Followers

Showing posts with label Air asia. Show all posts
Showing posts with label Air asia. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

TRIP DECEMBER 2014 TO SINGAPORE PART 1 : THE ARRIVAL, GREEN KIWI BACKPACKERS HOSTEL & NIGTLIFE AT CLARKE QUAY RIVERSIDE POINT

Cerita trip ke Singapore awal December baru ni.
 
5 DECEMBER 2014
 
Flight pagi ni sepatutnya jam 7am. memang tak sempat lah aku nak kejar.. sebab malam sebelumnya dari Kual terengganu balik ke Paka pun dah jam 1 am.. nak shoot terus ke KL memang tak larat lah.. mengantuk. so i changed the plan. Beli Tiket flight dari KL ke Singapore jam 4.50pm. Plan asal nak solat jumaat di Masjid Sultan Arab Street Singapore gagal. tak apa lah. ada lah hikmahnya tu. Allah lebih mengetahui. So dari paka pagi jumaat tu aku bertolak ke KL pada jam 9am. Sempat sampai solat jumaat di Masjid al-Hidayah Ampang jam 1pm.. Lepas solat jumaat terus park kereta di Terminal Bandar Tasik Selatan (BTS) sebab parking nya 3 ringgit per day. park di KLIA2 sehari RM60. Buat lah pilihan yang bijak ya. Ambik ERL Transit ke KLIA2.
 

Sampai dalam jam 3.30pm di KLIA2. Tak sempat lagi nak buat web checked in. terus cari kaunter Air Asia dan checked in dulu. takde tambah luggage pun. lucky bila checked in tak kena bayar. biasa ada bayaran rm10 dikenakan sebab tak buat web checked in. selamat duit aku. Lepas dah checked in terus masuk balai berlepas antrabangsa. kena cepat sebab korang tahu je lah jarak nak berjalan sampai ke Gate. ada yang boleh up to 45 minit nak sampai ke Gate berlepas.. so please be early ya.


this is my boarding Pass


The thing that i hate the most at the airport. Bila nak masuk scan barang barang kena buang tali pinggang segala. i hate this. malas nak masukkan balik dalam seluar sebenarnya. what if kalau orang pakai seluar terlondeh. entah lah. maknanya kalau korang nak travel sila lah pakai seluar takde belt ataupun seluar yang tak longgar ya. Kena faham lah prosedur diorang kan. ikut saja lah. kalau tak nanti takleh travel pula. so masuk ke gate berkenaan dan terus masuk flight.


Masuk dalam flight tengok ada majalah baru. ye lah. masih di awal bulan. aku teringat zaman 7-8 tahun lepas waktu mula-mula excited bersama Air Asia. selalu sneak out buku ni bawak balik rumah. now zaman dah dewasa. takyah lah nak bawak balik ke rumah buku ni. buat semak jer. lagi pun boleh baca online ya. Dalam airport takde order makan apa pun. plan nak makan di area bugis street jer nanti. perjalanan memakan masa satu jam jer pun. nak tidur pun tak sempat. 


and finally i'm arrived at Singapore. Again..


Nak ke MRT nya kena naik skytrain ya. dari Terminal 1 menuju ke MRT Stesen. quite memakan masa jugak.. beli tiket MRT ke stesen Bugis. Actually sekarang ni kalau travel ke Singapore memang aku akan ke area Bugis tu jer. Ada Arab Street. Ada masjid. Makan senang. terpulang pada korang lah. aku cadangkan saja.


Sampai di area Bugis ni pun dah masuk maghrib dah.. jam 7.30pm.. jalan kaki menuju ke Hostel tempat aku booking.. dari jauh nampak Mimbar masjid Sultan.. sebab dah 3-4 kali datang sini so tak risau dah. dah tahu arah tuju.


So penginapan yang dipilih ialah Green Kiwi Backpackers Hostel. Dah booking awal-awal seminggu sebelum sampai sini. Untuk dua malam 49 SGD. Quite cheap lah. ( Cuma sekarang currency SGD dah makin tinggi.. 1SGD = RM2.75!!!) aku ambik mixed dorm yang kongsi 14 katil. aku sorang jer so tak kisah. ada jugak bilik 4 orang kalau nak privasi dan dalam group. mahal sikit lah yang tu. dari segi prestasi kebersihan dan keselesaan aku reccomend this hostel. receptionistnya pun very friendly. siap ada sarapan pagi lagi. another one is jalan kaki 10 langkah jer dah boleh sampai ke Masjid Sultan. the main reason aku pilih duk area ni : senang nak solat dan senang nak makan halal.


This is Masjid Sultan Arab Street Singapore


Lepas dah siap checked in, mandi segala orang dah azan isyak. So terus lah aku ke Masjid solat isyak dan jamak solat maghrib sekali. Sedap sangat imam baca surah At-Taubah masa ni.. mendayu-dayu.. Moga Allah beri hidayah pada orang lain yang bukan islam bila dengar bacaan merdu al-Quran dari imam masjud. Speaker pun bunyi kuat jer kat luar.


Oh. Ada orang kahwin malam ni.. Majlis Akad Nikah versi singapore


Lepas solat saja tunggu sekejap dan berkongsi kemeriahan penduduk setempat yang akad nikah di sini malam ni. sebelum majlis ada bacaan quran dan berzanzi oleh kumpulan macam dalam gambar di atas. pun sedap sedap suara mereka.


Selamat pengantin baru! Semoga berbahagia ke akhir hayat. Till jannah!!


Ambil peluang bergambar dalam masjid


Dah selesai solat, agenda seterusnya ialah mencari makanan.. lapar gilaaaa!! tak elok lah tahan perut lapar lapar macam ni. tadi memang tak makan sangat.. ada beli buah jer dalam kereta sepanjang bertolak ke KL.. ingat nak makan di Restoran Zam-Zam tapi teringat nak makan kacang pool. dan Restoran Glam Cafe ni ada kacang pool macam di plaza larkin Johor Bharu. So aku menuju ke sini.. just opposite dari Masjid Sultan.. laluan pedestrian street tu jugak..Orang adalah ramai.. kena cari tempat duduk ya.

 
So this is my dinner merangkap lunch jugak sebenarnya.. Kacang Pool. Ada telur dan dimakan dengan roti benggali tu. Kalau korang pernah makan Coney Dog A&W, haaa macam tu lah lebih kurang rasa kacang pool ni. nak cari resepi lah nanti. Boleh buat sendiri kat rumah insya Allah.. this menu cost me aroun 5SGD sahaja. air minum air masak. save calories. easy way to shed calories intake into your meal.


Di pedestrian walk ni banyak kedai makan yang ada. especially makanan arab. so semuanya halal.. ada jual kain kain dan cebderahati juga.. nice place to hang out lah senang cakap.. ada kampong glam kat belakang tu.. Selesai makan aku make a move. to where? i plan to go to Clarke Quay Riverside Point.


Bugis Street (just state the obvious)


Semangat nak krismas mula muncul.. ni area Bugis Mall..


Beli standard Ticket MRT dari Bugis ke Clarke Quay. jangan naik teksi. caj adalah mahal. naik saja MRT dan ikut papan tanda jalan. senang je MRT kat sini. Insya Allah tak sesat. Kira efisyen lah MRT di singapore. :)


Dari Bugis kena tukar Train line purple. Outram Park Station. Then straight ke Clarke Quay


Jauh juga nak berjalan kaki. tapi bawah tanah macam ni tak rasa jauh sangat bila orang ramai kiri kanan


And finally aku sampai di area Clarke Quay. area ni kiranya area yang nightlife nya happening.. banyak restoran dan bar yang ada.. riverside point nya menarik. dengan lampu lampu yang banyak. am not going for fun. just sightseeing and photography. nothing more than that.


Nampak orang ramai sangat beratur di Hokaido Ice Cream ni. teringin lah pulak rasanya nak makan ice cream. lama tak makan. so beratur dan bila sampai giliran ice cream Green Tea dah habis.. ambik lah apa yang ada jer..


Soursoap Ice Cream. Makan. Alone.


Malam minggu. Ramai nya orang..


enjoy the nigt scenery here..


gigih pasang timer snap gambar sendiri.. :p


i love this picture!

 
Ada game lambung lambung apa ntah. G-Max nama diberi..


tempat ni hidup dari tengah malam sampai pagi. nak balik esok pagi pun takpe


Untuk mengelakkan kena naik teksi, aku beransur pada jam 11.15 pm.. train sebelum jam 12am akan berhenti beroperasi.. so i better cepat naik MRT balik semula ke Bugis Stesen.. Best sebenarnya kalau dapat lepak lama lagi di Clarke Quay ni tapi sebab sorang so better tak perlu lah. Sampai di area hostel aku lepak minum lagi di Kampong Glam Cafe.. apparently cafe ni jer bukak sampai jam 3am.. Zam-zam Restaurant dan yang lain lain dah tutup jam 12am.. so melepak sampai jam 2am sambil layan online. Buat data roaming maxis RM38 per day. Balik Hostel, around jam 3am jugak baru tidur.. maka berakhirlah satu hari lagi dalam sejarah hidup azim Ashaary..
 
Ok nanti aku sambung kisah hari seterusnya pula.
 
Stay Tune.
 
*to be continued..

Monday, November 24, 2014

RINJANI, MU TUNGGU AKU DATANG!!

Bismillahirrohmanirrohim..
 
Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Gold Coast Australia menaiki Air Asia X pada Awal September 2014 yang lalu, Pilot memberi sedikit penerangan tentang pemandangan di sebelah kanan Kapal Terbang. Waktu itu aku sedang menonton movie 'The Curious Case of Benjamin Button' dari tablet Blackberry. Perjalanan 8 jam lebih, tu yang sempat layan 2-3 movie. Aku pause sekejap movie dan tengok apa yang ada di bawah sana..
 

Di sebelah kanan pesawat ialah Gunung Rinjani, kepulauan Lombok Indonesia. Merupakan active volcano, merupakan Gunung yang aktif volcano kedua tertinggi di Indonesia. Terpegun seketika aku melihatnya. Tergamam.. Bungkam.. dan tanpa sedar ada air mata mengalir. Kerana berasakan diri ini begitu kerdil ya Allah. dan juga kerana betapa indahnya alam ciptaan Mu ya Allah!! dalam 5 minit aku terdiam menghayati dan menginsafi kejadian diri, sebelum mula mengambil kamera nx300 untuk merakamkan detik yang indah ini..


Mount Rinjani or Gunung Rinjani is an active volcano in Indonesia on the island of Lombok. Administratively the mountain is in the Regency of North Lombok, West Nusa Tenggara (Indonesian: Nusa Tenggara Barat, NTB). It rises to 3,726 metres (12,224 ft), making it the second highest volcano in Indonesia.
 
On the top of the volcano is a 6-by-8.5-kilometre (3.7 by 5.3 mi) caldera, which is filled partially by the crater lake known as Segara Anak or Anak Laut (Child of the Sea) due to blue color of water lake as Laut (Sea). This lake is approximately 2,000 metres (6,600 ft) above sea level and estimated to be about 200 metres (660 ft) deep; the caldera also contains hot springs. Sasak tribe and Hindu people assume the lake and the mount are sacred and some religion activities are occasionally done in the two areas.


Speechless sangat dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah dari aras ini.. Subhanallah!! dan actually memang dalam perancangan tahun depan aku akan memanjat Gunung Rinjani.. dan itu adalah satu sebab lagi kenapa aku begitu terharu bila melihat mount rinjani dari atas pesawat. Terus dalam hati berkata, Tahun depan dengan Izin Allah aku akan menjejakkan kaki di sini!
 
Insya Allah.
 
Rinjani, Mu tunggu aku datang!!
 
''Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.''
 
(qs Lukman 31: 10) .

Monday, November 12, 2012

TRAVEL AND LIVING : LAOS TRIP 9 - 11 NOVEMBER 2012

Kali ni nak update sikit cerita pasal Trip ke Laos pada 9-11 November yang lalu.

As usual lah Trip ke Laos ni naik Air Asia..dapat tiket murah jer dalam RM120 pergi dan balik..Actually tak sure sangat why kenapa aku ke laos..just kebetulan Browse 3 bulan lepas masa air asia buat promotion and grab je lah tiket ke Laos randomly. Overall this trip ok lah bagi aku. Do something different from other trip..kali ni aku dan member yang pergi skali sewa basikal untuk pusing kota Vientiane..Dapat pengalaman baru di samping ecxercise skali..Kota Vientiane tak lah besar mana..kecik jer walaupun merupakan ibu negara Laos.


Sebelum pi ke sana Tukar dulu duit USD..kat sana mata wang nya ialah KIP..tak lau di luar ataupun negara lain. hanya sah nilai di negara Laos sahaja..urusniaga kat sana banyak jugak pakai duit USD..so tukar duit USD dulu lah..sampai Laos baru akan tukar duit KIP.


Sebelum pi Loas duk buat jugak lah research sikit sikit..nak stay kat mana dan kat mana ada makanan halal..Komuniti islam kat sana pun ada..hal hal lain redah sajalah..sebab masa cuma 3 hari dua malam so memang kami just pusing sekitar Vientiane sahaja..tak sempat nak ke Luang Prabang ataupun attraction place yang jauh.


Naik bas di KL Sentral ..dalam bas sempat lah google belajar sikit sikit bahasa Laos..susah jugak nak sebut. nanti sampai Laos baru leh dengar local laotian sebut camana..a good thing about travel , you might learn something new about other country especially budaya dan jugak language. Bear in mind Language is quite a barrier in Laos because they didnt speak english well..but still boleh di fahami and they are willing to help.


Sebelum departure lepak kat starbuck kejap ..Flight awal pagi jam 7.35am..so kul 5am dah ada di airport takut kena tinggal flight. hehe..seat tak penuh pun..sampai Laos dalam jam 9.10am waktu tempatan. masa di Laos beza satu jam awal dari kita macam Thailand..pukul 10.10am lah waktu malaysia kami sampai..penerbangan memakan masa 2 jam 30 minit macam tu.


Dalam flight order makan nasik ayam dan tengok cerita Eat Pray Love lakonan Julia Robert.. i love this Movie sebab cerita pasal travel..Travel makan ke Itali, berdoa di India dan akhirnya mencari cinta di Bali..Nice movie adaptasi dari Novel..suatu hari nanti moga aku akkan sampai juga ke Kota Itali. Insya Allah jika panjang umur.


WELCOME TO LAOS!!


Sampai di Laos Tukar duit dulu di airport..tukar siap siap takut nanti tak tau mana nak cari money changer. Tukar duit USD ke KIP..Lepas da siap tukar duit naik van yang diseiakan oleh pihak Leuxay Hotel menuju ke Hotel dan Checked ini..Lepas dah berehat terus sewa basikal dari pihak Hotel dan memulakan misi menjelajah Laos.Below are the itinerary for Day 1


DAY 1 (FRIDAY) – 9 NOVEMBER 2012 - DAY 1

-Departure from KUL  at 0745 and arrive in Vientiane(VTE) Wattay Airport at 0910am
- transfer to hotel for check in. 

 
Sewa basikal dari pihak Hotel 20,000 Kip sehari
-Afternoon visit Morning Market (Talaat Sao), known for its superior silk weaving, metal work, and woodcarving 


Morning market at Vientiane
 

souvenir at Morning market

-Visit Black Stupa

-then continue visit Vat Sisaket, the oldest original temple in Vientiane. Built in 1818, Vat Sisaket is the sole survivor of an invasion in 1828. Vat Sisaket features remarkable frescoes and 6,840 Buddha images. 
 

Vat sisaket

-Nearby is Ho Phra Keo, once the royal temple of Lao monarchy. Built in 1565, Ho Phra Keo has been used as a museum since 1970 and contains some of the finest Buddhist sculptures and artifacts in the country. The main structure originally housed the famous Emerald Buddha that now resides in Bangkok’s Wat Phra Keo. 

 
Museum Hor Phra Keo

-Stroll along the banks of the Mekong River at sunset. 


Dataran depan Mekong River


Chan Anou Vang Statue


Sunset at Mekong River

-Dinner at Fatima Restaurant..Halal.Tepi Mekong River banyak makanan Halal restaurant.


Makan makanan Laos..Pedas!!!


Aiskrim nak kasi hilang pedas


Government Building at Night

-Then sempat singgah Night Market di sepanjang sungai Mekong and then naik basikal terus balik ke Hotel..bermalam dan berakhir lah hari pertama.Penat tapi best!


DAY 2 (SATURDAY)- 10 NOVEMBER 2012 – DAY 2

-Breakfast at hotel.after breakfast swimming.


MORNING IN LAOS


Nice swimming pool!at Leuxay Hotel Laos
 

swimming under water
 

sabaidee!!(Means Hello in Laos)
 
                          
 Having Good time swimming here

-Visit Lao National Museum was founded as the national museum highlighting not only the revolution of the 1970s but also the pre-history and is located in a French colonial building. This museum, which was originally built in 1925 as the French governor’s residence, presents the history of Laos, highlighting the Laotian people’s struggle to free the country from foreign occupiers and imperialist forces. It is located on Samsenthai road, opposite the Cultural Hall.

 
Laos National Cultural Hall
 

In front of Laos National Museum

 The one and only Franchise company in Laos

- One of the most photographed images of Vientiane is Patousay, the victory gate also known as Anousavari. Constructed in 1958, its architecture is inspired by the Arc of Triumph in Paris. 


 Girang!!
 

Patouxay Building

-Another famous Vientiane landmark is the That Luang Stupa. King Setthathirath built this great sacred stupa in 1566. Its central structure is 45 meters tall and echoes the curving lines of an elongated lotus. The original stupa was said to contain relics of Lord Buddha. 
 

That Luang Stupa

-Then excursion directly to Buddha Park, located 24 km south of Vientiane, and take a look at the impressive Friendship Bridge.


Tuk tuk in Laos..naik ni ke Buddha Park 24 KM from Bandar Laos


Just patung Budha jer banyak di Buddha Park

-Balik dari Buddha Park dah malam..terus ke area mekong river untuk makan malam di Noor Indian Restaurant
Makan nasi Goreng dan kerabu salad. sedap!!kopi laos terbaik!

-shopping at Night market


silk in Laos

-Supper paratha(Roti Canai) di Nazim Restoran. Restoran Halal di Laos


-Overnight at Hotel


swimming pool at night


Waktu solat di Laos


DAY 3 (SUNDAY) – 11 NOVEMBER 2012 – DAY 3

-Breakfast at Hotel

 Sarapan makan buah


Checked out dari Hotel


Last chance souvenir shopping at Wattay Airport


Having a cup of coffe before balik ke Malaysia


Makan sandwich atas Flight sambil layan cerita devil wears prada


Beli passport Leather air asia..passport aku takder sarung


Arrive at Kuala Lumpur pada jam 1.30pm..Selamat Tinggal Laos!!overall bagi aku trip ni interesting..different from other place aku pergi..attraction not so much sebab banyak temple sahaja..maybe sebab naik basikal ronda kota Vientiane tu yang buat aku suka..next time kalau ke Laos lagi akan discover Luang Prabang pulak..Tanks travel mate ku Faiz turut serta travel sama sama..bertemu lagi di lembaran akan datang.

Nak update panjang panjang tak tahu lah bila. setakat ni dlu lah aku cerita.

Salam bertemu lagi.

Adios!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails