Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Kisah seorang kakak dalam facebook saya

Assalamualaikum semua..




nak tanya memang sekarang musim hujan ke y'all? kat melaka asal malam je hujan asal hujan je malam.. kadang pagi-pagi pun hujan sikit.. sejuk tau bumi melaka.. meh laa cuti-cuti di melaka.. jangan lupa singgah di kediaman Haji Rahman & Hajah Zuraida di Kg. Padang Kemunting Pengkalan balak melaka ye.. itu rumah saya.. teehee~ korang tau kan belakang rumah keluarga mertua saya ada laut? tau kan? [semangat nak cakap belakang rumah ko ade laut kan] selalu petang-petang suami bawa jalan duduk tepi laut... besttt laa laut.. akhirnye tercapai juga impian nak berumah di tepi laut.. heheh ^___^



Ok-ok.. berbalik pada tajuk yang macam panjang berjela tuh.. err sebenarnya saya tak nak pun share pasal nie dalam blog sebab macam tak baik je.. so tujuan tulis ni bukan nak meluah ke menelan ke ape.. tapi saje nak kongsi dengan y'all mane tau y'all ade pengalaman yang sama...



actually kakak ni dah kawen.. mulanye dia chat dengan saya.. cakap tahniah dah kawen semua.. lepas tuh dah tanya saya macam-macam termasuklah 'hubungan' saya dan suami..saya cakap eh kakak ni dah lain macam.. ah mungkin dia tak kenal saya siapa kot.. kalau dia tahu mesti dia hormat dan jaga kata-katanya.. saya tak layan dia tanya saya lain saya tanya dia soalan lain.. tapi eh kakak ni tak makan saman tau.. dia tanya balik soalan yang sama.. oh ok akak ni perlu kata-kata dorongan dan nasihat dari saya nampaknye.. terus saya bersyarah dengan dia apa yang saya tahu.. tak elok nak share hal suami isteri dengan orang lain even parents, adik beradik sekali pun.. berdosa.. saya cakap camtu dengan dia.. ade pulak jawapan dia.. saya pun tak cukup setakat itu.. tambah apa yang patut sampai kakak tu senyap.. ^^ mungkin akak tu terlupa dan tugas saya ingatkan dia.. satu kepuasan disitu...~



lama akak tu menyepi, membawa hati yang lara mungkin.. atau beliau malu dengan saya.. ah tatau! tapi baru-baru ni eh datang balik? e'eh! ingatkan dah berubah rupanya idok! lagi pulak dia dah tukar stail bercakap.. kalau sebelum ni dia kobau kek den yang dia dah pisah dengan suami nyooo ni tak pulak.. dia dok kata suami nye kerja luar.. selalu kena tinggal dengan anak.. apahal laa kakak ni kan..? dia ingat aku ni pakar rujuk kes rumahtangga ke...? kejap cakap lain kejap cakap lain.. saya sergah laa dia.. alih-alih dia cakap ingatkan awak daa lupa.. T__T rasa nak menangis kenangkan nasib kakak tu kenapalah beliau begitu.. kan..? akhirnye kakak tu kembali senyap buat kali kedua teehee~ saya bukan tak nak layan.. saya layan sebab dia dah bagi salam kat chat box FB tuh.. takkan nak senyap.. jawab laa dalam hati anggap niat kakak tu baik...



aii.. itulah kan manusia? saya pelik kenapalah jadi begini dengan sikap sifat mereka.. mane lah nilai hormat menghormati mereka.. ada yang cemburu dengan saya atas kelebihan/rezeki yang Tuhan beri pada saya.. kenapa mesti cemburu? kan Allah dah janjikan sesuatu buat kita sepertimana yang sepatutnya kita berhak? sepatutnya anda kagum dan bersemangat lagi untuk hidup.. kehidupan ini bukan milik saya seorang tapi milik kita semua.. anda ada bahagian anda dan begitu juga saya.. jangan cemburu tapi kagumlah atas nikmat Allah walaupun bukan milik kita tapi milik saudara seIslam kita juga kan... terbalikkan perasaan cemburu anda ke perasaan kagum dan syukur yang amat atas 'KERJA TUHAN' ini..




Tuesday, March 2, 2010

Facebook






Sejak suka sangat main facebook ni sampai sanggup tak keluar rehat sebab waktu rehat pukul 1 hingga 2 je kat opis boleh buka facebook kan..? sabar jela.. pukul 2 tepat facebook dah kena block ok.. memang dasar komitted betul orang TM ni ok...^^ bangga...


Bestnye facebook saya dapat kenal/jumpa semua kawan lama.. bekas pelajar sekolah rendah, menengah dan politeknik.. erm.. bekas secret admirer kawan lelaki yang paling baik pun jumpa sekali.. waduuhh..waduuhh.. betul-betul mengimbau kembali memori silam nieh...


tengok kawan-kawan lama dah lain dah semua.. ada yang dah kawen.. dah ada anak.. dah cantik.. macam-macam laa.. sangat gembira melihat pekembangan diri mereka semua.. terasa macam cepat nya masa berlalu sampai tak sedar kan semua tu...


walaupun diorang ni ramai yang guna nickname pelik-pelik.. watak cerita kartun laa.. nama artis laa nama bukan dalam kad pengenalan laa macam-macam.. tapi tetap den jumpo juok.... bagus betul laa facebook nie... sila tepuk tangan untuk facebook!!!!! clap..clap...


tapi jangan terleka sudah laa eea.. so far saya masih lagi boleh kawal bukan macam adik saya sampai nak kencing pun tahan ni sebab facebook... habeslah lepas ni akademi fantasia musim ke 8 start depan TV mesti takde orang.. hee~ sebab semua dok sibuk dalam bilik melayani facebook.. haha ^___^


Saya ada minta rafiqy create account dengan facebook.. dia tak mahu laa pulak.. kawan-kawan dia ramai juga yang ada dalam facebook tu.. entah dah orang tak nak nak kata apa lagi kan takkan nak sumbat telinga dia hari-hari.. bibbb!! sila buat facebook, sila buat face book.. dop lo pat jam tu jee.. abeslaa rafiqy bosan terus buat facebook hehehe.. jahat betul...


sesiapa yang nak add saya sebagai kawan silalah kan ye.. sekurang-kurangnya takdelah status saya boring je takde orang nak komen eak.. huu~