Followers

Showing posts with label tanah haram. Show all posts
Showing posts with label tanah haram. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

NOSTALGIA DI KOTA MEKAH




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Seketika kehidupan melayang kembali ke tahun 1999.

Zaman persekolahan. Sekolah menengah. SMKARA. Tingkatan 3. Ketika itu ada tawaran untuk memasuki Maahad Tahfiz Padang Midin Kuala Terengganu. Perlu ditemu duga dahulu. Tak silap saya, ada 4 orang dari batch kami minta iaitu Mahadi, Noorul Hafiz, Nik fairul Irwan dan juga saya. Untung-untun...
g dapat diterima masuk dan bakal bergelar hafiz. Hafal al-Quran. Kitab Allah. Dan mak serta ayah orang yang paling kuat menyokong permohonan saya. Mudah-mudahan dapat diterima.

Keputusan temuduga - hanya 2 orang berjaya mendapat tempat. Mahadi dan Noorul Hafiz. Saya dan Nik Fairul tak dapat. Sudah nasib badan. Ok. Tak dapat. Maka kami rangka satu perancangan. Kami berdua akan hafal juga al-Quran walau apa cara sekalipun. Tak dapat ke Maahad Tahfiz, di sekolah ini pun boleh hafal Quran. Itu apa yang kami berdua putuskan. Jadi setiap malam selepas isyak kami berdua akan berjumpa di masjid. (Sekolah berasrama maka tak ada masalah untuk plan ini). Berjumpa di masjid dan mula menghafal al-Quran bermula dari sirah al- Baqarah.

Ketika itu dalam satu minggu dapat hafal 1 muka surat. Memang agak sukar kerana hanya kami berdua jadi pendorong masing-masing. Support system tidak mencukupi. Tapi berdoa moga Allah permudahkan. Cukup 1 bulan dapat lah hafal kurang lebih 5 muka surat.

Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya.

Selepas sebulan, Nik Fairul Irwan dapat surat tawaran dari Maahad tahfiz Padang Midin. Dia diterima masuk. Saya pun tak pasti macam mana. Mungkin ada pelajar yang dapat tawaran tidak mendaftarkan diri. Maka nama dia sebagai calon gantian. Mungkin. Saya tak jelas hal itu. Tapi yang pasti, saya sedikit sedih dan terkesan. Kerana itu bermakna saya akan keseorangan dan bagaimana dengan hafalan yang baru sahaja dimulakan? Nik yakinkan saya supaya teruskan juga walau seorang diri. Dia kata minta dengan Allah. Agar Allah permudahkan urusan.

Tidak semudah yang disangka. Nik ada mengutuskan surat memberi sokongan. (Kelakar juga jika di ingat kembali kerana zaman itu tiada telefon bimbit ataupun emel. Hanya surat tulisan tangan). Terima kasih teman atas sokongan dan galakan. Tapi Akhirnya saya tewas. Tidak mampu untuk meneruskan hafalan al-Quran seorang diri. Jiwa remaja. Memberontak dan emosi tak menentu. Ketiadaan support system yang betul, perlahan-lahan rancangan hafalan itu hanya menjadi kenangan. Terkubur tanpa sempat jadi kenyataan. Lama-kelamaan ianya sepi bagai dibawa angin lalu bertebaran..

Maka kehidupan seterusnya adalah kehidupan yang saya lalui sehinggalah saya jadi seperti siapa diri saya sekarang. Saya tidak hafaz al-Quran. Alhamdulillah berkat ajaran mak dan ayah boleh baca Quran dengan baik. Itu sahaja. Maka Impian mak nak tengok saya jadi hafiz quran tidak kesampaian. Ada lah hafal sedikit surah. Tapi sekadar cukup makan saja lah.

Semua yang berlaku di dunia ini HANYA lah dengan izin dari Allah.

Walau apa pun, saya tetap yakin perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Ada perkara lain Allah dah tetapkan untuk saya. Mungkin saya tidak mampu untuk menggalas amanah menghafal Quran di pundak. Mungkin sampai suatu masa saya akan terkandas. Mungkin. Allah lebih mengetahui tiap sesuatu yang tidak kita ketahui. Allah cipta kita. Cipta saya. Cipta kamu. Jadi mana mungkin Allah tidak tahu keupayaan hamba-Nya. Allah tak akan membebani seseorang melainkan atas kesanggupan dan kemampuan hamba-Nya. Allah tak zalim. Saya yakin itu! Jadi bila difikirkan balik tak mengapa lah. Apa saja yang Allah buat pada kita semuanya ada sebab. Penuh hikmah.

Zaman berlalu. Dan masing-masing sudah menjadi dewasa.

Mahadi sambung belajar di Jordan dengar khabarnya. Sudah jadi pensyarah di UNISZA dalam bidang berkaitan. Noorul hafiz pula sambung belajar dan bekerja di tanah suci Mekah. Khabarnya dia dah jadi penterjemah khutbah jumaat di Masjidil Haram. (Alhamdulillah! Saya tumpang gembira). Nik Fairul Irwan (lebih mesra dengan pangilan ayub) pula sekarang sambung belajar di mekah dan ada menguruskan sedikit sebanyak hal berkaitan travel agency untuk umrah dan ziarah ke kota Mekah dan Madinah.

Allahurabbi.

Mereka semua sudah punya kehidupan yang di impikan. Bertitik tolak dari penerimaan masuk ke Maahad Tahfiz itu. Allah telah beri sesuatu untuk mereka. Bukan maksud saya menyesali takdir. Bukan. Bahkan saya percaya apa yang Allah telah rancang untuk kita semua adalah yang terbaik. Kehidupan yang saya lalui selama ini pun semuanya adalah kurniaan dariAllah semata-mata. Bukan dari makhluk. Apa yang Allah telah beri sebenarnya lebih dari cukup.

Jalan hidup setiap daripada kita tidak sama.

Bersyukur lah jika kita dikelilingi orang-orang baik. Sebab jika Allah menginginkan kita jadi baik, Allah akan letak kita dalam lingkungan orang-orang yang baik. Jadikan contoh dan teladan kawan terdekat untuk mula memperbaiki diri dari sehari ke sehari sesuai dengan kehendak dan peraturan Allah. Sesuai dengan syariat Allah. Sebab harus di semat dalam ingatan kita bahawa Allah tak perlu kan kita. Kita sebagai hamba-Nya lah yang amat memerlukan Dia saban waktu.

Untuk sebuah persahabatan yang pernah wujud (malah saya rasa ianya masih ada sebab rasa seperti keluarga sendiri bila berjumpa baru baru ini di Muaisim Mekah), saya doakan ustaz ayub aman bahagia tenang di bawah rahmat Allah bersama isteri tercinta di Bumi Haram Mekah. Anak dah nak masuk dua, semoga membentuk keluarga mawaddah wa rahmah. Saya beritahu ini pada dia, dan dia pun doakan kebaikan yang sama untuk saya.

Salam bertemu lagi teman. 15 tahun itu tempoh masa yang lama. Allah pertemukan lagi kita di bumi berkat ini. Mudah-mudahan Allah s.w.t. pertemukan lagi kita di masa akan datang. Atau Di dunia lain akan datang. Sesungguhnya bertemu dan berpisah kita ini adalah dari rahmat dan kasih sayang Allah semata-mata.

Akhirul kalam.

Azim ashaary
13 Rabiulawal 1436H
4 January 2015
Kota madinah al-Munawwarah.
8.16pm


 

Sunday, August 14, 2011

KEMBARA KE TANAH SUCI : UMRAH / ZIARAH KOTA MADINAH & KOTA MEKAH

Salam Ramadhan yang ke-14..

Sedar tak sedar dah nak masuk separuh Ramadhan kita tinggalkan..Moga Ramadhan yang kita lalui penuh berkat dan diredhai Allah..Cuti hujung minggu kali ni aku lebih banyak menyendiri..berfikir tentang banyak perkara..berfikir tentang alam sekeliling dan hakikat kehidupan ini..Moga moga kesudahan yang baik akan jadi milik kita semua..Ameen.Sesungguhnya Allah maha mengetahui tiap sesuatu yang kita tidak ketahui..belum tentu apa yang kita rasa baik untuk kita adalah benar benar terbaik untuk kita dan begitulah sebaliknya..Hanya Allah lah jua yang maha Mengetahui segalanya.

Di kesempatan ini aku nak share sikit gambar randomly pasal kembara ke tanah suci awal ramadhan yang lalu..Umrah dan ziarah di Kota madinah dan Kota Mekah..Sungguh,ini pengalaman paling istimewa buat aku seumur hidup ini..pertamanya aku berkelana jauh bersama ibu dan bapa tersayang serta ahli keluarga aku yang lain,dan keduanya kerana kami mengunjungi tempat paling suci dan berkat di muka bumi ini iaitu Tanah Haram kota Mekah dan juga Madinah..Allahuakbar..aku tak dapat nak gambar kan perasaan aku sekarang..betapa bersyukurnya aku dapat jadi tetamu Allah..Tuhan pencipta sekelian alam yang maha Agung dan Maha Kuasa..yang maha pengampun lagi maha penyayang..


ahli keluarga tercinta yang baik hati menghantar kami berangkat pergi


tiba di Kota Madinah..kami stay di Holiday Villa Madinah


Masjid Nabawi waktu subuh..suhu 43 darjah Celcius..musim panas..


Masjid an-Nabawi (Arab: المسجد النبوي‎ al-Masjid al-Nabawīy) atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.


Masjid Nabawi di siang Hari..Indah mata memandang..


saya bersama keluarga saya..


Bacalah..dengan nama Tuhanmu yang menciptakan..


di hadapan masjid Nabawi..


di dalam masjid Nabawi


mengambil kesempatan yang ada untuk berdoa dan bersolat dalam raudhah - (Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.)


Makam Rasulullah..Assalamualaikum ya Rasulullah..


Masjidil Haram, kadangkala disebut juga Masjid al-Haram ataupun Al-Masjid al-Ḥarām (Arab : المسجد الحرام), adalah masjid paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al Mukharamah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.


Subhanallah..Alhamdulillah..Lailahaillallah..Allahuakbar..Kaabah di depan mata..bagaikan tidak percaya..inilah tempat yang banyak disebut dalam Al-Quran..


 Solat tahiyatul masjid tiada di masjidil haram..tawaf sunat ialah tahiyatul masjid di sini


kami buat umrah bersama sama..first time aku ber-Ihram..


Bertemu Kak Ija yang datang dari Mesir..kebetulan dia buat umrah time yang sama..


Precious moment ever..my family and i in front of Kaabah..Allahuakbar!!


Berbuka puasa bersama sama dalam masjidil haram..Nikmat sangat minum air zam zam dan kurma sahaja.


Bulan Ramadhan lain macam ramainya..dah macam musim haji kata ayah saya..


Masjidil haram di waktu malam..indah sangat pemandangan depan zam zam tower


antara makanan yang ada di Kota mekah..nasi arab semestinya..


singgah di masjid terapung jedaah dan terus ke airport jeddah untuk pulang.berbuka di terminal


Alhamdulillah selamat sampai kembali ke Tanah air..

Aku panjatkan kesyukuran kepada Allah sebab memudahkan perjalanan kami..semua yang berlaku di Kota Mekah pun ada hikmahnya..Moga kami semua belajar dari pengalaman itu..benar lah kata orang,walau kita mengembara ke dunia mana sekalipun,Kota madinah dan Kota mekah tetap akan menjadi tempat yang paling beri kesan dalam hati..(at least aku terasa seperti itu)..dalam diam aku berdoa agar diberi kesempatan lagi untuk dapat kembali ke tanah haram..dalam misi mencari RedhaMu ya Allah..jika Kau izinkan aku pasti akan kembali lagi..Insya Allah.

(Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan jauhilah kami dari siksa api neraka..)

*as usual kalau aku ada kelapangan dan sedikit rajin aku update lah tempat tempat yang kami ada ziarah seperti jabal uhud,jabal rahmah,Gua Hira',dan beberapa tempat lagi..buat masa ni aku just cerita general dulu lah..Banyakkan beribadah di Bulan Ramadhan sebab amalan di Bulan Ramadhan ni akan dilipat gandakan pahalanya oleh Allah..sama sama lah kita berlumba lumba membuat kebajikan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails