Pembaca Blog Setia

Showing posts with label Otak berfikir. Show all posts
Showing posts with label Otak berfikir. Show all posts

Friday, 28 November 2014

Air Mata Seorang Ibu Bernama Fynn Jamal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Airmata mak mak mana yang tak meleleh bila dengar lagu Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal ni kan. Lagi-lagi masa Separuh Akhir Muzik-Muzik hari tu. Sejujurnya mama hakim tak tengok live pun.. Mama hakim tengok kat youtube je sebab kebetulan nak cari lagu Terbang Tunduk.

Bila tertengok rakaman Separuh Akhir Muzik-muzik tu, alahaiii.. sayunya hati sambil tengok si anak kat sebelah. Rasanya semua orang yang mengenali Fynn Jamal mesti tahu kisah anaknya yang pernah menjalani pembedahan besar satu ketika dulu. Dan fikiran mama hakim pulak cepat je teringat kat seseorang yang juga mengalami masalah yang hampir sama iaitu anak yang mengalami masalah jantung.

Sebagai mak, memang lah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat anak kan.. Apa saja yang kita buat, semua teringat kat anak dulu..

Eh! Korang dah tengok ke belum Fynn Jamal nyanyi live masa kat Separuh Akhir Muzik-muzik tu? Meh mama hakim kongsikan kat sini. Selamat menghayati, selamat meleleh ayaq mata!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 18 November 2014

Fighting The Demon Inside You

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


“The hardest battle in life is fighting with your own demon, the small inner voice inside your head. But still you have to force yourself to be a better you each and everyday..”

Setuju tak? Setuju tak? Memang susah nak bangkit, nak lawan nafsu dan amarah sendiri kan.. Sebab apa? Sebab yang menghalang kita tu pun adalah sebahagian dari diri kita sendiri. Sebahagian kecil yang sengaja taknak lihat kita maju ke hadapan.


Sumber : Google


Maka bangkitlah, ucap terima kasih kepada ‘suara kecil’ tu dan buktikan yang dia salah tentang kita! Kita mampu lawan apa jua halangan dan kekangan yang diri kita sendiri bina untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan berjaya dunia dan akhirat, Insya Allah..


Sumber : Google



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 3 November 2014

Asal Sahaja DIA Suka dan Redha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Kadang-kadang bila kita terlalu memikirkan perasaan dan pandangan orang lain terhadap kita, kita terlupa nak mengambil berat pandangan dari DIA. Sebagai seorang manusia yang selalu rasa tak sempurna, kita sering melebihkan apa pandangan orang terhadap kita.

Biasanya terjadi bila kita menaip status kat Facebook atau di blog sekalipun. Taip, padam, taip, padam, sebab apa? Sebab nanti orang kata status kita ni ‘bajet-bajet bagus pulak’. Ataupun nanti risau orang cakap ‘macam dia saja yang betul/benar’, ‘suka perli-perli orang’ dan banyak lagi lah.. Malas nak taip perkara negative banyak-banyak..hihii. Dan lebih teruk lagi kalau kita terlalu mengambil kira pandangan orang lain dalam aktiviti seharian, cara pemakaian dan pergaulan.

Padahal, yang patut kita utamakan adalah pandangan dari DIA. Asal saja apa yang kita buat tu ALLAH suka, jadi pedulikan dengan pandangan manusia lain. Pekak kan telinga, butakan mata dari sindiran-sindiran mereka. Asal saja ALLAH redha dengan kita. Asal saja segala yang kita lakukan Lillahi Taala..



Sampai jumpa lagi..

Friday, 31 October 2014

Perbuatan Yang Membawa Kepada Kebahagiaan?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hampir sebulan mama hakim tinggalkan blog kesayangan nih..huuu. Kesian dia abis berabuk! Fuhhh..fuhh kasi tiup skit itu habuk..

Mama hakim ada satu perangai yang suka-suka beli makanan lebih bila ke kedai atau gerai jual kuih muih tu. Maksudnya, bila nak makan karipap yang berharga 3 RM1, mama hakim bungkus lagi RM2 untuk orang lain. Siapa? Mama hakim akan bagi pada sesiapa je secara random.

Selalunya, mama hakim akan bagi kuih, roti, air mineral atau 100plus pada acik cleaner, pengumpul troli kat pasaraya, pakcik guard ataupun pencuci kat carwash.. Saja suka-suka bagi kat diorang untuk minum petang (biasanya).

Kalau time bulan puasa lagi best sebab ada bazar Ramadhan kan, beli je kuih muih atau makanan dari bazar dan bagi pada sesiapa yang mama hakim jumpa dalam perjalanan balik. Walaupun kadang-kadang diorang kelihatan terkejut tapi tetap ambil makanan tu dan senyum!

Itu je dah cukup buat mama hakim rasa seronok. Semacam ada suatu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Semoga Allah izinkan mama hakim kaya dan berjaya supaya mama hakim dapat beri lebih lagi kepada lebih ramai orang di luar sana.

Tujuan mama hakim taip entry ni bukan lah nak membangga diri, tapi sebagai perkongsian bahawa betapa mudah kita mendapat kebahagiaan hanya dengan membantu dan membahagiakan orang lain..kan?

Kesayangans semua ada cara lain tak yang boleh membahagiakan orang di sekeliling kita? Meh la kongsi bersama..


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 10 September 2014

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Haa… Ini bukan pasal lagu Aisyah tau, walaupun pinjam tajuk lagu dia..heheh. Ini pasal kemaafan yang sebenar-benar lahir dari hati. Kemaafan yang tulus ikhlas sehingga kita dapat melupakan kesalahan seseorang tu pada kita. Walaupun ada orang cakap ikhlas atau tak tu, urusan Allah. Tapi adakah hati kita benar-benar sudah memaafkan kalau kita masih belum melupakan? ‘Things can be forgive but not forget’ gittew..

Mama hakim nak kongsikan satu kisah yang terjadi bulan lepas, insya Allah belum basi lagi..hihi. Al kisah, seseorang tu duk termenung ala-ala muhasabah diri fikirkan pasal hidup dia yang masih belum ada peningkatan. Segala usaha dirasakan belum cukup dan ikhlas sepenuhnya. Masih gigih mendidik hati agar melakukan segalanya hanya kerana Allah SWT.

Allah Maha Besar, mengilhamkan ahli keluarga dia.. Mula la terbayang wajah mak, abah dan adik beradik yang lain. Allahu..dia teringatkan dendam dan kemarahan terhadap seseorang dalam ahli keluarga. Dia pernah tekad dalam hati untuk tidak memaafkan sampai bila-bila, kerana baginya perkara tu tak sepatutnya berlaku. Walaupun dah 25 tahun berlalu, dia masih menyimpan perasaan marah tu.

Dengan airmata yang mengalir kat pipi, dia maafkan semua orang. Dia maafkan ahli keluarga yang pernah didendami dulu. Sehingga timbul rasa kasihan dalam hati sebab dia dimarahi terlalu lama.. Dalam masa yang sama, dia menghalalkan semua hutang orang pada dia. Apa yang dia perlukan sekarang ini adalah membersihkan hati dari perasaan marah, dendam dan prasangka buruk.

Nikmat Allah SWT tiba tepat pada masanya. Kini dia lebih mudah berurusan dengan semua orang. Kini dia lebih mudah mendoakan kebahagiaan orang lain. Kini dia lebih bahagia tanpa dendam dan kemarahan dalam hati.

Kadang-kadang, kita tak pernah terfikir pasal ‘roadblock’ yang menghalang kemudahan segala urusan kita. Selalunya, kita berusaha sehabis baik dan berdoa memohon pada Allah SWT agar dipermudahkan dan berjalan lancar. Namun tak perasan yang halangan kelancaran itu ada dalam diri kita sendiri.

Terima kasih Allah, di atas kelancaran idea menaip tentang kemaafan ini. Dan terima kasih juga kepada semua, sebab sudi baca sampai habis.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Masalah Yang Di Undang..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Biasanya orang selalu cakap masalah datang tanpa diundang kan.. Betul ke macam tu? Dah betul-betul pasti yang bukan dari tindakan kita sebenarnya punca masalah yang timbul? Berapa ramai yang memang boleh pastikan yang masalah yang menimpa tu datang secara tiba-tiba, tanpa diundang..


Selalu gak terbaca status kat newsfeed Facebook (nampak sangat rajin scroll newsfeed..huhu) bila ada yang naik angin, ada yang meroyan, ada jugak yang menggunakan bahasa ‘indah’ memaki hamun bila tiba-tiba ditimpa masalah. Ada juga yang menyalahkan sesuatu keadaan atau seseorang bila ada masalah. Kadang-kadang, kita terlalu FOKUS PADA MASALAH dan menyalahkan sehingga terlupa nak FOKUS PADA PUNCA dan PENYELESAIANnya. Contohnya macam yang mama hakim cerita kat SINI.


Bila kita tukar arah pemikiran kita, dari mencari SALAH kepada mencari PUNCA maka cara penyelesaiannya juga pasti berbeza. Bukan lagi duk meroyan maki hamun kat Facebook semata tapi terus pada punca nya. Muhasabah diri cara terbaik untuk kita mencari punca masalah. Cermin diri sendiri dulu sebelum kita salahkan orang lain. Refleks dalam diri sendiri dulu sebelum kita tujukan pada keadaan dan situasi. Pastinya kita akan NAMPAK dari mana datangnya masalah tu.




Jangan guna jalan mudah menyalahkan orang lain ataupun situasi. Masalah takkan selesai dengan cara itu, malah mungkin menambahkan lagi bila ada yang terasa hati dengan tuduhan kita. BERTERUS TERANG dan BERBINCANG lah sekiranya kita pasti yang masalah itu berpunca orang lain. Jangan sekadar CAKAP BELAKANG dan memburuk-burukkan orang tu dengan teman-teman yang lain. Perbuatan ini juga MENGUNDANG MASALAH kan.. Jadi, dari mana datangnya istilah ‘masalah datang tanpa diundang?’



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 25 June 2014

Tatacara Dan Syarat-syarat Berdoa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Dah tak lama lagi kita nak menyambut Ramadhan Al Mubarak kan. Bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Bulan yang mana setiap amalan mendapat pahala yang berganda tau. Ramai yang mengambil kesempatan menambah amalan dan mengumpul pahala di bulan Ramadhan ni. Antaranya kita bole perbanyakkan berdoa dan berzikir.

Berdoa dan meminta adalah dua perkara yang berbeza. Dengan berdoa, kita merayu, merintih dan memohon pada Allah s.w.t. tetapi dengan meminta, kita seolah-olah memaksa dan tergesa-gesa. Mama hakim nak kongsikan syarat-syarat berdoa kepada Allah s.w.t. agar menjadi panduan dan bermanafaat buat kita semua.

Yang pertama, pastikan kita dalam keadaan suci dan berwudhu’ dan dalam keadaan menutup aurat. Adalah lebih afdal jika kita menghadap ke kiblat ketika berdoa. Berdoalah dalam keadaan yang khusyuk dan tawaduk, memohon dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Mulailah setiap doa dengan puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan kemudian berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Selepas itu berdoalah dengan penuh pengharapan dan yakin bahawa doa tersebut akan dikabulkan. Akhiri doa dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sekali lagi. Jika berdoa dalam Bahasa arab, adalah sebaik-baiknya kita mengetahui isi dan makna di sebalik doa tersebut.


TEKNIK BERDOA


Moga perkongsian ini dapat memberi manafaat pada semua. Perkara baik wajibla dikongsi, kan..!


Sampai jumpa lagi..wassalam

Monday, 16 June 2014

Berhentilah Membuat Perbandingan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Kita adalah yang terbaik yang Allah jadikan sebagai diri kita sendiri. Janganlah kita membuat perbandingan di antara hidup kita dengan orang lain. Allah jadikan kita hari ini sebab Dia tahu kita layak dan mampu memikul tanggungjawab yang diberikan. Jadi berhenti mempersoalkan cara hidup, bilangan anak atau harta orang lain.




Sebenarnya kita ada amanah dan tanggungjawab kita sendiri yang perlu ditunaikan. Laksanakan ia dengan sebaiknya untuk menjadikan diri kita mendapat hasanah (kebaikan) di dunia dan akhirat. Itu adalah sebaik-baik cara kita mensyukuri dan menghargai nikmat Allah. Tipu la kalau mama hakim kata mama hakim tak pernah cemburu tengok orang lain bercuti ke sana ke sini, berbelanja di shopping complex terkemuka dan makan-makan bersama keluarga. Lumrah manusia dilahirkan dengan perasaan macam tu. Cuma, dari sudut positif ye.

Kalau kita salurkan perasaan jelly melly kita tu ke arah yang positif, maka kita akan berusaha sehabis baik untuk mendapat atau buat perkara yang sama jugak. Kita akan bekerja keras demi memastikan kita juga dapat gi bercuti dan berjalan bersama keluarga. Semestinya kita akan menunaikan semua tanggungjawab kita sehabis baik dan sehabis daya.

Jadi, jangan bandingkan dan hina diri sendiri. Ianya seolah-olah kita menghina ciptaan Allah. Ishh ishh..tak baik tu..

Muhasabah serta peringatan buat diri sendiri jugak ni..hihi.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 22 May 2014

Benarkah Suri Rumah Hanya Duduk Di Rumah dan Tak Bekerja?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sebagai seorang suri rumah ni kan, mama hakim kadang-kadang terfikir apa pandangan orang lain terhadap golongan WAHM ni..hihi. Kadang-kadang je. Sebabnya memang masih ada yang cakap dengan mama hakim ‘duk umah je oklah tak penat macam orang yang pergi kerja’. Ye ke tak penat? Ye ke tak banyak keja?


WORKING AT HOME MOM


Eh? Ade yang masih belum tahu apa tu W.A.H.M? Its Working At Home Mom laa.. Zaman sekarang ni rasanya takde dah suri rumah yang hanya terikat dengan kerja rumah, semua pun dah pandai melipatgandakan kelajuan tangan membuat bermacam kerja dalam satu masa. Ada yang menjana income lebih dari encik suami sendiri. Lagipun, MOM ni kan Master Of Multitasking..!

Sebab tu sekarang ni memang dah ada macam-macam istilah tau, ada W.O.R.M. ada S.A.H.M. ada W.W.N.M dan banyak lagi lah.. Nak tau apa maksud semua tu? Meh mama hakim bisik-bisik meh..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 19 May 2014

Meningkatkan Prestasi Kerja di Waktu Makan Tengahari

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Agak-agak korang la kan, di sebalik kehidupan orang-orang yang berjaya macam Richard Branson (founder of Virgin Atlantic) dan Micheal Kerr (president of Humor At Work) macam mana diorang menghabiskan masa ketika waktu makan tengahari? Adakah dengan makan sambil mengadap komputer, atau sesi memerah idea, ataupun menggunakan masa terluang sejam itu untuk meluaskan rangkaian bisnes? Mama hakim nak senaraikan 10 perkara yang dilakukan oleh super successful people sewaktu makan tengahari.


TINGGALKAN MEJA KERJA
Bak kata Micheal Kerr, tak bagus untuk duduk di meja kerja sewaktu rehat. Duduk yang terlalu lama juga akan membahayakan kesihatan. Sekurang-kurangnya makan atau berehat saja di pantry.


KELUAR BERJALAN
Kalau rasa perut masih kenyang, keluarlah dari pejabat dan berjalan-jalan di taman. Hasil penyelidikan dari University of Michigan mengatakan bahawa pendedahan kepada alam sekitar boleh meningkatkan memori dan fokus.


BERSENAM
Sangat sesuai bagi pejabat yang mempunyai mini gymnasium. Steve Cooper, editor-in-chief untuk Hitched Magazine berkata, dia bersenam ketika waktu rehat tengahari. Ianya merangsang hormon endorphin yang akan meningkatkan tenaga untuk menyambung kerja sehingga ke petang.


MEMBACA BUKU
Tor Myhren, eksekutif periklanan di E-Trade mengatakan dapatkan seberapa banyak informasi yang boleh untuk merangsang otak. Waktu makan tengahari mungkin saja waktu yang sesuai untuk kreativiti kita berkembang. Baca buku ye bukan baca artikel di komputer!


MAKANAN SIHAT
Pekerja yang mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang adalah 25% lebih menyerlah dalam kerjaya masing-masing berbanding dengan mereka yang tidak. (mengikut Business News Daily)


TIDAK MAKAN SECARA BERLEBIHAN
Mereka yang terlebih makan ketika waktu tengahari merangsang lebih insulin, menyebabkan paras gula menjadi rendah dan membuatkan badan terasa letih. Fenomena tersebut dikenali sebagai ‘food coma’ yang mana agak sukar untuk kembali bekerja selepas waktu rehat.


MAKAN BERSAMA RAKAN SEPEJABAT
Waktu makan tengahari adalah waktu terbaik untuk membina hubungan dengan yang lain, kata Anita Attrigde (career coach). Malah kata Bradford Shellhammer (co-founder of Fab.com) makan tengahari adalah waktu bersosial dan dia tidak pernah makan bersendirian.


MAKAN BERSAMA RIVAL ATAU MUSUH!
Richard Branson menghabiskan waktu makan tengaharinya bersama Sir Colin Marshal (British Airways) selepas selesai kes mahkamah yang menentang sesama sendiri. Mereka menikmati makan tengahari bersama dan melupakan segala masalah yang berlaku.


MENDENGAR MUZIK
Mendengar muzik yang digemari pastinya boleh mengalihkan perhatian seketika terhadap kerja. Maka, ia dapat melegakan ketegangan otot dan stress.


TIDUR SEKETIKA
Di Huffington Post, Arriana Huffingtoan menyediakan nap room untuk para pekerjanya. Kata Arriana, ketika bekerja apa yang paling penting adalah sentiasa rasa bertenaga. Ia bukannya sekadar berapa lama kita menghabiskan masa di meja kerja okey..!


Memang banyak yang boleh kita duplicate agar kita boleh meningkatkan prestasi dalam kerjaya. Bila kita dalam keadaan yang lebih tenang dan bertenaga, dah tentu segala tugasan boleh diselesaikan dengan lebih efisyen. Ingat ye, waktu makan tengahari bukanlah waktu yang sesuai untuk menyiapkan kerja dengan lebih cepat. Bangun dari kerusi, keluar berjalan, atau yang paling mudah pasang saja earphone dan dengarlah muzik kesukaan korang..!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 9 May 2014

Tips Membina Semangat Dan Sentiasa Positif

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Sekali lagi, salam penghulu segala hari. Jumaat yang mendung, sejuk dan syahdu. Alhamdulillah atas segala nikmatMu Ya Allah.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan apa saja perancangan kawan-kawan blog Towmater hari ni.

Dalam hidup ni, memang mama hakim tak nafikan kadang-kadang kita akan rasa down dan lemah semangat. Sesekali syaitan berbisik dalam hati dan membuatkan kita menyoal ketentuan Allah ‘kenapa aku yang diduga?’ Ishh ishh.. cepat-cepat istighfar tau.

LA YUKALLIFULLAH HU NAFSAN ILLA WUS ‘AHA (Al Baqarah : 286)
“ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”

Sebab tu la kita kena sentiasa bersangka baik dan fikirkan yang positif walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Cakap macam senang kan? Insya Allah cuba dulu, baru tahu manisnya sebuah kesabaran. Mama hakim nak kongsikan tips membina semangat dan sentiasa positif. Semoga bermanafaat buat semua kawan-kawan blog Towmater ni ye.

MINAT DAN SEMANGAT
Minat akan melahirkan semangat. Bagaimana? Bila kita minat melakukan sesuatu, maka kita akan sentiasa bersemangat melakukannya. Sebagai contoh, kita memang minat membaca, jadi asal MPH atau POPULAR buat sale je mesti kita bersemangat pegi nak cari buku. Dengan minat, kita akan buat sesuatu tanpa hiraukan apa je yang orang sekeliling katakan. Jadi, berhenti baca seketika dan fikirkan apakah minat kita, hobi kita, kesukaan kita.

JATUH CINTA
Kerana cinta, kita sanggup berkorban apa saja. Atas sebab cintakan anaknya, seorang ibu sanggup mendermakan sebelah buah pinggang buat si anak. Cintakan alam sekitar, kita sanggup tolong kutip sampah yang dibuang orang merata-rata. Cintakan pasangan, kita sentiasa BERSEMANGAT nak bahagiakan mereka.
Tapi awas, jangan cintakan duit tau!


RAHSIA CERMIN AJAIB


SENTIASA POSITIF
Fikirkan hikmah dan kebaikan setiap perkara yang berlaku. Kalau kita memohon kerja di satu company yang besar tapi tak diterima, mungkin juga kerana kerjanya sentiasa banyak dan sibuk. Mungkin kalau kita diterima bekerja kita menjadi terlalu sibuk hingga melalaikan keluarga. Perancangan Allah itu lebih sempurna, kan. Buangkan kata-kata negatif dalam diri dan gantikan dengan hanya yang positif. Pandang ke dalam cermin dan katakan pada imej yang terpantul bahawa dia seorang yang hebat, positif, ceria dan bahagia.


RAHSIA CERMIN AJAIB


MELABUR PADA MINAT
Jika kita minat membaca buku, maka laburkan lah sedikit wang setiap bulan untuk membeli buku-buku motivasi dan peningkatan diri. Sentiasa upgrade diri dari semasa ke semasa. Cari buku yang boleh mengasah skill berfikir dan pengurusan masalah. Orang yang berjaya tidak lari dari masalah tetapi berdepan dengannya dan memikirkan penyelesaian.

BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
Lihat sekeliling kita, siapa kawan-kawan kita. Kawan yang baik umpama minyak wangi, walaupun berjauhan namun baunya masih kekal. Tinggalkanlah lingkungan negative yang sentiasa menyalahkan keadaan dan orang lain. Kita layak mendapat yang terbaik kerana kita manusia hebat ciptaan Allah.

Itu saja la buat masa ni. Mama hakim menaip sambil mengingatkan diri sendiri jugak. Bila dizahirkan macam ni lebih terasa kesannya di dalam hati..hihi. Sekali lagi, semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua. Hasil penulisan ini mama hakim olah semula dari mentor tersayang, Mommy Lyna.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 20 August 2013

MACAM NI PUN BOLEH KE? ADOI LAA...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Dari pagi menahan perut memulas ni..adoilaa.. Mama hakim tak pasti kenapa boleh sakit perut. Nak kata cerry berry tak pulak. Salah makan pun tidak. Tapi sengal-sengal sampai ke pinggang..!!

 

Sebenarnya adik perempuan (memang adik semua perempuan..hehe) mama hakim tengah menunggu masa nak bersalin ni. Dari malam tadi dia gi hospital dan terus kena tahan wad. Pagi tadi kami mesej-mesej dalam group Whatsapp family, dia kata dah start contraction dan bukaan 3cm.

 

Yang peliknya, kakak dia kat opis ni pulak yang terasa sakitnya jugak!! Bonda ade cakap, takpelah mama hakim kongsi rasa tu takde la teruk adik mama menanggungnya nanti.. Hehehehe bunyi macam tak logik kan..!

 

 
 
Sebelum tahu dia pregnant dulu, mama hakim mimpi sambut baby perempuan yang comel sangat. Punya eksaited ngan baby tu sampai terlupa semua benda. Tapi tu dalam mimpilah kan.. Pastu terus je mama hakim mesej bonda, tanya siapa yang pregnant ni sebab mimpi pegang baby. Bila dah tanya semua adik beradik baru tahu memang ade sorang yang pregnant. Masa tu baru semua orang tahu.

 

Oh! Update setakat tengahari tadi baru 4cm bukaan katanya tapi memang tengah sakit sangat. Dan mama hakim kat sini pun memang dah tak larat nak menahan sakit perut nih..

 

Sesiapa ada pengalaman atau pernah dengar perkara macam ni? Sila lah kongsi ngan mama hakim..hehehe.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

MENGEJAR KEKAYAAN DUNIA UNTUK AKHIRAT


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Adakah masih mood raya lagi? Hehehe..biasalah sekarang kan orang raya sebulan. Masih banyak jemputan open house lagi yang perlu dipenuhi ni. Alhamdulillah rezeki Hakim, angpau raya dia bersusun-susun dalam handbag mama.. Eh! Mama tak amik tau, tolong simpan je..hihi.

 

Dulu masa kecik-kecik, masa raya la dapat rasa macam orang kaya. Masa tu tak pikir ape pun cuma nak kumpul duit raya. Konon-konon bole lah simpan sampai besar, bole beli kereta besar, duduk umah besar, beli baju mahal-mahal..! Hahaha.. impian BESAR tau walaupun masa tu umur kecik je. Masa tu kan.. pikir bila kaya begitulah caranya.

 

 
 
Bila dah besar mak-mak ni, lain pulak definisi nak jadi KAYA tu. Tapi kan mesti ada antara kita yang TAKUT nak jadi KAYA? Takut sebab nanti jadi SOMBONG, LUPA DIRI? Atau takut jadi sasaran perompak? Ish ish ishh… tidaklah sampai ke situ. Dalam Islam sendiri kita disuruh bekerja, berusaha mencari harta seolah-olah kita akan hidup selamanya, TAPI beribadah lah seolah-olah kita akan mati esok.

 

 
 
Dalam keadaan sekarang ni kan, mama hakim nak tanya korang. Berhenti baca entry ni dulu dan pikir jap PERLU KE MENJADI KAYA? Rasanya ramai je yang kata, lebih baik bersederhana. Dengan gaji sekarang pun dah cukup makan pakai kira dah baiklah tu. Dan lagi satu mama hakim nak tanya SIAPA KATA DUIT TAK BOLEH DI BAWA MATI?

 

Bayangkan kita ni kaya sangat, duit banyak dalam bank sampai 7 angka. Apa perkara pertama yang terlintas dalam pikiran korang? Mama hakim pernah baca IMPIAN seseorang yang sedang berusaha dengan bisnesnya ‘Saya nak bayar zakat sebanyak RM1juta’. Haa.. bayangkan zakat adalah hanya 2.5% daripada pendapatan, kalau RM1 juta hanya 2.5%, berapa pulak pendapatan dia?

 

Sebenarnya menjadi kaya tu dah jadi macam satu keperluan. Mama hakim sendiri nak jadi kaya supaya boleh tolong lebih ramai orang di luar sana. Boleh bersedekah tanpa perlu berfikir dua kali! Cuba bayangkan kalau kita bole bina satu yayasan untuk pendidikan anak-anak yang kurang bernasib baik? Cuba bayangkan kita bole sediakan rumah untuk anak yatim siap dengan sekolah, tenaga pengajar terbaik, makmal komputer yang canggih dan  fasiliti lain dengan lengkap? Sebab tu lah mama hakim kata DUIT MEMANG BOLEH DIBAWA MATI kalau kena dengan caranya.

 

Berimpian itu percuma kan..?! Tapi dengan usaha dan tekad, semua ini akan jadi kenyataan.. Insya Allah.. Mama hakim mengenali seseorang yang membayar zakat pendapatan sebanyak 5 angka, tetapi duduk dirumah biasa-biasa dan hanya memandu kereta Myvi (satu-satunya kereta family). Hamba Allah ni memang sangat merendah diri, sampaikan mama hakim sendiri malu bila bertemu dengan dia. Ye la dia duit berkepuk pun takde terhegeh-hegeh nak kumpul koleksi handbag atau kasut berjenama tapi kita yang biasa-biasa ni pulak yang over sangat semua pun nak berjenama bagai! Hahaha..

 

Tapikan korang, ini hanyalah pendapat peribadi dan defininasi mama hakim untuk menjadi kaya. Lain orang, lain keperluannya. Mungkin ada yang nak sponsor untuk membina masjid, nak buka ladang ayam organic yang confirm bersih & halal, yang nak travel around the world sambil bermusafir (bukan holiday semata) mencari pengalaman dan ilmu ditempat orang. Atau ada yang nak membelanjakan kekayaan bagi tujuan menegakkan agama. Semuanya pastilah Lillahi Taala..

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 25 June 2013

AKIBAT JEREBU


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Jerebu oh jerebu.. makin lama makin teruk pulak. Kesian mommy-mommy yang ada anak kecik. Kesian budak-budak sekolah. Kesian kat semua orang..!

 

Mama hakim pasti korang semua dah tau langkah-langkah pencegahan semua kan. Mesti buat tau, jangan baca je. Ramai dah yang share kat facebook semua. Kat blog pun ada yang dah kongsi tips bila berhadapan dengan jerebu ni.

 

Keadaan cuaca yang berjerebu camni bole mendatangkan banyak masalah kesihatan. Salah satunya pasti lah asma (ke athma..hehe) tak sanggup mama hakim tengok orang yang diserang asma tau. Semput pun sama, lebih kurang la tu. Selain tu jerebu gak bole menyebabkan skin allergy okeh! Jadi, kepada sesiapa yang rasa kulit dia sensitip, rajin-rajinlah memakai baju berlengan panjang atau pakai cardigan bila berada di luar. Haa..amaran gak kepada orang yang mengalami sinus ataupun resdung. Sila ambil extra precautions ye. Sentiasa pakai mask tau!

 

Kita yang sehat ni pun terasa kesan dari jerebu, inikan pulak mereka-mereka yang mama hakim bagitau kat atas tu. Korang.. minum banyak air kosong ye. Banyak dah status kat FB ni cakap pasal sakit tekak, pedih mata, batuk-batuk. Jaga diri okeh..! Dan jom sama-sama berdoa agar jerebu ni akan berakhir dengan cepat. Kalau bole sebelum Ramadhan kan.. Takleh imagine kita berpuasa dalam keadaan macam ni..huu.

 

Oh ye, kalau lah hujan dalam masa terdekat ni pastikan seboleh-bolehnya elakkan diri dan ahli keluarga lain dari terkena air hujan ni tau. Bayangkan betapa kotornya udara skang ni, dah tentu air hujan tu pun mengandungi debu dan kotoran jugak. Bahaya kalau terkena kulit..

 

p/s: IPU area Subang/Shah Alam – 289 (setakat mama hakim menaip)

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 19 June 2013

TUTUP PERIUK NASI ORANG..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Biasa je kita dengar istilah ‘tutup periuk nasi orang’ dan periuk nasi ditutup orang’ ni kan.. Malah dalam zaman berbisnes online ni, makin kerap kita dengar pasal ni. Sebab apa? Sebab makin ramai persaingan yang menjual produk atau barangan yang hampir sama.

Tapikan.. kadang-kadang kita terlupa SIAPA yang sebenarnya pegang periuk nasi kita? Siapa yang tentukan rezeki kita?

 

“Dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin ALLAH rezekinya” ~ Hud:6

 

“Siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika ALLAH menahan rezekiNYA” ~ Al Mulk:21
 
“Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendakiNYA. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu” ~ at Talaq:2-3
 

Peringatan buat diri sendiri juga, jangan mudah menyalahkan dan mengharap pada manusia. Kerana hati manusia bisa berbolak balik, berpaling dari kita. Sebaliknya serahkan lah pengharapan dan bergantunglah pada yang MAHA MENDENGAR, walau apa pun yang terjadi kita akan kuat dan bertambah kuat.

 

“Usah bersedih bila disisihkan manusia,
tetapi menangis dan merataplah bila disisihkan ALLAH s.w.t”

 
 
 

p/s: memetik kata-kata mentor saya, Master Lyna Noh.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 14 May 2013

Keuntungan Bila Join Shaklee


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Minggu lepas, mama hakim cuti ari Khamis dah Jumaat. Cuti menjaga Azizul Hakim sebab pengasuh nak balik kampong. Jadi ketika cuti, mama hakim amik kesempatan untuk menghubungi kawan-kawan yang tersayang. Ye la bila time keja, selalu sibuk je. Mujur skang ni ade Whatsapp dan Wechat, bole la selit-selit berborak masa kerja..hihi.

Yang mama hakim nak cite kat sini, bila ada seseorang yang tanya beberapa soalan pasal Shaklee J Of kos mama hakim happy sangat kan. Sembang punya sembang sekali seseorang itu tanya soalan ni..


“Best ke buat Shaklee ni Raha?”
“Bole untung banyak ke?”
“Tengok keadaan ko sama je”

Tersenyum je mama hakim.. Ohh itu rupanya niat dia bertanya itu dan ini pasal Shaklee. Takpe mama hakim tak kisah pun. Nak tau apa yang mama hakim jawab?

“Alhamdulillah.. Berkongsi kebaikan Shaklee ni la yang BEST. Bila semua orang bertambah sihat itulah yang UNTUNG. Dan saya memang tak berubah dari segi fizikal dan material tapi rohani dan jiwa lebih ‘berisi’ bila segala KEBAIKAN yang dikongsi dapat memberi manafaat kepada orang lain.”

Mama hakim quote balik apa yang mama hakim post kat status FB ari tu ye..

KEKAYAAN dan REZEKI dari ALLAH tak semestinya wang ringgit, kereta besar dan hidup mewah tapi keberkatan KESIHATAN, RASA SYUKUR dan KASIH SAYANG yang membuatkan kita lebih dekat dengan MAHA PENCIPTA.


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 19 April 2013

PERIHAL MIMPI...samb.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Sorry..! Sorry sangat tak abiskan cite semalam. Masa begitu mencemburui saya..huuu!!
Terima kasih pada yang dah komen pasal mimpi mama hakim tu. Meh mama hakim sambung ye..

 

Perempuan muka garang tu seolah-olah marah sangat ngan kami anak beranak. Dia hayun tali/cemeti/tali pinggang tu ke arah kitorang. Mama hakim peluk si anak sambil tunduk sebab takut terkena kat si anak. Mama hakim cuba baca Ayat Kursi tapi tak lepas, tetiba macam takleh nak bukak mulut! Ntah macam mane, mama hakim cuba jerit mintak tolong! Eh ade pulak suara..!! Terus jerit Allahu Akbar banyak-banyak kali..

 

Bila dengar mama hakim jerit gitu, perempuan garang macam makin menjauh ke belakang dan akhirnya termasuk dalam bilik. Cepat-cepat mama hakim tutup pintu bilik tu!! Terdengar-dengar suara dia dari dalam bilik menjerit-jerit marah dan macam menendang-nendang pintu bilik.

 

Mama hakim cepat-cepat cari henpon konon nak bukak bacaan ayat Al Quran dan ayat-ayat Ruqyah tapi tak jumpa! Pelik betullah..padahal masa duk lepak tu kami tengah tengok henpon ler.. Akhirnya mama hakim jumpa henpon lama N95 terselit celah kusyen, bole lah kan janji ade. Bila mama hakim mula bukak surah Al Baqarah, tetiba bateri abis! Sekali lagi kitorang anak beranak mencari charger pulak!! Yang dalam bilik tu masih meraung-raung meronta-ronta..huu.

 

Dalam masa kitorang nak cas henpon tu, tetiba sliding door terbukak dan masuk 3 orang budak kecik entah dari mana!! Eh!? Rumah ni tingkat 3 okey..!! Diorang masuk, buat sepah, gelak-gelak tapi tak kacau kitorang. Mama hakim cuba baca ayat Kursi lagi sekali. Kali ni boleh, Alhamdulillah..

 

Habis je mama hakim baca ayat Kursi, terus terjaga! Hakim pun sama terjaga kat sebelah. Dia merengek-rengek je. Jam kul 5.50 pagi. Mama hakim nak masuk bilik air mandi pun Hakim tak bagi. Dia duk merengek nak berkepit je..

 

Yang pasti, bangun tido tu badan mama hakim sakit sangat macam baru lepas bergelut. Hakim cakap tapak kaki dia sakit, jalan bertengkot-tengkot sambil cakap ‘akit..akitt’.

 

Mama hakim macam tak tido je rasanyer. Tak kisah la kalau kena kat diri sendiri, tapi kalau betul Hakim pun rasa dan mimpi benda yang sama kesiannyer lah! Insya Allah kami dua beranak ok je, semoga sentiasa dibawah lindungan Nya. Terima kasih ye korang yang baca sampai abis..!!

 

p/s: Sorry Chic Na, mama hakim pun lupa malam tadi khamis malam jumaat.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 18 April 2013

PERIHAL MIMPI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ok saya merajuk ngan orang Malaysia.. Sebab viewer dari Kanada lagi tinggi..! Hahahaha..

 



Takde makna ler nak majuk bagai! Tak senonoh rupa orang yang dah nak masuk 3 series tapi masih vogue ni nak majuk pulak kan..

 

Entry yang muncul tiba-tiba entah dari mana angin sepoi bahasa bertiup tetiba mama hakim ade masa pulak menaip kat sini. Ok alas an klise, busy kalah calon pilihanraya! Opss!! Sampaikan yang komen-komen kat entry-entry lepas dipandang sipi-sipi je. Ok mama hakim akui, rindu sangat nak jengok ‘umah’ korang yang cantek dan sangat kreatif tu. Ade la satu dua yang mama hakim sempat kunjungi di celah-celah masa yang rasanyer sangat cepat berlalu.

 

Nak cite benda seram sikit bole tak? Bole la bole la.. Kalau takmo baca klik je ‘x’ ye. Malam tadi Incik Joni keja malam, so mama hakim tinggal berdua ngan Azizul Hakim. Kami tido lebih kurang pukul 11 agaknyer. Malam tv mmg jarang bukak, lagi-lagi kalau tinggal berdua. Mama hakim masih dibayangi perkara yang terjadi semalam sebenarnyer. Korang kalau rasa bulu roma dah berdiri jangan teruskan baca okeh..

 

Macam biasa sebelum tido dah siap-siap baca Alfatihah dan Ayat Kursi, tergoleklah kami dua beranak. Dan mama hakim pun bermimpi, walaupun rasa macam dalam reality sebab suasana mimpi adalah di ruang tamu umah sendiri.

 

Dalam mimpi tu, mama hakim dua beranak duk atas kusyen melepakkan diri. Tetiba dengar bunyi langkah kaki dari belakang kami. Eh takkan babah? Bukan ke dia dah gi keja petang tadi? Bila mama hakim berpaling, mama hakim nampak seekor lembaga yang menyerupai seorang pompuan berbadan besar dan tinggi gak lah. Riak muka dia garang sangat dan kat tangan dia macam ade tali ke cemeti ke tali pinggang ke mama hakim tak bape pasti.

 

Eh jap, takpe ke kita cite mimpi buruk kat orang ni? Maksud mama hakim bukan nak takutkan sesapa. Tapi bila benda ni terjadi rasa macam nak luahkan pulak..

 

Nanti mama hakim sambung ye, buat research jap..!!
 
 
 
p/s: Mama hakim tak rasa ini mimpi sebenarnyer. Mungkin betul kami di 'ganggu' malam tadi.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger