Followers

Showing posts with label AWAL TAHUN. Show all posts
Showing posts with label AWAL TAHUN. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

AKTIVITI DI HARI CUTI UMUM AWAL MUHARRAM 1434H

Salam Maal Hijrah buat kawan-kawan semua..

Semoga Tahun yang lalu memberikan kita banyak pengajaran dan semoga tahun ini lebih memberikan erti..semoga kita akan menjadi insan yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya..Cuti hari ni just lepak di rumah, pagi sempat berlari 5KM di sengai Derhaka Seberang Jaya..Then balik rumah untuk rest.


Sarapan pagi pun makan Bijirin dan VSOY sahaja..konon nak jaga makan lah sekarang..tapi memang kena macam tu. kita makin tua makin menurun metabolism badan. so kalau kita makin berumur dan makan seperti biasa, kena lebihkan exercise supaua kadar kalori dalam badan seimbang. ok sorry sebab merepek pasal kalori. i know this is something you guys dont want to hear.so lets move on to other topic ya.


Sempena cuti ni aku ambik kesempatan unuk kemas rumah. Hujung minggu ni ada tetamu nak datang sebab Penang Bridge International Marathon just around the corner..aku tak prepare apa sangat pun untuk that Marathon..lari 42KM lagi!! my third time doing a Marathon. Mohon Allah permudahkan..so this is my crib..baru nak masuk setahun duk rumah ni..Besar. Perlukan suri rumah segera. Ada orang sudi tak?


ni area meja makan..


ni area depan ruang tamu. Kena cari karpet besar sikit lah. karpet tu kecik sangat


Time tengahari memang lapar gila. sebab pagi makan bijirin jer. terus menyinggah di AEON Bandar Perda sebab tekak teringin nak makan Tomyam di Black Canyon Restaurant..aku suka Tomyam kat sini..harga pulak affordable jer. so jom kita makan !!


Mana cukup makan Tomyam jer..siap ngan Nasik and lauk lauk lain..overall makanan kat Black Canyon ni terbaik!saya mesti pilih..setel lunch aku jalan jalan sekitar AEON bandar Perdadulu..Then balik rumah sampai maghrib..lepas solat maghrib sempat pergi gym di Queensbay Mall..makan tetap makan..workout dan exercise kena buat juga.


Lepas abis Gym rasa nak makan. Thanks cik LJ temankan aku makan di Secret Recipe.


English Breakfast Tea


First time makan Sheperd Pie di Secret Recipe. Not bad lah rasanya tapi aku lagi prefer yang Dave Deli punya..Lepas Dinner kami membawa haluan masing masing..Banyak perkara nak di setelkan kali ini..a bit busy. Mohon Allah permudahkan.

Mudah-mudahan.

Insya Allah.

Monday, January 2, 2012

REPORT RESULT : NEWTON NEW YEAR CHALLENGE 25 KM

Selamat Tahun baru 2012

Permulaan tahun baru yang baik aku kira..Sebab semalam aku memulakan tahun baru ini dengan aktiviti larian..NEWTON NEW YEAR CHALLENGE 25 KM..for the record, this is the longest distance i've ever tried so far.paling jauh aku berlari pun dalam Penang Bridge Marathon 2011..21 KM..tu pun dah rasa macam tak larat sangat..so kali ni aku cabar diri sendiri untuk terus maju ke depan.


You know what?

its not easy to make yourself wake up early in the morning,let say 4 o'clock in the morning, just for the sake of running. I mean,not so many of us will have that strength to do that..so this is another battle for all of runner..and i'm lucky to have tht strength to do so..syukur Alhamdulillah.my 25KM run started at 5.30 am..Orang lain tengah nyenyak tidur aku sibuk pi berlari.


Race kit Collection dah ambik a day before the race.


First sekali orang yang tegur aku,Arman (Kuchalana.blogspot.com)..Sekarang we are running buddy..aku join lari lari punya event ni dulu atas sebaab lain.dan kebetulan dia pun pelari tegar. Thanks kenalkan aku kawan kawan ko yang lain tu pada aku..dapat lah tambah kawan baru..arman pun berlari 25 KM sama ngan aku time ni..sempat lah aku warming up apa yang patut sebelum berlari.


Berlari sebelum subuh ni lain sikit cabarannya sebab masa tengah berlari kena cari tempat untuk singgah solat subuh..Alhamdulillah kawasan Bandar Kinrara ni banyak stesen minyak yang ada..singgah berhenti solat subuh di ESSO yang ada..kemudian sambung balik berlari..memang aku tak target apa apa pun..tak kejar masa dan aku just go with the flow.


Thanks pada fotografer yang ambik gambar aku masa tengah berlari..cari di FB dan jumpa gambar aku dalam banyak banyak gambar yang diorang snap..masa lepas kilometer yang ke 21 aku macam dah agak down..rasa macam nak give up.terus terdetik hati aku camana lah nak berlari Full marathon tahun ni.aku target by Jun aku nak buat Standard Chartered KL marathon Full Marathon.tapi masa tengah berlari ni aku just doubt myself whether i can do it or not..aku yakin dengan latihan yang cukup aku boleh buat tu..lagi 5 bulan untuk training.Insya Allah dapat buat nanti..


Masa aku habiskan larian : 2 jam 58 minit..nasib baik still below 3 jam.sebab tu pun target aku.tak nak lebih dari 3 jam..Alhamdulillah i can finish the race without any injury..setakat lenguh dan kaki sengal sengal tu biasa lah..adat berlari.


Habis berlari tunggu Arman setel then kami pi minum minum di Bandar Kinrara,Kedai mamak mana ntah..aku tak ingat.makan dan bersembang dengan geng geng arman..dapat lah kenal runner baru.Nice to meet all of you guys!hope to see you guys again in the next race!Insya Allah.


The first ever medal in 2012..:)


Today they already announced the official result..306 over 533 contestant is not that bad,i guess..looking forward to another run in this coming 15 January, Mizuno Run at UPM Serdang..10 KM, and i hope i can do my personal best at that time.

Insya Allah.

*Ayah still berada di Hospital Kuala Lumpur..hari ni cuti sempena Tahun Baru so boleh lah melawat ayah di HKL..tadi sempat juga ke Plaza Low Yat sebab nak betulkan Laptop yang rosak.dan malam ni akan pulang ke Penang sebab esok merupakan hari pertama bekerja di Tahun baru 2012.Azam tahun baru : nak jadi pekerja yang rajin.tak nak datang lambat dah ke Opis.akan cuba untuk tidak bertangguh kerja.

Saturday, December 31, 2011

GOODBYE 2011, HELLO 2012 !!

Hari terakhir dalam tahun 2011.

Sabtu yang cerah.pagi pagi aku dah bergerak dari Penang ke Kuala Lumpur.Untuk sambut tahun baru di KL? Bukan.aku ke KL sebab permulaan Tahun baru akan aku buka dengan larian NEWTON CHALLENGE 1 January 2012 di Bandar Kinrara Puchong..so memang aku memerlukan rehat lah malam ni..tak ada lah nak tengok bunga api apa semua tu.Rasa macam dah tak penting.


Kebetulan pula ayah berada di Hospital Kuala Lumpur juga hari ni untuk rawatan susulan.actually semalam diorang sampai,Abang Shuk yang bawa dari Kemaman..alat untuk cuci darah ayah (untuk orang yang ada masalah jantung) cuma ada di HKL..so thats da reason why ayah kena buat hemodialisis di KL juga..bagus lah,ramai sikit nurse yang ada boleh monitor close in case anything happened.Tadi aku pun dah ambik racekit di Bandar Kinrara (Thanks to Azuan for the ride!).and aku ada purchase jam yang boleh kira heart rate dan calories burned, sekali dengan racekit tu.


ni gambar terakhir aku di penghujung 2011..dalam LRT bersama Kak Tie on the way nak balik rumah dia dari HKL...Abang Shuk dah balik ke Temerloh sekejap ada hal..Esok pagi aku pula ada event so memerlukan rehat at least 5 jam kena tidur sebelum event.start berlari nanti pukul 5.30am.dalam pukul 4 dah kena pergi dah dari Ampang..Kak Tie join jugak this race tapi terpaksa cancel sebab esok dia akan balik ke Kemaman uruskan persekolahan anak di Kerteh.Next time ya kak Tie.banyak lagi event menanti.dont worry be happy.


Aku menghabiskan sisa 2011 di Hospital Kuala Lumpur bersama ayah,mak dan beberapa ahli keluarga yang lain.Senja 2011 berlabuh sepi,menanti terang sinar pagi 2012 terangi alam keesokan hari..Terima kasih 2011 atas segala kenangan dan kisah yang tercipta.Moga 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna buat kita semua.Insya Allah.Kalau ada masa nanti aku akan buat satu entry imbasan 2011 khas untuk pembaca AXIMUD.

Insya Allah.

*Selamat menyambut Tahun baru 2012 kepada semua.moga azam 2011 tercapai dan kalau tak tercapai kita carry forward lagi in this new year eve..Life is a journey,not a destination.Semoga 2011 yang berlalu mematangkan kita dari semua aspek kehidupan.

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433 BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

DOA AWAL TAHUN


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AKHIR TAHUN

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.


Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

'SALAM MAALHIJRAH 1433H BUAT SEMUA'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails