CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Monday, September 23, 2013

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

Taken from Facebook


Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.


Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Share kepada semua

Friday, September 20, 2013

New Babies in Town!

Yupp!! Please meet our new adorable cute baby, fresh from the oven! ;)







Hai, nama saya Aisy Nifail Anuar, yang bermaksud Aisy = Pemberian Allah, Nifail= kaya raya.
Cumel kan? Ni anak diksu empunya blog colourmorefun. Diksu ni opismet saya punya adik. Berat baby boy ni 4.18kg secara pembedahan. 


Ok next, meet our cute lil Zahra. Zahra ni anak opismet kitorang Watie. Kitorang bajet Farah bersalin dulu sebab dia pregnant dulu & nampak sarat sangat dah tuptup Watie yang bersalin dahulu. Selamat Berpantang watie! Jangan lupa masuk opis balik lepas 2 bulan okie? Hihii 







Watie bersalin normal tapi Hospital Serdang penuh giler! Sampai dok kat wad transit. Berat baby girl ni 2.8kg. Masa kitorang melawat Zahra & ummi dia kat Hospital Serdang, Zahra ni asyik tidur je. Geram kitorang. Ciklin dia check tengok-tengok dia poo poo. Pun boleh sedap tidur lagi. Senang ummi dia jaga ye. Si Zahra ni senang je keluar pada usia kandungan 28 minggu. Ummi dia dok hospital pun 2 malam je. Apa-apa pun moga menjadi anak yang menyenangkan ibunya ye & menjadi hamba Allah yang bertaqwa, insya Allah amin.

P/S: i loveee babies =)

Tuesday, June 25, 2013

Introducing our new family member~ Ma'qill

Assalamualaikum w.b.t

Lama sesangat tak update blog kan. Mood malas memang cenggini, tunggu ada mood baru laa kita cerita yang best-best kan? Mood nak shopping je lately ;p hihii

Ok, hujung bulan 5 lepas, birasku belah suami selamat melahirkan baby boy! Diberi nama Ma'qill Necmettin.. Haa berbelit-belit lidah kau nak menyebutnya. So, keluarga belah suami dah ade 2 cucu lelaki & 1 cucu perempuan buat masa ni.


Ni la dia Ma'qill yang bermaksud "yang berakal"
Necmettin yang bermaksud "bintang agama"


Apa-apa nama pun semoga dia membesar menjadi anak yang soleh ye dak? ;) Hee


 Muka excited pegang baby ;)






 Yang tu kakak Ma'qill, Mu'izzatul Bahira


si Mizan Armany



P/S: Hari Jumaat ni tak sabar nak pi Singapore!! ;D

Bye! Thanks for reading. Much Lurve! 

Wednesday, April 24, 2013

Anak anda Demam? Batuk & Selsema?

This is info Paste Entry ye. Just a short shared note ;)





Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.




Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak setiap kali die batuk. Takpe die muntah lebih baik, jadi semua lendir2 tu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Wednesday, March 6, 2013

Our Advanture Day

Assalamualaikum w.b.t

Kagum dengan diri sendiri, minggu ni dah 3 entry padahal baru hari rabu, satu hari 1 entry. Clap clap!! ;) Tengah banyak nak cerita boleh lah 1 hari 1 entry kan, kalau tak sedu je 1 minggu 1 entry, hihii..

Seperti sedia maklum, korang semua tahu kan yang Mizan menghabiskan masanya main kat Sogo Starz Garden, while mamanya shopping. So sedikit gambar diselitkan juga disini




 hanya mampu main kat sini je, tak berani lagi terjun dalam kolam bola tu.. 
huhuu, sobs :(








So, apa yang mama Mizan sambar kat warehouse tu? Tak banyak, henbeg selai (memang ada dalam list henbeg ni, hewhewhew) pastu belikan Mizan baju raya awal-awal jenama polo(ng)
Dapatlah baju raya in advance sepasang =) mama suke, mama suke!! (mama dia je yang excited ;)






Lepas tu plan konon-konon nak gi Midvalley pulak, dah siap tunggu tren komuter, last-last rasa malas + penat dah, tapi still nak bawak Mizan rasa naik komuter so kitorang naik komuter yang laluan ke Pelabuhan Kelang tapi turun kat KL Sentral pastu naik balik komuter ke Bank Negara balik. Hiks bunyi macam takde keje kan? Tapi betullah kitorang memang tengah takde keje pon ;p










Ni la tren komuter baru yang panjang tu, Besttt sebab kosong, Mizan buat macam bapak dia punye tren je.. memang la kosong sebab laluan ke Pelabuhan Klang, memang warga Nepal jela yang ramai :p kalau laluan ke Seremban EHEMMM KE PULAU GADUT ye, (dah ada laluan baru, me je yang tak tahu, so lame) memang tak dapat la nak main-main bising-bising camni -_-''


Hari sabtu haritu memang kitorang bawak Mizan naik transport awam je, start dengan papa Mizan park kereta kat Chow Kit sebab nak beli barang sikit pastu kitorang naik bas ke Sogo, ni first time Mizan naik public transport bus so dia macam takut-takut sikit. Duduk pun macam nak peluk mama dia, hewhewhew.. Sampai kat Sogo jalan-jalan, pastu naik komuter lak, dari Sogo naik bas tapi mama dia tak dapat duduk, si Mizan ni sibuk la nak mama dia dukung sambil berdiri.. Haihh, seb baik antara Sogo dengan Chow Kit dekat.. itu la saje cerita pengalaman penat kami naik transport awam bersama si kecik, si lasak Mizan Armany ;)

Haihh penat!! Sampai umah Sg. Buloh kol 6 lebih, malamnya Mizan tido awal..hehee

Besoknya hari ahad petang ajak papa Mizan pegi Big Bad Wolf, nak belikan Mizan buku lagi, mama Mizan memang suka pegi sini sebab murah ;)

 hasil sambar-menyambar - buat tambah koleksi Mizan Armany
yang dua buku kecik tu best, sebelum ni belikan Mizan buku Kitty Kitty kat previous BBW
Mizan suke sangat buku tu habis lunyai dibaca (dikerjakan)
Memang belikan buku haiwan-haiwan je biar dia kenal,
pasni best bawak dia pi zoo..
RM11 je untuk 3 buku ni ;D

 buku yang dah lunyai ~

So, itu jela cerita hari minggu kami, jalan cerita macam bersimpang siur pulak, i am not that good storyteller, seriously..huhuu

Advertising: ;p
 power bank hadiah birthday. tq abang saya ;)


si comel nini, semalam pi lawat dia & ibunya,
my best fren Nurul Shahida..hihii
cute lilttle angel, i love u!!

Last but not least, video si Mizan Armany, enjoyy!! Tq for reading this and Much Lurve =)



Wednesday, November 16, 2011

My baby 3 months old :)

Taken from baby development news

  • Her/his eyes will be more alert and active,
  • And she/he will be more responsive to movements,
  • A hint of hand activity will be visible now,
  • She/he can grasp at objects and toys,
  • But, she/he will have weak legs and backbones
  • Her/his head is still uncontrolled
  • Starts listening more closely to her/his own voice
  • Puts almost everything in her/his mouth to "explore" and find out more about them
  • Starts responding to nearby voices and sounds by using her/his own voice

During the 3 month old baby development phase you get the rare opportunity to see how your baby transforms into a bundle of joy and happiness. Now, your baby becomes quite a social and friendly character. When you come near to your baby, she/he will start showing warmth and happiness. And when you talk to her/him in whispering tones, she/he will attempt to return the compliments with a series of babbles and murmurs!

Love to see his smile n laugh :)
Uihhh..tu belom dengar suara dia yang kuat lagi tuuu...

Your baby may also pick another habit that may become a regular feature for another year… sucking her finger because she's bored or even to feel secure. Many parents give their baby a smooth dummy or teether for comfort. Her sucking habit will slow disappear and it may totally disappear towards the end of the first year.

See this?? his favourite thing! Sedap agaknye.. ;)
tapi dia kedekut nak bagi i hisap jari dia jugak!

Important thing:
This period also demands that you and your entire family get close to your baby. Recent research findings suggest that babies who constantly mingle with their family develops good mental growth and abilities. So, you may wish to make an honest effort to reach out to your kid by associating with her right throughout day and night.

PLAY BABY PLAY!~

Babies learn by playing. Stated differently…

Your Baby's Job Is... To Play!

That is why i'm so excited to buy his new toy for him to explore a new thing!

That’s what babies MUST do. It's the only way they learn all their new skills and gain experience... and get ahead




Contoh toys yang sesuai:


Rattles

Okay, that's all for now, i'm gonna buy rattles for my son after work :)
coz he's not able to grasp except my hand. Gonna update more and soon!

Until then,tata for now ;)
Much Lurve~

Everything i do, i do it for u ;)

Friday, October 21, 2011

Ketahui Tumbesaran Anak~ :)

Haiii!!!



I've been searching and found this good article about baby's development stage. Sebab perasaan ingin tahu pada peringkat umur begini apa baby kita dah pandai buat kan? ;) Jadi ada guide untuk kita sebagai ibu bapa untuk memahami perkembangan tumbesaran anak-anak mengikut keupayaan fizikal & mental mereka.

Peringkat Pertama : Mengenal pasti isyarat alam persekitaran dan orang sekeliling Mereka masih keliru tentang perubahan siang ke malam dan kadar frekunsi pendedahan bunyi yang diterima. Ketika ini mereka banyak menggunakan bantuan visual  bagi melatih koordinasi mata untuk berfungsi sebaiknya. Tahukah anda bahawa, bayi anda bukannya tidur apabila hari sudah gelap, tetapi kerana isyarat deria mata menyuruhnya untuk tutup. Mereka akan mula mengenal muka anda sebagai orang yang dipercayai dan akan menangis apabila melihat sesuatu yang asing baginya.TIP: Pada peringkat ini, anda haruslah kerap menghantar isyarat melalui pandangan mata kepada anak anda. Kurangkan juga pendedahan cahaya yang melampau terhadap mereka dan banyakkan memeluk mereka bagi membuatkan mereka berasa tenang dan selesa di usia awal mereka itu.

Peringkat Kedua : Keseimbangan bagi separuh anggota badan Di bulan ketiga kelahiran, bayi anda akan mula menunjukkan keupayaan mereka untuk membalikkan badannya ataupun meniarap. Kebolehan meniarap ini adalah disebabkan oleh kematangan koordinasi mata mereka yang telah dilatih pada peringkat pertama tadi. Mereka akan menegakkan leher dan kepala untuk mula bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Melalui kematangan deria mata dan visual, bayi anda akan dapat mengawal kepalanya sebanyak 180 darjah pemandangan. Bayi anda membalikkan badannya agar merasa kestabilan melalui perutnya sendiri. TIP: ibu bapa haruslah mengalakkan bayinya dan membiarkan mereka untuk terus meniarap bagi menyokong tumbesaran anggota badannya terutama bagi menguatkan anggota tangan dan kaki. Keupayaan bayi anda untuk meniarap dalam jangkamasa yang lama akan memudahkan mereka untuk pergi ke peringkat seterusnya.

Peringkat Ketiga : Latihan pengukuhan dan kekuatan otot badan. Kematangan deria visual dan anggota badan mereka semakin cekap bertindakbalas. Keupayaan merangkak pada bayi anda terjadi apabila mereka telah dapat menggunakan fokus mereka pada objek yang jauh. Mereka akan mula ingin mengapai benda yang tinggi dan berusaha untuk mencari benda yang tersembunyi. TIP: Semakin banyak mereka merangkak semakin kuat otot badan mereka terbentuk.

Peringkat Keempat : Keseimbangan bagi keseluruhan anggota badan Segala keupayaan otot dan deria rangsangan bayi anda akan bergerak secara seiringan atau synchronise. Keseimbangan terhadap tarikan graviti juga telah dicapai dan kebolehan untuk mengawal anggota kaki untuk berdiri tegak dan bergerak. Keupayaan bayi anda untuk bertatih dan berjalan disebabkan oleh latihan yang cukup pada peringkat sebelumnya.TIP: Oleh itu, anda haruslah memperbanyakkan mereka untuk bergerak walaupun sekadar menendang bola. Kadangkala, pada ketika ini bayi anda akan mula sedar bahawa mereka mempunyai kaki! Ini kerana, pada awal peringkat tumbesaran mata mereka tidak dapat melihat keseluruhan badannya. Berikan perhatian dan galakkan mereka untuk berjalan dengan memberikan kepercayaan terhadap mereka. Percayalah, di saat bayi anda telah berjaya untuk berjalan, sesungguhnya itulah kejayaan yang besar bagi mereka.



Source here


My baby now dah berusia 2 bulan lebih. Lagi 3 minggu nak kena bawak ke klinik kesihatan untuk ambil suntikan 3 bulan pulak. So, ape yang sepatutnya bayi pada usia 2 bulan dah pandai buat?

Bayi mula mengenali Ibunya
Ibu adalah orang yang paling dikenal oleh bayi Ibu. Biasanya ia akan menggerakkan tangannya jika dia senang dan merasa nyaman dengan menghisap jemari jari.
~ my mizan suke hisap jari! ;) dan dia dah kenal saya! :D

Bayi mula belajar mengangkat Kepala
Bayi yang berusia 2 bulan, otot-otot tubuhnya mulai kuat. Ia mampu mengawal gerakan otot-otot seperti mengangkat kepalanya dan menopang lehernya selama beberapa saat ketika dia dalam posisi meniarap. 
~masa dia baru lahir, saya perasan tulang dia dah sememangnya kuat! Mula-mula angkat dia tulang leher dia memang kuat. Tak perlu tampung lagi. I'm impress!! Wah~ Dan sekarang dia dah boleh bangun! Saya hanya tarik tangan dia aje untuk dia bangun. Tapi tak selalu laa, saje bagi dia excersize ;) [baru perasan semalam]

Berkomunikasi
Meskipun baru berusia 2 bulan belum boleh bercakap, dia masih boleh berkomunikasi. Di usia ini ia mulai mampu mengeluarkan suara dari mulut kecilnya.  Suara Ibu mungkin jadi  suara favoritnya. Saat ia mendengar suara Ibu , maka dia akan merespons secara natural dengan mengeluarkan suara. bayi juga akan tersenyum manis dalam memberikan reapons. Bukan lagi senyum refleks pada saat tidur, tapi senyum yang memancing respon Ibu untuk membuatnya tersenyum lebih lebar.
~ Dalam hal saya, my baby mizan akan memberikan respons dengan mengangkat kening apabila kita memanggil namanya :) dan mulutnya sangat ramah bercakap dan bercerita! (Dia dah pandai berkomunikasi! hee :)

Menemukan Tangannya
Baru mula bermain-main dengan tangannya. ~setuju!

Senyuman awalan yang sebenar 

Pada bulan ini, kesemua usaha anda akan dibalas dalam bentuk senyuman yang berseri-seri, namun tiada bergigi. Senyuman pertama yang sebenar adalah satu-satu pencapaian bayi yang menyeronokkan hati ibubapa. Dari satu segi, ini merupakan ganjaran yang wajar. Anda sudah lama menukar lampin, menyusukan,memandikan, mencium dan memeluknya tanpa mendapat sebarang respon dari bayi anda yang sebelum ini dikatakan bungkusan kecil yang menggembirakan. Namun, suatu hari, ianya terjadi. Bayi anda senyum, dan anda pasti itu senyuman sebenar, bukan ekspresi melepaskan angin. Ini akan menggembirakan anda walaupun malam sebelumnya anda tak berapa dapat tidur.  =) Bayi saya juga sudah tersenyum dan ketawa! Happy sangat! Hilang segala penat lelah berkerja dan segala yang merunsingkan hati. Benarlah, anak adalah anugerah yang tidak ternilai dari-Nya! :))

Minat berkembang terhadap design yang kompleks 

Menjelang usia dua bulan, bayi mula mengubah kegemarannya terhadap objek dwi-warna kepada yang lebih rumit dan halus dari segi desain, warna dan bentuk. Biarkan bayi anda melihat dan menyentuh objek yang lebih bervariasi – pilihan yang baik ialah mainan lembut dan bola gebu. 
~ Erm tak perasan lagi. Besok baru nak beli mainan mizan!! Hee, i'm soo excited!! =)

Tidur bagi tempoh yang lebih panjang 

Jika bayi anda kini sudah mula tidur sepanjang malam, anda merupakan antara bilangan kecil yang bernasib baik. Kebanyakan bayi pada usia dua bulan masih mahukan penyusuan di tengah malam, atau mungkin dua penyusuan. Tapi apa yang merupakan berita baik ialah, dia sudah boleh tidur untuk jangka masa yang lebih panjang dan berjaga bagi masa yang panjang juga. Kebanyakan bayi berusia dua bulan tidur antara dua hingga empat kali sehari dan berjaga untuk sejumlah 10 jam sehari. 
~Belum lagi. My mizan masih lagi bangun tengah malam untuk menyusu. Purata bangun adalah 2-3 kali dalam satu malam. Hmm xpe, my eye-bag look nice on me ;p

Hee enuff of that, setiap bayi adalah tidak sama dari segi perkembangan. Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian kognitifnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 

I'm happy with what i read. Till then, Much Lurve~ :)

i leff yu~~ Mizan Armany :)

Tuesday, June 7, 2011

I'm in [L.a.z.Y.N.e.s.S] Mode~


Why am i in lazyness mood ni?? Mungkin sebab i'm not so productive, kerja tak banyak yang boleh dibuat. By afternoon dah takde plan rumah untuk dilukis. Haihhh~~ so, me pon blogwalking. Yurp, tahu-sedar, dah seminggu tak hapdet blog kan tapi tu-lah mood menulis tak sampai2 lagi (macam lah mood tu naik tren delayed berjam2 lamenye). Owh mungkin sebab dah biase menaip blog diwaktu petang so sebab tu la kott.. Ampunkan ambe penunggu gua~~

Memang banyak nak dikongsi tapi dunno where to start. Tengahari tadi, nak buh tajuk entry ''Rojak'' sebab nak citer semua dalam ni tapi.... tersekat sahaja dalam otak, tidak di blog -_-'' Punyelah macam2 cara saya buat nak dapatkan mood menulis tapi i realise that bukan kite MALAS tapi LACK OF MOTIVATION! Eheh, and spirit ni macam bertenaga lepas bukak radio streaming. Haa baru boleh merapu camni ;)

Okeyla, enough of my penyakit malas syndrome ni (apakah bahasa ini? Rosak2!!) Mari (sambil holding hands ::perempuan sahaja ye::) saya update cerita ye,

this is pic of my 31weeks baby boy (insyaAllah) ;)

barang baby yang dah dibeli ;) love love~

comel sangat. *asek tengok je*

Sorry, xdapat nak kongsi info sebab penyakit malas td ;p (alasan, ehehee~)
Saya akan cube update blog dengan banyak ye minggu ni dengan short entry. Boleh yek~

Notakaki: "Ya Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, murahkanlah rezekiku dan keluargaku, Jika rezekiku di langit, turunkanlah, jika didalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, Kau permudahkanlah, dan jika jauh Kau dekatkanlah, Hanya pada-Mu aku meminta."

Much lurve~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...