Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Majlis Perkahwinan Farah AF2 & Johan




Wedding yang sangat-sangat cantik!!! yang membuatkan i rasa macam nak kawen lagi sekali.. selalunya memang takde masa nak upload pic wedding artis dalam belog niee.. tapi oleh kerana memang minat dah lama dengan Farah af2 ni so nak abadikan pic wedding dia dalam blog kesayangan.. farah dah banyak berubah tapi yang penting dia tetap kekal ceria, cantik, suka senyum dan rendah diri.. [ingat dulu pernah join fanclub fadam farah + adam] hee~ farah memang happy go lucky person.. tahniah farah..!!



pic credit: g.i photoshoot



Meh tengok pic farah & johan..



U're so gorgeous farah!!



terpesona i!!

white = suci

nikah dais!

so cute!! hee





sweet couple!!



farah's family..

hantaran cantik kan.. pasu putih...

reception dais.. nite view.. cantik nyeee..

ketibaan puteri!





semoga bahagia hingga ke akhir hayat... ^^






Thursday, February 10, 2011

Suara yang buat saya terpegun

Dulu masa zaman belajar.. suka sangat dengar radio.. sebelum tidur, masa kemas rumah, masa study.. banyak lagu yang saya suka dengar.. selalunye lagu yang berentak slow dan syahdu gitu..yang penting lirik tuuu.. teehee~kalau dalam kereta buka radio haruslah menyanyi berduet dengan suara radio.. hihi



ramai penyanyi yang saya suke.. lagu-lagu mereka saya ingat sampai sekarang..lagu lama laa.. antaranya.. siti nurhaliza, nora, fauziah latif, iklim, ukays, jamal abdillah.. tu laa antara yang saya ingat...tapi kan dulu-dulu masa dengar suara dari penyanyi lelaki 'pilihan saya' ini mesti berlari lepas tu lentok depan radio or rapat-rapatkan telinga kat speaker bagi puas dengar.. ^^ ntah! suka sangat dengar diorang nyanyi.. suara lembut dan jelas.. sukeeee!!! cam comel je dengar suara diorang n cara nyanyion diorang.. haha bole..



ok... yang saya suke...



suara tam spider nyanyi lagu mungkinkah terjadi.. pergh sangat best!!
suka sangat lagu tuh.. sampai sekarang still dengar di radio..
memang suara macam tam saya paling sukaa..



then hazami.. uuuhh suara dia nyanyi lagu sonata musim salju tuh..
pergh!!! syahdu okkk.. tertusuk kat hati.. bestttnyee laa suara dia...



lagi satu kumpulan gersang lagu masih aku terasa..
best sangat lagu tuh.. ^^ man bai suara bestlaa...



dan yang ini.. zamani.. lagu dia semua saya suka.. hee~
dari zaman slam lagi.. masa tuh saya darjah 6.. suka lagu zamani..



dan sekarang.. saya minat jugalah dengan suara akim,mawi, hafiz, aliff satar.. faizal tahir..maher zain!! suara segar gitu kan.. manakala anuar zain.. errr saya tak minat suara dia dengan lenggok nyanyian dia err cam geli huhuu~ masing-masing kan... sekarang pulak music dah meluas.. dah ada macam-macam bentuk nyanyian n lagu.. tapi yang paling sedih bila lagu Irama malaysia semakin kurang.. sampaikan AJL kategori irama malaysia terus hilangg begitu saja.. begitu juga irama nasyid kurang mendapat sambutan dikalangan masyarakat zaman kini..




psst apa pun suara nyanyian rafiqy juga amat comel ditelinga saya.. ^^



Friday, November 12, 2010

KepadaNya kau pergi Syamrin fotograf









PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang, Khamis.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak.

“Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.

Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.

Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.

Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.

Al-fatihah..

sedih sangat.. syamrin meninggal tak sangka kan.. erm.. ayah saya sangat minat dengan arwah syamrin.. semoga arwah tenang di dunia kekal itu.. al-fatihah~



sumber : mstar online 11 nov 2010

Thursday, May 6, 2010

Mia Sarah Nasuha






Mia Sarah Nasuha pelakon cilik Adamaya.. siapa tak suka tengok Amani kan..? ada yang menghadap Adamaya sebab nak tengok amani nie.. hehe~ saya dan rafiqy pun suka tengok budak ni.. bercakap kem main pandai lagi dia kan.. heheh~ suka laa comell!!!


meh layan gambar Mia meh..~


alahai chomelnyeee!!!

Siapa peminat adik Mia Sarah ni boleh la view Facebook dia ye.. klik sini Mia Sarah Nasuha



Thursday, February 11, 2010

Tahniah kepada Datuk Chef Wan






Tahniah! Tahniah!!



Ahad lepas saya bangun lewat sedikit sebab tido lambat.. jadi logik kan alasan..? T_T Bangun berus gigi basuh muka.. [kira macam dah mandi juga kan.. :D] terus capai teh o suam [faveret i] lepas tu tengok melodi.. [alamak kantooiii!!]


Dah habes melodi baca pulak surat khabar utusan.. mestilah ambil surat khabar hiburan dulu haha..terus macam teruja sangat bila tengok Chef wan yang memang saya minat dari kecil sampai tertiru cara dia cakap masa darjah 3 lepas tu cikgu dan kawan-kawan bagitahu jangan ikut suara dia sebab saya tiru buruk sangat nanti Chef Wan tahu dia marah.. terus tak tiru daaa.. jadi je diri sendiri walau tahu suara real tak bessssstttt T_T hahahaha...


Finally Chef Wan menerima tawaran untuk mendapat gelaran 'datuk' pada tahun 2010 ni.. Beliau dah 4 kali ditawarkan tau tapi beliau tolak sebabnya beliau cakap karektor beliau yang selamba dan gemar berseluar pendek tu tak sesuai dengan gelaran datuk...hehehe..



suka sangat!!! Tahniah!!


Sebenarnya masa Shah Rukh Khan dapat gelaran datuk tu banyak isu ni dibangkitkan.. Antaranya siapakah yang paling layak dapat gelaran Datuk selain SRK dan saya memilih Chef Wan dan Norman KRU.. hee~



hope lepas ni bakal Pengetua Akademi Fantasia 8 tu dapatlah gelaran datuk pulak kan..? siapa tahu..? Norman KRU juga bukan calang-calang orang.. karyanya dah pun menembusi antarabangsaa.. betul tak..? Saya teringin nak tengok KRU buat persembahan pada malam-malam Anugerah di TV.. buat persembahan dari lagu mula-mula sampai laa sekarang.. kenapa tidak kan..? ahhh ada peminat KRU ke kat sinii..???









Friday, December 11, 2009

Ummi Nazeera dan Remy Ishak...






Mesti semua pun kenalkan dua artis Nur Kasih ni.. heheh ummi nazeera (sarah) dan Remy Ishak (Adam) dengar kata diorang ni dah rapat masa drama 'Awan Dania musim 1' lagi betul ke..? ni adalah petikan dari kosmo hari ini...






PERJALANAN hampir 200 kilometer dari Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar, Perak serta penantian lebih enam jam akhirnya membuahkan hasil. Sebelum senja melabuhkan tirainya, kelibat pelakon wanita yang menjadi buruan sepanjang minggu ini, Ummi Nazeera akhirnya memberikan satu petunjuk.

Lokasi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, penulis terjah hanya semata-mata untuk mengetahui kebenaran konflik sebenar di sebalik insiden Remy Ishak dibelasah di Istana Budaya minggu lalu. Puas dipujuk dan diberikan janji bahawa tiada hati mana-mana pihak yang mahu dicalarkan, Ummi yang pada awalnya mengelak ditemubual akhirnya bersetuju untuk bersua muka.

Raut wajahnya tenang, sesekali dia tertawa kecil dengan 'penerokaan' yang cuba menggali lubuk jiwanya. Dia persis tahu apa yang cuba diselidik daripada hatinya.

Jangan besarkan

isu 'pukul' Remy

"Jangan perbesarkan lagi isu itu. Kalau boleh saya tak mahu ia menjadi kecoh. Biar keadaan sahaja menentukan apa yang akan terjadi, saya tak mahu mengulas lanjut. No comment," itu luahan pertama daripada bibir pelakon muda yang terkenal dengan watak Sarah dalam drama rantaian 'berhantu' Nur Kasih ini.

Saat diajukan soalan panas berhubung kes pukul Remy yang mencuri perhatian umum sejak Sabtu lalu yang membawa kepada laporan polis, Ummi nyata tidak mahu namanya dilibatkan.

Isnin lalu Kosmo! turut menyiarkan penjelasan Remy, 27, yang menafikan dakwaan bahawa dia mengasari dan memukul seorang gadis anak seorang ahli perniagaan sebagai punca dia dibelasah sekumpulan tujuh orang lelaki di dalam Istana Budaya sebaik selesai pementasan malam keempat teater Natrah.

Kosmo! difahamkan gadis yang dimaksudkan itu adalah Ummi Nazeera memandangkan dua pelakon berkenaan dilaporkan pernah rapat, bagaimanapun cinta mereka terhalang.

Puas ditanya, Ummi bagaimanapun tidak memberi sebarang kepastian mengenai hal itu. Sama ada 'ya' atau 'tidak', dia sekadar menggelengkan kepala saat dikaitkan dengan kejadian yang menimpa hero drama Nur Kasih tersebut.

Ucap pelakon yang baru berusia 19 tahun itu, kenapa dia yang menjadi perhatian tumpuan sedangkan tiada secalit namanya disebut dan ditulis dalam berita tentang Remy Ishak.




UMMI enggan mengulas panjang hubungannya dengan Remy kerana mengakui mereka sekadar kawan biasa.



"Memang berlaku perselisihan antara kami tapi kalau benar ada laporan polis, biarlah polis yang membuat siasatan. Saya tidak mahu mengganggu siasatan polis dan saya minta maaf sekiranya ada menyakiti hati mana-mana pihak," katanya ringkas.

Sama juga seperti Remy, Ummi tidak mudah berterus-terang memberi penjelasan, barangkali perlukan sedikit masa untuk mengubat segala kelukaan.

Kami tidak bercinta

Ditanya mengenai sejauh mana hubungannya dengan Remy, sama seperti sebelumnnya, Ummi enggan mengakui mereka adalah pasangan kekasih. Hanya tersenyum ketika diajukan soalan tersebut, anak ahli perniagaan berjaya ini memberitahu, mereka hanya akrab sebagai kawan biasa.

Dalam masa yang sama, Remy masih sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Suraya dan pementasan teater Natrah manakala Ummi pula setia dengan komitmennya sebagai heroin filem yang turut dibintangi Awie dan Avaa Vanja.

Bersaksikan krew dan para pelakon di lokasi penggambaran filem terbaru Mamat Khalid itu, pertemuan bersama Ummi sebenarnya tidak banyak memberikan jawapan walaupun hampir seminggu media berusaha menjejakinya.

"Bukannya saya bersembunyi atau melarikan diri. Saya ada penggambaran dan ada sedikit masalah kerana telefon saya rosak," kata Ummi sambil membetulkan selendang putih di bahunya.

Bawa diri ke luar negara

Lebih teruja bercerita soal karier kata Ummi, Hantu Kak Limah Balik Rumah akan menjadi filem dan produksi terakhirnya sebelum ke luar negara untuk menyambung pelajaran tidak lama lagi.




REMY membuat laporan polis ekoran insiden dia dibelasah tujuh lelaki di Istana Budaya minggu lalu.

Sekali lagi dia menegaskan keputusan itu bukan kerana merajuk atau membawa diri, jauh sekali kerana konflik hati ekoran cinta terhalang. Ujar Ummi, perancangan untuk menyambung pelajaran sebenarnya sudah lama diputuskan olehnya.

"Perniagaan keluarga perlukan pewaris. Mungkin selepas dua tahun barulah Ummi akan kembali ke Malaysia," katanya. Persoalan adakah hati Ummi akan terbuka untuk berlakon semula sekembali daripada menyambung pelajaran? Segalanya masih terlalu awal untuk dijangkakan, kata Ummi.

"Terpulanglah kepada keadaan," katanya sambil memohon temubual dihentikan.

Kalau semua ini benar-benar terjadi, Ummi bukan saja bakal mengucapkan selamat tinggal kepada semua peminat, tetapi juga keluarga dan rakan artis, termasuklah Remy Ishak sendiri.