Selalunya bila balik dari perjalanan jauh bibik Siti akan menelefon atau sms.
"Buk, ibuk makan rumah?"
Aku jawab. "Tak"
"Habis tak payah masak lah"
"Eh, masaklah"
"Tadi ibu cakap tak makan rumah"
"Betullah tu. Aku makan nasi. Kalau makan rumah mahu berderai semua gigi aku" Hik..hik..
Bila terkena berkali-kali bibik Siti sudah pandai berhati-hati bertanya. Tadi baru dapat sms darinya.
"Ibuk makan kat rumah?"
"Ya, makan"
Perut masih kenyang. Lunch tadi singgah di Kemunting rumah mertua kaklong. Kami dijamu dengan sambal udang petai, kari pisang muda, ikan goreng, ulam-ulam dan sambal belacan. Anak-anak makan tak ingat itu rumah orang. Termasuklah aku dan atuk.
Semalam untuk lunch kami dijamu juga. Kami ke rumah bakal mertua kakngah. Agaknya kalau makan kat rumah orang ni selera sedap je. Padahal kalau di rumah sendiri makan benda yang sama, selera tidaklah terbuka begitu. Kenapa ya?
Followers
jom klik
Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts
Thursday, June 11, 2009
Jumpa Blogger di KMC
Semalam semasa masih lagi di lobby hotel, aku terima satu sms dari acik mengatakan anak Masnurin ada di kedah medical centre. Aku minta no hp Mas dari acik dan setelah mendapat nombor itu aku terus mengsms mas. Aku memberitahunya yang aku bercadang untuk bertemunya jika ada kesempatan.
Kebetulan kami pulang dari padang besar agak awal (pening aku meround kat situ lama-lama) dan bila sampai ke alor star semula, masa masih ada untuk melawat anak mas yang sakit. Berlakulah perjumpaan yang tidak dirancang. Dalam jadual tidak termasuk bertemu dengan blogger. Terima kasih acik kerana memberi laluan. Acik cakap kakpah kono poi molawat anak mas tu. Dapek pahalo.
Tu kat atas tu gambar nurin (awin). Sian dia demam belum baik lagi. Semuga cepat sembuh.
Harini kitorang nak balik dah. Nanti kang nak singgah tepeng sat. Cikgoodin, rumah hang kat mana. Lepas tu pulak nak singgah kat KK sat. Tempat atuk belajaq dulu tu.
Wednesday, June 10, 2009
Biaq Betui
Bila saja nampak signboard alor star, semua pakat jerit "Aloq staq.. kami sudah mai". Serta merta saja lidah bertukar jadi lidah kedah. Memasing nak menunjukkan bakat cakap loghat utara yang sudah semestinya menyakitkan telinga yang mendengar. Kalau ada orang kedah yang dengar mesti kena pelangkung kepala ni sebiji sorang.
Kita ni mesti sayang pada loghat negeri kita kan? Masa sekolah dulu selalu kawan cakap yang loghat aku ni bunyi macam ulu je tapi aku tak kesah. Sebab aku pun cakap loghat diorang ulu jugak dan aku selalu ketawakan mereka.
"Woi switch ong the fang"
"If you want to sopeak, sopeak propoli"
"Wak ar yu toki abauk"
"Minah kelate ni nak nyibuk je. Gi... main jejauh"
Satu kawan kat london pernah bercerita pasal seorang student nak pergi ke satu tempat
"I we to go to totehekok ghok plih"
Membuatkan drebar teksi mengeruk kepala. Sebenarnya budak tu nak pergi ke totenham court road.
Loghat kedah? Ada satu yang aku ingat'
"The weathaq today is cleaq"
Aku cuma nak cakap, walau bagaimanapun trasformasi kita ni dari kampung boy/girl menjadi city boy/girl, lidah kedaerahan tu sekali sekala akan tersasul juga. Janganlah nak eksen haha..
kita nak pi mana ni bang
pepagi ni mengulaq
mengulaq?
Tidoq lagi baguih
Kalau nak mengulaq ka, tidoq ka.. buat apa mai sini.
Smalam dah jadi drebaq satu haghi. Bagi can la nak tidoq sat
Woi budak..budak.. jom pi jenjalan. Tinggalkan ayah hang...
Klepek!!!!!!
Adui Ashley.. Janganlah main katok katok cam ni hehehe.....

Subscribe to:
Posts (Atom)