Pembaca Blog Setia

Showing posts with label suka suki. Show all posts
Showing posts with label suka suki. Show all posts

Friday, 28 November 2014

Air Mata Seorang Ibu Bernama Fynn Jamal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Airmata mak mak mana yang tak meleleh bila dengar lagu Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal ni kan. Lagi-lagi masa Separuh Akhir Muzik-Muzik hari tu. Sejujurnya mama hakim tak tengok live pun.. Mama hakim tengok kat youtube je sebab kebetulan nak cari lagu Terbang Tunduk.

Bila tertengok rakaman Separuh Akhir Muzik-muzik tu, alahaiii.. sayunya hati sambil tengok si anak kat sebelah. Rasanya semua orang yang mengenali Fynn Jamal mesti tahu kisah anaknya yang pernah menjalani pembedahan besar satu ketika dulu. Dan fikiran mama hakim pulak cepat je teringat kat seseorang yang juga mengalami masalah yang hampir sama iaitu anak yang mengalami masalah jantung.

Sebagai mak, memang lah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat anak kan.. Apa saja yang kita buat, semua teringat kat anak dulu..

Eh! Korang dah tengok ke belum Fynn Jamal nyanyi live masa kat Separuh Akhir Muzik-muzik tu? Meh mama hakim kongsikan kat sini. Selamat menghayati, selamat meleleh ayaq mata!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 3 November 2014

Asal Sahaja DIA Suka dan Redha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Kadang-kadang bila kita terlalu memikirkan perasaan dan pandangan orang lain terhadap kita, kita terlupa nak mengambil berat pandangan dari DIA. Sebagai seorang manusia yang selalu rasa tak sempurna, kita sering melebihkan apa pandangan orang terhadap kita.

Biasanya terjadi bila kita menaip status kat Facebook atau di blog sekalipun. Taip, padam, taip, padam, sebab apa? Sebab nanti orang kata status kita ni ‘bajet-bajet bagus pulak’. Ataupun nanti risau orang cakap ‘macam dia saja yang betul/benar’, ‘suka perli-perli orang’ dan banyak lagi lah.. Malas nak taip perkara negative banyak-banyak..hihii. Dan lebih teruk lagi kalau kita terlalu mengambil kira pandangan orang lain dalam aktiviti seharian, cara pemakaian dan pergaulan.

Padahal, yang patut kita utamakan adalah pandangan dari DIA. Asal saja apa yang kita buat tu ALLAH suka, jadi pedulikan dengan pandangan manusia lain. Pekak kan telinga, butakan mata dari sindiran-sindiran mereka. Asal saja ALLAH redha dengan kita. Asal saja segala yang kita lakukan Lillahi Taala..



Sampai jumpa lagi..

Thursday, 10 July 2014

Saat Kepala Dah Rebah Ke Bantal..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Korang semua biasa tak berangan sebelum tido? Atau baring sambil bayangkan list-to-do untuk hari esoknya. Takpun bila letak kepala atas bantal je tak sempat nak berangan atau fikir apa-apa dah terus terlelap? Yang last tu konpem sebab penat sangat tu kan..hihi. Tapi kadang-kadang tak jugak bole terus terlena, biasanya bila badan terlalu letih la kita rasa macam susah nak lelap. Lagi macam-macam yang bermain dalam otak ni ha..

Mama hakim paling geram kalau dah standby golek-golek ngan si chentahati, siap baca doa semua tapi otak masih nak bekerja. Masa tu la idea duk datang mencurah-curah, ilham datang berderet-deret. Sampaikan ade perasaan nak bangun terus buat kerja semula. Ishh ishh.. Sebab tu la henpon kena sentiasa ada di sisi. Terus masukkan semua dalam notes, so esoknya takde la terkebil-kebil memikirkan balik apa yang nak dibuat..hihihi.

Mama hakim suka guna Color Note ni. Selain bole tagging ikut warna dan priority, boleh buat checklist, reminder dan macam-macam lagi lah. Dah jadi macam organizer mama hakim dah tau. Gamba kat bawah ni dari google je. Lebih kurang macam ni la contohnya..




Yang penting, boleh sync melalui gmail so kalau tukar henpon takde la gigih kena salin balik satu persatu. Sync je nanti semua notes akan ade balik kat henpon baru. Korang suka guna apps apa? Cuba share kalau ada yang lagi best..!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 20 June 2014

Tragedi Di Gerai Nasi Lemak.. Ini Semua Sebab Shaklee!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Semalam dan hari ni, mama hakim tak hantar Hakim ke taska sebab dah beberapa hari dia batuk. Mama hakim takmo dia jangkitkan pada yang lain dan takmo dia main sampai tak ingat dunia, risau batuk bertambah teruk.. Ohh tak mampu nak ulang kesannya macam bulan lepas.

Pagi-pagi lagi, Azizul Hakim dah cakap ‘mama, akim lapa acik mak’. Amboiii kemain lapa nasi lemak katanya.. Hakim memang macam ni, kalau dia nak apa-apa dia akan cakap ‘akim lapa kek la mama’ atau ‘akim lapa roti ni mama’. Jadi gigihla kami berdua keluar pagi-pagi (gi taska pun tak seawal tu tau..haha) gi cari nasi lemak yang sedap.

Mama hakim gi gerai yang dah biasa pegi setiap kali lepas anta hakim ke taska sebab nasi lemak makcik tu memang sedap dan kena dengan selera. Tengah tunggu turn, si chentahati ni berlegar-legar la kat gerai tu. Tetiba pakcik nasi lemak (PNL) tu bersuara ;

PNL : Ni mana maknyer ni?

Mama hakim buat muka konpius.. Eh! Pakcik ni marah ke sebab kubiarkan Hakim berkeliaran kat situ?

MNL : Mak ko mane dik? Keja ye?

Lagi la bertambah konpius.. Makcik nasi lemak (MNL) ni cakap ngan Hakim ke?

MNL : Rajin ko ye bawak adik gi beli nasi lemak.. (sambil pandang mama hakim)

Lorrhhh..rupa-rupa nya PNL ngan MNL tu cakap ngan mama hakim. Ade ke patut dia ingat mama hakim ni KAKAK Hakim?? Hahahhaaa… sila gelakkan daku beramai-ramai!

Mama hakim pun takmo la menyebabkan kekeliruan lagi, terus je bersuara ‘Makcik, ni anak saya. Saya la maknye..umur saya dah lebih 30 pun’ sambil tersipu-sipu. Hahahahaha..

MNL : Laa selama ni acik ingat ko ni belum kawen. Datang sorang-sorang beli sebungkus je.

PNL : Untung la macam tu, dah ada anak pun orang ingat ko belum kawen dik.

Alalalalaaa…sweet sangat PNL ngan MNL ni tau. Dah la nasi lemak sedap, pandai amik ati customer plak tu..kikikikiii.. Jenuh pulak kita nak explain, dorang tak perasan mama hakim bawak kereta sebab parking agak jauh.

Ini semua..Shaklee punya pasal tau! Terpaksa jadi awet muda sebab Shaklee. Banyak sangat makan Shaklee, ni la kesannya..hahahha



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 17 June 2014

Celine Dion - That's The Way It Is

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Lagu ni sangat memberikan inspirasi. Lagu ni lagu lama masa Celine buat comeback lepas bersalin kalau tak silap, tapi lirik dia seolah-olah menggerakkan sesuatu dalam hati ni. Kebetulan dengar kat radio dalam kereta tadi. Suka sangat ngan Celine Dion ni pun. Suara dia memang superb kan.. So mama hakim abadikan lirik lagu ni dalam blog TowMater.


"That's The Way It Is"

I can read your mind and I know your story
I see what you're going through
It's an uphill climb, and I'm feeling sorry
But I know it will come to you

Don't surrender 'cause you can win
In this thing called love

WHEN YOU WANT IT THE MOST THERE’S NO EASY WAY OUT
WHEN YOU’R READY TO GO AND YOUR HEART’S LEFT IN DOUBT
DON’T GIVE UP ON YOUR FAITH
LOVE COMES TO THOSE WHO BELIEVE IT
AND THAT’S THE WAY IT IS

When you question me for a simple answer
I don't know what to say, no
But it's plain to see, if you stick together
You're gonna find a way, yeah

So don't surrender 'cause you can win
In this thing called love

WHEN YOU WANT IT THE MOST THERE’S NO EASY WAY OUT
WHEN YOU’R READY TO GO AND YOUR HEART’S LEFT IN DOUBT
DON’T GIVE UP ON YOUR FAITH
LOVE COMES TO THOSE WHO BELIEVE IT
AND THAT’S THE WAY IT IS

When life is empty with no tomorrow
And loneliness starts to call
Baby, don't worry, forget your sorrow
'Cause love's gonna conquer it all, all

WHEN YOU WANT IT THE MOST THERE’S NO EASY WAY OUT
WHEN YOU’R READY TO GO AND YOUR HEART’S LEFT IN DOUBT
DON’T GIVE UP ON YOUR FAITH
LOVE COMES TO THOSE WHO BELIEVE IT
AND THAT’S THE WAY IT IS

That's the way it is
That's the way it is, babe
Don't give up on your faith
LOVE COMES TO THOSE WHO BELIEVE IT

And that's the way it is.

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 23 April 2014

Selamat Hari Lahir Buat Diri Sendiri..haha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Selamat hari Rabu semua..!! Hari ni takleh nak buat wordless sebab ada banyak benda nak bebel dalam ni.

First of all, million trillion thanks to all the doa and wishes. Kat facebook, whatsapp, group whatsapp dan group Team Magnifique.. Hanya Allah yang bisa membalas segala kebaikan yang korang doakan buat mama hakim. Hari ni dah bertambah setahun lagi umur mama hakim tau.. Syukur Alhamdulillah dah 31 tahun mama hakim bernafas di atas muka bumi. Dah dapat jadi seorang isteri dan ibu (dalam keluarga Shaklee ku dah jadi nenek pun..hihi)




Dapat kek dari encik Google je tadi setakat pagi ni..hehehe. Oh!! Lupa pulak, dah dapat berates-ratus biji kek dalam whatsapp dan group whatsapp tau..hahaha. Salah satu benda wajib yang kena buat ari ni ialah RENEW LESEN KERETA! Mujur la sama tarikh ngan hari lahir kannn...

Sekali lagi, terima kasih atas ingatan korang. Sayang korang semua..!! 



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 22 April 2014

Jatuh Cinta Berkali-kali.. Dengan Si Dia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Mak-mak ni memang selalu jatuh cinta dengan anak sendiri kan..hihi. Mak mana yang tak sayangkan anak oii.. Kenangan bawak si anak dalam perut selama 9 bulan tu takkan luput sampai bila-bila.


image


Wajah terbaru si chenta hatiku pagi tadi sebelum anta ke taska. Mood ada baik nak bergamba sebab sekarang ni si anak pandai bajet retiss tau..hahaha.. Asal mama nak amik gamba je terus dia mengelak!

Sambil buat kerja, sambil layan feeling rindu kat anak..hehehe. Semoga Azizul Hakim baik-baik saja, semoga dia gembira dan bahagia sentiasa.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 10 September 2013

HAISSHH.. APESAL SIBUK SANGAT HARI NI..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 
 
Its my anniversary today..!!
 
Dan mama hakim busy macam takde hari lain boleh siapkan kerja nih..huu *hati bengkak*
 
 
 
Insya Allah akan cuba taip satu entry penuh pasal ulangtahun perkahwinan kami ni.
 
Dah LAPAN tahun okey..!
 
Mesti la banyak yang nak dikongsi..
 
 
 
Mama hakim pun ada sesuatu yang nak dikongsi dengan pembaca setia blog Towmater nih..hehe.
 
Ailapyu sangat tau..!!
 
Rajin singgah walaupun mama hakim kebizian tak tentu hala *sebab ada Encik Bos baru*
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 20 August 2013

MACAM NI PUN BOLEH KE? ADOI LAA...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Dari pagi menahan perut memulas ni..adoilaa.. Mama hakim tak pasti kenapa boleh sakit perut. Nak kata cerry berry tak pulak. Salah makan pun tidak. Tapi sengal-sengal sampai ke pinggang..!!

 

Sebenarnya adik perempuan (memang adik semua perempuan..hehe) mama hakim tengah menunggu masa nak bersalin ni. Dari malam tadi dia gi hospital dan terus kena tahan wad. Pagi tadi kami mesej-mesej dalam group Whatsapp family, dia kata dah start contraction dan bukaan 3cm.

 

Yang peliknya, kakak dia kat opis ni pulak yang terasa sakitnya jugak!! Bonda ade cakap, takpelah mama hakim kongsi rasa tu takde la teruk adik mama menanggungnya nanti.. Hehehehe bunyi macam tak logik kan..!

 

 
 
Sebelum tahu dia pregnant dulu, mama hakim mimpi sambut baby perempuan yang comel sangat. Punya eksaited ngan baby tu sampai terlupa semua benda. Tapi tu dalam mimpilah kan.. Pastu terus je mama hakim mesej bonda, tanya siapa yang pregnant ni sebab mimpi pegang baby. Bila dah tanya semua adik beradik baru tahu memang ade sorang yang pregnant. Masa tu baru semua orang tahu.

 

Oh! Update setakat tengahari tadi baru 4cm bukaan katanya tapi memang tengah sakit sangat. Dan mama hakim kat sini pun memang dah tak larat nak menahan sakit perut nih..

 

Sesiapa ada pengalaman atau pernah dengar perkara macam ni? Sila lah kongsi ngan mama hakim..hehehe.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 19 July 2013

SEMENTARA NAK TIDO..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Salam Ramadhan yang penuh barakah..

 

Macam mana sambutan puasa setakat hari ini? Ada yang dah diberi cuti khas? Alhamdulillah, anugerah dari DIA yang tidak ada pada kaum bapak-bapak kan..hehe. Sekurang-kurang nya time ni la mak mak bole pulun nak mengemas umah ke, nak shopping ke (hehe kurang skit penat berjalan) ataupun ada yang rajin buat kuih raya sendiri. Memang supermak lah korang ni..!! Mama hakim salute tau..!!

 

Mama hakim setakat ni full lagi..hehe sebab biasanya cuti khas tersebut datangnya hujung bulan membawa ke awal bulan. Adakah mama hakim akan raya awal? Hahaha. Entah ape la mama hakim merepek memalam ni kan. Sebenarnya baru lepas tidurkan hero kecil yang sangat letih tapi sungguh-sungguh melawan mata.

 

Kadang-kadang memang pelik dengan sikap anak-anak kecik yang susah nak tido walaupun dah penat. Kesian pun ada sebab kita tau yang diorang dah penat, cuma di lawan demi mainan terchenta. Hahaha..

 

Dari mama hakim bebel lebih-lebih sampai korang bosan, lebih baik mama hakim bagi korang masa untuk pikir nak makan ape sahur karang.

 

Selamat beradu, jangan lupa baca doa dan niat untuk puasa esok..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 13 June 2013

TIPS MUDAH SEMBUHKAN BATUK


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Menaip di kala batuk dan selsema melanda..hihi. Dah rasa macam nak mengada-ngada pulak sebab mama hakim jarang sangat batuk dan selsema ni. Alhamdulillah. Dalam kepala dah ligat fikir cara paling mudah nak kurangkan batuk dan selsema nih..hihi. Ada la beberapa petua yang biasa mama hakim dengar dan keluarga amalkan. Meh mama hakim kongsi ngan korang sayang-sayang semua..

 

Cara yang PERTAMA menggunakan LIMAU KASTURI dan KICAP MANIS. Yang ni memang superb la..hehe. Rasa pun mengancam! Caranya mudah je, potong dan perahkan beberapa biji limau kasturi. Lepas tu titiskan kicap manis sampai warna air perahan limau tu jadi warna kicap. Buat la banyak skit pastu simpan dalam peti sejuk. Pastu minum la sesudu ala-ala macam ubat batuk cap ibu dan anak.. Nak minum bape banyak kali pun takpe, di jamin takkan mengantuk dan overdose punya..! Tapi toksah la duk hadap secawan kan..heheh. Minum sesudu tiap kali tekak rasa gatal la.. Oh! Petua yang ni sesuai sangat untuk sakit tekak, tekak bengkak rasa kesat dan batuk yang tak berkahak.

 

Cara yang KEDUA, lagi mudah. Minum sesudu MADU tiap-tiap pagi. Insya Allah akan lega.

 

Cara yang KETIGA, lagi la sedap..! Eh mudah. Sebab hanya menggunakan COKLAT..hihi. Nyumm..! Sedap kan. Tapi make sure coklat susu biasa tu je tau. Jangan la gatai tangan amik coklat yang berkacang atau kismis pulak. Nak lagi berkesan, makan coklat pahit yang coklat semata je tu. Tak kisah la brand Cadburry ke, Van Houten ke ikut ler brand kegemaran memasing.

 

Ok cukup la kot TIGA cara mudah nak ilangkan batuk. Mama hakim kongsikan kat sini supaya mudah jadi rujukan masa akan datang. Yang penting, jangan lupa minum air masak/kosong dengan banyak ye. Supaya badan lebih sejuk gitu. Tapi ini semua usaha tau, sebelum gi jumpa doktor dan amik segala jenis ubat yang hanya membuatkan korang mengantuk tu. Mama hakim memang akan mengantuk, pasti ketiduran dalam masa yang panjang kalau amik ubat-ubat doktor ni. Sebab tu la cari alternatif lain.
 
 
 
Mudah je kan semua tu. Macam mama hakim cakap, ini semua usaha dan alternatif lain selain daripada ubat-ubatan klinik. Tapi kalau masih batuk dalam tempoh berpanjangan silalah buat pemeriksaan dengan yang lebih arif tau..! *mata dah pedih-pedih ngadap pc*
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 7 June 2013

BILA MAMA DUK UMAH..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Salam penghulu segala hari yang penuh barakah J

 

Mama hakim masih di rumah. Teringin sangat nak bekerja dari rumah. Pagi tadi lepas subuh, bersiap seperti biasa sambil berbual ngan Incik Joni yang jugak nak gi kerja. Tengok si chenta hati masih lena dibuai mimpi so mama hakim duduk sekejap menjalin riben..hehe.

 

Jam 8 terus siapkan beg persalinan Hakim dan kejut dia bangun. Kesian pulak tengok dia terpisat-pisat so mama hakim dukung je ke luar rumah. Sampai umah babysitter, handover beg dan botol air Hakim terus singgah ke kedai membeli keperluan sikit untuk memasak. Sampai umah, terus capai mentega, kaya dan roti untuk breakfast..hehe. Masak air pulak. Pastu terus capai laptop untuk teruskan kerja. Tengahari kang berenti la kejap.

 

Insya Allah.. tak lama lagi jadual inilah yang mama hakim akan guna pakai. Bisnes partner yang seorang itu dah pun memberi persetujuan. Dan mama hakim sedang memohon petunjuk dari  ‘Bisnes Partner’ yang satu lagi. Semoga keputusan ini membawa sejuta kebaikan. Of kos laluannya takkan mudah dan penuh dengan liku-liku, hati perlu kental dan kuat. Insya Allah kami takkan mudah berputus asa kerana segala yang ingin dilakukan hanyalah kerana Allah s.w.t. semata-mata.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 21 May 2013

SPONTAN TUESDAY..!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Salam hari Selasa dari kaki Gunung Kinabalu J

 

Dah enam hari mama hakim bertapa kat sini. Dan lebih kurang sepuluh hari lagi Birthday Giveaway akan berakhir. Agak sedih pulak mama hakim ngan penyertaan semua. Kalau nak diikutkan hanya lima penyertaan je.

 

Takpelah.. Maybe sebab ni first time mama hakim buat giveaway secara serius kan..hihi. So korang mesti ingat mama hakim gurau-gurau je nak bagi hadiah sampai 20 ketol biji pemenang. Tapi ni betul-betul ni, bukan cobaan! Nanti ape mama hakim nak buat dengan hadiah-hadiah tu kalau takde yang join kan.. 

 

Masih banyak masa lagi ni. Silalah merajinkan diri menaip 20 patah perkataan pasal Blog Towmater ni ye.. Klik je SINI kalau nak join. Sayang selalu.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 8 May 2013

SILA KLIK DENGAN KADAR SEGERA..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Entry super speedy Gonzales sebelum balik umah ni.. Perasaan cemas bercampur gulana sebab takde pun lagi yang submit penyertaan untuk BIRTHDAY GIVEAWAY..!!

 

Hahaha.. Mama hakim memang suka kalut gitu. Tak bagi can langsung kat korang untuk buat karangan pasal Blog Towmater sebanyak 20 patah perkataan kan. Sila letak link penyertaan kat entry GIVEAWAY ye. Takyah komen kat sini nanti konpius..hihi.

 

Sekali lagi ku seru kepada semua pemabaca Blog Towmater untuk menyertai BIRTHDAY GIVEAWAY ye. Bagi can la mama hakim nak bagi korang hadiah kan kan kan..

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 30 April 2013

SPONTAN TUESDAY..! AND HAPPY LABOR DAY..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ehem..ehem.. Selamat pagi Selasa..!! Esok cuti pulak tu..hihi. So ari ni semangat nak gi keja ntah kat mana tercicir ntah! Mujur sampai gak kat opis ni..hihi. Semangat nak buat keja pulak melayang ntah ke mana..!!

 

Insya Allah kalau semuanya berjalan lancar, mama hakim akan bersiaran dari kaki Gunung Kinabalu pulak pasni.. Tak sabar nak bercuti panjang…! Mama hakim je la, Incik Joni ke sana bekerja so takde makna nyer nak berjalan bagai kan.. Mama hakim duk melepak je berduaan ngan anakanda tercinta..echehh!!
 

 

 
 
 
Selamat Hari Pekerja untuk semua..!!
Tak kira ape pun pekerjaan korang, moga diberkati dunia dan akhirat..!!
 
 

 
 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 23 April 2013

WELCOMING 3 SERIES..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 


ITS MY BIRTHDAY..!!
 
 
 
 
Thank you Google for the wish..hihi.
 


Alhamdulillah dah 30tahun menumpang di bumi Allah.
Dah 30tahun menjadi anak kepada Rosiah dan Mohd Iskak.
Dah 30tahun menjadi adik kepada kakak dan abang-abangku.






 
ALHAMDULILLAH YA ALLAH
 
atas nikmat kesihatan yang dikurniakan
 
atas nikmat bernafas, melihat mendengar dan merasa
 
atas nikmat kasih sayang
 
atas nikmat makan dan minum
 
atas nikmat persahabatan
 
atas nikmat perkahwinan
 
atas  nikmat kekeluargaan
 
atas segala nikmat yang terlalu banyak untuk disenaraikan..!!
 
 
 
DOAKU YA ALLAH
 
Bertambah lagi setahun umurku
 
Moga bertambah juga amalanku
 
Moga bertambah juga kebaikan
 
Moga bertambah juga kesyukuran
 
Moga bertambah juga kasih sayang
 
Amin Ya Rabbal Alamin…
 

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 12 April 2013

PELIK JAP..! HAHA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Entry super speedy Gonzales di petang Jumaat ni J

 

Mane datang nyer pulok Audiens dari belah Canada ni..hihihi. Agaknyer diorang baca blog Towmater ni guna Google Translate tak? Tetiba jadi pelik sangat..!! Hahahaha..
 



Salam Jumaat semua dan selamat berhujung minggu..!


*Updated 13/4/2013 jam 9.15 pagi..hiii. Sungguh-sungguh ye orang Canada ni baca blog
Towmater..hahahaha


 

p/s: Mama hakim kerja la esok..wuu T_T (hari ni lettew..huu)

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 3 April 2013

WORDLESS WEDNESDAY #03042013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
First time mencuba membuat puding karamel tanpa telur..
 
Copy resipi dari SINI
 
 
Dan hasilnya..
 
 
~
 
~
 
~
 
~
 
~
 
~
 
~
 
~
 
 
 
PUDING KARAMEL
 
 
Tak menjadi pulak..huuu.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, 23 March 2013

MOOD HARI SABTU..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Mood bekerja di hari Sabtu.. Sebenarnya takde mood pun..hahaha! Hati meronta-ronta nak gi ajak Incik Joni berjalan. Kaki dah gatal sangat ni..! Tapi malangnya ujung minggu ni Incik Joni pun kena bekerja..

 

Hati asek teringat kat Farm in The City sebenarnya! Nak sangat pegi lagi.. Ehh!? Lum cite pasal tu lagi la..adoiyaiii.

 

Meh nak tunjuk seketul dua gamba Hakim menjadi Go! Diego Go! pada hari kejadian tersebut..
 
 

 
Gamba atas Hakim bersama marmoset
 
Gamba bawah ngan cik kura-kura..




Best tau tempat ni, sesuai sangat untuk budak-budak yang baru mula nak mengenali haiwan. Insya Allah mama hakim cite banyak lagi pasal tempat ni. Lupa pulak nak bagitau kat mane..haishh! Farm in The City ni kat Seri Kembangan.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 13 March 2013

WORDLESS WEDNESDAY #13032013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Di hari Rabu yang kurang berkata-kata..
 
Saja nak letak muka tuan tanah..hihi.

 

DAHULU
 
 
 
 
Dan KINI
 
 
 
 
 
 
 
Terlebey-lebey lak muka tuan tanah nih..!
 
 
 
 
Penangan VITA E COMPLEX SHAKLEE la ni..hihihi.
 
 
 
 
p/s : Sesekali bagi can tuan tanah menonjolkan diri, seterusnya masuk bakul sendiri angkat..!!Hahaha..
 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger