PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...
Showing posts with label CERITA CERITI. Show all posts
Showing posts with label CERITA CERITI. Show all posts

Friday, March 15, 2013

HARI JUMAAT YANG AMAT MENGUJI …

 

Assalamualaikum …

salam jumaat …

Sampaikan yang baik …walaupun sepatah perkataan …(saja tulis ) heheheh

Hari ni … memang menguji tahap kesabaran ..

Nak marah kat siapa …

.

.

sepagi ni ….. kami cikgu2 di sini ni ..

Terpaksa tarik pitching lebih  ….

Sesubuh sapeeiiiiii … tadi  … grummmm grammmm …. bruuummmmm braaaaammmmm …

.

.

tengah mengajar … terpaksa berenti bertafakur  … keh keh keh …

Kalau sanggup … minum ayaq asam ….. cubalah jerit2 juga …

Ngajar BM …. tak dan habih satu ayart … kene berenti

.

.

Jet jet … kapai terobang … turun naik …. kat Pangkalan TUDM

Ada yang kaler2 … siap buat kuak lentang bagai …

Pusing-pusing keluar asap ….. semua ada ..

.

.

Kami tak yah … pegi Langkawi  …

Di sini pun dah macam LIMA …..

.

.

.

Tok sah tension … meh meh jemput makan mee goreng mak Leha …

Mak Jan Kola sepetang pun tak leh lawan .. hahahhaha

Udang … Saiz XL …. Sekilo RM40 semalam  di Penambang … (tapi CA pilih yang kecik skit )

DSC_1410

Jemput jemput …

Selamat berhari jumaat …

Jangan lupa solat jumaat yeee….. buat lelaki mukalaf saja..

Thursday, January 31, 2013

PENJODOH BILANGAN ..

 

Bila ngajar budak2 .. depa suka konpius ..

biji dengan ulas  …

kalau ini ..

DSC_0889

Yang ini …. 1 ketul tu …. dipanggil seulas…

kalau semua … kira lah berapa ulas

atau pun berulas-ulas …

jgn konpius

.

.

.

ni pun berulas-ulas juga

from google ….

.

.

Hahahahah entry …. kecut hari ni ….

.

 

KOMEN ENTRY DETIK 12 MALAM

Unaizah ~ Rasanya bukan Jeti Kubang Rotan. Jeti dia menghala ke Kota Kuala kedah . Tak pasti pulak namanya apa. Tepi sungai.

DDZ & Ena & Ely ~ mengepak… mcm burung lambaikan kepaknya ….. mcm tu lah dia orang kepak kepak kan pukat tu . Ikan2 yang sangkut tu akan jatuh … Bila dah habis. Baru ikan tu dikutip ….

Jebat & Azie & Chozila & Rai~ kat jeti … memang satu pengalaman yang amat menarik .  kadang2 kita jumpa benda2 yang tak tersangka. CA pun  first times tgk…

Kazathan ~ suspen gilaa… memang la …silap2 jumpa hantu.hahahahah

kk….

TEMBAKAU JAWA ...

Kak Q & DDZ & SA ~ saya pun baru perasannn hahahahahaahah

Dr Singa & Elly  ~ ahhh memang Cina. Elly ….tolong bagi link blog …

Jun ~ hahahahah klasik gilerrr

Ibu ~ heheheheh …. nak kena pantun kaa

Rai ~ kena pi tanya Cina tu ……

.

.

.

Acikan ….. Kucin Oren  …. jawabbbb tak berapa global ari ni ..

Wednesday, January 23, 2013

ENTRY MENJAWAB PERSOALAN …

 

CA mohon maaf .. tak sempat nak membalas komen kawan kawan ….

Mai …CA jawab secara global … keh keh keh

.

.

amaran … entry ini panjang hahahaha….

Kalau rasa loya …sila berhenti baca …

.

.

Entry ….MEH … MENGASAMKAN DIRI ..

Hahahahahah  … tak ada yang menguit goet dalam perut  …..cacing banyak hahahah …

Asam tu …. Abang Leman beli … ada orang pesan….

Sekali … yang dibeli tu tak kena …..orangnya tak mahu ..

CA mudah kee…. ahhhh tak mau sudah .

Biar kita ja makan … len kali jangan dok beli dah …. kan kan kan

Beli ja…. apa yang bini pesan ….

Asam tu asam jawa …. yang tu dah dihancurkan ..

Yang dipesan …. nak yang rupa buah asam jawa lagi …

.

.

Entry JAGUNG BAKAR OR NIRA NIPAH ...

Jagung memang peberet kami ..

meh la bakaq ka rebus ka… buat cucuq kaa….

Semua belasah …

Nira … pernah ssekali try ..

Tapi tak nyaman dek tekak ..

.

.

Entry LILIN

Pic .. tu CA memang ambik guna hp sony jaa..

Ada yang tanya JAMUNG tu apa …

Ikut Kamus Dewan - andang, suluh: dr jauh mereka sudah nampak api ~ yg di tengah sawah itu.

                  - jamung, suluh; ~ Olimpik obor yg di­nyalakan ketika Olimpik diadakan (dan men­jadi 

                      lambangnya); 2. ki pemberi, penerangan, penunjuk (jalan): betapa perlunya Islam 

                      dijadikan sbg ~ yg menerangi liku-liku ke­hidupan;

Pic from google …..

Kalau orang dulu dulu …. digunakan menjadikan lampu suluh ketika berjalan malam .

Bahannya dulu …. org melayu guna daun kelapa kering yang diikat..

Dan kalau dan tahan lama …. Kain yang menyerap minyak diikiat pada hujung buluh dan diletakkan minyak tanah.

.

.

Entry KEMEWAHAN .....

Kadang-kadang … gambar bisa menipu ..

Mee Hailam tu memang nampak kemewahannya ..

dan mengiurkan deria rasa ..

Realitinya ….

Aku tak akan datang dah dan takkan order dah ..

Tak sedap … meenya kembang ..

Separuh pun tak habih …. CA makan …

.

.

Entry  AYAHANDA SAYA .....

Serius … CA memang amat merinduinya …

Pada yang masih ada orang tua .. sentiasalah mendoakan mereka..

Setiap pagi …. sedekahkan Al Fatihah buat mereka…. walaupun mereka masih hidup

Sentiasa menziarahi mereka ..

InsyaAllah …. keberkatan dan kerahmatan akan menaungi jalan hidup kita …

.

.

Seperti kata Jebat

“sebab garang tu le kita jadi org...kalau tak...jadi trafic light kot....”

CA sokong 200 percent …

Ayah saya memang garang ..

bukan saja kat kami adik beradik … termasuklah pada kedua dua isterinya …

dan…

Alhamdulillah kami 8 beradik … semua berjaya hingga ke menara gading …

Dan punya kerjaya masing-masing  ….. berjaya di dunia InsyaAllah jua di akhirat ..

Dan semoga kami menjadi anak yang soleh dan solehah buat ayahanda dan bonda-bonda …kami

Aminnnn …

.

Entry MEROYAN ....

yang meroyan tu sebabnya …

Bukan pasai ejaan salah …

Namanya pun budak darjah 2 …. yang kelas pertengahan … kita dah  bleh agak dah

takat mana dia boleh …

tapi …

Gamaknya … dengan muka tak bersalah ….

Dia tulisnya pembetulan dengan pensel warna kuning …..

Kecik kecik … jaaa…. nampak muka budak tu semalam …

Nasib tak lipat jadi cokodok jaa….

.

.

Sekian entry berjawapan hari ini …..

Esok cuti yeee…

Selamat Menyambut Maulidur Rasul …

Friday, November 9, 2012

SALAM PENGHUJUNG … PENUTUP SEKOLAH 2012

 

Hari yang amat sibuk …

menyiapkan segalanya …sebelum bercuti panjang ..

Disebabkan gagal bertukar…. dan saya mengambil keputusan untuk tidak membuat rayuan ….

Walaupun …. dah diberi jaminan bahawa rayuan pertukaran saya akan berjaya …

Lorong waktu dan instink (betoi ka eja ni ) …. hati ….. untuk saya meneruskan perjuangan di sini .

Dan Alhamdulillah ….. sebagai membayar hutang kegagalan tersebut ..

Abang Leman ….. buat keputusan kami sekeluarga akan berada bersamanya di Trengganu sepanjang cuti ini …

Kami menyewa homestay …selama di sana . ( rabak poket  abang kiteee)

.

.

Ini pun setelah mendapat green light dari pihak pentadbir  …..

bahawa  tahun 2012 ni , Saya nak berehat dan bercuti panjang ….

(dgn ugutan … kalau tak bagi …saya nak buat rayuan tukar hahahahaahahah…)

dan akan kembali bertugas pertengahan Disembar nanti.

.

.

Berbeza dgn tahun2 lepas … saya hanya bercuti di pertengahannya  antara bulan 11 dan 12

selama 2 minggu … dan kembali bertugas … menyiapkan segala persediaan untuk persekolahan tahun hadapannya.

.

.

.

Jadi ini … tahun … jangan kacauuuuu …..

waaaa mau honeymoon k….

.

.

kkkk …. Selamat Bercuti …..pada yang bercuti

Pada anak2 murid dan pada cikgu2 ….

Yang bukan cikgu pun … jom cuti ….

byeee…

Monday, November 5, 2012

EG-TUKAR ……. PERLUKAH BUAT RAYUAN …..

 

Sabtu dan ahad yang blues …… streessss …

Sabtu …CA ke Bukit Merah ..ada aktiviti sekolah.…. Alhamdulillah semua berjalan lancar …

Sebab Abang Leman ada….. bawa anak2 sekali join ….

Malamnya….. on the way balik dapat news ni …

tertonggeng …. berdezuuupppppp jantung ……

Screenshot_2012-11-05-10-09-46(1)

Abang Leman …. tersenyap ……

Masa ni …. mcm nak letup KPM jaa…..

Inilah nasib …… kalau tak ada kabel besaq batang balak ….. memang payah ….

Walaupun … kami ni isteri tentera ……yang sentiasa di arahkan  berpindah tugas setiap 5 tahun.

memang tak ada priority …

Godek sana …. godek sini …

.

.

.

mak aihhhh …… ada cerita ( dari blog2 ) yang  pegawai minta bayaran untuk luluskan pertukaran ..

Sampai 6K pun ada…. biaq betulllllll ……

Takkan kat KPM pun …main rasuah  ( garu2 pala gak ni … nak percaya ka tak )

Tapi kata orang ……” Pokok takkan bergoyang , kalau tak ada angin”

.

.

.

Entahlah bingung sendiri ….. bila check kat Kementerian.

Jawapan yang dapat Trengganu tak ada kekosongan ….

Sebesaq2 Trengganu tu tak ada kekosongan???????? ……( tanda ???????)

Aku nak kena minta pi Afrika kaaa…..

.

.

CA … google2… cara nak buat rayuan..

Pada yg cikgu2 yang tak dapat tukar ….

pegilah baca blog ini … dan ini

atau minta ja tolong dgn   pak cik google , dia …sentiasa membantu ….

.

.

.

Apa pun … tenang2kan fikiran dengan Kapten munch ..

DSC00398

want tu prepare surat rayuan …

Apa pun berjuang hingga ke hujung nyawa …..

adioss …adigossss …. nanti  jumpa lagi …

Wednesday, February 8, 2012

RAMBUTAN …. POKOK PUN DAH PENING ….

 

DSC00021

Rambutan …..

DSC00028

Tolak …..

Otak beku …..

.

.

.

idea terbang ….

Saya akan berhibernate lagi … lebih kurang 4 hari ..

Outstation ……

cikgu pun outstation tauuuuuuu ….

Wednesday, February 1, 2012

DAH PANENN….

 

Semalam tayang yang hijau …

Hari ni nak tayang yang kuning ..

.

.

.

tadaaaa…

DSC00152

.

.

Dah boleh masak jadi nasi …

Tapi ….

DSC00146

Model2 suruhan …

DSC00150

tak sampai 20 minit siap .. sepetak luasnya serelong lebih

Tuang dalam lori …

Hantar ke Kilang Padi …

Jual …

Nak masak makan ……

Pegi kedai beli beras …

Tuesday, January 31, 2012

LEPAS TENGGELAM …. TIMBUL …

 

Idea mati ….

Meh layan gambaq ..

P1040856

Trend pengantin sekarang …

Ada out door shooting … ( dulu Cina jaa dok buat)

Kalau ambik gambaq celah2 lalang ni pun nampak cantik ..

P1040866

Sawah …. 2 bulan lepas …

P1040865

Pengantin lama ….. bawa keta ..

Penuh tawaduk ..

Kalau tak … terjun batas ban ..

Pakat2 berenang kita ….

Tuesday, January 10, 2012

HALALAN TOYIBA …

 

P1040708

Brandy haram ..

Bendi halal …

keh .. keh … keh …

.

.

.

.

.

Batuk masih berkumandang.. wehhhhh

Sunday, January 8, 2012

SEKADAR NAK BAGI TAU ….

 

Jadi juga laksaku …

DSC00100

Ikan kembung mahal ehhhh ..

Kat penambang tadi sekilo  10 hinggit …

Sekadar nak bagi tau …

.

.

.

.

Selamat berhari minggu ….

Saturday, January 7, 2012

Cepatnya masa Berlalu ….

 

DSC00151

Banyak hari teringin nak makan laksa ..

Kalau jadi kenyataan …

Akan tersedialah esok ..

Selamat berhari sabtu ..

Dah seminggu kita di tahun 2012 ..

Cepatkan masa berlalu ..

Friday, January 6, 2012

BIAR GAMBAR BICARA …

 

Bukan lagu biar bulan bicara yaa..

Otak pun dah jemm ni …

Batuk dah kurang skit …

Boleh bertahan ..

Aku dah rupa orang mabuk todi ..

doktor kasi ubat batuk biji dgn air … makan sekali …

Mata pun stimmm jaaaa…. hehheheh

Tadi petang balik sekolah … aku karam di lautan sampai maghrib..

Huhhhh … hebat betul ubat batuk tu ..

Patut mamat-mamat lalok …. minum ubat batuk lepas gian no …

K… Sila gambar yang diberi ..

Buat Ayat majmuk ya murid murid ….

DSC00053

Itu bukan aku ya…..

DSC00051

Tuaian pertama …

DSC00064

Tuai ke dua …

DSC00065

Amacam …… aku dah lama tak beli cabai kat market …

.

.

Ini semua adalah hasil air liurku …

.

.

Dan titik peluh ..

Bibik …. keh keh keh .. (bukan penderaan yaa….)

Thursday, January 5, 2012

BATUK … BATUK … BATUK ….

 

Ubat farmasi dah ….

1 Malaysia pun dah …

Klinik pulak …

Dah 3 minggu …. batuk ni bermaharajalela …

.

.

.

Aduh …. MA .. kat klinik 1 Malaysia ..

kata ..

“Kak ni takut kini tibi …saja”

Mak aiiiii … chekkk oiiiiii ….

.

.

Sampai ati kooo kata aku suspek tibi …

sedih tau …. hati  mak ni …

.

.

 

DSC00084

Cerita tarah pensil semalam ….

Itulah pensil yang dah ditarah ..

Tapi tarah pi lah macam mana pun ..

Nama pun budak …

Hilang tetap hilang …

.

.

.

CA pun tak tau nak buat cam na ..

Mak ayah ni …. (mcm CA lah keh keh keh  ) dengan gigih dan dedikasinya .

menarah kepala kepala pensil ..

Dengan tekunnya …. menulis nama

.

.

Bila loceng bunyi …

Terjerit2lah cikgu cikgi …ustaz uztazah ..

“ sapa punya … rubber “

“sapa punya … pensil “

Segala mak nenek harta benda depa…

haram…. sapa pun tak mengaku ..

hatta yang tertulis nama pun ..

Tak mengaku ….

Dah tu nak wat cam no …

Anak aku pun spesies yang sama ….

.

.

Istighfar Istghfar ……

urut dada….

Wednesday, December 28, 2011

LAUK PENGANTIN

 

 

DSC00152

Ayam masak merah …. mesti tabur kacang pea ..

DSC00156

Masak Hati …

kira yang ni , menu paling special lah …

Apa yang special pun tak tau …

Ternak kolesterol lagi ada la…

beranak pinak ….

menari berdendang dengan lemak ..

.

.

.

.

Terliurlah pulak …..

PURPLE ORCHID

 

Ini pun sebahagian daripada aktiviti

Bila aku  tak tau nak buat apa…

Tambah-tambah time boring ..

Bohsan …. streessssss

.

.

Tambah-tambah lagi …di sipi sipi aku …

didendangkan dengan dialog-dialog  gini …

.

.

“ kasut aku ni …  rega rm100 lebih tau ….., anak aku hadiah .

Kita ni dah keja… bla blaa blaa”

.

.

~ masa tu aku pakai selipar jepun saja … rega rm1.80 ~

.

.

“Baju ni aku ….. beli masa pegi Bandung ari tu …. Hampa kena pi ..

Rugi ….tu laa kita keja ni … bla bla bla  ..‘

.

.

~ masa tu aku … pakai baju kain beli kat pasar malam jaaa~

.

.

korang tau …..

menanah telinga ni tau….

.

.

lalu aku pun snap gambaq ni

DSCN1290

snap lagi …

DSCN1288

dan lagi ..

DSCN1289

.

.

Walaupun kamera cap ayam ….

Bedalllllll sajalah labiiii ……

.

.

nak pakai dslr pun ….

emmmm dlm mimpi je lah ….

Tuesday, December 27, 2011

Dah tak ada keja ….

 

Saya tak tau nak buat apa ..

lalu …

saya snaplah gambar apa saja yang ada dekat dengan saya ..

.

 

.

DSCN1267

anjing kurap ....

Saya dalam kereta ….

.

.

.

di sebabkan dia kat luar ……

saya sanggup  tahan kencing …

keh  keh keh …

Sunday, December 25, 2011

BUAH KERANJI

 

Sorong papan tarik papan

Buah keranji dalam perahu

Suruh makan saya makan

Suruh mengaji saya tak tahu

.

.

.

DSC00380

Buah keranji ….

Masam2 manis …… dibeli di Padang Besar ..

.

.

.

Selamat berhari minggu ….

Saturday, December 24, 2011

DITEBUK TUPAI ….

 

 

DSC00250

Ginilah rupanya …

DSC00251

close up … sket …

Perumpamaan Melayu : Umpama kelapa ditebuk tupai  …

Thursday, December 22, 2011

NAM NAM … NYUM NYUM … eeeee …..

 

 

DSC00201

Dah boleh ambik tu …

DSC00199

Ada org panggil “katak puru “

.

.

.

Skrang ni

kat Teratak nenek kebayan ..

Berbuah lebat …

Wednesday, December 21, 2011

KASIH LELAKI …

 

Teringat kata seorang guru idola saya suatu ketika dulu ..

Cinta lelaki  umpama satu jar air

.

.

Dia boleh memilih gelas mana yang mahu diisinya ..

.

.

.P1040701

Tn. Hj Rosli …..

sedang mengira hari untuk bersara ..