Pembaca Blog Setia

Showing posts with label Emosi. Show all posts
Showing posts with label Emosi. Show all posts

Tuesday, 17 June 2014

Keikhlasan Dalam Berniaga Atau Hanya Kerana Keuntungan Semata

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Mama hakim kan, ade tempat favorite baru tau untuk beli barang basah **itupun nak bagitau ke**. Alkisahnya sebelum ni mama hakim selalu beli kat kedai runcit peniaga Melayu yang sangat dekat ngan umah. Mungkin disebabkan dekat, jadi mama hakim buat tak tau je la dengan keadaan kedai yang agak kotor dan berlalat. Lantainya berair, dan barang-barang tak bape nak fresh termasuk sayur yang layu dan ikan yang sakit mata je.. (fakta sedih) Biasanya mama hakim dapat beli ikan atau sayur untuk dua tiga kali masak je.

Sampaila satu hari, bila tempe yang biasa mama hakim beli dengan harga RM1.20, saiz lebih kurang 4inci x 4 inci (lebih kurang je) menjadi saiz 4inci x 3inci naik harga ke RM1.50. Saiz makin kecik tapi harga makin mahal. Apekah? Sebagai mama yang kuat membebel, terpaksa la Incik Joni tadah telinga dengar mama hakim meluahkan perasaan pasal kedai tu. Abis bebel, Incik Joni cakap ‘gi kedai lain la mama, jauh skit takpe bukan jalan kaki pun.’ Orang laki ni respon dia memang cemtu kan..hihihi.

Jadi mama hakim mula la gi kedai seberang jalan (siap lalu traffic light hokey) untuk cari yang lebih memuaskan hati. Terjumpa dengan kedai yang tokeynya ca ya nun alif **tak berniat nak kondem kedai Melayu tapi ini fakta yang sangat sedih**. First impression, bole tahan kedainya. Padat dan penuh dengan barang tapi tersusun. Ikan dan ayam kat bahagian belakang kedai. Sampai je kat tempat ikan, terus pekerja dia tanya ‘nak tolong siangkan tak kak? Akak pilih je saya siangkan’. Sambil-sambil pilih ikan dan sayur, ada lori sampai anta stok. Tokey dia dengan selamba tolong turunkan barang dan asing-asingkan dengan pekerja lain. Diorang bekerja sambil gelak-gelak ngko.. Nampak macam pekerja dia memang di layan dengan baik.




Pekerja dia memang ramah, siap tolong kumpulkan barang yang kita pilih ke depan kaunter. Kalau kat kedai lama, terjerit-jerit la ngko nak mintak suh siangkan ikan atau nak kelapa parut. Selesai pilih, mama hakim gi kaunter dan tokey dia tanya ‘ini saja kak? Cukup ke ni? Ikan ni tak mau siang?’ Mama hakim angguk dan senyum je. Siap asingkan ikan kat plastik lain yang dilapik surat khabar.Oh lupa, pekerja-pekerja dia Melayu dan Indonesia.

Memang mama hakim tak berniat nak sentuh sensitivity sesiapa mahupun bersiftat perkauman. Tapi kadang-kadang kita dapat tengok cara dan keikhlasan orang lain dalam berniaga. Kita sebagai pembeli dan pengguna mesti la nak dapatkan perkhidmatan terbaik kan.

Dalam hati, terus simpan niat nak jadi seorang peniaga yang disenangi orang lain. Yang ikhlas dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik buat customer tersayang. Yang baik, mestila dijadikan tauladan kan.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 13 June 2014

Mengimbau Kenangan 4 Tahun Lalu #Countdown Birthday Azizul Hakim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Hari ni dah 13 Jun 2014.. terasa nak buat countdown untuk birthday si chentahati yang ke 4 tahun pada 1 Julai 2014 nanti. Alhamdulillah..dah besar Azizul Hakim. Dah boleh berdikari, seronok nak ke sekolah dan jugak banyak mulut! Hihihi..

Mengimbas kembali 4 tahun yang lalu, ketika ni mama hakim tengah sarat mengandungkan Azizul Hakim. Tarikh untuk induce pun dah diberi oleh doktor iaitu 28 Jun 2010 dan mama hakim kena register masuk wad sehari sebelum tu. Kenapa kena induce? Sebab mama hakim dah start leaking (air ketuban bocor) sejak kandungan berusia 29 minggu dan sel darah putih lebih tinggi (infection).

Azizul Hakim adalah miracle baby kami. Dia adalah anugerah Allah ketika mama hakim dalam keadaan yang tak berapa stabil, memerlukan sesuatu dalam hidup dan dia lahir sihat walafiat tanpa perlu masuk incubator (seperti yang diberitahu oleh doktor disebabkan oleh infection). Sesungguhnya perancangan dan pelaksanaan Allah itu Maha Sempurna, kan..

Syukur Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 27 May 2014

Mood Kerisauan Pasal Si Chentahati

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


When something happened in our life, take a deep breath, clear your mind and try to see the positive side of it. ~ pesanan buat diri sendiri. 

Beberapa hari lepas si chentahati tetiba di serang semput semula, batuk-batuk muntah-muntah dan demam. Jadi ke Emergency Dept Hospital Serdang ler kami tiga beranak dan terus kena tahan wad. Jumaat malam sehingga Ahad petang. Itupun setelah mama hakim buat muka paling kesian kat doktor tu sebab nak balik.

Ok bukan nak cerita semua malam ni..hihi. Sorry ye. Masih mengatur strategi perancangan supaya si chentahati tak lagi kena tahan wad dan amik neb sejam sekali, 2 jam sekali, 3 jam sekali..grrr.. Hari Khamis ni, 5 Jun ade appointment kat wad paed Hosp Serdang lagi. Mama hakim percaya dan pasti sangat, mak mak ni bila anak sakit mesti doa supaya sakit tu ditanggung oleh kita kan.

Semoga si dia sentiasa sihat dan ceria seperti selalu. Walaupun masa sakit si dia masih boleh aktif seperti biasa. Cer tengok gambo kat bawah ni, ade muka orang baru lepas kena pasang branula tak? Doktor pun terkejut sebab dia sikit pun tak nanges masa kena cucuk!



Mohon doakan Azizul Hakim daku ye teman-teman..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 22 May 2014

Remembering MH370, Pray For MH370

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Some of you might already forget about MH370 tragedy. Some of you might still pray for the crews and passengers.. Its been almost 11 weeks since then. As for me, they are still in my mind, still in my prays and still in my heart. 

I may not know anyone on board in person, but the bond that once created between us make me feel like I am part of the family. One of the couple boarded MH370 as passengers, is one of my Shaklee family. (‘is’ selagi takde pengesahan yang tepat) One of the cabin crew, a senior crew if I’m not mistaken is one of my Shaklee sister’s uncle.


REMEMBERING MH370


Mula-mula mendengar khabar tentang MH370, hati tersentak dan terus mendoakan keselamatan mereka. Mama hakim memang sensitif sangat bila ada apa-apa yang related dengan kapal terbang ni..huhuhu. Walaupun dari dulu dah tahu segala risiko dan doa banyak-banyak agar takde la insiden macam ni berlaku, tapi siapalah kita nak lawan kehendak dan takdir YANG MAHA ESA.


REMEMBERING MH370


Kematian memang datang dalam berbagai cara. Kematian datang tanpa boleh kita tahan, tak pernah awal dan tak pernah lewat. Satu ketika, mama hakim agak geram dengan segala tuduhan dan isu yang seperti dipermainkan oleh sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab. Langsung tak memikirkan perasaan keluarga krew dan penumpang. If we cant say something good, be silent. Its much better than saying something bad.

Sekarang ni selalu doa agar dikuatkan hati untuk terima semua, untuk redha dengan ketentuan. Kerja apa pun sama, penuh dengan risiko dan bahaya. Entry ni ditaip pun secara tetiba..out of the blue. Maybe sebab Incik Joni reminds me of something about going outstation again.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ampuni dosa-dosa kami..
Kuatkan hati kami..
Tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kami..
Ya Rabb,
Kami mohon petunjukMu
Kami mohon pertolonganMu
Kerana hanya Mu Ya Allah,
Pentadbir sekalian alam..
Yang Maha Mengetahui
Kejadian di langit dan di bumi..
Aaminn..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 19 May 2014

Arghh..! Kenapa Stress Sangat Ni..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bila kita stress, selalunya kita kaitkan ianya dengan perkara yang negative je kan. Mama hakim perasan, masa kerja opis dulu bila stress je mesti rasa nak terkam je orang-orang yang agak menjengkelkan atau boss yang masa tu lah semua pun nak urgent! Bila stress je nak moody.. Bila stress je nak marah.

Tapikan pernah tak kita terfikir ‘the beauty of stress’ (bak kata omputih) ni? Umpamanya, garam dan gula dalam kehidupan kita ni ha.. Bayangkan kalau kita termakan sesudu garam, masin kan? Tapi bila kita memasak, masih lagi kita campurkan sedikit garam dalam masakan supaya rasanya lebih sedap. Kalau kita duk hadap dan fokus pada stress tu, memangla terasa ‘masin sangat’. Tapi bila kita salurkan ke arah yang lebih positif, maka kita akan dapat rasai kebaikannya.


POSITIVE STRESS


Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya. Kalau kita tak dapat cari, maka kembalilah pada YANG MAHA ESA. Insya Allah.. Begitulah dengan stress. Pasti ada hikmahnya setiap perkara itu. Dengan pengurusan stress yang betul, maka kita akan dapat kesan positif darinya. Sebagai contoh, disebabkan stress kat opis maka kita cepat-cepat siapkan segala kerja dengan pantas supaya bila kerja siap, stress pun kuranglah..hihi.

Stress itu perlu untuk menambah kenikmatan dalam hidup. Contoh lain, stress sebab asyik duduk dalam kegelapan memaksa Thomas Edison mencipta mentol lampu. Kalau takde stress, maka ‘tawarlah’ rasanya hidup ni. Stress itu salah satu nikmat, tetapi perlu diuruskan dengan betul. Stress perlu disalurkan ke arah yang positif. Kendalikan stress dengan baik sebelum ianya menguasai kita.

Jadi kawan-kawan tersayang, takmo stress lama-lama ye. Istighfar dan kembali pada DIA. Insya Allah hati lebih tenang dan gembira.


Sumber Inspirasi : Lyna Noh dotcom


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 9 May 2014

Tips Membina Semangat Dan Sentiasa Positif

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Sekali lagi, salam penghulu segala hari. Jumaat yang mendung, sejuk dan syahdu. Alhamdulillah atas segala nikmatMu Ya Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan apa saja perancangan kawan-kawan blog Towmater hari ni.

Dalam hidup ni, memang mama hakim tak nafikan kadang-kadang kita akan rasa down dan lemah semangat. Sesekali syaitan berbisik dalam hati dan membuatkan kita menyoal ketentuan Allah ‘kenapa aku yang diduga?’ Ishh ishh.. cepat-cepat istighfar tau.

LA YUKALLIFULLAH HU NAFSAN ILLA WUS ‘AHA (Al Baqarah : 286)
“ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”

Sebab tu la kita kena sentiasa bersangka baik dan fikirkan yang positif walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Cakap macam senang kan? Insya Allah cuba dulu, baru tahu manisnya sebuah kesabaran. Mama hakim nak kongsikan tips membina semangat dan sentiasa positif. Semoga bermanafaat buat semua kawan-kawan blog Towmater ni ye.

MINAT DAN SEMANGAT
Minat akan melahirkan semangat. Bagaimana? Bila kita minat melakukan sesuatu, maka kita akan sentiasa bersemangat melakukannya. Sebagai contoh, kita memang minat membaca, jadi asal MPH atau POPULAR buat sale je mesti kita bersemangat pegi nak cari buku. Dengan minat, kita akan buat sesuatu tanpa hiraukan apa je yang orang sekeliling katakan. Jadi, berhenti baca seketika dan fikirkan apakah minat kita, hobi kita, kesukaan kita.

JATUH CINTA
Kerana cinta, kita sanggup berkorban apa saja. Atas sebab cintakan anaknya, seorang ibu sanggup mendermakan sebelah buah pinggang buat si anak. Cintakan alam sekitar, kita sanggup tolong kutip sampah yang dibuang orang merata-rata. Cintakan pasangan, kita sentiasa BERSEMANGAT nak bahagiakan mereka.
Tapi awas, jangan cintakan duit tau!


RAHSIA CERMIN AJAIB


SENTIASA POSITIF
Fikirkan hikmah dan kebaikan setiap perkara yang berlaku. Kalau kita memohon kerja di satu company yang besar tapi tak diterima, mungkin juga kerana kerjanya sentiasa banyak dan sibuk. Mungkin kalau kita diterima bekerja kita menjadi terlalu sibuk hingga melalaikan keluarga. Perancangan Allah itu lebih sempurna, kan. Buangkan kata-kata negatif dalam diri dan gantikan dengan hanya yang positif. Pandang ke dalam cermin dan katakan pada imej yang terpantul bahawa dia seorang yang hebat, positif, ceria dan bahagia.


RAHSIA CERMIN AJAIB


MELABUR PADA MINAT
Jika kita minat membaca buku, maka laburkan lah sedikit wang setiap bulan untuk membeli buku-buku motivasi dan peningkatan diri. Sentiasa upgrade diri dari semasa ke semasa. Cari buku yang boleh mengasah skill berfikir dan pengurusan masalah. Orang yang berjaya tidak lari dari masalah tetapi berdepan dengannya dan memikirkan penyelesaian.

BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
Lihat sekeliling kita, siapa kawan-kawan kita. Kawan yang baik umpama minyak wangi, walaupun berjauhan namun baunya masih kekal. Tinggalkanlah lingkungan negative yang sentiasa menyalahkan keadaan dan orang lain. Kita layak mendapat yang terbaik kerana kita manusia hebat ciptaan Allah.

Itu saja la buat masa ni. Mama hakim menaip sambil mengingatkan diri sendiri jugak. Bila dizahirkan macam ni lebih terasa kesannya di dalam hati..hihi. Sekali lagi, semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua. Hasil penulisan ini mama hakim olah semula dari mentor tersayang, Mommy Lyna.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 7 May 2014

Wordless Wednesday #07052014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Ehem.. mama hakim mungkin hanya ada seorang anak lelaki, tapi mama hakim ada ramai anak perempuan. Salah seorang daripadanya si comel ni.




Comel sangat Amni ni.. Ramah sangat dan tak pernah lupa mama dia yang sorang ni..hihi. Mama rindu awaklah Amni. Semoga budak comel mama sentiasa sihat dan happy..!!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 10 April 2014

Kisah Azizul Hakim Di Awal Tahun 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Dah lama sangat mama hakim tak cerita pasal si chentahati yang makin membesar tu. Cerita tahun lepas, mama hakim takmo ulang lagi..risau menambah luka di hati. Echehh!!

Bermula Januari 2014 ni mama hakim dah anta Hakim ke taska baru, tak jauh gak dari rumah dan sesi belajar juga tak secara formal. Jenuh gak la memula mengharung onak dan duri gi survey Taska baru untuk Hakim. Antaranya termasuklah PASTI, Genius Aulad, Little Caliph dan Brainy Bunch. Tapi Hakim masih memakai pampers so PASTI kat sini memang dah tolak awal-awal. Yuran pendaftaran PASTI pun agak mahal RM845 dan bulanan RM280 (kalau tak silap), rupa-rupanya tak sama setiap tempat..fuhh! **lap peluh**

Genius Aulad, sesi persekolahan hanya 3 jam dan yuran pendaftaran pulak lebih kurang RM1000 gak, bulanan dalam RM268 (lebih kurang). Little Caliph pulak yuran pendaftaran dalam RM15xx, dan bulanan tak ingat langsung dah pun 3 jam je. Dan yang terakhir, mama hakim ke Brainy Bunch (BBIM) pulak. Pendaftaran RM2230 dan bulanan RM350 kelas selama 5 jam. Malas plak nak cite panjang lebar apa yang dibincangkan..kikiki. Ye la uniform, little scientist, makan, pengurusan diri dan skop pembelajaran.

Pilihan Hakim? Nampak teruja sangat ngan BBIM tu. Mungkin sebab suasana kat situ rasa sesuai ngan jiwa kot. Kemahennn anakku pilih yang paling mahal kan. Tapi BBIM ni bagus, sebab dia ade kaunselor untuk ibu bapa yang masih lagi ragu-ragu nak buat keputusan (macam mama hakim ni kan) so dia bagi segala option yang ada dan dia tak memaksa langsung. Siap cakap ‘ye la kalau budak-budak tak ready nanti, kesian jugak kita ni macam paksa-paksa’.

Balik rumah, mama hakim pikir lagi dan berdiskusi dengan Incik Joni yang jauh di mata (seberang laut masa tu). Tiba-tiba..*udah macam drama pulak* Hakim gi amik flyers kat postbox dan tunjuk kat mama dia yang kepeningan ni. Takde la tetiba sangat, sebab masa tu kami berdua nak keluar ke umah bonda dan si chentahati ni memang tak sah kalau tak ke postbox dulu (bajet-bajet ada orang nak bagi surat ke dia..haha)



Esoknya jugak mama hakim gi survey tempat tu, tak jauh pun 5 minit je dari rumah. Alhamdulillah jumpa puan owner yang comel dan lembut je orangnya. Hakim pun nampak ok je (sebab taska tu pun warna ijau dan kuning macam BBIM kot). Mama hakim diberi informasi lengkap pasal taska, jadual makan, masa bermain, masa belajar dan pengurusan diri. Setelah berdiskusi melalui whatsapp ngan Incik Joni, terus je mama hakim daftarkan Hakim sambil dalam hati berdoa agar ini adalah pilihan yang baik untuk si anak. Takmo buat salah dah..huhu



Panjang sangat pulak entry ni..lenkali je mama hakim cerita sepenuhnya pasal taska ni susah payah Azizul Hakim ke sini ye. Bukan Hakim yang susah nak gi sini, tapi kesian si kecik ni sebab macam-macam yang jadi sebelum dia dapat betul-betul sesuaikan diri sampaikan skang ni, hari ahad pun dia tanya ‘mama, nak gi sekola?’

Mama yang lega bila anak seronok berkawan dan belajar walaupun bukan secara formal. Insya Allah tahun depan bole la Hakim masuk BBIM. Masa tu mama hakim pasti dia akan lebih bersedia untuk terima pendidikan yang lebih formal.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 24 June 2013

BERPISAH DEMI KEBAIKAN BERSAMA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Mama hakim sangat tak selesa ngan keadaan diri sendiri sekarang ni. Bukan sakit ataupun tak sehat (eh! Same je kot) Tapi mama hakim sedang berada dalam fasa perubahan hormone badan. Ala-ala anak remaja nak jadi anak dara gitu..hahaha. Badan mama hakim ni memang sangat terpengaruh ngan sebarang perubahan hormone tau.

 

Punca sebenar perubahan ni berlaku sebab kami dah berpisah..huu. Berpisah demi kebaikan sebenarnya. Kami tu ialah mama hakim dengan Azizul Hakim lah.. bukan ngan Incik Joni..! Adoii suspen pulak.. Kalau dulu mama hakim penah cerita susahnya nak selesaikan ISU ni, tapi sekarang terpaksa dan memaksa diri jugak sebab tak sampai bape hari lagi Hakim akan berumur 3 tahun.

 

Tapikan sebenrnya mama hakim tak sangka pun bole jadi sampai macam ni tau. Badan rasa macam tak stabil, nak demam tapi tak demam, sakit kat Cik B (mungkin sebab masih ada susu), mengalami pening dan mual-mual meloya terutama pagi dan malam, cepat letih tahap keja buruh kasar, mudah naik hangin (cepat sangat marah.. Astaghfirullah) dan yang paling penting jerawat penuh kat muka. Sebab tu la mama hakim kata macam remaja nak menginjak anak dara..hahaha!! Kalau jerawat sebab hormone ni kan, pakaila ape jenis pencuci muka dan krim atau makan la ape jenis vitamin sekalipun memang tak akan baik begitu saja..! Cuma bila amik vitamin tu jerawat tak la membesar dan seterusnya melobangkan kulit muka. Dia cuma naik dan menghilang tanpa kesan..hehehe.

 

Sejak bila mama hakim berazam sangat nak berpisah ngan Hakim ni? Sejak balik dari Kota Kinabalu awal bulan ari tu. Sejak tu dah terpikir mama hakim nak ke taknak ke kena jugak laksanakan..! Hakim dah hampir 3 tahun..! Dah makin pandai bercakap..! Dah sampai masanya pun kan..

 

Eh..! Tapi bole ke mama hakim salahkan situasi ni sebab ketidakselesaan badan? Ada tak yang nak berkongsi rasa bila memutuskan hubungan istimewa ngan anak ni? Mungkin bagi orang lain mudah je, kacang je nak laksanakan tapi bagi mama hakim umpama hilang separuh nyawa okeh..! Terutama bila si anak duk sebelah mengendeng lagi sambil usik-usik baju mama dia.. (T_T) Dahla susu masih ada..huuuu

 

Sudah mama hakim..sudahlah tu. Ni baru cite anak pisah susu, belum lagi alkisah anak masuk sekolah atau duk asrama.. Mau ada drama air mata dalam blog ni nanti..hahahah!! Oh! Kalau korang ingat mama hakim pregnant, tak tak tak.. mama hakim tak pregnant. Yang Maha Esa masih berahsia ngan mama hakim..hihi. Masih belum tau bila rezeki yang satu ni akan dikurniakan.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 8 March 2013

KISAH WANITA ITU..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 
Dia rasa nyawa dah melayang masa doktor sahkan perkara tu.
Ya, dia mengandung..! Dah 10 minggu..!
Mana mungkin..!
Sebab dia dalam proses penceraian dengan si suami.
Dia tau diorang mesti tengah gelakkan dia.
Diorang mesti duk mengata kat belakang dia.
Biarlah.. nak buat macam mane, mulut orang bukan mulut tempayan yang bole ditutup ketat-ketat.
Diorang akan stop ketawa bila tau malaikat melaknat isteri yang menolak permintaan suami.
Walaupun dia dalam proses penceraian, tapi dia masih suami isteri.
Suami masih ada hak ke atasnya selagi talak tidak dilafazkan.
 
 
Berita itu hanya disambut hambar bila dikabarkan pada si suami.
Ketara sangat si suami pun tak mengharap.
Saat hati si suami diikat rapi oleh perempuan lain.
Dan dia ditinggalkan sendirian menghadapi segala pahit manis mengandung.
Biarlah dia sendirian daripada dituduh mengada-ngada.
Bila muntah dikatanya di buat-buat. Bila teringin makan dikatanya melebih-lebih.
Jadi biarlah dia sendirian menanggung dan melayani kehendak tekak.
Tapi Allah Maha Adil mengirimkan seorang sahabat yang memahami.
Yang curi-curi menemani dan menghantarkan makanan.
Kerana dia tau si suami tak suka dia berkawan dan tak suka kawan-kawan dia.

 


Tapi dia pun bukanlah seorang yang kuat semangat.
Bila bersendirian, mula la syaitan merasuk fikiran..!
Mahu digugurkan sahaja kandungan itu.
Bila memandu sengaja kereta dilajukan agar terjadi sesuatu pada dia.
Bila di rumah dia duduk termenung di dapur memandang sepi pisau-pisau yang ada.
Sehingga dia terlupa Allah Maha Penyayang. Tempat mengadu yang paling tepat.
Tapi dia alpa dan membiarkan diri dikuasai syaitan..!
 


Akhirnya sahabat mendaftarkan dia ke sebuah klinik psikiatri.
Walaupun bagi dia doktor tak membantu langsung tapi sekurang-kurangnya ada orang yang boleh dengar luahan perasaan.
Hanya ubat yang dibekalkan sebagai penenang.
Dan semua ini tanpa pengetahuan si suami yang masih lena dibuai cinta perempuan lain.
Dia stress.
Dia murung.
Dan dia tak mampu buat apa-apa.
 


Apalah daya seorang wanita yang sarat mengandung 7 bulan.
Yang ditinggalkan sendirian tanpa sokongan.
Kegembiraan yang patut dikongsi bersama.
Dirampas oleh perempuan lain.
Dia tak tau sampai bila.
Dia tak tau samada dia masih boleh bertahan.
Dan dia hanya berserah pada Nya.
 
 
 
Doakan wanita itu mampu bertahan, diberi kekuatan dan ketabahan
 
Dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t

 
 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger