makan pi singgah Masjid seberang jaya sat..solat megerib dulu.
.


Lepas solat maghrib ingat nak balik rumah sekali ada Ustaz hassan pulak datang untuk beri ceramah.so stay lah dulu.kalau balik rumah pun duk tengok TV jugak.so dari tengok TV baik dengar ceramah agama..Insya Allah dapat kebaikannya..Ustaz Hasan cerita sambungan pasal kelas Israk dan Mikraj yang lepas..cerita kisah nabi naik sampai langit ke tujuh di Baitul Makmur dan sampai lah kepada kisah pensyariatan solat 5 waktu kepada umat islam..banyak input aku dapat..kalau rajin nanti aku share ngan korang.
.


Ceramah agama habis pukul 10pm..then baru solat Isyak Berjemaah.aku sampai rumah dekat pukul 11pm jugak..what a long day..rasa lapar balik dah..terus bukak peti tengok ada buah kiwi ngan strawberry..daripada buah ni buruk nanti baik aku makan.tengok kat icebox bahagian beku ada aiskrim vanilla pulak.terus la campur buat macam makan yogurt buah buahan.sedap wehhh.!!nanti boleh try makan lagi macam ni.sekian saja kisah hari jumaat saya.semoga terhibur.Selamat berhujung minggu semua!!

Ok dah ngantuk.Assalamualaikum.Bertemu lagi di lain ruangan.
.
bai.

Friday, July 8, 2011

TUHAN LEBIH SAYANGKAN DIA..

Semalam saya mendapat berita sedih.

Seorang jiran rapat di kampung halaman, telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya..kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah bas.kedua dua pemandu meninggal di tempat kejadian..Innalillahiwainnailahirojiun..saya terkesima tatkala mendapat berita tersebut.Tanpa saya sedar ada air jernih mengalir di pipi..Ja meninggal di tempat kejadiaan,dan Maa pula dikejarkan ke ICU di Hospital Kemaman..arwah boleh dikatakan rapat dengan keluarga saya terutamanya dengan mak..keluarga kami memang rapat sedari saya masih kecil dulu lagi.Takdir tuhan penentu segala..Tuhan lebih sayangkan Dia..Sama sama kita semua sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau.semoga Allah tempatkan rohnya di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Mengenangkan hal ini,terbit keinsafan dalam hati.

Apa yang kita miliki dalam dunia ni milik Allah segala-galanya..nikmat tubuh badan,kesihatan,harta benda dan apa jua yang ada sekarang semua milik Dia..bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik semua itu jika dia berkehendak..Kita sebagai Hamba tak punya apa apa.lansung tiada kuasa apa apa untuk menandingi kekuasaan Pencipta Alam semesta..Astaghfirullahalazim..

*Takziah saya ucapkan kepada keluarga maa dan pak said..semoga tabah menerima Ujian dan dugaan Allah yang maha hebat ini..saya turut merasa kesedihan yang kalian tanggung..Semoga Allah menempatkan Arwah di kalangan orang yang beriman dan diredhai nya.Ameen.


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185)

Friday, February 4, 2011

BEST CENDOL SAID SEBERANG JAYA

Selamat hari Jumaat..

Hari ni still cuti..Bestnya lepas subuh boleh sambung tidor..memang tak berapa nak cukup tidor gara gara malam tadi pukul 1 pagi pergi cari Nasi Kandar bawah pokok kat Butterworth..Tadi pergi sunway Carnival mall kejap sebab nak cari hadiah untuk majlis perkahwinan member aku esok..susah jugak nak buat decision nak beli apa.

1
On the way balik tadi nampak Cendol Said tepi jalan..dekat simpang empat berdekatan Hotel Sunway Seberang Jaya.actually aku kalau nampak Cendol said mesti menyinggah makan.Cuma kali ni aku baru tergerak hati nak buat review sikit pasal Best Cendol Said..

2
Tengahari macam ni panas jugak..singgah basahkan tekak minum cendol dulu pun best..tu yang aku menyinggah.

3
Aiseh.

Hajat di hati nak makan cendol jer.nampak pulak nasi lemak bungkus ambik lah sebungkus..Tersasar dari tujuan asal sangat.actually sebab buat cover makan pagi tadi macam tak kenyang.sedap jugak nasi lemak ni.seringgit dua ploh sen satu bungkus.

4
Cendol Said ni glemer lah di area seberang prai..biasa kalau kompeni aku buat majlis open house pun memang panggil pak said ni lah buat cendol.actually bukan ada cendol saja,Ais batu campur pun ada.,Biasalah,Cendol pasangannya Ais Batu campur.

5
Aku suka Cendol Pulut.ada Kacang merah jugak..licin satu magkuk aku Hirup.

6
Yang menambahkan kesempoian Tempat ni sebab bawah pokok jugak..angin sepoi sepoi bahasa..sebelum solat jumaat kejap lagi mesti ramai yang menyinggah.Dua tiga menjak ni suka benar aku buat review pasal makanan..aku suka makan.nak buat macam mana.dari dulu lagi Blog aku ni penuh ngan makanan.Hope you guys enjoy it..

Right now ada di Rumah..Nak siap siap ke masjid untuk solat jumaat.Lepas solat jumaat kejap lagi ada agenda penting..Lepas asar one of my best friend akan di ijabkabulkan dengan pilihan hatinya..Tahniah buat kamu..

*Tadi aku ada dapat SMS dari my bestfriend,Sam..Isterinya Angah dah masuk labour room untuk bersalin..Doakan semuanya selamat..Alhamdulillah melahirkan anak di hari jumaat..Berkat sungguh.Selamat menimang cahaya mata pertama yaa!!.I'm happy for both of you Sam dan Angah..Congratulations!!

Friday, August 20, 2010

BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT

Sabda nabi s.a.w

"يا أيها الناس، توبوا إلى الله، فإني أتوب في اليوم إليه مائة مرة

Maksudnya“Wahai manusia ! bertaubatlah kepada Allah s.w.t, sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah 100 kali sehari”. (riwayat Muslim)

Maka taubat adalah wajib bagi setiap muslim.

Firman Allah s.w.t : an-Nur :31
"dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya”.

Firman Allah s.w.t : at-Tahrim :8

“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,”.

Semua manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan dan tidak boleh merasakan dirinya selamat daripada melakukan dosa kepada Allah s.w.t.

Sabda nabi s.a.w

"كل بني آدم خطاء"

Maksudnya;“ setiap anak Adam melakukan kesalahan”. (riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majjah)

Walaubagaimanapun tidak ada masalah kalau manusia melakukan kesalahan, sebab memang manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan, tapi yang jadi masalah kalau manusia berterusan melakukan kesalahan.

Firman Allah s.w.t : ali-Imran :135

“dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”.

Sesungguhnya Adam a.s. melakukan kesalahan dan lalai tetapi segera bertaubat kepada Allah s.w.t, sebagaimana doa nabi Adam dirakamkan dalam al-Quran dalam surah al-A’raf :23“mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi".

Dan al-Baqarah :37

“kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat Yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.

Manusia melakukan kesalahan dan tergelincir ke lembah maksiat tapi dia mampu membersihkan diri dengan taubat. Taubat adalah penghapus dosa yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia untuk membasuh dan menyucikan dosa dan maksiat.

Firman Allah s.w.t :al-Baqarah :222

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri”.

Sabda nabi s.a.w

"التائب من الذنب كمن لا ذنب له"

Maksudnya;“ Orang yang sentiasa bertaubat, seolah-olah tidak ada dosa baginya”. (riwayat Ibnu Majjah, at-Tobrani dan al-Baihaqi)

Tapi apa makna taubat?

Taubat bukan sekadar ucapan lidah, sebagaimana yang sering kita sebut “Aku kembali bertaubat kepada Allah, aku kembali kepada Allah dan aku menyesal dengan apa yang aku lakukan”. Ini tidak dinamakan taubat.Taubat yang sebenarnya merangkumi beberapa perkara;

1) Menyesal kerana melakukan dosa

Rasa bersalah dengan dosa yang telah dilakukan, rasa bumi ini sempit, rasa tidak ada jalan keluar lagi kecuali kembali kepada Allah s.w.t.

2) Berazam tidak akan melakukan dosa itu lagi

Berazam dengan ikhlas untuk memperbaiki diri dan tidak akan mengulangi kesalahan yang sama lagi,berazam untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan tidak akan melakukan maksiat dan tidak akan kembali melakukannya sebagaimana susu tidak kembali lagi ke tempat keluarnya.

3) Melakukan amal soleh

Dengan cara menggantikan perbuatan buruk dengan perbuatan yang baik, kata-kata dusta kepada benar, suasana yang buruk kepada suasana yang baik dan sebagainya. Inilah yang perlu dilakukan kerana al-Quran mensyaratkan selepas taubat ialah iman dan amal soleh.

Firman Allah s.w.t:Maryam :60

“kecuali orang-orang Yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun”.Allah mengiringkan taubat dengan iman, kerana maksiat lebih- lebih lagi dosa besar boleh menghalau iman keluar dari hati.

Sabda nabi s.aw

لا يزنى الزاني حين يزني وهو مؤمن، ولا يشرب الخمر حين يشربها وهو مؤمن، ولا يسرق السارق حين يسرق
وهو مؤمن

Maksudnya;

“ tidak akan berzina seseorang itu kalau dia ada iman, tidak akan minum arak seseorang itu kalau dia ada iman dan tidak akan mencuri seseorang itu kalau dia ada iman”.

Maksiat zina, minum arak dan mencuri menghalau iman keluar dari hati seorang manusia. Oleh itu mesti memperbaharui iman dengan taubat dan melakukan amalan soleh, inilah resepi taubat.

Penghalang taubat

Apakah yang menghalang manusia bertaubat? Apakah yang melambatkan manusia bertaubat, perkara ini perlu diberi perhatian oleh seorang muslim supaya taubatnya tidak terhalang dan dilambatkan.

Antara penghalang taubat ialah

1) Panjang angan-angan

Manusia merasakan dirinya masih muda dan masih kuat dan menyangka umurnya masih panjang maka dia menunggu umur pencen untuk bertaubat.

2) Meremehkan maksiat

Meremehkan maksiat, menganggap dosa itu kecil, menyangka itu perkara biasa sahaja, semua ini tidak perlu ada pada seorang mukmin.Sabda nabi s.a.w;

"المؤمن يري ذنبه كالجبل، يخاف أن يقع عليه، والمنافق يري ذنبه كذباب وقع على أنفه فقال هكذا وهكذا

Maksudnya;“ Seorang mukmin melihat dosa itu seperti gunung yang akan menghempapnya, seorang munafik melihat dosa hanya seperti seekor lalat yang bermain-main di hidungnya dan menghalaunya begitu sahaja.(riwayat Bukhari, Ahmad dan at-Tirmizi)

Satu kisah untuk renungan,

“Seorang hamba Allah yang soleh sakit tenat, sahabatnya datang menziarahinya dan orang soleh ini menangis, sahabatnya bertanya; “kenapa kamu menangis? Sedangkan kamu tak pernah melakukan dosa besar dan tak pernah meninggalkan suruhan Allah? Maka jawab hamba soleh ini, “ aku menangis bukan kerana itu, tapi aku menangis kerana aku takut kalau aku melakukan dosa dan aku menyangka ia kecil sahaja tapi sebenarnya di sisi Allah adalah besar”.

Kata ulama salaf“ janganlah kamu melihat kepada kecilnya maksiat yang dilakukan, tapi lihatlah kepada besarnya zat yang kamu melakukan maksiat kepadanya”. Yakni Allah s.w.t.

3) Bertawakkal kepada pengampunan Allah
Manusia yang melakukan dosa kemudian bertawakkal kepada pengampunan Allah, seperti katanya; “tak apalah lakukan dosa, Allah kan maha pengampun dan penyayang,rahmat Allah kan luas?” dan macam-macam lagi. Ingat jangan kita tertipu dengan syaitan, jangan kita hanya melihat kepada keampunan Allah semata-mata, tapi lihat juga kepada azab Allah yang sangat pedih, memang rahmat Allah itu luas, tapi untuk siapa?untuk orang yang bertaqwa, untuk orang yang melakukan kebaikan.

Firman Allah s.w.t: al-A’raf :156

"Dan Tetapkanlah untuk Kami kebaikan Dalam dunia ini dan juga di akhirat, Sesungguhnya Kami kembali (bertaubat) kepadamu".

Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa Yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang Yang bertaqwa, dan Yang memberi zakat, serta orang-orang Yang beriman kepada ayat-ayat kami.

Firman Allah s.w.t: al-A’raf :56

“dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan Segala Yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga Dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang Yang memperbaiki amalannya”.
Akhir sekali orang mukmin perlu berada antara harap rahmat Allah dan takut azab Allah.

Firman Allah s.w.t:az-Zumar :9

“Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?

Firman Allah s.w.t: al-Isra’ :57
“orang-orang Yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang Yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; Sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara Yang semestinya) ditakuti”.

Marilah sama-sama kita menyegerakan taubat dan memperbaiki kesalahan kita, dan mudah-mudahan Allah s.w.t menerima taubat kita sebagai taubat yang nasuha.

Mudah mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

***************************************************

Maaflah kiranya entri ini agak panjang untuk di baca..aku sekadar berkongsi peringatan dari Ustaz Hassan Basri Haji Abdullah..Anggaplah ini antara makanan Rohani kita dalam Bulan Ramadhan..Bila aku muhasabah diri,nyata aku telah terlanjur dalam pelbagai perkara..Kita memang tak boleh jadi Orang lain tapi kita boleh ubah diri kita untuk berubah menjadi orang yang lebih baik..masih belum terlambat bagi aku untuk kembali ke pangkal jalan..Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun..Astaghfirullahalazim..

*Ya Allah..kau tetapkan lah hatiku..berilah aku petunjuk dan Hidayah Mu untuk aku jadi Hamba Mu yang bertaqwa..Kau bimbinglah aku ke Jalan yang Engkau Redhai..Ameen..

Friday, June 18, 2010

HIDUP TANPA MATLAMAT IALAH HIDUP TANPA TUJUAN

Salam Jumaat salam penghulu hari..

Hari demi hari yang kita lalui,tanpa sedar kita makin di mamah usia..Cumanya berapa ramai di antara kita yang benar benar tahu apa yang diingini dalam kehidupan??apa matlamat sebenar dalam hidup kita?aku yakin ramai di antara kita yang ingin berjaya di dunia dan juga di akhirat.tiada salahnya,cuma benarkah perbuatan kita seiring dengan matlamat yang di cipta??(Orang putih kata 'action speaks louder than words')

Dalam hidup kita,seharusnya kita punya matlamat.aku tahu semua orang ada matlamat tersendiri..tapi kita kena ingat,matlamat tidak boleh kabur dan tidak spesifik..kelak kita akan teraba raba dan terumbang ambing dalam mengejar matlamat yang kita sendiri tidak pasti..alah,macam main bola jugak(demam FIFA WORLDCUP..hehehe)..kalau takder matlamat nak sumbat gol,konpem pemain pemain akan berlegar legar dalam padang 90 minit tanpa arah tujuan..menghabiskan masa dan tenaga sebegitu saja..That's why penting bagi kita untuk menetapkan matlamat yang spesifik dalam sela masa yang tertentu.

29368_125570334148622_100000869671111_138260_2720186_n

Baru ni aku terbuka album lama masa zaman belajar dulu..Gambar kat atas ni merupakan Target aku masa Final Exam di Uitm 4 tahun yang lalu..actually zaman belajar dulu setiap semester aku akan buat target yang spesifik sebelum exam,supaya aku dapat fokus dan capai apa result yang aku nak.(Alhamdulillah result setelah final slightly higher than the target itself..).Dulu masa zaman belajar aku ada terbaca satu karya Maxwell Maltz,dia kata dalam setiap badan manusia ada satu mekanisme dalaman yang berfungsi untuk memandu kita ke arah matlamat yang kita tetapkan.Mekanisme tersebut hanya akan berfungsi sekiranya kita ada sasaran yang jelas..That's why aku keep doing target every final exam yang datang,dan memang aku tetapkan target yang spesifik.

Tapi itu cerita lama.

Target yang aku buat tu merupakan target janga pendek,yang dapat di capai pada masa tu sahaja..Sekarang bila bicara pasal kehidupan,Matlamat kita seharusnya lebih meluas dan lebih berbentuk subjektif..terlalu banyak yang kita nak buat dan kita nak capai.aku pun macam tu juga..Cumanya,apa yang boleh kita lakukan ialah menetapkan matlamat dalam satu jangka masa dan cuba cari cara untuk capai matlamat tersebut.Aku yakin tanpa batasan waktu konpem kita just akan berlengah lengah dan akhirnya matlamat akan terkubur begitu sahaja..yang penting set kan Matlamat yang realistik,matlamat yang spesifik..dan jangan sesekali takut untuk mencuba.

Apa matlamat aku?

Kalu aku nak list kat sini macam tak sesuai,sebab ada matlamat tertentu yang aku nak simpan sendiri dan aku akan cuba untuk capai dalam waktu yang aku sendiri tetapkan..Hope aku akan dapat capai semua matlamat yang ada.ada matlamat jangka pendek dan juga matlamat jangka panjang..sama ada dalam 5 tahun lagi,atau 10 tahun lagi,atau 20 tahun lagi,as long as kita punya matlamat aku yakin kita akan terdorong ke arah itu.

Bagaimana pula dengan matlamat hidup anda??

Friday, May 7, 2010

ALLAH TAK PERNAH JADIKAN SESUATU PERKARA ITU SIA-SIA

'jim,ni surat 'cinta' untuk kau..dah lama ayah terima ni.kebetulan kau ada kat sini baru lah ayah dapat bagi pada tuan empunya diri..'
Ayah menghulurkan satu surat pada aku..dalam hati tertanya-tanya,surat dari siapakah ini..surat 'CINTA' seprti yang di istilahkan ayah seperti punya pengertian lain..ada yang 'admire' pada aku dalam diam kah?entah..aku malas mahu menduga..Perlahan lahan aku buka sampulnya..
'Haaaaaaaaaa..SAMAN lagi????
Kali ni aku benar benar geram..seingat aku tahun lepas sahaja aku sudah berhabis rm900 untu melangsaikan saman Trafik..entah apa yang tak kena asal aku bawa kereta pasti akan kena saman..paling kurang pun saman majlis bandaran atas kesilapan parking,walaupun aku parking 5 minit semata-mata nak mengambil duit dari mesin ATM berdekatan..kadang kadang mahu mencari Parkir bukan kerja mudah di tengah bandaraya..Nasib selalu tidak menyebelahi aku.
Aku terus merungut dan merungut..Bukan apa,sesungguhnya aku amat tidak berpuas hati dengan saman yang asyik di keluarkan Polis..paling aku geram bila di saman melebihi had laju kebangsaan 110 km/j,bila tercatat laju yang aku bawa 118 km/j..Kadang di Lebuh raya 120 km/j terasa seperti sangat lembap.tapi aku malas nak bising lagi sebab salah tetap salah.
Dalam pada aku terus-terusan mengecam saman yang aku dapat itu,perlahan-lahan Mak tarik tangan aku ke satu sudut di dapur.Aku mengikut sahaja tanpa banyak soal..
'Zim..Ni mak nak cakap sikit ni..Setiap sesuatu yang Tuhan buat tu sentiasa bersebab..sentiasa ada Hikmah..Tuhan tak pernah jadikan sesuatu perkara itu sia-sia..' Itu mukaddimah yang emak bagi.
Aku bukan tak mahu dengar..tapi setiap kali apa apa terjadi itu lah yang akan emak pesan..aku dah lali benar dengan kata-kata itu.memang,aku akur bahawa setiap apa yang terjadi ada Hikmah tersendiri..cumanya aku gagal untuk jejaki di mana hikmah itu bersembunyi..sebab itu aku seakan menolak bila kata-kata ini di ulang-ulang kembali.
'Jim nak tahu tak.Allah jarang sangat berikan apa yang kita mahukan dalam dunia ni..sebaliknya Dia akan berikan pada kita apa yang kita perlu..' sambung mak lagi..
Aku hanya mampu terdiam di sudut itu.
'Pasal Saman tu,Cuba zim pikir balik..ada tak zim dah terpakai atau tersalah guna sesuatu yang bukan milik kita?kebarangkalian itu ada kan..Jadi tuhan mungkin membalas balik apa yang kita buat dengan pendekatan Saman yang zim kena bayar..Cuba zim halusi kembali..mesti ada tersilap di mana-mana,yang menjadikan punca pendapatan dan rezeki kita ni tidak berkat dan pasti akan habis di mana-mana sebegitu sahaja..' mak cuba mengingatkan aku..
Aku berfikir sejenak..ada betul juga apa yang mak kata tu..
'Maksud mak,Tuhan mengambil balik apa yang kita ada dengan cara yang lain?? aku bertanya
Mak hanya tersenyum sambil mengangguk..Sebetulnya pada masa yang sama dia sedang menyiang Ikan,untuk makan tengahari.Kiranya Tazkirah ini bertempat di dapur sebelum masa makan tengahari tiba..
'Kalau ikutkan apa yang mak kata tu,saya rasa memang ada silap saya..seringkali juga saya pakai telefon pejabat luar dari kerja rasmi..seringkali juga saya buat sesuatu yang lain pada waktu bekerja..dan seringkali juga saya tidak menepati waktu dalam tempoh bekerja..kadang kadang masuk lambat dan kadang kadang sengaja untuk berlengah-lengah..' panjang lebar aku memberitahu mak perkara sebenar.
'zim,“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. begitu juga dengan keburukan yang kita lakukan ..mungkin dengan saman yang zim kena bayar tu dapat mengimbangi segala perbuatan yang tidak berkat di pejabat,mana kita tahu kan..Itu semua kerja Tuhan..Allah maha berkuasa dalam menentukan aturan setiap makhluknya..' Mak menambah lagi,dan kali ni kata-kata itu benar benar menyentuh hati dan perasaan aku..
'Apa yang mak cuba nak bagitahu,kalau boleh jika ada apa apa terjadi jangan asyik nak menyalahkan takdir atau orang lain..Cuba lihat diri sendiri dahulu..mesti kita ada buat salah dan silap di mana-mana hingga Tuhan jatuhkan Dugaan dan cabaran pada kita..Allah tak pernah buat sesuatu sia-sia,dan Allah juga tak akan timpa kan sesuatu pada Hamba-Nya jika dia tahu Hamba-nya tidak cukup kuat untuk harungi dugaan tersebut..yang penting kita kena muhasabah diri sendiri dan cuba cari jalan untuk jadi Insan yang lebih baik di masa akan datang..Tuhan itu Maha Kaya Zim..Yakin lah dengan Janji Tuhan..Buat baik akan di balas baik dan Begitu lah sebaliknya..Bukankah Tuhan Itu maha Adil??..Zim faham kan apa yang mak cuba sampaikan ni?
Aku mengangguk lemah.
Dan kali ni aku bermuhasabah sendiri..
Betapa kerdilnya aku rasa diri ini..Sedangkan dugaan yang sebegini kecil pun aku sudah merungut,apatah lagi jika Tuhan timpakan sesuatu yang lebih besar di kemudian hari.Mendengar kata kata mak itu cukup untuk menjadikan aku sedar dengan kedhaifan diri..Kita hanya Makhluk yang cukup lemah..Allah maha berkuasa..segala sesuatu yang Dia buat dan aturkan semua telah tertulis di Loh mahfuz.Siapa lah kita untuk mempersoalkan kerja Tuhan.
Astaghfirullahalazim..
*Terima kasih mak atas peringatan.kadang saya leka mengejar dunia dan di saat itu kau akan muncul membawa aku pulang ke tanah asal..

Friday, November 13, 2009

FROM CEBU,PHILLIPHINES WITH LOVE

It's Friday the Thirteen..

Just wake up today This Morning with the Big SMILE on my Face..waiting for something good to happen again.It's good to wake up with a smile you know,because it will affect your mood for the Whole Day..so,keep smiling and Grinning..:)..i wish all of you to have a Better day.

souvenir from Philliphines

thanks to my Colleague!

Happy Friday everybody!!and happy weekend..

Friday, October 9, 2009

HIDUP HANYA PERSINGGAHAN,BUKAN DESTINASI

Jumaat.

Hidup kita mesti bermatlamat.Tanpa matlamat,tiada tujuan hidup yang khas mampu kita cipta.Makanya tiada apa yang kita akan capai andai kata dari mula lagi tidak membina matlamat.Kadang dalam hidup menuturkan kata-kata memang mudah,namun untuk merealisasikan sesuatu memerlukan kesabaran,ketekunan dan ketabahan yang tinggi..Teruskan berusaha,tetapkan gol sendiri,dan yakinlah dengan pertolongan Allah-kelak pasti kau akan gapai semua yang kau mahu..Insya Allah.

Tapi aku pasti,Yang tak semua orang mampu capai apa yang di cita,mampu genggam apa yang di idam.Tuhan sudah suratkan segala sebab musabab untuk DIA tidak anugerahkan segala usaha kita dengan kejayaan..Mungkin bila sudah menggapai bintang,kita akan tersasar dari Landasan yang Benar..Siapa yang Tahu..Allah Maha Mengetahui tiap sesuatu yang Dia rencanakan.Tinggal kita sebagai Hamba,harus terus-terusan mencari Redha-Nya tanpa henti..

Hidup tak selalunya Indah.
Langit tak selalunya Cerah.

Cari lah Redha Allah..Nescaya kamu akan beroleh kebahagiaan.

a

*Gambar Hiasan(@ Redang-9th August 2009)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails