Showing posts with label CELEBRATIONS. Show all posts
Showing posts with label CELEBRATIONS. Show all posts

Monday, March 02, 2015

HAPPY BIRTHDAY EN BABAH A.K.A SUAMI TERCINTA

Assalamualaikum.....
 
Hari nie 2 Mac 2015 genap umur babah 40 tahun....syukur pada allah s.w.t sbb dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik....firstly mummy takda nak celebrate besar2 sbb poket tengah gersang...maklumlah gaji masuk awal bulan 2 n skrang awal bulan 3 dah semput nak cover...huhu...
 
mummy cuma nak wish n  berdoa agar babah akan diberi kesihatan yang baik n dipanjangkan usia....mummy bersyukur dapat suami mcm babah, babah adalah teman, sahabat yang baik sepanjang 5 tahun mummy bergelar isteri babah...babah yang sentiasa cool....tak pernah merungut walaupun sama-sama keja....sama-sama penat tp tetap relaks klu mummy minta tolong vacuum bilik, mandikan anak2 n masak sesimple mungkin.....babah memg yang terbaik untuk mummy dan anak2...
 
 
Love you sayang until Jannah...
 
 

Tuesday, November 04, 2014

BUKIT MERAH LAKETOWN INSTITUTE OF ALLIED HEALTH SCIENCE

semangat pagi-pagi nak update blog....dah tu kemain panjang berjela tajuknya...
 
 
Entri kali nie saja mummy nak citer sikit pasal adik mummy no 3..Adila Raihan...adik yang super pening...huhuhu..adik mummy study jurusan kejururawatan kat Bukit Merah Laketown Nursing...3 tahun lebih mengaji kat sini macam2 ragam dia buat kat kami sekeluarga...dan 2 November 2014 baru nie dia konvo....Sebagai seorang kakak, mummy tumpang happy dengan kejayaan adik mummy.
 
Bila tengok dia study pun jenis rileks-rileks je, mummy kadang-kadang bising dengan dia suruh study bersungguh-sungguh. Jangan nak fikir enjoy je. Sebab tengok dia asal balik rumah time cuti, hp sedia ditangan, mandi pun bawak hp bagai..dia makan dan makan pastu tidur lewat bangun pun lewat. Siap dah ada boyfriend lagi. Kemain.  Tapi bila tiap kali result exam keluar dia bagitahu dia dapat pointer tak kurang dari 3.5...Dalam hati mummy eh biar betul ni?
 
Alhamdulilah skrang dia dah boleh berbangga dengan segulung ijazah n dah bleh baling2 topi bagai....Tahniah Adila Raihan. nanti dah dapat kerja yang sesuai jangan lupa belanja makan k....
 
 
bakal adik ipar mummy
 
dua beradik yang super pening
dua adik yang bawah nie lemak sbb ayah manjakan dorg...
asal nak semua dapat....
 
keluarga mummy
 
time nie tengah tunggu adik keluar dewan...panaih gila n adleena plak tak brapa sihat...memg meragam la jawabnya...

Monday, November 03, 2014

SELAMAT HARI LAHIR SUPERMAK

Happy Birthday Mak....Semoga mak diberikan kesihatan yang baik. Kami anak2 sentiasa mendoakan mak. We luv u so much.....muuuuuuaaaaaaaaahhhhhh
 
dalam keluarga yang berkahwin cuma mummy sorg ja....tambahan plak adik beradik mummy semua rajin-rajin jd ayah mummy decision makan kat luar ja tak payah susah-susah nak pikir nak masak apa n sapa tukang masak.... ayah memg terbaik sbb tahuisi hati anak-anak..
 
mummy pilih makan tempat yang open sbb senang anak-anak mummy berlari bagai...takut nanti tempat tertutup payah mummy nak makan asyik nak balik ja...ok kita makan tomyam-tomyam ya ayah sbb ayah nak belanja n kami pilih tempat yang murah-murah ja....hahaha
 
Senangkan kerja mummy....macam tuan besar. Order jer pandai....tahu2 sampai sana semua dah hidang. adik-adik mummy mmg dah masak ngan perangai mummy...

 
ini adik mummy yang belikan....
share ngan kawan katanya...huhu...
 
kluarga tak ramai jd bawak kawan adik yg bljar poli...bagi meriah
 
 
adik bongsu mummy....
 
 
besday girl...sebelah besday girl mama kami...dia mama angkat adik mummy yang bongsu...huhu...kami pun tumpang mama la..
 
adegan suap kek...malu- malu plak...
 
makan kat sini sedap + murah....tp tak bleh sama la mcm mak masak...huhu... Mak kalau masak memang bertambah2 mummy makan. Ada gak pujuk mak n ayah duduk ngan mummy tapi dorg tak nak...dorg cakap biar jauh tp dekat dihati..
 
Akhir skali kami semua sayang mak...lv u mak...kami doakan mak sentiasa sihat dan diberi keberkatan dalam hidup...amin
 

Wednesday, May 09, 2012

SELAMAT HARI IBU

Sempena mother day pada bulan mei ini mummy nak buat entri khas untuk mak mummy.  walaupun mak mummy tidak baca blog mummy ini, tetapi dia tahu anak-anak dia mempunyai blog. Selalu dia nasihatkan mummy supaya kawal cara penulisan di blog.

Mummy anggap mak mummy sebagai superwoman dalam hidup mummy. Dia mempunyai hasrat yang besar dalam membesarkan anak-anaknya. Walaupun sakit mak tetap berkerja dengan alasan mak mahu anak-anaknya mendapat pendidikan sebaik mungkin. Biar dia penat bekerja asal anak-anak dapat pelajaran dan kesenangan ...


mak diapit oleh kedua-dua puterinya...

Mak sangat kuat bekerja. Mak tidak suka duduk di rumah tanpa membuat sebarang keja. Penat macam mana sekalipun dia tetap mahu pergi kerja. Hasilnya gaji mak dua kali ganda dari gaji anaknya...haha....Apa yang boleh menambah pendapatan mak akan dilakukan, asal halal......

Mak pandai masak. Mummy selalu tewas dengan masakan mak. Mummy diet macammana sekali pun bila masakan mak di depan mata mesti mummy belasah juga makan nasi w/pun sebenarnya mummy baru lepas makan nasi. Sebabnya mak masak sedap ok. 



Sebagai balasan mak termasuk ayah membesarkan anak-anaknya yang degil ini kami tunaikan hasrat mak dan ayah dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga ke menara gading. Hasrat mak dan ayah untuk melihat anaknya belajar di univesiti telah ditunaikan oleh kedua-dua adik mummy...cuma mummy ja tak ke menara gading.....tp tak bermaksud mummy tak berjaya....dengan rezeki ALLAH mummy berjaya  berkhidmat dgn Gomen.....(kerajaan)

Mak,
Percayalah tika, dik bob, dik la dan dik dan sayang mak. Kami sayang ayah juga.
Selamat hari ibu. I love u so much
:)