Sebenarnya nama tu kitorang decide dalam 2 bulan sebelum baby lahir lagi. Lepas scan dan dapat tahu ianya baby lelaki (sang suami suke bebenor) so kitorang pun start beli baju baby dan mencari nama pilihan.
Nama dalam kepala semuanya macam nama perempuan. Hiks. Tapi takpelah, challenging jugak perah-perah otak cari idea nama lelaki yang sesuai untuk anak dalam perot ni (ketika itu..)
Kriteria nama haruslah bermula dengan huruf 'M' memandangkan family belah suami memang start dengan huruf 'M' (haruslaaa kan)
Last-last nama Mizan Armany yang menjadi pilihan hati kitorang para laki bini niii.
Mizan diambil sempena nama Agong. (ok la kan?)
So, maksud nama anak kami ialah;
Mizan : adalah nama bagi neraca penimbang semasa hari kebangkitan kelak.
Hamizan : Berasal dari nama Arab, Timur Tengah yang membawa maksud cerdik, kuat, tampan
dan
Armany : pada mulanya kitorang merujuk kepada kata sendi "Aman" (aman damai etc.)
Armany juga berasal dari nama Afrika yang membawa maksud "iman"
Source from maksud nama from google ;)
Jadi inilah permata hati kami
ni gambar dia selepas 5 hari dilahirkan.
La niii (bahasa kedah yang membawa maksud sekarang) ;p
Ahahaha suke betul mama masukkan gambar mizan yang menangis :p
Hee gambar ni bukanlah sekarang sebab sekarang dia dah botak! Nanti i update gambar dia botak hokayy ;)
wuuu, nanti balik mama hugggg mizan lagi =)
P/s: macam entry kamus dewan pulak yang memberi maksud itu ini ;)
Much Lurve~ ^_^