Followers

Showing posts with label 21KM. Show all posts
Showing posts with label 21KM. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

NM GALAXY 4TH SERIES : HALF MARATHON 21KM AT TAMAN TASIK CYBERJAYA


30 November 2014

Larian Half Marathon 21 KM di Taman Tasik Cyberjaya..

A perfect way to end my November

Full story akan di share kalau sempat.

I RUN BECAUSE I CAN!!

Thursday, May 31, 2012

GENGKAKILARI @ LARIAN BENDANG MENARA CONDONG TELUK INTAN

8 APRIL 2012

Bangun tidur seawal jam 5.30am..kemudian bersiap untuk solat subuh..pukul 6.30am dah berjalan kaki menuju ke depan sekolah apa ntah aku tak ingat nama.sekolah tu dekat dengan area menara condong Teluk Intan..starting dan finishing point untuk acara larian bendang adalah di situ..boleh tahan ramai jugak umat manusia yang sertai acara ni.


#Gengkakilari yang hadir untuk this event.


Kami pakai tagline #Gengkakilari belakang baju.promote sikit beb!!


Dalam pukul 7.15am kami semua dilepaskan..Peserta 21KM dilepaskan dahulu.ada kategori lain iaitu 10KM,7KM dan 5KM juga..aku tak sure setiap kategori berlepas pukul berapa..bagi aku kalau untuk peserta half marathon seeloknya lepas jam 6 pagi..so nanti tak lah kena berlari time panas..


Mula mula berlari dalam kawasan pekan..lalu di tepi Menara Condong dan jalan jalan kampung..kemudian baru melalui satu kawasan macam kebun..aku rasa macam menarik juga route kali ni.kawasan kampung..


And this is the reason why larian ni dinamakan larian Bendang.memang bendang berada di kiri kanan jalan yang kami berlari..hijau mata memandang..mula mula aku rasa ok juga berlari..lama lama just slowkan pace dan menikmati pemandangan yang ada..terserempak ngan Zarul masa ni.Runner lain dah entah kat mana mana dah.


ehhh tu pokok jagung ker??


Ada sign board suh kurangkan laju.terus aku berhenti berlari.jalan slow slow.bahay aberlari laju laju di kawasan kampung yek.hehe


Another 5 KM to go


Aku berjaya habiskan llarian dalam masa 2 jam 15 minit..i guess boleh habis cepat dari biasa sebab route nya tak susah..21 KM berjaya di habiskan tanpa sebarang kecederaan..dapat ranking 136..top200 dapat medal..yeayyy another finisher Medal for me.


Faiz orang pertama #gengkakilari yang sampai.Ranking number 90..Bach orang kedu dapat ranking 130..aku sampai kemudiannya rank 136..Zarul dan Izman masing masing number 157 dan 158..yang penting semua Top 200.Alhamdulillah!


Peserta wanita, Izwah mula memunculkan diri..


Idot dan Fazu menyusul kemudiannya..


Bergambar atas jalan..belasah je lah.jalan ni milik orang ramai kan


#Gengkakilari @ Larian Bendang Menara Teluk Intan April 2012


#Gengkakilari VS Shah Alam Pacers


baca sejarah menara condong sekejap


Dari event kami berjalan kkaki menuju ke tempat makan..lapar dan dahaga tidak terkira.tapi singgah dulu ambik gambar di menara Condong..tengah duk ambik gambar aku mintak tolong sorang mamat ambikkan gambar kitorang.sekali bateri kamera kong pulak dah..takpe lah.dapat lah shot yang ni jer.


Then dari Menara Condong ke Food Court berdekatan untuk makan pagi merangkap makan tengahari..dah pukul 11am lebih..dekat tengahari dah..makan nasik ayam.ok lah .not bad..lepas makan kami pulang ke Anson Hotel untuk Check Out pada jam 12pm..Lepas Checkout kitorang jumpa untuk lunch di Restoran Mamak apa nama ntah di Teluk Intan ni.Then baru masing masing beredar pulang ke sarang masing masing..Congratulations to all #Gengkakilari runners yang dapat menghabiskan larian 21KM!Jumpa lagi korang semua in the next event.Insya Allah.

Sekian laporan sukan Gengkakilari kali ini.Majulah sukan untuk Negara!!

*In running, it doesn't matter whether you come in first, in the middle of the pack, or last. You can say 'I have finished.' There is a lot of satisfaction in that.

Monday, May 14, 2012

PJ DAWN HALF MARATHON 21 KM 2012 - TRIBUTE TO ARWAH AYAH (AL-FATIHAH..)

Dah lebih seminggu ayah pergi.

Life Goes on. Apa pun yang terjadi yang dah pergi meningglkan kita tetap pergi..Kita yang masih hidup ni kena sedekahkan berbanyak bacaan suci al-Quran..tak lupa juga kena sentiasa berdoa supaya roh mereka yang telah pergi tenang dan aman di sisi mereka yang di redhainya..Hidup mesti diteruskan juga demi komitmen lain dan tuntutan lain yang belum selesai..lebih seminggu juga lah aku bercuti dan akhirnya tiba masa untuk meninggalkan kembali kampung halaman untuk meneruskan perjuangan..

Sangat berat rasa hati untuk meninggalkan Mak dan semua adik beradik yang lain di kampung halaman..episod sedih yang baru saja berlalu dalam keluarga kami buat aku sedar banyak perkara..sedih dan bagai tidak percaya, namun kehidupan perlu diteruskan juga demi kelansungan hidup dan tuntutan komitmen yang lain..tenanglah roh arwah ayah semadi di alam sana..mak, saya janji jika ada kelapangan dan kesempatan saya akan kembali lagi..ini tempat asalku walau apa sekalipun yang berlaku..selamat tinggal mak,'ayah' dan semua adik beradikku..nanti kita jumpa lagi ya!semoga apa yang terjadi mengukuhkan lagi ukhuwah kita semua..insya Allah.kalian lah orang yang paling aku sayang.tiada galang gantinya dalam dunia ini.Moga kasih-sayang kita berkekalan sampai syurga firdausi..


Malam tadi sampai di Kuala Lumpur dari Kampung Halaman jam 12 tengah malam..Terima kasih banyak banyak Kak tie sebab tolong drive dari rumah sampai lah ke KL..Tok wan ikut sekali sebab dia ada medical Check Up di KL..aku tak berapa cukup rest tu yang tak larat nak drive.dan sebenarnya pukul 3 am tadi ada marathon event yang nak aku sertai - PJ Dawn 2012 half marathon.memang sepanjang jalan aku tidur je lah..sedar sedar dah sampai KL..lepas drop tok Wan dan Kak Tie terus aku shoot ke rumah member kejap ambik racekit, then terus ke PJ sebab event akan start pukul 3am..yup.another hectic moment.i know.


This is my another Half marathon event.But this time, things changed. i just lost my father.and this run is special dedicated to him.to show to him that i will continue my life no matter what happened..Life goes on.and i will always try my best to make him proud of me..Dad, this is special to you.The finisher Tee and the medal that i will get later is for you..Thank you dad, for run with me.Al-Fatihah.


Sampai Stadium Kelana Jaya pukul 2.20am..Orang dah ramai membanjiri stadium..semua peserta 21 KM dah ready kat garisan permulaan.aku jer yang lewat sikit..tapi rileks lah.takder apa yang nak dikejar pun..sakit perut pulak sebab minum air milo..tak jumpa tandas so tahan je lah..sempat gi simpan beg kat tempat simpanan beg.Rugi sangat tak bawak kamera DSLR..parking kereta lak jauh..so gunalah mana kamera yang ada.Janji dapat finish kan run cukup lah.


Gengkakilari mesti ada untuk memeriahkan acara lari..nice to meet all of you guys again!!


Tepat jam 3am peserta di lepaskam.Aku tak perasan my uncle, Dato' Ahmad Shabery Cheek ada malam ni.dia lah yang lepaskan semua peserta.kalau taw leh pi bergambar ngan dia.maaf lah visual atas kurang menarik.tengah berlari ambik gambar tu yang gegar semacam tuh..


Untuk mula mula starting ni aku maintain pace slow jer..lama tak berlari..tak prepare apa pun..mental and fizikal agak tired dengan apa yang telah berlaku..kehilangan ayah dalam keluarga kami memang satu tamparan yang hebat tapi aku janji pada diri sendiri supaya tak membiarkan rasa sedih itu menjadikan diri aku seperti orang lain..aku tetatp aku.dan tetap akan buat apa yang aku suka...mulanya aku fikir untuk skip this larian.tapi aku rasa things dont have to be that way..so here i am, berlari juga.dengan semangat yang arah ayah beri..


see.i told you guys.My dad run with me..and i wont let him down.


Di permulaan Faiz berlari ngan aku..then jumpa izman dan jumpa jugak a few runner yang memang familiar..jumpa arman di awal awal..sampai di KM10 (rasa rasa aku lah.tak ingat exactly) baru aku berlari sorang sorang..tak dapat nak kejar pace faiz.laju mamat tu berlari..water stesen ada di setiap 3 KM..cuma tak puas hati sikit sebab aku tunggu air tenaga macam 100 plus or gathorade ke..tapi hanya lah air mineral yang disediakan..tengah berlari terjumpa Izwah (#gengkakilari)..sempat lah berlari ngan dia dalam 3 KM sambil sembang sembang..she ask me about my dad..at least bila sembang tak la rasa sangat penat..


Untuk half marathon 21 KM peserta dilepaskan jam 3am..peserta 12 KM dilepaskan jam 4am..so expected to arrived lebih kurang sama lah..sebelum subuh..masa last 1 KM ni aku cuba untuk tak berhenti..straight jer berlari..penat tu biasalah.tapi agak teruja sebab dah nak habis..bukan senang nak berlari 21 KM.mental kena kuat as well as our fizikal..just wonder how lah aku nak buat my Full Marathon in Standard Chartered Bulan Jun nanti..Insya Allah boleh..


Masa sampai di Garisan penamat gigih aku duk pecut sekali silap lane 12 KM..nasib baik tak jatuh jer masa patah balik..padahal rileks rileks sudah la kan..endomondo clock aku 2 jam 22 minit..seperti run yang lain, bila dah sampai perasaan tu ialah satu perasaan yang ak dapat nak digambarkan dengan kata kata..Alhamdulillah i manage to finish the run! Ayah, we did it!!


Faiz sampai 2 jam 6 m9nit..Kasturie rasanya sampai 2 jam 15 minit..aku 2 jam 22 minit..target nak bawah 2 jam 30 minit.Ok lah tu..ambik goodie bag ada finisher Tee dan Medal..medal kali ni agak kecik dan macam tak best.tapi takpe lah sebab ada Finisher Tee.


Ok jugak Finisher Tee..we did it right!!


sembang ngan gengkakilari yang lain..


#Gengkakilari @ PJ Dawn 2012


start pukul 3 am..dalam pukul 6.30 rata rata ramai dah finish the run


And this is my Result based on Endomondo..tak prepare apa pun lari kali ni..last training panjat Gunung Kinabalu jer lah kot.nasib baik Route nya tak berapa susah.ada bukit tapi bukitnya tak Psycho..Overall aku kena tingkat kan lagi pace aku..Innsya Allah dengan proper training boleh punya lah..lepas berlari gi solat subuh kat Stesen Minyak Shell dan gi lepak makan pagi kat Syed Bistro ngan Faiz, Zarul dan Aizat.Then balik berehat sebelum balik ke Penang..Another Half Marathon selesai, and i'm glad for this time around, i run with my dad!!

*semoga semangat dan spirit yang ayah tinggalkan akan mekar dan menjadi penguat untuk aku teruskan kehidupan..juga untuk ahli keluargaku yang lain..Insya Allah.

Monday, March 12, 2012

RACE REPORT : BROOKS HALF MARATHON 2012 @ STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

Salam hari isnin.

Back in Penang again.Sampai Penang malam tadi jam 12 tengah malam..Then tidor sebab hari ni kerja..agak lemau jugak lah kat opis tadik..buat kerja mana yang termampu.kaki as usual lepas run Half Marathon memang akan rasa sakit sakit dan lenguh lenguh..Jom lah aku nak cerita sikit pasal kejadian masa Brooks Half Marathon semalam.


Racekit Collection for this race at The Curve Mutiara Damansara..ambik hari sabtu a day before the race begin..Pukul 3 pagi dah bangun sebaab nak kena ada di stadium Bukit Jalil pukul 4.30..Flag off ialah pada jam 5.30 pagi bagi peserta half marathon.peserta 10 KM flag off lewat sikit..Dalam pukul 4.20am aku bergerak dari Ampang ngan Kak Tie ke Bukit Jalil.


Sampai around 4.45am..Orang ramai dah mula membanjiri kawasan dalam dan luar stadium.Kitorang parking di parking A..banyak tempat parking so tak lah risau mana..cuma kena bayar RM2 sahaja.kaya sapa jaga parking pagi semalam.aku rasa macam ni kali pertama aku menjejakkan kaki ke dalam stadium nasional bukit jalil.Biasa tengok dalam TV jer.


bersama sham doha, kebetulan dia ada hal nak attend wedding member dia arini dan maybe ada a few things dia nak selesaikan so dia dapat join skali Half Marathon run this morning..jarak bukan peghalang..jumpa dia then terus ke starting point sama sama..cuak pulak aku rasa nak habiskan berlari 21KM..bukan dekat tu.


#Gengkakilari dah bersedia dengan BIB masing masing nampaknya..tak cukup korum lagi ni..Zarul dah jumpa masa collect racekit di The Curve..bach ngan Izman pun baru a few times jumpa..nampaknya #gengkakilari telah menyatukn kami semua..:)


me with kakak kesayangan


mr presiden #gengkakilari, aidid marcello pun ada sekali


tepat jam 5.30 am flag off untuk half marathon..kami duk kat barisan belakang..dalam lebih kurang 4 minit guntime jugak baru dapat start dari garisan permulaan..for starting aku just berlari easy sahaja..tanak push push..perjalanan masih jauh..and when the race begin, all you have to beat is just yourself..


Dalam 7 KM pertama aku mampu kekalkan pace 6 min/km..sampai di kilometer ketujuh aku nampak pihak penganjur ada sediakan satu khemah untuk muslimin dan muslimat bersolat subuh..ada air mineral jugak disediakan..aku dah ambik air sembahyang siap siap sebelum berlari lagi.so terus bukak kasut and solat subuh dulu sebelum berlari semula..bagus pihak penganjur.at least soal solat macam ni dititik beratkan.


Target aku kali ni nak berlari tanpa henti..tapi dah berhenti masa solat subuh tadi..its ok..takder masalah nak berhenti to catch up my breath..tapi selagi boleh berlari aku push jugak diri sendiri untuk keep moving..ni satu benda yang aku suka pasal berlari..ko tak perlu nak beat sapa sapa pun.all you have to beat is just yourself..(gambar atas ni by eng tiong)


Track kali ni sangat mencabar jugak..bukit adalah banyak..time naik bukit aku mesti berhenti jugak sebab tak tahan..cover balik bila turun bukit..pace masa ni dah 6 minit lebih..sampai kilometer ke 15 aku rasa macam dah ok..i mean dah boleh teruskan berlari tanpa masalah sangat..terserempak jugak dengan gengkakilari yang lain..good job guys!!lets finish the run..yang penting dapat finish the run without any injuries.


akhirnya sampai jua ke garisan penamat..masa dah masuk stadium then berlari atas track rasa seronok sebab dah nak habis..nampak dah garisan penamat tapi rasa macam jauh sangattt sebab dah penat..finally, the race is over and ikut guntime aku habiskan 2 jam 31 mini 24 saat..:)


cuba teka yang baju kuning kat garisan penamat tu sapa?haha


Overal race report : my GPS dont agree this track ialah 21 KM..aku dah gembira dah mula mula bila my GPS said 'you have finish the run in 2 hours 11 minutes 21 sec'..tengok kat signboard jalan ada lagi balance 2km..rupanya this track ialah 23 km..i believe this track ialah 23KM..actually doesnt matter 21KM or 23KM..what matter da most is i manage to finish the run within my target..aku set target untuk finish 21KM bawah 2 jam 15 min and i guess i did it!!new PB for me..despite of bukit yang banyak tu.


a new medal for my collection


First time aku jumpa Aidid Marcello..gengkakilari yang lain dah jumpa masa buat training di putrajaya bulan lepas..aku tak join.but looking forward to have another session for training with #gengkakilari ni.We did it right!sayang jer pihak penganjur tak bagi finisher Tee..cuma ada bagi beg kasut.ok lah tu.better dari tak bagi apa apa lansung kan.


best siot dapat habiskan larian!!the feeling is great!!


Sementara tunggu geng lain sampai aku dah rasa dahaga gila.dalam goodies bag cuma ada sebotol air mineral.sekali teguk jer dah habis..water station banyak jugak sepanjang race tadik..cuma lagi best klu diorang sediakan gathorade.bukan apa, 100 plus minuman bergas.kalau gathorade lebih baik aku rasa sebab takder gas..so we decide to get out from the stadium dan cari minuman dulu.geng lain nanti jumpa di luar stadium sahaja.


Keluar dari dewan tengok buah tembikai ada..Roti pun disediakan..belasah kaw kaw punya tembikai yang ada..taufufa pun ada..sedap siot taufufa..memang sebelum race aku tak makan apa apa pun lagi..dapat makanan masuk dalam perut rasa nikmat sesangat.


sementara menanti #gengkakilari yang lain muncul


Actually #gengkakilari terbina atas semangat dan minat kami semua dalam bidang larian.for a beginner like us, at least this group could be a platform untuk buat training sama sama dan join any event larian sekitar malaysia..for me berlari ni semangat sikit bila ada ramai kawan yang sekepala dan boleh motivate kita untuk move forward.aku tahu kat luar sana dah banyak group larian yang bertujuan sama macam our purpose.whatever it is, semua dengan matlamat yang sama : towards a healthy lifestyle.





Sedikit promosi : diharap my readers yang ada FB boleh like page #gengkakilari terutamanya bagi yang baru nak berjinak jinak dalam bidang larian..We'll be updating some training logs/running activities/events from time to time in this page. For those who is interested to join, you guys are always welcome to do so ;) It's OK if you are an avid runner, novice, amateur or hardcore, we will always welcome you. So, stay tuned for the upcoming announcements & keep posted! Thanks again for the support.


Sekarang sebab dah join a few larian dah banyak familiar faces yang aku jumpa bila berlari..its good to make a new friends out there who share the same passion and interest..aku jumpa Kam Kasturie, abang shah dan jugak Zul..semua hardcore runner ni..banyak yang boleh belajar dari diorang..nice to meet you guys!!ehhhhh lupa nak cakap yang preliminary result boleh dilihat di www.championchip.com.my.aku dapat rank 538/1374 runner for 21KM open men..


Kak Tie a bit late tapi aku tetap sokong dia..at least dia dapat finish this race..kak tie pun ambik 21KM jugak..no matter how slow we are but we are much much better than anyone yang just duduk depan tv sambil makan pop corn.hehee..i'm so proud of you my sister!!Dalam pukul 10am baru aku bergerak dari stadium ni.Punya lah pening nak cari parking sebab masa sampai pagi tadi gelap lagi..apa apa pun, we glad that we could finish another race..nice to meet #gengkakilari dan another familiar faces here!!see you soon in next event.Insya Allah.

*Done with the race report..hari ni kerja macam entah apa apa..buat sekadar yang termampu.haha..lemau dan kaki rasa lenguh lenguh..life goes on anyway..menunggu masa yang sesuai untuk buat recovery run.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails