Followers

Showing posts with label BANDUNG. Show all posts
Showing posts with label BANDUNG. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

MUSAFIR DI BUMI ALLAH

Kembaralah kamu di muka bumi Allah ini. Nescaya kamu akan dapat memerhatikan tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah pada setiap penciptaan-Nya. Khusus untuk mereka yang berfikir..

Tahun 2013, masih lagi punya kesempatan dan izin Tuhan untuk merantau melihat negara orang. Tidak lah sampai ke Europe sana, sekadar berkisar di Asia sahaja. Tapi itu pun sudah memadai untuk aku membuka mata dan merasai suasana selain tempat sendiri. Paling-paling dapat lebih menghargai nikmat kehidupan yang Allah kurniakan.

Alhamdulillah syukur.

Travellers dan kamera - memang tidak dapat dipisahkan. Satu entiti yang sama. Rugi kiranya jika kita tidak merakam memori dan pemandangan yang memukau di tempat asing. Itu sudah jatuh perkara WAJIB. Ambillah gambar. Tidak salah. Dan ianya akan jadi kenangan indah buat kita apabila pulang kembali ke kampung halaman asal.

Tapi yang jadi salah apabila kita terlalu taksub mengambil gambar tanpa sempat kita menghayati moment yang berada di depan mata. Jadi salah apabila kita terlalu asyik hingga mengabaikan nilai estetika yang ada di tempat yang kita lawati. Dan itu lah a common mistakes that I've done for the past few years while travelling. Apabila melebih-lebih untuk cuba merakam setiap detik, di saat itu lah saya hilang fokus dan tiada penghayatan. Kesudahan - pulang dan melihat kembali gambar yang diambil di laptop tanpa ada rasa di jiwa. Sekadar puas tapi tiada makna mendalam.

'Di sawah bertingkat bali terlihat petani gigih membanting tulang di bawah terik mentari'
'Di atas puncak bromo, surabaya terbau sulfur yang kuat kerana gunung berapi itu masih aktif'
'Asyik dengan kesesakan lalu lintas di vietnam, hanya melintas sesuka hati tanpa perlu melihat kenderaan di kiri dan kanan jalan'
'Seronok melihat orang tempatan beriadah di lapangan MONAS Jakarta'
'Kagum dengan seniukir angkor watt di Siam Reapp'
'Sedih melihat kesusahan masyarakat setempat di pedalaman Cambodia'
'Terpesona dengan persembahan lampu di pinggir avenue of star, Hong Kong'
'Mendengar bunyi air terjun sipiso di Medan sungguh mengasyikkan'
'Menaiki basikal mengelilingi bandar laos'


Ini merupakan beberapa contoh situasi yang hanya memberi impak jika kita cuba fahami dan dalami sendiri di tempat kejadian. sekadar mengambil gambar tanpa kita cuba untuk menghayati sesuatu moment, itu lah kerugian yang sangat besar bagi seorang traveller. Benar, gambar dapat memberi seribu pengertian tapi ia tetap gagal memberikan gambaran keseluruhan keadaan sebenar.

Kita kadang lupa, lensa utama ada dalam hati dan jiwa kita yang Allah telah Anugerah kan. Rakamlah dengan mata hati kita. Dan simpan dalam memori semua saat indah. Insya Allah ianya tidak akan luput dek zaman selagi hayat dikandung badan. Kamera, seharusnya dijadikan alat perakam sekunder sekadar untuk berkongsi kegembiraan melancong bersama yang tersayang dan orang terdekat.

Melangkah ke 2014, berazam untuk menjejak tempat lain di bumi Allah yang belum pernah dilewati. Tahun 2014 - untuk tahun yang lebih matang!

Sungguh, pengalaman tetap akan menjadi guru terbaik sepanjang zaman.

*Gambar di bawah ialah gambar yang sempat di rakam kan dalam train dari Jakarta ke Bandung pada 21 Disember 2013 yang lalu. Pemandangan sangat indah! Melihat sawah padi tempatan dan sawah bertingkat. Saya hanya mengambil sedikit gambar sahaja. Selebihnya simpan sendiri dalam hati.



Friday, December 10, 2010

TRIP JAKARTA DAY 3 - SARAPAN PAGI,TANAH ABANG & BERANGKAT PULANG KE TANAH AIR

1
2
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27

Salam kembali bersiaran..

Maaf aku tak dapa nak bercerita panjang untuk entri terakhir bagi Trip Jakarta bulan November yang lalu..cukup sekadar gambar mewakili cerita yang aku ingin sampai kan..sibuk dan banyak perkara perlu di selesaikan lately.Here's the quick recap tentang hari last di Jakarta:

-Pagi bangun then siap siap bersarapan pagi di Hotel
-Lepas sarapan aku,Nikli dan Mak Timah ke Pasar Tanah Abang untuk shopping last minute sebelum balik ke Malaysia..Banyak sangat baju baju dan kain kain yang ada di Tanah abang.Rambang mata di buatnya..
-Setel shopping baru kami gerak balik ke Hotel,Check Out dan menuju ke Airport international Jakarta..
-Dalam flight makan tengahari..best pulak rasa makan ramai ramai..:)
-Sampai Malysia masing masing berpisah membawa haluan sendiri dan aku balik ke Penang..
-Kesimpulannya Trip Jakarta ni sungguh fun sebab ada penyatuan dua keluarga..lain kali kita bolehg pergi lagi macam ni..Trip family..:)i thought it's gonna be boring but turns out it was so fun!!

Sekian tu jer lah entri untuk trip Jakarta..Insya Allah tahun depan aku sampai lagi ke Jakarta ni..who knows..:)

*Baru balik dari Trip Cambodia semalam..penat masih tak hilang..Alhamdulillah misi berjalan lancar..Semoga misi macam ni di jadikan annual event..sekurangnya boleh bantu umat islam yang miskin di sana..Nanti ada masa aku share gambar gambar semasa berada di Cambodia ya..Take care dan happy weekend semua!!

Tuesday, November 30, 2010

TRIP JAKARTA/BANDUNG DAY 2 - TOKO TIGA,PASAR BARU,KARTIKA SARI & NASI PADANG SEDERHANA CIKAMPEK

Salam penghujung November..

Sedar tak sedar dah masuk hari terakhir dalam bulan November ni..Bulan 11 bulan yang sangat mencabar bagi aku..rentetan peristiwa ayah kena masuk ICU dan macam macam lagi lah..boleh kira berapa hari jer aku bekerja so sangat banyak kerja pending dan tak siap..what to do,kena siapkan juga mana yang penting..kalau tak alamatnya boss bising lah nanti..

Keadaan ayah sekarang juga dah semakin baik..perkembangan positif dapat di rasai..nanti ada masa aku share ngan korang kronologi peristiwa macam mana ayah boleh masuk ICU since hari raya haji aidiladha yang lalu..buat masa ni aku nak story lagi pasal trip ke Jakarta/Bandung bulan lepas..sambungan..

1

Dari Rumah mode kami bergerak ke TOKO 3 pulak,sebuah butik yang terkenal dengan seluar jean original yang murah seperto Levis,Edwin dan sebagainya..butik ni sangat glemer..sapa yang datang bandung mesti duk menyinggah kat Toko 3 ni nak beli seluar jeans. 

2

Sebab apa nama nya Toko 3 tidak lah aku ketahui.. 

2A

Yang banyak di jual ialah seluar seluar yang attractives.. 

3

Harga sehelai seluar jean levis yang original sangat mahal..kat sini korang boleh dapat sehelai jean levis yang original dengan harga yang lagi murah 60 - 70 persen dari malaysia..so sangat lah berbaloi kalau beli..aku tak beli pun sebab tak berapa minat..:)  

4
Kedainya juga sangat besar..

5

 Nak potong seluar juga ada diseiakan perkhidmatan.tapi kena bayar asing..

6
ada jugak lah beli sehelai seluar ka sini..tak tahan beb tengok orang lain duk sakan borong seluar.tapi aku beli seluar kasual biasa bukan seluar jeans.boleh jugak bawak pi opis nanti..

7
sakan jugak depa ni shopping seluar..

8

macam biasa lah aksi sengal NN..

10
Nak di jadikan cerita pak din beli seluar then dia suh budak kat luar kedai tu jahit pendekkan seluar.skali budak tu tak reti nak buat pulak..jenuh duk berlari balik rumah panggil mak ngan ayah dia suh jahit..ish ish ish..habis masa kitorang kena tunggu..Geng ziana dah jalan dulu ke Pasar baru so kami stay sampai lah siap seluar pak din.Tapi macam kesian kat budak tuh.memang dia bersalah tapi at least sekurangnya perkara macam ni akan jadi pengajaran pada dia..

11
Sementara tunggu seluar siap jahit tuh aku melilau lah jugak hujung ke hujung tengok ok apa menarik kat sini.Takder apa pun just pasar dan kedai biasa saja..

12
Destinasi seterusnya - PASAR BARU TRADE CENTRE..Kat sini pasar yang banyak kain batik dan baju bajuan untuk di beli..kami sampai dah lambat sebenarnya sebab kandas di toko 3 tadi..so memang rush sangat masa sampai sini sebab pasar baru tutup awal.Pukul 8 malam dah bungkus..

13
susana di luar pasar baru..mangga itu nampak sedap!!

14
Masuk dalam pasar ni sekejap jer,terus diorang tengok beli kain batik..sempat kedai ni sebijik jer pun sebab kedai lain semua dah nak tutup..tambah pulak aku ngan Nikli keluar pi cari pengurup wang sebab duit rupiah dah habis..elok jer datang semula kat pasar baru ni semua kedai dah tutup.Takper lah takder rezeki namanya..

15
Sempat lah beli ais blended ni beberapa bekas sebab semua kedai dah tutup,haus masa ni sementara tunggu drebar datang layan minum air dulu..bila pak supir sampai,kami bergerak menuju ke KARTIKA SARI punya bangunan.

16
Di kartika sari kami beli Brownies dan ada lah jugak kerepek dan makanan ringan lain.Brownies kat sini sangat sedap..aku pernah makan dulu sebelum aku datang bandung ni ziana ada belikan..memang sedap..tapi kek kukus nya cepat sangat expired..makan ngan aiskrim memang lah layan habis.!!

16A
Brownies kukus macam ni harganya dalam 9 ringgit jer..

17
Selesai urusan di Kartika sari kami pun terus bergerak pulang ke Jakarta..tapi lapar..so minta pak supir berhenti di mana mana hentian nak makan nasi padang..so here we are at NASI PADANG CIKAMPEK..restoran nasi padang sederhana ni sangat glemer di sana.

18
Belum sempat semua duduk diorang dah hantar nasik ngan air teh o kosong..servis nya sangat cepat..memang kami pun kelaparan so terasa seperti di raikan..

19
Maka bersusun lah lauk pauk atas meja tu sampai kami rambang mata tak taw nak ambik lauk apa..boleh kata semua lauk lauknya sedap..

20
antara seleksi lauk yang ada..look so tempting!!

21
Mari makan makan!!

22
pilih bang jangan tak pilih..

23
Memang makan bertambah tambah masa ni..makan pulak ramai ramai so lagi lah bertambah kesedapannya..kalau ikut semua lauk aku nak try tapi biar lah berpada pada..esok masih ada..

24
Ni desert yang di sediakan.aku tak suka sangat.

25

Terima kasih pak din sebab belanja makan..semoga di murahkan rezeki amin.. 

26
Selesai makan terus la kami bergerak balik ke Jakarta..dalam perjalanan sempat lah jugak tertidur tidur then sampai dalam lebih kurang pukul 10 malam..penat takyah cerita lah..

27
28

Bergambar kenangan dengan Pak basri dan anaknya Kiki..barang memang banyak tak hengat sakan shopping kali ni..dah memang trip shopping menyopping so macam gini lah jadinya..janji puas hati kan..anyway,day trip ke Bandung ni sangat seronok!!dengan dua buah keluarga yang pergi macam macam hal terjadi..i really had a great night!thank you so much all!

to be continued..

*akan ada satu lagi entri pasal trip ni,last day in Jakarta.stay tune with AXIMUD.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails