Pembaca Blog Setia

Showing posts with label kerja lah... Show all posts
Showing posts with label kerja lah... Show all posts

Monday, 19 May 2014

Meningkatkan Prestasi Kerja di Waktu Makan Tengahari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Agak-agak korang la kan, di sebalik kehidupan orang-orang yang berjaya macam Richard Branson (founder of Virgin Atlantic) dan Micheal Kerr (president of Humor At Work) macam mana diorang menghabiskan masa ketika waktu makan tengahari? Adakah dengan makan sambil mengadap komputer, atau sesi memerah idea, ataupun menggunakan masa terluang sejam itu untuk meluaskan rangkaian bisnes? Mama hakim nak senaraikan 10 perkara yang dilakukan oleh super successful people sewaktu makan tengahari.


TINGGALKAN MEJA KERJA
Bak kata Micheal Kerr, tak bagus untuk duduk di meja kerja sewaktu rehat. Duduk yang terlalu lama juga akan membahayakan kesihatan. Sekurang-kurangnya makan atau berehat saja di pantry.


KELUAR BERJALAN
Kalau rasa perut masih kenyang, keluarlah dari pejabat dan berjalan-jalan di taman. Hasil penyelidikan dari University of Michigan mengatakan bahawa pendedahan kepada alam sekitar boleh meningkatkan memori dan fokus.


BERSENAM
Sangat sesuai bagi pejabat yang mempunyai mini gymnasium. Steve Cooper, editor-in-chief untuk Hitched Magazine berkata, dia bersenam ketika waktu rehat tengahari. Ianya merangsang hormon endorphin yang akan meningkatkan tenaga untuk menyambung kerja sehingga ke petang.


MEMBACA BUKU
Tor Myhren, eksekutif periklanan di E-Trade mengatakan dapatkan seberapa banyak informasi yang boleh untuk merangsang otak. Waktu makan tengahari mungkin saja waktu yang sesuai untuk kreativiti kita berkembang. Baca buku ye bukan baca artikel di komputer!


MAKANAN SIHAT
Pekerja yang mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang adalah 25% lebih menyerlah dalam kerjaya masing-masing berbanding dengan mereka yang tidak. (mengikut Business News Daily)


TIDAK MAKAN SECARA BERLEBIHAN
Mereka yang terlebih makan ketika waktu tengahari merangsang lebih insulin, menyebabkan paras gula menjadi rendah dan membuatkan badan terasa letih. Fenomena tersebut dikenali sebagai ‘food coma’ yang mana agak sukar untuk kembali bekerja selepas waktu rehat.


MAKAN BERSAMA RAKAN SEPEJABAT
Waktu makan tengahari adalah waktu terbaik untuk membina hubungan dengan yang lain, kata Anita Attrigde (career coach). Malah kata Bradford Shellhammer (co-founder of Fab.com) makan tengahari adalah waktu bersosial dan dia tidak pernah makan bersendirian.


MAKAN BERSAMA RIVAL ATAU MUSUH!
Richard Branson menghabiskan waktu makan tengaharinya bersama Sir Colin Marshal (British Airways) selepas selesai kes mahkamah yang menentang sesama sendiri. Mereka menikmati makan tengahari bersama dan melupakan segala masalah yang berlaku.


MENDENGAR MUZIK
Mendengar muzik yang digemari pastinya boleh mengalihkan perhatian seketika terhadap kerja. Maka, ia dapat melegakan ketegangan otot dan stress.


TIDUR SEKETIKA
Di Huffington Post, Arriana Huffingtoan menyediakan nap room untuk para pekerjanya. Kata Arriana, ketika bekerja apa yang paling penting adalah sentiasa rasa bertenaga. Ia bukannya sekadar berapa lama kita menghabiskan masa di meja kerja okey..!


Memang banyak yang boleh kita duplicate agar kita boleh meningkatkan prestasi dalam kerjaya. Bila kita dalam keadaan yang lebih tenang dan bertenaga, dah tentu segala tugasan boleh diselesaikan dengan lebih efisyen. Ingat ye, waktu makan tengahari bukanlah waktu yang sesuai untuk menyiapkan kerja dengan lebih cepat. Bangun dari kerusi, keluar berjalan, atau yang paling mudah pasang saja earphone dan dengarlah muzik kesukaan korang..!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 10 September 2013

HAISSHH.. APESAL SIBUK SANGAT HARI NI..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 
 
Its my anniversary today..!!
 
Dan mama hakim busy macam takde hari lain boleh siapkan kerja nih..huu *hati bengkak*
 
 
 
Insya Allah akan cuba taip satu entry penuh pasal ulangtahun perkahwinan kami ni.
 
Dah LAPAN tahun okey..!
 
Mesti la banyak yang nak dikongsi..
 
 
 
Mama hakim pun ada sesuatu yang nak dikongsi dengan pembaca setia blog Towmater nih..hehe.
 
Ailapyu sangat tau..!!
 
Rajin singgah walaupun mama hakim kebizian tak tentu hala *sebab ada Encik Bos baru*
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 30 April 2013

SPONTAN TUESDAY..! AND HAPPY LABOR DAY..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ehem..ehem.. Selamat pagi Selasa..!! Esok cuti pulak tu..hihi. So ari ni semangat nak gi keja ntah kat mana tercicir ntah! Mujur sampai gak kat opis ni..hihi. Semangat nak buat keja pulak melayang ntah ke mana..!!

 

Insya Allah kalau semuanya berjalan lancar, mama hakim akan bersiaran dari kaki Gunung Kinabalu pulak pasni.. Tak sabar nak bercuti panjang…! Mama hakim je la, Incik Joni ke sana bekerja so takde makna nyer nak berjalan bagai kan.. Mama hakim duk melepak je berduaan ngan anakanda tercinta..echehh!!
 

 

 
 
 
Selamat Hari Pekerja untuk semua..!!
Tak kira ape pun pekerjaan korang, moga diberkati dunia dan akhirat..!!
 
 

 
 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 12 April 2013

PELIK JAP..! HAHA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Entry super speedy Gonzales di petang Jumaat ni J

 

Mane datang nyer pulok Audiens dari belah Canada ni..hihihi. Agaknyer diorang baca blog Towmater ni guna Google Translate tak? Tetiba jadi pelik sangat..!! Hahahaha..
 



Salam Jumaat semua dan selamat berhujung minggu..!


*Updated 13/4/2013 jam 9.15 pagi..hiii. Sungguh-sungguh ye orang Canada ni baca blog
Towmater..hahahaha


 

p/s: Mama hakim kerja la esok..wuu T_T (hari ni lettew..huu)

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 26 February 2013

BIRTHDAY CAKE YANG COMEL..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Dari minggu lepas perasaan mama hakim tak keruan sebenar nyer. Kalau di layan mau naik syehh dibuatnyer. Biasa la orang pompuan ni kadang-kadang mood memang jatuh menjunam ke dasar bumi. Yang penting diri sendiri kena kawal. Tapi pun bukan senang tau, memerlukan jati diri yang amat kuat! Hoh!! Kan dah merapu..!!

 
Saje je nak amik masa skit update blog yang sepi sekejap kecoh sekejap ni.. Takmo tinggal lama-lama, sayanggg sangattt!!

 
Nak cite pasal sambutan hari lahir member opis last week. Tarikh lahir 18 Februari, tapi kitorang sambut lewat sehari sebab memasing bizi..huu. Alkisah seorang lagi PM resign, jadi yang kami yang kecik-kecik ni la kelam kabut sendiri..!

 
Ni la kek nyer. Comel kan..!
 
 

 

Birthday girl. Pun comel sangat..!
 
 


 


Dan kami.. Yang tinggal bape kerat je dah.
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, 16 February 2013

CNY HAMPER..! #2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




 




8 Februari 2013 5.00 petang
Bergambar kenangan sebelum balik.
Mama hakim punya hamper No. 13 tu..
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 7 February 2013

VITAMIN PALING HOT..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Sambil-sambil buat keja sambil-sambil makan vitamin C yang hot ni.. Cepat betul orang sambar setiap kali kuar stok. Abis sume budak opis pun mama hakim pakse makan sekali sorang sebiji..hahaha..
Korang nak jugak? Meh meh mama hakim bagi percubaan percuma. Contact mama hakim okeh ;-)
Sampai jumpa lagi..wassalam.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 6 February 2013

WORDLESS WEDNESDAY #06022013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Minggu pertama di bulan Februari 2013..
 
Masih kebizian..
 
 
 
Nak pinjam tangan sotong lah..huu..

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 17 January 2013

RINDU.. OH RINDU..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Rinduuu…! Rinduuuu sangattttt…! Tapi kesibukan melanda..! Tak dapat nak merepek membebel kat sini. Cepat lah abis semua ni..! Tak sabar dah! Cepatlah hand over segala menda ni..!

 

 

Dear Encik BigBoss dan Puan Money-zer,

 
Otak saya dah tepu dan mengembang..!

Dah takleh hadam dengan baik segala info yang disuap.

Mata saya kejap kabur kejap rabun kejap-kejap je terang dan jelas.

Napas saya dah macam orang semput tapi gatal nak main kejar-kejar.

Perut saya dah jadi taman rama-rama.

Kaki saya kejap keras kejung kejap lembik macam orang tak makan nasik 3 hari.

Jari jemari dah naik kematu ujung nyer macam orang keja kilang papan.

 


Daripada,

Staf yang komited (lah sangat) ngan kerja.

 


p/s: Bila rasa macam nak ‘naik antu’, mama hakim curik-curik intai blog uolls..! Hihi.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saturday, 15 December 2012

OH..! HATIKU..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Bekerja di hari Sabtu..huu. Dan Hakim tinggal bersama babah sebab pengasuh ada hal. Tapi babah baru balik pagi tadi kul 8 lepas keja shif malam yang sangat memenatkan.. Oh hati mama hakim langsung tak tenteram..! Task untuk keja setengah hari ni pulak kemain berderet..

 
Hati ni memang dah beberapa hari tak tenteram.. Teringat bonda yang tak berapa sehat. Mama hakim tau mungkin sebab umur bonda dah nak masuk 60 tahun. Lagipun selama ni bonda tak penah sakit terlantar, takde masalah kencing manis, takde darah tinggi, takde sakit jantung.. Syukur Alhamdulillah.. Allah masih bagi peluang kat mama hakim untuk berbakti pada bonda. Tapi mama hakim sendiri banyak bazirkan peluang tu. Sekarang ni dah macam terkejar-kejar. Macam takut tak sempat. Skang ni duk sibuk nak belikan supplement untuk bonda, sebab dari minggu lepas bonda mengadu sakit lutut, dah tak bole nak sembahyang dengan sempurna, kena duduk atas kerusi.

 
Oh hati.. Bertenanglah.. Kat opis ni pulak dah ada isu tak puas ati dan PHD. Alahai manusia, ini la jadi nya kalau membiarkan diri dikuasai makhluk yang jahat tu..! Nak cakap pun serba salah.. Cam nak meraung pun ada. Ya Allah moga dikuatkan hati ni..

 
Tetiba rindu kat bonda..huu. Padahal malam tadi baru gi jumpa dia. Ya Allah, lindungilah bonda ku walau di mana pun dia berada.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 12 December 2012

WORDLESS WEDNESDAY..! #12122012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Lebih sibuk dari cik Lebah rasa nyer ni. Terima kasih kepada yang sudi singgah dan tinggalkan komen..! Sayang selalu..! Banyak-banyak..!
 
 

 


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 4 December 2012

PERFORMANCE APPRAISAL..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Hujung tahun dah ni..huu. Kejap je rasa nyer dah nak abis Tahun 2012. Kalau masa keja government dulu, masa ni la duk sebok ngan LNPT ataupun SKT. Rasa nyer kawan-kawan yang keja ‘gomen’ skang ni pun memang tengah duk sibuk buat menda ni kan..! All the best okeh..!

 
 

Haa.. Kat opis ni pun tengah duk sibuk ngan Performance Appraisal ni ha.. Masing-masing berharap kenaikan gaji yang memuaskan dan of kos la BONUS..hihi! Kebanyakan diorang dah settle pun ngan appraisal ni, mama hakim je yang ketinggalan. Almaklum ler dah takde mak.. Pastu PE selalu kat site pulok. Cuma baru tadi je PE balik opis dan tanya pasal appraisal tu. So kitorang dah set date ari Jumaat ni J dengan harapan di hari Jumaat yang berkat, Allah murahkan rezeki mama hakim.. Aminnn..

 
Sahabat-sahabat maya mama hakim plak cane? Especially yang keja swasta, dah bermula ke sesi soal jawab dan penilaian ni?

 
Eh! Nak tau ke ape LNPT dan SKT tu? Alahai.. LNPT ialah laporan Nilaian Prestasi Tahunan dan SKT ialah Sasaran Kerja Tahunan. Sekian dari mama hakim, ex-government servant, MOH J

 
Sumber gambar dari Incik Google.
Klik untuk lebih jelas..

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 3 December 2012

I AM BACK..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Yeay..! Dah masuk opis semula.. Dah mula bekerja..!

Takde makna nak Monday Blues segala sebab keja seminggu tengah bersusun amik nombor tunggu turn untuk diselesaikan..

Sekian laporan tak rasmi mama hakim yang entah tak tau mane nak mula sebab keja banyak sangat ni.. Sayang selalu..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 22 November 2012

FAREWELL LUNCHEON..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Kejadian yang berlaku pada hari Selasa, 20 November 2012.

 
Project Department ni bakal kehilangan seorang lagi ahli nyer, Asst. Project Manager. So lunch ni adalah bersempena meraikan pemergian beliau, Encik APM. Dahlah department ni makin mengecil bilangan nyer, yang ada semalam pun tak ramai setakat 4-5 orang je..huu.

 
Kami lunch dekat Kitchen Art Brasserie, Hotel Empire.
 
 
 
Was supposed to be MR. SALNIZAM SALLEH.
Reservation was done through phone J

Dan antara makanan yang menjadi pilihan di atas meja.
 
 
 

Udang itu sangat marveless..!

 


Kek dan dessert ade lagi tiga empat lima jenis tapi ni je yang termampu nak masuk dalam perut. Tak termasuk kuih-kuih tradisional tau. Ade yang mama hakim tak penah dengar atau makan pun. Salah satu nyer nama kuih “puteri duduk sebilik” tapi takde gamba pulak.



Hadiah sempena perpisahan.

 

Girls only..!
 
 

 
Gamba orang yang dirai? Kamera orang lain kut..hihihi. Rase nyer entry ni cite pasal makan je lebih..hahaha!

 

"Kepada Encik APM, semoga terus sukses dalam bidang yang bakal diceburi. Bila dah sukses, jangan dilupa kami ye J Berjaya dan bahagia dunia dan akhirat."

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 21 November 2012

SORRY FOR DISTURBING YOU..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

I am writing this just because I don’t feel comfortable seeing other people look at me uncomfortably. Got what I mean? No? That’s ok. I just need to do this to keep myself calm again. To feel much better. I can’t tell any soul in my office, they are not my friends, they just colleagues.

 

I am not VERY good at what I am doing, just a little better than you. Please stop judging me like you know me for a long time. Like you know my past. Like you are by my side since I was born. And you and me are totally different. Live your life the way you want it. And don’t expect me to live my life the way you WANT it too..!

 

Stop judging me, stop judging other people around you..! Because you have no right to do so. Stop acting like I need your blessing to success..! Of course NOT! I am very SORRY to make you feel that way.. I wasn’t born to please you. Go get your own REAL life. We are not getting younger.

 

I don’t hate her, I just feel so pity because she have to worry about my life. Because she have to feel uncomfortable of my presence in her life. But I do feel honored because she is spending some of her value time to think about me J

 

And thank you very much for taking your time to read this crap..! Sayang selalu J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 19 November 2012

BUKAN MONDAY BLUES..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Feeling lightheaded.. Dizzy..!
 
Or headache..! Macam tak dapat dikenalpasti..
 
Mual.. Menyampah..
 
 
Oh bukan monday blues tau, tak sempat pun..
 
 
Ini masalah di hati tempat kerja..
 
 
Dari minggu lepas.. Entah bila akan settle..

 
“Oh BD, muncul lah kamu..
Mane kamu ni..
Buktikanlah kemunculan kamu..
Kuseru supaya kamu menonjolkan diri”
 

p/s: DILARANG MELAKUKAN AKSI SERU MENYERU TERSEBUT! SYIRIKK!
 
p/s lagi: Sedang tunggu Strawberry Crepe yang nyummmmeh!!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 12 November 2012

KISAH HARI SABTU #101112

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Hari Sabtu lepas, mama hakim keja.. Bersama Hakim J
Pengasuh nak ke hospital, mak mertua masuk wad dah seminggu lebih rase nyer.

Bila Hakim ke opis, perkara pertama yang dia nak adalah mengadap komputer. Kereta merah tuh memang tak bole ditinggalkan..huu
 


 
 
Mama hakim siap-siap bukak WORD untuk dia menaip.
 

 
Lepas tu, sekali dengan telefon. Sibuk benar gaya nyer tu kan..



Lepas tu sambil-sambil baca emel dan Hakim tengok iPad, mama nyer sempat duk sebok amik gamba sendiri..hihihi.

 

 

Hii.. Anak mama ni, takyah la advance sangat. Enjoy life sebagai budak tecik dulu ok.
Dah besa nanti baru pikir pasal kerja tau.

 
Lepas abis keja setengah hari, mama hakim bawak Hakim jalan-jalan shopping kat Empire Shopping Gallery. Duk dalam ToyRUs je dah bape lame ntah.

Hakim siap berkenan ngan satu kereta ni lagi. Yang tu babah kena take note okeh J
 
 



Masuk je dalam keta Hakim terus terlelap, sampai umah lebih kurang kul 3 lebih.. Hujan lebat pulak tu.. Dua beranak kepenatan..!
 

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 6 November 2012

ADA BANYAK PERKARA..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Ada banyak sangat perkara yang nak direkodkan di sini sebelum terlupa tapi macam kekurangan waktu. Lepas lady boss resign, PE plak kena paksa keja makan minum tido kat site doplohpatjam maka mama hakim duk sensorang kat opis menggantikan orang-orang penting ni. Tapi takde la sampai nak memangku tugas bagai, cuma bila di tanya atau diperlukan kena sentiasa bersedia. Kadang-kadang bila orang tanye sesuatu, memang terkelu tergeliat lidah nak jawab ‘Sorry I’m not sure..’ Haa..mau nyer nak kena fire nanti..!

 
Mama hakim nak cite pengalaman pertama Hakim gi Zoo Melaka, nak cite bape banyak perkataan yang bole disebut, nak cite betapa baik (mesti la puji anak sendiri) Hakim kali ni tanpa babah disisi. Kira nye takde la buat aksi-aksi cumell yang bole buat mama hakim sakit kepala stress..hihi.

 
Setelah hampir pukul 3 petang cuaca panas, akhir nyer matahari mengalah jua. Ujan lebat sekarang ni siap bole nampak petir memancar di tepi tingkap opis. Actually bukan tingkap pun, opis ni memang dinding nyer kaca semata..! Undur diri dulu ye, Insya Allah ada peluang mama hakim membebel lagi disini J

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger