Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD
Showing posts with label tesco. Show all posts
Showing posts with label tesco. Show all posts

Saturday, March 26, 2011

Geli Geleman

Nasib baik aku tak melatah.
Nasib baik aku tak terloncat-loncat.
Nasib baik aku tak terpekik terlolong.
Apabila dia melintas di depan aku. Betul-betul di depan aku.

Aku memandang ke belakang ke arah perempuan yang mengekori aku dari tadi.
Perempuan yang mengekori aku dari tadi memandang ke depan ke arah aku.
Mata kami bertemu dan serentak bersuara;
Besarnya!!!!!!!!

Aku menyeluk henbeg untuk mengeluarkan henpon tetapi terkial-kial meraba dalam henbeg yang penuh sampah sarap. Sebaik tangan aku menggapainya, aku tekan punat ke mode camera. Kemudian tertunduk-tunduk, terteleng-teleng mencari di celah-celah biskut. Nampak.  Tapi berdesup hilang. Tunduk-tunduk, teleng-teleng mencari lagi.  Perempuan yang mengekori aku tadi sudah pergi entah ke mana. Mungkin malas melayan kegilaan aku.

Apa cari!!! 
Bangla yang menyapu dan mengemop lantai di situ bertanya.

Tikus!!  Ada tikus!!

Mana ada tikus. 

Kau kata tak ada? Takkan yang melintas ekor panjang sekaki, badan berat sekilo (tak apa ye makcik ekzejeret sikit) tadi tu ikan kembung.

Mana ada tikus.  Ulang si bangla sambil menguis-nguis biskut di rak.

Ni.. aku dah ambil gambar ni. Macamana kau kata takde tikus!!
Padahal gambar ekor tikus tu pun aku tak dapat ambil.

Apa pasal awak ambil gambar?

Nak kasi masuk surat kabar. Dan aku pun blah. 

Tapi tak ada bukti pulak nak masukkan dalam harian tettet yang selalu mencari cerita sensasi.  Kalau tidak mesti besok keluar berita:

Tikus Berkeliaran di Tesco Kajang.


kakpah

Friday, July 30, 2010

kerja part time?

Salam.



Aku bertanya;

Ni bungkus-bungkus ni memang kerja customer ke

Dan dia jawab;

Kalau customer nak cepat dorang packing sendiri kak


Aku rasalah, dia tak paham nada menyindir aku tu.


Kalau tak, takkan lah scan..scan.. tolak. Scan..scan.. tolak. Bukannya dia nak tolong bungkus sama. Dah habis scan pun dia duduk melangok jadi pemerhati saja.







Weh makcik.. kalau sikit tak per lah. Ni dua troli tau.




Minggu depan aku nak jumpa manager tesco, mintak diskaun sebab dah rengankan kerja dorang dorang yang kerja kat kaunter tu. Tiap-tiap minggu macam ni, lama-lama aku jadi tukang memasukkan barang ke dalam beg plastik yang paling expert..


kakpah

Wednesday, May 26, 2010

Kaka

Salam.

Tadi ke tesco. Minggu ni jadual membeli barang-barang kena ubah sebab hari jumaat nak pergi cameron highland. Ya.. tak silap baca. Jumaat ni bawa guru-guru ke cameron highland sempena sambutan hari guru.

Sampai ke paras atas tesco, aku nampak muka yang aku kenal sedang duduk bersenang lenang.

Woi.. relek nampak.

Arrrrrrr......kkkaaakkk pppaaahhhh.......... mmmehhhh lllllaaa jjjjooiinn....

Tak kuasa aku. Nak cepat ni.

wwwookeyyyyyy...

Aku nak tergelak tengok badan dia bergoyang-goyang atas kerusi urut. Kalau setakat urut belakang sikit-sikit dan lepas tu goyang-goyang lebih kurang, tak boleh celenlah bibik aku.

.
.
.

Habis menyoping terasa pula tekak aku kering dan perut krak kruk krak kruk. Aku ajak siti singgah restoren bunga raya di lantai bawah tesco. Aku teragak nak makan mee kari tapi menu harini tak ada pula mee kari. Aku oder kuetiau goreng dengan air teh dan siti mintak mee goreng takde udang.

Tak mau udang tau.

Wokeh.

Tapi bila sampai udang berketul-ketul dalam mee. Paham ke tak paham si mamak ni. Aku tak kesahlah tapi si siti dengan badan gatal-gatal mau tak tidur malam dibuatnya nanti. Akhirnya, disuruh bungkus saja.

Habis makan, aku bangun dan tolak trolley aku keluar. Siti tolak dia punya. Seksanya trolley tesco ni, badan sajalah yang tahu. Terkial-kial tau bila trolley jalan macam ketam. Bila aku dah berada di luar pintu aku dengar ada orang panggil-panggil.

kakka...kakka..

Ish.. apa bendalah yang mamak ni nak. Dia tak nampak ke aku tengah terkial-kial. Sebab tak kuasa nak melayan, aku buat-buat tak dengar dan terus menolak trolley.

kakka...kakka..

Aku tengok si siti menoleh ke belakang.

Buk.. makan tadi ibu dah bayar ke..

Pap.. aku tepuk dahi. Macamanalah aku boleh terlupa nak setel bil.

Ayoyo adde.. sori ar. Kakka ada lupa juga. Bukan mau lari ar adde..


Nasib baik lah dalam restoren tu pelanggannya cuma kami dua orang.



Kakpah

Tuesday, September 1, 2009

Cakap tu biarlah betul. Nanti orang tak percaya.

Ada orang cakap tak serupa bikin. Dia cakap macam ni...




tapi.....



Barang-barang akak ada dua trolley ni. Lenguh dah kaki ni berdiri. Dah lah tadi satu jam meround setiap pelusuk tesco.

Cuba tengok akak yang sorang tu ha. Siap menupang dagu lagi...


Manager tesco ni cuti ke hape.

.
.
.
.




Kat tesco kalau nak beli gula ada limit. Cuma boleh beli dua kilo saja. Akak tak boleh beli dua kilo sebab akak ada sembilan premis nak kena agih-agihkan barang. Sekurang-kurangnya kena beli 9 kilo. Selalunya akak buat trick. Beli dua kilo, bayar. Lepas tu masuk balik tesco, beli dua kilo lagi. Bayar kat kaunter lain pulak. Lepas tu masuk lagi. Bayar lagi kat kaunter lain. Tapi bila kena kaunter tak bukak macam ni, macam tak jalan je trick akak ni. Beli dua kilo tapi kena beratur pulak panjang-panjang dan lama-lama. Malas aih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...