Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label konvo kirin. Show all posts
Showing posts with label konvo kirin. Show all posts

Saturday, August 8, 2009

KONVOKESYEN MULTI MEDIA UNIVERSITY

8 August 2009, hari bersejarah yang ditunggu-tunggu oleh kirin kerana pada hari ini dia telah dianugerahkan segulung ijazah setelah bertahun-tahun menimba ilmu. Keterujaan jelas kelihatan dua tiga minggu sebelum hari ini. Dan hari ini kemuncaknya. Kami ibu bapanya turut merasakan kegembiraan itu.


Berada di dalam dewan bertutup, penuh dengan orang ramai memang mengundang risiko penularan selsema babi. Aku dan suami pakai mask. Orang lain aku tengok relek saja. Dan aku tengok uwan siti Hasmah pun relek. (Kesian dia. Penat tau salam dengan beribu-ribu graduan ni. Macam dia tu mesti cuci tangan dengan detol sebaik saja selesai salam menyalam ni).






Senyuman seorang graduan selepas turun dari pentas.



Bersama beberapa rakan rapat.


Acara habis lebih kurang pukul 12 lebih. Gedebak gedebuk, pukul satu lebih pun belum selesai. Perut sudah krang krung krang krung berbunyi. Akhirnya ke Fish Manhattan kat Alamanda. Selesai makan singgah pula ambil gambar di studio. Adei.. ponek omak kau ni.


Semasa acara tadi aku mempelajari beberapa perkara.
Pertama korang jangan mendekati budak-budak dua orang ini kerana kerjanya tak lain tak bukan mengepau duit orang saja.








Kedua, ada juga manusia yang kerjanya siang malam asek menyiang saja. Ya, menyiiiiiaaaaaanggg je keje dia. Awas. jangan juga dekatkan diri anda kepada dia ini.








Hik..hik.. dah itu saja cerita aku hari ini. Ponek ni. Kojo bolum siap lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...