Followers

Showing posts with label DIA. Show all posts
Showing posts with label DIA. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

FOOD REVIEW : RESTORAN DIN IKAN BAKAR, KEPALA BATAS P.PINANG

Sambungan dari entri sebelum ni..

Daripada Transfer Road Penang kami bergerak menuju ke seberang pula..Singgah solat di masjid Seberang jaya sebab waktu zohor dah masuk.Cuaca sangat cantik..dan sangat panas juga..Dulu selalu ada course di Bertam Golf Resort.tapi sekarang kitorang dah banned Bertam Golf Resort atas sebab sebab tertentu maka tak ada lagi kursus yang dijalankan di situ.


Tengok awan.sangat cantik.Subhanallah!


Selamat Datang ke Kepala Batas


Jam menunjukkan pukul 2pm lebih..orang masih ramai membanjiri Restoran ni.actually aku selalu dengar orang duk sebut sebut pasal this Restoran tapi tak pernah tergerak hati pulak untuk singgah.hari ni sebab ada teman maka semangat sikit lah nak rasa makanan di sini.Lokasi ada aku share kat gambar last sekali sebagai rujukan.


Mula mula melangkah masuk Restoran aku duk snap snap gambar lauk pauk..Pakcik ni mai angkat Udang then suh snap gambar dia..haha.lawokk..pakcik ni nak glemer la tu kan..hehe.beliau bertugas di sini sebagai jurubakar.(ehhh ada ek jurubakar??)


udang yang belum dibakar ya tuan tuan dan puan puan


Ni udang yang dah dibakar.terliurnya!!


Ketam pun ada!


Sotong Bakar


Ayam ni besar sangat..kalau datang sorang tak larat la nak habiskan.


Ikan jenahak


Daging yang sedang di bakar


Banyak lagi bahan bakar yang lain tapi aku tak snap semua lah..


Selain daripada Ikan bakar dan seafood bakar. side dish di Restoran ni ialah Kuah Kari, Kuah sup daging, Kerabu campuran, Ulam ulaman,budu belacan tempoyak,Telutr Ikan dalam Kari pun ada..Biasa akan ada dalam satu mangkuk dan kita just ambik saja satu mangkuk untuk makan berhidang.


Lauk pauk yang menjadi pilihan kami


Daging bakar, Sotong Bakar dan Udang bakar.Sos merah itu sangat setapppppppp!!


Berkenan tengok terubuk panggang.ambiklah satu bahagian kecil


Side Dish yang ada


Untuk alamat lanjut sila rujuk pada frame atas kepala aku tu.lengkap!


Dan as usual lah, makan tak elok membazir..kenyang makan hari ni..kami order air pun air buah tembikai satu jug..minum dua orang terpaksa habiskan jugak lah kalau tak membazir pula..Overall makanan kat sini memang sedap.patut lah orang tak putus putus datang.


Buah limau Complimentary dari pihak Restoran



Atas ni aku sertakan peta untuk ke Restoran Din Ikan Bakar Kepala Batas..in case orang yang duk luar dari Penang(atau yang duk dalam penang tapi tak pernah singgah) dan teringin nak datang..at least boleh di jadikan rujukan..(kredit pada orangkecilorangbesar.blogspot.com).Lain kali aku nak datang lagi to this restaurant, nak rasa telur ikannya pula..Selesai makan terus lah balik ke rumah..kenyang perut suka hati!:) Alhamdulillah.

“Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.” (Al-Quran, surah al-Baqarah: ayat 168).

FOOD REVIEW : ROTI BAKAR + ROTI CANAI BANJIR @ TRANSFER ROAD PENANG

Kisah Hujung minggu lalu.

Hari Ahad.Lepas subuh aku tidor balik..terjaga jam dah menunjukkan pukul 10am! terus melompat dari katil dan menuju ke bilik air sebab sebenarnya pagi tu aku ada janji dengan seseorang untuk sarapan pagi sama sama..Nasib baik lah dia tak merajuk sebab lama tunggu..Maafkan saya..Malam tadi ada BBQ dinner ngan kengkawan..tidor lewat tu yang letih semacam..Tanpa buang masa terus aku masuk ke Pulau sebab dia janji nak bawa aku pi makan roti bakar dan roti canai yang sedap..


So here we are at Transfer Road penang.first time arrived ni!


Nampak tak KOMTAR belakang tu??dekat ngan Town


Jam dah menunjukkan jam 11am..ingatkan kedai sarapan pagi kat Transefr Road ni dah tutup.Tapi tawakkal sahajalah kepada Allah.kalau ada rejeki boleh aku merasa makan..Alhamdulillah memang ada lagi rezeki kami..Warung roti bakar dan Roti Canai ni still open.


Kopi O saya dan Teh Tarik dia


Dan ini lah dia Roti Bakar yang femes di sini..aku mintak yang ada telur dua bijik like this..Harga satu set RM2.50..yang menjadikan ianya spesel sebab Roti benggali tu dibakar pakai arang ..bukan pakai elektrik ya macam toaster..Rasanya like roti bakar dan telur lah kan..nak rasa camana lagik..but slightly sedap dari yang lain probably because Roti bakarnya pakai arang..so tradisional yet it so delicious!


Mai jemput makan telur


Dalam sekelip mata Roti Bakar dan Telur Goyang satu set habis licin aku baham.tapi masih terasa lapar..dia cadangkan aku mintak Roti Canai pulak..Tapi memang teringin nak rasa Roti canai di sini.


Kedai Roti canai satu baris jugak dengan Roti bakar tu tadik..so order lah satu set kuah banjir lauk ayam..


Dia pun makan Roti Canai tapi lauknya daging..aku minta kuah banjir ngan lauk ayam..mula mula tengok masa workers at this restaurant hantar Roti canai terkujat kejap sebab kuah yang diletak memang banyakkkk gilerrrr..memang boleh buat hirup macam soup.kalau korang nak taw tokey Roti Canai tu makan Roti Canai kuah berladung banyak..aku duk sebelah tengok jer dia duk hirup..heheee..maybe tu memang cara diorang makan Roti Canai.


Kesimpulannya??Sangat sedap lah ini Roti canai!marveles!terbaik dan mantap ..lepas ni aku taw mana nak cari Roti canai yang sedap.Terima kasih awak bawak saya makan di sini..kalau ikut kata hati mau nak sebijik lagi roti canai tapi sebab dah terlebih makan so diam kan aje lah..sat lagi dia kata aku ni macam ada bela jin pula..lain macam jer berselera pagi ni..:p


Pinggan yang dicompile bukti ramai pelanggan datang


Masa kitorang duk tengah makan ada sorang omputih duk sibuk ambik gambar Warung Roti bakar dan warung roti canai ni..nak buat review pasal makanan di Penang kot.just a wild guessing.Then tetiba omputih tu ambik gambar kami berdua..entah kat mana lah agaknya dia nak siarkan..Untung untung leh masuk majalah.hehe..kitorang sporting bab bab bergambar ni.pantang nampak kamera mesti nak pose..dont worry be happy.:)


Korang nampak tak Malilia bakery punya kedai bertentangan dengan Warung roti canai dan warung Roti bakar..kat situ lah depa duk ambil roti benggali wat meniaga dari situ..Roti benggali buat cicah sup pun sedap!!(alamak terliur pulak nak makan Roti Benggali dan sup Bismi di Padang Brown)



Overall aku suka lah sarapan pagi di warung tepi macam ni..sometimes tak perlu nak cari fine dining pun untuk makan yang sedap sedap..Roti Bakar dan Roti Canai Transfer road terbaekkkk lah!!macam mana nak ke Transfer Road?korang tanya GPS lah yek sebab GPS aku agak rosak ni..kalau nak pi lagi sekali Insya Allah aku sampai tapi nak eksplen kat korang aku tak reti.

Selamat mencuba!!

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)

*Habis sarapan pagi kami ke Restoran Din Ikan Bakar di Kepala Batas pulak.pun aku tak pernah sampai..nak jugak merasa makan Ikan bakar di situ. ni baru betul jalan jalan cari makan di hujung minggu..:)

Thursday, June 23, 2011

MEET UNCLE KENNY & GREEN LANTERN

Cerita minggu lepas..sebelum outstation ke PD seminggu.

Hari jumaat ( 17 Jun 2011 )


Kerja kat Stesen always ada..nak siapkan itu ini..tambah lagi stesen tengah block outage lagi lah macam macam perkara nak kena buat..ni staff bahagian aku tengah pasang stream number 3 untuk Water Treatment Plant..backup in case bekalan air tak cukup untuk start up.Alhamdulillah semuanya dah berjalan lancar..Balik dari stesen dekat nak maghrib dah.


Dari stesen aku ke Sunway Carnival Mall..ada temujanji dengan seseorang.selepas solat maghrib tengah tengah round depan Starbuck terjumpa Shafik ngan Wife dia ..shafik ni member Nikli,kenal kat Twitter dan jugak aku first time jumpa masa akad nikah nikli..nice to meet you!!apa link blog ko ekk?


Akhirnya orang yang aku tunggu sampai..kami pi makan kat Kenny Rogers..lapar..spo decide untuk makan kat sini..kalau tak silap aku manager This Restaurant Abang kepada Yus,Isteri Nikli.tak taw lah rakut dah bertukar cawangan ker apa ker.


Less fat,less salt,less calories..Kata mereka.


Air mineral ngan air apa kebenda ntah.tak ingat lorr..


Kalau sebut Kenny Rogers mender yang aku paling suka pasal this Restaurant ialah Muffinnya..Muffin Vanilla sahaja.memang pehhh dan terbaik.muffin lain aku tak suka.masa kami datang muffin vanila tinggal satu jer..terpaksa lah ambik muffin Cekelat satu..


As usual order Quarter meal..


Order aromatic rice as Side Dish tapi dah habis so tukar lah ngan Potato salad.masalahnya boleh pulak diorang buh Potato salad dalam dua dua plate.Common sense lah korang pun.servis agak kurang kat sini..lambat dan tak menurut arahan.sedih sebab Caj servis mahal okeh.so kenapa tak mau servis Customer bagus bagus..


Buah as a Dessert


Kat Sunway Carnival Mall ada The return Amazon.Ramai betul orang duk tengok ada dua budak menari...best jugak layan kejap.


Jalan jalan boleh pulak terjumpa patung superman takder kepala.so ambik lah gambar.hahaha.lawak plak gambar ni aku tengok..ada tagline MY DAD MY HERO sempena Fathers Day yang disambut pada 19 Jun 2011..(Rujuk my previous entry tentang sambutan hari bapa my dad)


Movie jam 10.15 pm.tengok citer GREEN LANTERN..kesimpulan dari cerita ni aku sarankan kan korang jangan lah pi tengok.agak mengarut dan crap.Jalan ceritanya agak lembab dan lambat..action ada sekejap sekejap jer..kalau korang nak tengok Ryan Reynold tu boleh la,heroin pompuan aku tak cam sapa..tapi This Movie totally tak best.aku even tak tengok sampai habis pun.terus keluar 3/4 cerita.Balik rumah then terus tidor.zzzzzzzzzzzzzzzz

Sekian.nanti aku cerita lagi kalau ada masa.bai.

Monday, June 13, 2011

FOOD REVIEW : AZIZ MEE UDANG PAK NGAH SG.DUA PART 2

Hari isnin menjelma lagi.

Hari ni hari first sekolah bukak..jalan raya yang sejak dua minggu ni tak berapa nak sibuk kembali sibuk..musim kahwin pun dah berakhir..Alhamdulillah.Tahniah kepada semua pengantin baru..Masuk kerja hari ni dengan penuh semangat,walaupun tahu kerja sangat banyak nak di selesaikan.one step at a time..buat satu satu lama lama siap lah kan..kita bukan robot nak setelkan semua benda cepat cepat..


As usual,lupakan dulu soal kerja..jom cerita bab makan lagi.Malam tadi sekali lagi aku menjengah warung Aziz mee Udang Pak Ngah Sungai Dua.tapi ni bukan kedai yang sama aku pergi aritu.nama sama,cuma lokasi nya berlainan.Restoran ni dari Highway kena masuk ke dalam sikit..ada signboard Bawal Goreng Panas..kat situ lah kedainya.
.


Datang warung mee Udang sure lah kena Order mee Udang.tapi ni bukan aku punya.Dia yang punya..kami sama sama kelaparan masa ni sebab dah pukul 10 lebih baru nak makan..Order Udang laut.boleh tahan besar lah jugak.biasa satu mangkuk macam ni 3 ekor jer.tapi kali ni Order mintak 5 ekor..tak baik tamak tamak..tapi dah sebab lapar kan.haha.rasanya sama macam mee udang hari tu jugak.sedap!
.


Ok aku pun tak paham.lately,bukan lately lah.,sejak tahun ni aku perasan aku suka minum Kopi O.adakah tanda tanda penuaan mula terasa??wallahualam.tapi memang kalau pi kedai biasanya aku akan order Kopi O.dulu biasa order Tea O saja.tak elok lah minum kopi banyak sangat.Caffeine banyak..kena kurangkan jugak.yang penting kena kopi pahit.aku tak suka manis manis sangat..
.


Aku Order Nasi Goreng Udang + Telur Mata.
.

Udang nya dibuat asing..pun 5 ekor jugak
.


Sedap Udang sambal ni habaq hang!!dah la Udang nya boleh tahan besar..pekena pulak ngan nasi Goreng memang mengancam habis..Jenuh nak mengopek kulit jer lah jawabnya.masa makan masing masing senyap sebab khusyuk ..tak toleh kiri kanan dah.
.


Tak teruja tengok??heheheee..Udang yang dah siap kopek
.


Order Jugak Satay ayam.ya ampun banyaknya makan..
.

biasanya satay ada nasi impit.kat area ni tak dibuat nasi impit.Just satay dan timun.


Alhamdulillah kenyang..korang tengok Udang tu memang lah sedap kan.besar besar.Harganya pun besar jugak..agak mahal lah.kalau sekali sekala korang nak makan takper..10 ekor udang sederhana macam tu kena caj RM38.Campur Nasi Goreng 3.50.air kopi o dan tea o limau RM2.20.Mee Udang RM4.50 ,Satay Ayam RM7.50 = RM55.70..hmmm terkedu jugak masa nak membayar.huhu.nak sangat makan Udang Besar kan..macam tu lah harganya.saja nak share supaya korang tak komplen nanti.or else konpemkan harga dulu.


 .
Di kesempatan ni aku nak Ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN buat sahabat baik,Mohd Norhafsam Maghpor yang lahir pada 13 Jun 198*.dah tua dah ko.moga panjang umur murah rezeki ya..aku doakan kau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup bersama insan tersayang..dah ada anak sekarang moga makin murah rezeki..ameen.You will always gonna be my bestfriend.Take care.

*Ni aku baru nak balik kerja..Esok akan ke Langkawi pula.Outstation.Lamanya tak pi Langkawi!!:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails