Salam.
Di dalam kesibukan melaksanakan tugasan harian adakalanya kenangan silam datang menerjah dalam fikiran. Kebanyakannya adalah imbauan memori manis tetapi ada juga kenangan pahit yang sukar untuk dikikis.
Barang-barang lama yang ada dalam simpanan pasti akan mengingatkan kita pada sesuatu peristiwa. Kadang-kadang bukan niat kita untuk menyimpannya tetapi bila dia berada di dalam almari tahun demi tahun jadilah ia satu barang antik.
Abah, ambek ni bawak balik bangi ek.
Ambeklah. Lotak situ pun nak buek apo.
Aku membelek-belek tabung biskut farley yang aku pegang (dulu biskut farley dijual dalam bekas silinder panjang macam bekas pringles) . Di dalamnya tersusun acuan lengkong(agar-agar) emak. Baru aku tahu yang emak menyimpannya di dalam bekas biskut itu.
Tabung biskut itu memang buruk rupanya. Memang patut pun ia buruk seperti itu sebab umurnya hampir sebaya dengan umur anak aku kaklong, emak faris.
Ala.. tabung biskut je kakpah.
Pada orang memang ia tidak ada nilai tapi bagi aku ia mengingatkan aku pada zaman aku membesarkan kaklong dan juga mengingatkan aku pada aruah emak. Ia mempunyai satu nilai sentimental yang tidak dapat aku gambarkan.
Aku membawanya balik ke rumah. Dan aku terlupa tentangnya.
Beberapa hari lepas aku teringatkannya semula dan mencarinya ke luar ke dalam. Apabila tidak menemuinya aku bertanya pada dua orang pembantu rumah aku.
Siti, bekas biskut yang buruk yang ibuk bawak dari kampung, mana..
Tanya Ros buk.
Ros, bekas biskut yang buruk yang ibuk bawak dari kampung, mana..
Saya udah buang buk!!!
Aku bukan setakat menepuk dahi tetapi mengurut dada. Aku menjadi bisu sekejap.
kakpah