Followers

Showing posts with label COLLEAGUES. Show all posts
Showing posts with label COLLEAGUES. Show all posts

Saturday, September 8, 2012

CONGRATULATIONS ZAIBEN ON YOUR WEDDING DAY!!


Tahniah kepada Zaiben atas hari perkahwinan beliau.

Perkahwinana bertempat di Dewan Badawi Butterworth..Akhirnya berkahwin jugak kawan akku yang sorang ni..Zai merupakan member opis aku..dulu masa mula mula kenal aku duk ingat dia ni garang semacam..tapi bila lama lama kenal sebenarnya minah ni sempoi jer..boleh buat member..kira rapat jugak lah kat opis tu..member nak merapu time tengah stress..Dan hari ni Alhamdulillah hajat dia kesampaian untuk berkahwin. Siap kahwin ngan Mat salleh dari Australia, Adam Andrew Thorne Abdullah.

Tahniah kepada korang berdua!

*sabda baginda Rasulullah, “Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin, maka sesungguhnya kahwin itu menghalang pandagan yang haram dan memelihara kemaluan. Maka sesiapa yang tidak sanggup berbuat demikian hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai baginya.”

"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya"(Al-Baqarah : 228)
 .
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka"(An-Nissa’: 34)


Tuesday, July 10, 2012

MALAYSIAN SOCIETY FOR OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (MSOSH) AWARD DINNER @ HOTEL ISTANA JALAN RAJA CHULAN, KUALA LUMPUR

Kisah malam 6 Julai yang lalu.

Dari kampung halaman aku bergegas bertolak ke Kuala Lumpur. Agak lewat sebenarnya aku bertolak.Pukul 4pm then singgah beli keropok cap delima lagi di Kemaman..sudanya sampai KL tepat jam 8pm..wgich is tu lah masa sepatutnya aku dah berada di Hotel Istana Jalan Raja Chulan untuk Dinner for MSOSH Award..10 orang wakil dari stesen menghadiri this Dinner.


Masa lepas dari Tol Gombak aku masuk ke arah Ampang sebab nak ambil AKLEH untuk ke Jalan Sultan Ismail..Hotel Istana di Jalan Raja Chulan dekat ngan Bukit Bintang..Terima kasih pada PAPAGO ku yang memberi direction untuk aku sampai..Jalan jammed tak ingat sebab hari ni kan Jumaat. Hujan lebat pulak tu. so dalam jam 9pm aku sampai di Hotel Istana and salin baju semua segala kat basement car park. Tak mandi, sembur perfume jer dan terus menghadiri dinner. nak buat camana. Tak sempat.


As usual nasib menyebelahi aku..Majlis baru jer start 5 minit sebab tunggu orang kenamaan sampai lambat sebab jalan jammed jugak. phewww..tapi majlis dah start masa aku masuk dewan ni..dengan muka tak malunya terus mengambil tempat bersama rakain lain di meja 24.


Banyak Company lain ada sama as SHELL, PETRONAS etc etc


Award for best practice in Occupational safety and health


GM steady. tak kisah ke aku datang lambat. heheh. janji datang sebab table dah bayar.


kami 10 orang wakil dari SJ Gelugor, Penang. TNB lain pun ada.


ucapan lagi dan lagik. lapar dah niiii


Dan majlis makan malam pun bermula..



Starter..benda goreng goreng. Chinese Cuisine tema malam ni


Sambil makan ada group menyanyi hiburkan semua tetamu jemputan


Sup isi Ketam + Cendawan. Lazat!!


Apa lah encik Radhi duk bergosip sakan tu..


Isman (our safety engineer ) and me


Ayam Panggang + Kerepek


Kerja sungguh sungguh makan pun kena sungguh sungguh


Ikan Merah steam Halia.


Udang Butter salut oat. sedap gilo!


sayur campur. Biasa aku tak suka. Tapi yang ni sedap yer.


Last but not least - Nasi Goreng udang + Ikan masin. Pun sangat sedap ya!!


Selesai makan tibalah acara yang ditunggu tunggu..acara penyampaian anugerah kepada semua Stesen stesen dan unit unit kerja yang mengamalkan safety practice terbaik..based on audit..our station managed to get Gold Class 1 award..taak cukup power lagi tu..takper still banyak room for improvement. Insya Allah!(Gambar : Our GM ambik award)


Bergaya ngan award kejap


Congratulations again to our station..Hopefully tahun depan dapat join lagi malam anugerah ni..Dinner berakhir pukul 12am lebeh..nak bayar parking satu hal pulak ramai gila orang beratur..Then hantar Mohsin ke IJN sebab wife dia ada di situ, then aku straight ke Rumah Kak Tie..really need a rest sebab esoknya (7 Julai 2012 ) akan ke Kuala Kubu Bharu bagi menghadiri majlis Konvokesyen Ami di Darul Quran Ampang Pecah (JAKIM)..Nanti aku share story pasal majlis Konvokesyen adik aku tu. 

*Stay Tune with AXIMUD walau di mana jua anda berada!!

Friday, May 25, 2012

MALAM QUALITY SJ GELUGOR 2012 @ SUNWAY HOTEL SEBERANG JAYA


Julung-julung kalinya event ni di adakan


Tetamu yang sampai kena bergambar dulu kat stage ni


Jom makan malam!!ramai jugak tetamu yang hadir


Majlis bermula jam 8.45pm..ucapan alu aluan Senior manager Human Resource 


GM memberi ucapan perasmian


Tak berapa ingat berapa table ada..table aku banyak kosong tempat duduk


Encik Shamsul beri persembahan pembukaan..lagu dari Wali Band- abang Toyyib


Starter - soto


Makanan yang disediakan.entah aku tak berapa berselera malam ni


selamat menjamu selera semua!!


Semua dengan pasangan masing masing


Pertandingan karaoke di mulakan.setiap bahagian wajib hantar wakil


Penyampaian Hadiah kepada para pemenang di Minggu EHS yang lalu


Untuk malam ni, aku turut serta dalam pertandingan karaoke.tujuan nya sebab aku nak dedicate satu lagu untuk arwah ayah..aku nyanyikan lagu Doaku Untukmu sayang- wali band.Liriknya sangat mendalam dan sangat bermakna pada aku.aku cuba untuk menyanyi dengan sepenuh perasaan.sebab its not easy to deal with my sirtuation now.i lost my father..semoga ayah tenang di sana..Al-Fatihah.

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di surga nanti 


Tahukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia


wakil dari Jepun mr sakai pun ada with wife


Penyampaian anugerah untuk pekerja cemerlang


aku manage to get second place pertandingan karaoke.dapat baucer TESCO 60 hengget,Alhamdulillah


Cabutan bertuah kepada semua jemputan makan malam


Tuan Haji Abu dinobatkan sebagai pekerja paling berkualiti di stesen.Tahniah!!


ketemu lagi dalam Malam Kualiti tahun depan!!


Gambar Bersama beberapa Urusetia..Overall aku rasa suka dengan Majlis makan malam yang dianjurkan kali ini..Buat ppertama kalinya stesen Gelugor buat this event..Minggu ni memang semangat untuk aku kerja agak merudum.ada event macam ni terubat lah sikit rasa malas..its ok to feel down..aku yakin aku mampu untuk bangkit semula nanti..Insya Allah..

*~bersangka baiklah dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita..perancangan Allah itu semuanya sempurna..siapalah kita untuk mempertikaikan pekerjaan Allah..kita hamba Nya, maka selayaknya lah kita di uji dan diduga dengan berbagai bagai musibah..semakin tinggi keimanan seseorang semakin tinggi lah ujian dan dugaan yang akan ditempuhi..moga dugaan kepada keluarga kita ni makin memantapkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah..- pesan mak (pagi jumaat 25 May 2012 @ 7.55am)

Friday, March 30, 2012

PROJEK BAITI JANNATI 2012 SJ.GELUGOR DI GUAR PETAI

Just a quick update..

Projek Baiti Jannati ni merupakan satu program kemasyarakatan TNB dalam membantu orang yang miskin memerlukan dari segi tempat tinggal.Bila sudah dikenalpasti warga yang susah TNB akan sumbangkan sejumlah wang untuk membantu membaikpulih Kediaman mereka..Untuk tahun ni Encik Nordin bin Dolah di Guar Petai merupakan orang yang bertuah untuk menerima sumbangan ini..Majlis perasmian dan penyerahan Rumah di adakan sepanjang pagi dan petang tadi..Semoga TNB akan sentiasa bertapak kukuh untuk terus mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti ini lagi.


Menolong orang itu gembira.

Sungguh rugi bagi sesiapa yang enggan menolong orang lain walau pun dia mampu berbuat demikian. Rasulullah saw dalam satu hadis sahih menjelaskan beberapa tanggungjawab sesama muslim serta keutamaannya yang besar.Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :

“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

Semoga Allah menjadikan kita semua hambaNya yang cenderung untuk menolong orang lain dengan ikhlas. Memadailah keredaan Allah dan jaminan selamat di akhirat menjadi impian dan cita-cita kita.

Wallahualam…

*Seperti yang dijanjikan, Hujung bulan Mac 2012 akan dapat kereta baru.and yes.You are right.Terima ksih kerana tidak memungkiri janji..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails