Terima kasih kerana sudi melawat dan maaf kerana tidak dapat menjawab komen. Entry itu aku siapkan sebelum bertolak ke jakarta. Di sana aku tinggal di rumah kak Mis dan tidak mahu menceroboh privacy orang semata-mata untuk berblog. Untuk ke warnet (warung internet) , masa tidak mengizinkan.
Cerita di Jakarta? Sentimen anti malaysia begitu terasa sekali. Semasa berada di dalam kenderaan, kak Raf (dia menjemput kami di bandara) bertanyakan perihal manohara dan siti hajar. Aku tidak tahu cerita sebenar manohara tetapi tentang siti hajar aku katakan yang itu adalah kes terpencil. Tidak ramai majikan yang berotak gila macam majikan siti hajar.
Tapi bagi rakyat indonesia mereka melihat kes penderaan itu sebagai satu kes berat yang melibatkan semua tenaga kerja mereka di malaysia. Benarlah peribahasa ' nila setitik biru lauk sebelanga' . Mungkin kita juga akan merasa begitu sekiranya rakyat kita dilayan sedemikian di tempat orang. Koran siang tadi yang sempat aku baca menyebut lagi hal-hal Nirmala Bonat, pekerja mereka yang maut akibat runtuhnya jaya supermarket, manohara, siti hajar dan dua orang pekerja yang menggantung diri. Laporannya memang berbaur kebencian.
( Manohara pula sejak publisiti meluas, mendapat populariti mendadak. Dia dah jadi pelakon dan mendapat ganjaran yang amat lumayan)
Cerita aku di kedutaan juga agak mencemaskan. Semasa menguruskan visa pembantu rumah yang baru, ada kumpulan yang membuat demonstrasi di luar pagar kedutaan malaysia. Aku rasa demonstrasi itu bertujuan melontarkan kemarahan mereka kepada kita. Namun ianya terkawal. (Pulang tadi aku mendapat tahu bahawa kerajaan Indonesia menghentikan sementara penghantaran pembantu rumah ke malaysia. Nasib baik aku cepat. Kalau terlewat, tak dapatlah aku mencari pengganti si aini.)
Sekian laporan. Badan masih capek. Mata masih berpinau. Mana tak berpinau. Pergi Pasar Baru di Bandung umangai... rasa nak bawak semua balik bangi.