Lima hari juga tak menulis entry baru. Embun berganti embun. Hujan, panas, redup silih berganti. Siang berganti malam. Malam berganti siang. Jantung terus berdegup dan kepenatan yang melanda sudah hampir hilang. Tidak sama tenaga sepuluh, dua puluh tahun dahulu dengan apa yang dipunyai sekarang. Tapi alhamdulillah, masih ceria seperti selalu.
Hari Sabtu 10 Julai adalah hari majlis perkahwinan anak buah aku Abdul Hadi bersama pasangannya Ida. Majlis ini berlangsung di rumah aku dan seperti yang ada aku sebut sebelum ini aku tidak menjemput kawan-kawan bloggers. Maaf. Majlis kami kecil-kecilan sahaja tetapi tetap meriah.
Telur pindang tetap ada. Rasanya gerenti ummphhh..
Dua meja di letak di taman.
Seperti perkahwinan dalam taman pula.

Perkahwinan. Satu ikatan yang kita harap akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kepada Hadi dan Ida, maklong ucapkan selamat menempuh alam berumah-tangga. Bukan mudah. Belajarlah memberi dan menerima. Semuga bahagia berkekalan.
kakpah
Hari Sabtu 10 Julai adalah hari majlis perkahwinan anak buah aku Abdul Hadi bersama pasangannya Ida. Majlis ini berlangsung di rumah aku dan seperti yang ada aku sebut sebelum ini aku tidak menjemput kawan-kawan bloggers. Maaf. Majlis kami kecil-kecilan sahaja tetapi tetap meriah.
Dua meja di letak di taman.
Seperti perkahwinan dalam taman pula.
Pengantin bersama keluarganya, ibu, ayah, dan adik beradik.