Followers

Showing posts with label BUAH. Show all posts
Showing posts with label BUAH. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

KISAH HARI KHAMIS MALAM JUMAAT

Cerita hari khamis. Nak share ringkas sahaja.


Sarapan pagi makan Buah buahan ni dengan soya + whole grain + kismis


Kat tempat kerja. Ada supplier datang untuk install barang. Buat site visit. 


Petang. Bersiap untuk ke kelas tajwid di Institut Quran Padang Midin


Minggu ni minggu last kelas tajwid.. by next week dah exam.. sepanjang tahun ni memang every khamis malam jumaat aku ke KT untuk this class. Belajar tajwid quran. now dah exam. kalau lulus dapat lah naik ulum 4. sekarang ulum 3. Buat makan makan ni untuk raikan Ustaz Najmi. terima kasih ustaz! jumpa lagi tahun depan insya Allah.


Habis majlis makan makan ke rumah adik dah. dia buat pulak bihun sup. sedapnya!


Sekarang duk glemer ngan benda ni. rendam dalam air panas dan makan. Thanks adik da atas bihun sup yang sedap!! ni last kita jumpa ni sebelum dia akan mengerjakan umrah pada 7 Disember nanti.. Selamat lah semuanya moga perjalanan dipermudahkan Allah. Doakan lah agar abang dapat ke sana juga suatu masa nanti. Teringat kembali umrah sama-sama dengan arwah ayah tahun 2011.. Indahnya saat itu.. Moga Allah sampaikan lagi aku ke bumi suci itu.. Ameen!

*Selesai makan, aku bertolak pulang.. sebab esok nak ke Singapore pula..

Thursday, January 26, 2012

MEDAN, INDONESIA TRIP DAY 2 PART 4 : ARRIVED AT BERASTAGI - DURIAN,JAGUNG & AIR TEBU - PASAR BERASTAGI - CHECKED IN @ HORISON HOTEL

Alhamdulillah.Perjalanan kami semua di permudahkan.Akhirnya kami sampai di Berastagi, dan waktu ketika itu lewat petang..dan keadaan belum lagi gelap.

7 JANUARI 2012

Berastagi di Tanah Karo yang terletak di ketinggian sekitar 4.594 kaki dari permukaan laut dan dikelilingi barisan gunung-gunung, memiliki udara yang sejuk dari hamparan perladangan pertaniannya yang indah, luas, hijau.Dari Kota Medan jaraknya 66 Kilometer. Brastagi merupakan daerah tujuan wisata yang memiliki kemudahan lengkap di Tanah Karo, seperti hotel berbintang, restoran, golf dan lain-lain. Brastagi juga dikenal dengan julukan kota “Markisa & Jeruk Manis”.

Sampai di Pekan Berastagi perkara pertama yang aku nampak ialah kuda kuda yang berkeliaran di tengah pekan.Rupanya kuda ni untuk pelancong dan juga irang tempatan bagi tujuan mengelilingi pekan naik kuda.ada rate tertentu tapi tak ingat berapa sebab aku tak berminat.Kalau korang berminat nak naik tanya jer pada pemilik kuda berapa rate yang dicaj untuk seekor kuda.


Mungkin sekarang musim durian di sini.sebab sepanjang masa di kawasan tertentu ada jer durian yang dijual..Pak Rizal mencadangkan kami rasa durian di sini sebab kami cerita pada dia durian di Danau Toba tak sedap dan isinya tak manis..so dia ambiks ebijik yang besar untuk kami makan berlima.sekadar untuk merasa.sebijik dalam RP25,00.lebih kurang RM8++ duit kita.


Boleh nampak perbezaan yang ketara tang isi durian di Berastagi dan di Parapat.Isi durian kat sini lebih tebal dan lebih besar..rasanya juga lebih manis dari yang terletak di parapat.tapi tetap lah tak boleh lawan durian D24 kat penang.hehee..isi kuning dan manis tak ingat..Durian di Indonesia rasanya sesuai untuk orang berdiet.Durian kesihatan.heheee.aku actually bukan peminat durian.Datang kat tempat orang nak lah jugak merasa.so makan dalam dua ulas sahaja.yang palin pak ajuan tolong habiskan.peminat durian rupanya mamat tu.


Di tepi Gerai yang kami duduk makan durian ada banyak jagung bakar dan jagung rebus di jual


Jagung bakar yang sedap.ni bakar pakai mentega dan butter.ada juga boleh sapu sos, which is aku tak biasa lihat di malaysia..tapi tak berani nak rasa.macam tak sesuai jer taruk sos kaler merah atas jagung..aku nampak ada juga kedai menjual bakso.Rasa macam nak makan bakso tapi lidah kelu tak order sebab sebenarnya dah kenyang pun makan jagung bakar.Perut kita ni boleh sumbat banyak mana sangat lah kan..


Order jugak air tebu yang didakwa sedap di sini


Dan ternyata memang sangat sedap air tebunya!tak perlu letak ais dah sejuk pun.sebab ni kawasan tanah tinggi..apa yang boleh aku katakan rasa air tebu ni memang sedikit lain dari air tebu yang aku pernah minum.sedap!lain kali boleh order lagik.Alhamdulillah dah kenyang so memang malam ni kami tak bercadang untuk keluar dinner dah..Tambahan pula makan tengahari pun lewat tadik..makan ringan ringan macam ni pun dah ok.



Agenda seterusnya apa lagi, memborong souvenir di Pasar Buah..memang namanya pasar Buah tapi ada lah deretan kedai yang menjual souvenir seperti Fridge Magnet, Keychain dan T-Shirt untuk para pelancong yang datang..suasana sedikit sunyi sebab tak ramai orang.mungkin sebab dah lewat..



Fridge Magnet wajib lah dibeli..dan keychain juga.Untuk souvenir mereka di sana.



Datin syarliz sangat garang masa memborong baju di kedai auntie ni..Auntie ni pun satu kejap letak harga lain pastu bila tanya lagi harga dah jadi lain pulak.mana datin tak mengamuk kan sampai naik jari telunjuk.takut aku yang melihatnya..tapi dengan peniaga kena lah pandai tawar menawar..dan kena berkeras sikit.kang tak pasal kena tipu hidup hidup.aku ambik jalan mudah malas nak masuk campur..ada lah auntie tu hasut suh aku beli satu jacket tapi sebab cutting tak best tak jadi aku nak beli.


Ini ialah suasana yang mengingatkan aku pada cameroon highland.ada banyak pokok yang dijual dan banyak kaktus juga..suasananya yang nyaman memang rasa best.nak bersiar siar dua jam kat sini pun takper.sebab sejuk yang amat.


suasana di pasar buah Berastagi.


Antara Buah buahan dan sayuran yang terdapat di Berastagi.seronok tengok sebab buah buah dan sayurannya kelihatan segar di pandangan mata kasar..strawberry pun ada..aku tak beli buah apa pun kecuali manggis.harga murah sikit dari yang beli kat Parapat semalam.saja beli taruh cadang boleh makan malam karang kalau lapar.


Aku rasa kitorang macam orang last dalam pasar buah ni..sebab masa nak blah dari sini banyak kedai dah tutup..so dari pasar buah kami semua meneruskan perjalan ke Hotel.Tapi sebelum ke Hotel Pak Rizal saja bawak round round di kawasan sekitar..nak tunjuk gunung sibayak dan gunung sinabung pun dah gelap.so dia bawak ke area Gundaling iaitu di kawasan tanah tinggi yang boleh menampakkan seluruh pekan Berastagi dari atas..Indah sangat pemandangannya!Subhanallah..

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 190 – 191  Maksudnya : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka.”


Gundaling adalah sebuah bukit di BerastagiKabupaten KaroSumatra Utara. Gundaling merupakan kawasan pelancongan di Berastagi. Gundaling terletak di 1.575 meter dari permukaan laut. Di Gundaling dapat melihat Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung.
 

Seharian kami dalam perjalanan dan akhirnya kami tiba di tempat bermalam untuk berehat..Kak Leez ada buat reservation di Hotel Horison ni ada lagi hotel yang mahal tapi sekadar tempat untuk tidur buat apa membazir duit..Horison Hotel ni macam baru jer aku tengok..Rate satu malam RM150. Thanks kak Leez booking kan dulu!


Setelah selesai membuat bayarn dan dapat kunci bilik, pekerja hotel dah siap sedia tunggu kitorang ngan buggy ni untuk hantar ke bilik.rupanya bilik ngan Lobby quite jauh jugak..kalau menapak dalam 5 minit sampai lah..so dengan barang yang ada naik buggy ni tak lah penat..


Quite nice biliknya!dan tak ada aircond.dah sejuk gila gila kat sini buat apa pasang aircond..dapat masuk bilik aku terus terlelap sekejap..penat lah seharian berjalan..bangkit dari tidur baru mandi dan solat sebelum kitorang keluar ke lobi hotel..dah janji nak melepak kat sana sekejap malam ni sebelum tidur.cuma satu jer komen aku kat sini pressure airnya slow..so tak puas mandi..yang lain tu ok lah.


Hotel ni ada wifi tapi hanya di Lobi Hotel.so kitorang ke lobi hotel lepas masing masing dah siap mandi dan bersolat..dah dekat pukul 12 tengah malam..


Lepak di lobi sambil online.aku tak tahu apa problem ngan laptop aku ni takleh nak connect wifi..kak leez online ngan galaxy tabnya pakai wifi Hotel ok jer.ada lah tu connection problem..minta kak nani yang pakar IT tu tengokkan pun dia tak berjaya menyelesaikan masalah..so transfer gambar dan layan gambar jer lah ngan diorang malam tu..sambil makan buah dan biskut yang ada..dan baru beransur balik ke bilik.aku tidur pakai 3 lapis baju pun sejuk lagi.memang sejuk gile lah!!so kalau korang nak stay kat sini sila lah prepare baju sejuk tebal tebal ya..

Berakhirlah hari kedua kami di Medan..menanti hari esok,hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia oh tanah tumpahnya darahku..

*to be continued..

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. [al-A’raaf 7:54]

Friday, January 13, 2012

MEDAN, INDONESIA TRIP DAY 1 PART 3 : DINNER @ RESTORAN ISTANA 2 PARAPAT , SOUVENIR & BUAH-BUAHAN DI PEKAN PARAPAT & SEMBANG DI LOBI NIAGARA HOTEL

Jom sambung lagi cerita Trip ke Medan Hujung minggu lalu.

Time malam.It's Dinner time!Dari Niagara Hotel dah janji jumpa Pak Rizal,Supir kami pukul 8 malam untuk keluar dinner di pekan parapat.Kalau datang Medan orang kata tak sah kalau tak makan Nasi Padang nya..so dalam kepala aku memang dah terbayang nak makan Nasi Padang yang ada banyak lauk bersusun atas meja tu..di Medan Indonesia ni Nasi Padang ada di mana mana..dari tepi jalan hingga lah ke Fine Dining.all about Nasi Padang.


Here we are atr restoran Istana Minang 2


Depan kedai makan ada tempat jual sim kad telefon.Oleh kerana Niagara Hotel tak ada Wi fi (server Down) so aku decide untuk beli satu sim kad kat sini dan aktifkan Blackberry servis ikut plan harian..Baru la senang nak update story aku di Medan bila boleh berfesbuk dan twitter.satu simkad ni harganya 10 ribu rupiah..untuk aktifkan BB service harian tu kena caj 2 ribu rupiah sehari.Ok sangat sangat lah tu.


siap ada sim kad khas untuk Facebook sahaja..aku beli SIMPATI


Selesai membeli sim kad terus masuk ke Restoran..suka tengok lauk banyak macam ni


Restoran Istana yang sungguh luas.Bersih jer.


Kak Nani ngan Kak Leez sibuk duk tengok gambar ambik siang tadik..


tiga pria yang ganteng!!:)


Apa yang aku suka dengan Restoran Nasi Padang macam ni, bila kita duduk akan terus di hidangkan dengan lauk pauk yang berbagai bagai jenis..caranya kita kena pilih apa yang kita nak makan.even kalau kita just sentuh sikit jer pun depa tau..so ambik yang betul betul korang dan berkenan dan dapat habiskan..dari kitaran jam : Bilis goreng + kacang, Udang Gulai, Rendang Daging dan Sayur pucuk ubi masak lemak.


Ikan Goreng apa ntah, Kobis dan pucuk ubi celur,Terung balado dan Gulai ayam


Ikan Nila, Kari Daging, Pucuk betik celur dan Sambal Hijo


IKAN PORA-PORA ni pak rizal kata ada di Danau Toba..Antara ikan yang menjadi tarikan kat sini..Aku tengok Ikan Pora pora ni macam Ikan Belanak kita..Kategori Bilis yang besar besar..tak sure lah sama atau tidak..sedap ratah ikan pora pora goreng macam ni..Memang best!


Satu lagi lauk yang aku suka kalau makan nasi padang : AYAM POP..cuma kali ni ayam pop nya macam Goreng..yang aku tahu ayam pop mesti macam pucat..tak kisah lah sebab sedap..Alhamdulillah semua lauk sangat lah tempting..dan kitorang pulak tengah lapar so makan dengan amat berselera sekali..


suka benor mereka ni sebab dapat makan..


Alhamdulillah kenyang..bill please!!


Dapat Bil rasa macam puas hati sebab rasanya macam murah...kami makan macam macam lauk harga keseluruhan dalam 163 ribu 900 rupiah..which mean duit RM = RM56++..so sorang dalam RM14.ok setuju dengan harga ni.sangat lah berbaloi.reccomended lah this restaurant untuk masakan minang..sedap!!


Depan deretan kedai restoran Minang ada banyak gerai gerai kecil tepi jalan yang jual buah mangga.aku perasan buah mangga kat sini kecik kecik.tapi depa kara manis.sebab nak rasa kak leez beli lah jugak sikit sekadar nak rasa.


Yang aku paling tak boleh nak lupa pasal makcik yang jual buah mangga ni..dia pakai kain batik..dalams eminit sekali duk perbetulkan kain batik dia..macam nak terselak selak pun ada..Risau takut terlondeh kang nampak segala barang antik pulak.hehehe..tapi makcik tu baik..masa kami duk nak ambik gambar dengan buah mangga dia pulak duk jadi director suh posing camana.Thanks makcik kain londeh!jasamu dikenang!


Azuan cari Indo Maret ,Kedai macam 7Eleven kat tempat kita lah.duk cari air dan roti untuk bekalan perjalanan esok..esok kami akan ke berastagi pulak..perjalanan jauh lagi untuk ke atas Gunung..dengan dengan gunung sibayak yang masih aktif..so lepas dah beli beli kitorang beredar dari kawasan tempat makan ni..


Dari tempat makan minta pak rizal bawa kami ke kedai kedai souvenir di tepi danau Toba untuk tengok kot kot ada sobenir yang berkenan..tapi sebab gelap so tak nampak lah view danau toba..actually esok pun kami akan ke Pulau Samosir..di Pulau Samosir Souvenir adalah lebih murah dan lagi banyak variety.so jalan jalan just riki harga je lah.nak beli takut menyesal pulak esok bila sampai ke samosir island.


cantik cantik juga Keychain dan Fridge Magnet yang ada..


Kualiti T shirt kat sini tak berapa bagus.Material nya ngak bagus.Keras!!


Buah-buahan jugak banyak dijual di tepi jalan.aku berkenan tengok manggis tepi ni.so beli lah dalam satu kilo..1kg 15 ribu rupiah.Mahal tu.sebab dah jadi dekat 6 ringgit Malaysia Sekilo..kalau kat sini boleh dapat lagi murah dari tu.tapi sebab aku makan sebijik dan rasa manis so beli jer lah.boleh buat makan makan di bilik hotel nanti


Tengok Buah durian yang ada, so kami pakat pakat nak rasa sebijik.minta diorang kupaskan terus..sebijik 20 ribu rupiah..dekat 8 ringgit juga sebijik.tapi appearance nya sangat lah tak menarik.takper lah.saja nak merasa Durian di tepi Danau Toba Medan, Indonesia.Pak Rizal pun dah bagitau Durian kat sini tak sedap.Kena makan durian di Berastagi.tapi tetap lah nak rasa jugak.


Ok.aku bukan peminat durian.actually tak berapa gemar pun..tapi sebab ada di tempat orang so makan jer lah seulas dua.sekadar nak merasa.(selipar yang aku beli tu pun baru beli di Pekan Parapat petang tadi masa sampai sebelum checked in di Niagara Hotel.saja nak habaq walaupun tak penting.okbai.sambung cerita asal.)


Sakan berposing dengan durian.tapi hakikatnya duriannya sangatlah tak berapa sedap.Isinya tak manis dan nipis.azuan kata ni durian kesihatan.Elok la makan bagi mereka yang tengah on strict diet.aku nak diet?kalau pergi bercuti aku tak jaga sangat makan.beringat jugak.tapi kalau sampai tak rasa local food aku rasa macam rugi..dah datang jauh baik makan jer makanan tempatan.kalau terlebih makan nanti balik Malaysia Exercise lah lebih sikit.konsep give and take.Gituhhhh!


Manggis ni jugak yang sedap!!manis!!i like!!


Lepas daripada Makan durian call Pak Rizal untuk pulang ke Hotel..cuaca mulai dingin..sebelum balik ke bilik untuk tidor kami lepak di lobi hotel..sembang sembang dan online through BB..sayangnya takder wifi kalau tak boleh lah update blog secara live.takder maknanya lah kan.penat lah nak update blog masa bercuti..Kami order air panas jugak..ala ala supper lah ni..makan manggis dan makan mangga yang beli tadi..


Kak leez yang seronok dapat makan mangga.entah camana excited sangat sampai mangga masuk dalam air milo.ish ish ish..


Tengah tengah kitorang lepak datang lah segerombolan pelajar cina yang datang dari mana ntah.diorang menginap di Hotel ni sebab ada program..ramai ramai duk main snooker tepi lobi sampai kami nak bersembang pun agak terganggu sebab depa bising sangat..so i guess it's time to take a rest..kami terus balik ke Bilik dan bersiap siap untuk tidur..menanti hari esok muncul dengan penuh harapan.(cewwaahhh!!)

Tamat Episod Medan Trip Day 1.nanti aku sambung Day 2 & Day 3.

*to be continued..

**Minggu depan lah aku sambung update cerita pasal Medan Trip di Hari kedua..Hujung minggu ni aku turun ke Kuala Lumpur lagi..Ayah masih berada di HKL untuk rawatan susulan..Mak lah yang duk jaga dia..Hari ahad ni 15 January 2012 ada Event running di UPM Serdang anjuran Mizuno..10 KM sahaja.wish me luck guys!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails