Followers

Showing posts with label 7KM. Show all posts
Showing posts with label 7KM. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

ASICS RUNNING CLINIC @ PENANG BOTANICAL GARDEN

Aktiviti pagi ini : Join ASICS Running Clinic di Penang Botanical Garden. Preparation sebelum Penang Bridge International Marathon 2012. Kalau korang nak tahu PBIM 2012 ialah PBIM terakhir di jambatan Penang sedia ada. Lepas ni Aktiviti Marathon akan dibuat di Jambatan Kedua yang dah hampir nak siap.


This is my first time datang Penang Botanical Garden!


Register dulu for the first 200 dapat freebies dari ASICS.


Group ntah mana ni..tapi meriah sangat. Rasanya semua Chinese.


Warming up dulu sebelum memulakan larian


Trainer beri penerangan sebelum memulakan larian!


berlari 7 km pace 6.30 minuter per KM


Sambil berlari banyak jugak aku dapat info dari trainer. Actually this running clinic khas untuk newbie dan jugak orang yang baru nak buat First Full Marathon.. Tapi tak salah nak timba ilmu pengetahuan..aku tanya macam macam soalan nak kena training macam mana, nak kena rest camana sebelum FM, pace yang macam mana sesuai..FYI untuk Penang Bridge International Marathon aku dah sign up Full Marathon..Hope i can do it well.


Selesai berlari dalam jam 9.30am. Ramai yang duk keliling trainer for today tanya macam-macam. aku malas nak bersesak sesak sebab dah tanya sambil berlari tadi..and aku rasa konpem semua Chinese jer dikesan. tak ada orang melayu pun yang join sekali. Ye lah bulan puasa sapa nak berlari. aku jer kot yang terlebih rajin. Apa apa pun yang penting dapat ilmu dan teknik teknik baru dari Running Clinic ni.

*Hari ni memang just rest je lah sampai waktu berbuka..Malas nak pergi ke mana mana..Berbuka tadi makan macam macam sampai tak abis..carry forward masa bersahur lah jawabnya. Lain kali tak nak beli banyak banyak dah..membazir.Nafsu semua tu..

Monday, July 9, 2012

NTV7 FEEL GOOD RUN 7 KM @ SRI PENTAS TV3, BANDAR UTAMA DAMANSARA

Back in Penang again. Kerja.

Semalam bertolak dari  KL jam 6.30pm..sampai Penang dekat pukul 12am..berhenti tidur kat hentian rehat Gunung Semanggol. Aktiviti semalam?? menyertai NTV7 Feel Good Run di Sri Pentas TV3 Bandar Utama, Damansara..berlari 7 KM sahaja..ala ala Fun Run lah ni..yeap.It was fun anyway.


Starting point di Sri pentas TV3


Ramai orang membanjiri di starting line


me with Zarul #gengkakilari. Member lain ramai tak join. Ada yang join Motor Hunt


The run start at 7.30 am for 7 KM, and 7.45 am for 3 KM Category


The first 1 KM ok lagi. tetiba ada bukit pulak kat sini..Bukit Utama kalau aku tak silap.Boleh tahan jugak lah nak berlari atas bukit ni..so berhenti lah kejap ambik ambik gambar..nampak Zarul ngan Edi sekali ada kat sini..so we decide untuk berlari sama sama sampai ke Finishing line..


Zarul & Edi (#Gengkakilari)


Try to snap while running. and hasilnya : Blur!!


Ada 3 stesen air..singgah kat  stessen air ketiga sahaja..


Masa nak sampai ada pom pom girl!!


sampai lebih kurang 45 minit for 7KM..Ok lah.just maintain pace 6.15min/km


at the finishing line..Medal dan sijil ambik terus


yeah. it was fun fun fun!!i feel Good!!


siap ada Burger King sponsor Beger lagi


Jom makan Burger!!bakar 500 kalori. Tetiba masuk lebih dari 500kcal.so how???


Goodies Bag collection


Terjumpa encik zul dan family


Arman satu family datang!!syoknya bawak family join event macam ni!!


me with PACAT Adventure Team!!


Alhamdulillah cuaca agak baik pagi ni


Meet up with another #gengkakilari members!! nice to meet you aidid, hana roslani and sazana ayob!!lets training together someday ya! diorang duk kat Booth artis..Celebrity run 3 KM..tapi aku perasan yang ntv7 memang ramai artis cina..yang melayu tak ramai yang join. Vanida Imran dan rashidi ishak ada aku nampak.


#gengkakilari #ntv7fgr #funrun7km


zarul ajak mamat ni join #gengkakilari..Lets join us Blair Dally!!


Banyak superhero dikesan!!


Another medal for my collection..lawa jugak medal ni..kaler emas..next year boleh la join lagi..banyak sponsor aku tengok event ni.Maklumlah stesen tv yang organize..abis run tak stay lama sangat pun kat sini..terus ke Restoran Mosin Taman Tun lepak minum kejap ngan zarul, edi ngan Botak..ada umur kita jumpa lagi dalam event akan datang ya!

*Overall,weekendku yang padat dengan aktiviti telah berlalu..Minggu ni bizi kerja pulak..by the way, Tahniah to Faiz buer punya team Motor Hunt sebab dapat jadi Juara..terer ah team seligi!!bravo!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails