Showing posts with label Tips & Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips & Petua. Show all posts

1.11.16

Pelbagai petua bermanfaat

Assalamualaikum.  Sharing petua dari group. Moga bermanfaat untuk kita semua. Simpan untuk rujukan diri sendiri dan kawan-kawan.
Dah cuba. Memang berkesan. Penat mata, terus tidur. Haha!
Sekian. Jumpa lagi.

23.6.15

Elakkan Membazir di Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan #6
Macam mana Ramadhan kali ini kawan-kawan. Mudah-mudahan semuanya di permudahkan dalam mencari berkat illahi. Ada berlaku pembaziran tak sepanjang enam hari puasa ini?? harapnya tak lah ya. Aku sentiasa ingatkan diri agar tak membazir. Ramadhan JANGAN jadikan tiket untuk berpesta makanan. 
Selalu amalkan tips 'bawa duit cukup-cukup' kalau ke Bazar Ramadhan. Lepas tu beli apa yang memang dah niat dalam hati. Setakat ni memang menjadi. Bila bawa duit cukup-cukup memang akan beli takat tu jak. Dua tiga hari ni memang asyik beli laksa dan sejenis kuih sahaja untuk kami. Cukup dan tidak membazir masa berbuka. Untuk sahur pula, selalunya minum nestum, kurma dan biskut sahaja. Alhamdulillah! Jadikan lah bulan Ramadhan ni untuk kita lebih menghargai makanan, bersyukur dengan rezeki. Selalu terbayang keadaan berbuka di negara-negara Islam bergolak sekarang ini. Macam manalah saat mereka berbuka puasa ? Palestin, Syria? :(
WasSaLam^_^

22.5.15

TIPS PENJAGAAN TUALA

AssaLamualaikum
Nak basuh tuala pun ada tips tau! Tak salah mencuba, untuk menjaga kain tuala kita agar tahan lama:
Google
✔ Untuk menjaga kelembutan tuala, gunakan hanya setengah daripada jumlah serbuk pencuci yang diguna untuk mencuci pakaian lain. Elakkan daripada menabur pencuci secara terus ke atas tuala.

✔ Gunakan pelembut fabric (softener) sekali sekala sahaja. Jangan menuang pelembut secara terus ke atas tuala. Elakkan penggunaan pelembut yang berasaskan silicon kerana ianya akan meninggalkan kesan berlilin yang akan mengurangkan kuasa penyerapan air.

✔ Elakkan membasuh tuala dengan pakaian lain yang mempunyai zip, cangkuk atau butang bagi mengelakkan tekstur tuala berbulu atau tersangkut.

PALING PENTING:
✔ Untuk basuhan kali pertama, asingkan basuhan tuala YANG BERLAINAN WARNA. Kalau nak campurkan sekali, confirm tuala yang keluar nanti dah lain warnanya. Perlu diingat tuala dari kain cotton adalah penyerap, Tuala-tuala yang baru dibeli telah melalui proses pewarnaan dikilang. Basuhan kali pertama berfungsi untuk membuang warna-warna yang 'melekat'. So cucilah sehelai sehelai hanya untuk basuhan pertama. 

Kredit :SARA TM ENT

18.9.14

Seni Si Tocang Rambut

AssaLamualaikum
Teringat dulu zaman kecil-kecil, rambut panjang. Mak & kakak-kakak sepupu suka tocangkan rambut aku. Maklum masa kecil dulu, aku suka simpan rambut panjang. Bila pergi sekolah mesti tocang rambut. Kalau tak pun ikat dua. Hehe! Lepas tu mak suka sapukan minyak kelapa. Rambut memang lebat dan hitam lah. Tak pernah rambut pendek. 
Tak silap dah lepas dari Universiti baru pandai pendek kan rambut.
Cantik kan? suka tengok! :)
Unik nya! macam mana ntah dia buat:)
Yang ini siap ada bunga:)
Kreatif cara mereka tocangkan rambut. Berseni gitu. 
Tak sabar nak ada anak perempuan, boleh tocangkan rambut dia. Haha! (angan-angan dulu).
Sekarang ni masalah keguguran rambut berleluasa. Tensen kekadang. 
Faktor umur & persekitaran mungkin mempengaruhi kan?
WasSaLam^_^

19.7.14

Idea - Bilik Tidur 3

AssaLamualaikum
Salam ke-21 Ramadhan. Tengah buat apa tu? Ker sibuk deko-deko rumah atau pun dah sibuk berkemas sana sini. Memang letih lah sikit kan. Apa nak buat, raya setahun sekali kenalah kemas ataupun hias rumah. Ya tak? Terjumpa gambar bilik tidur ni di FB. Tempek kat sini buat tatapan. Kot-kot boleh dibuat rujukan. Hehe! Memang mendamaikan. Suka.
Cantik kan. Simple dan mendamaikan.
Selamat berkemas dihujung minggu. Selamat menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. 
Ada yang sambung shopping hari ini??
WasSaLam^_^

10.7.14

Tip Mudah Untuk Sahur

AssaLamualaikum
Walaupun sudah 12 hari bermula Ramadhan, tak salah untuk kongsikan Tips Mudah untuk sahur ni buat kita semua. Moga bermanfaat dan boleh dipraktik kan oleh kita.
Kadang memang tak berselera nak makan nasi masa sahur, so aku selalu nya perbanyakkan minum Jus Kurma dan makan beberapa biji kurma untuk memberi tenaga. Air kosong memang tak lupa. 
Lain orang memang lain cara sahurnya kan, apa yang penting kita mengambil keberkatan dalam bersahur itu sendiri. Selamat menjalani ibadah puasa, moga segala amalan kita diterima.
WasSaLam^_^

11.6.14

Jenis Diabetes Dan Rawatan

AssaLamualaikum
Penyakit Diabetes atau kencing manis sangat digeruni pada masa kini. Tak kira tua atau muda kemungkinan untuk mendapat Penyakit ini adalah tinggi. 
Tambah-tambah bila kita tak menjaga kesihatan dengan cara hidup yang tak menentu.
Sebenarnya semua jenis penyakit amat merisaukan. 
Mudah-mudahan kita semua dijauhkan dari segala jenis penyakit. 
Mungkin permulaannya dengan mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat. 
Jom sama-sama! Kurang kan gula dalam makanan/minuman, tambahkan manis dalam senyuman:)
WasSaLam^_^

5.6.14

Khasiat Peluk.. Betul kah?? :)

AssaLamualaikum
Terjumpa gambar ni di FB. Kebenarannya tak pasti plak. kenalah cuba sendiri mulai dari sekarang. Itupun untuk pasangan yang halal sahaja ya. Adik-adik manis yang belum bernikah tu, jangan plak pandai-pandai buat. Haha! sabar lah kome.
Tunggu bila dah 'halal' nanti. Hehe.
Boleh lah mengeratkan kasih sayang. Ya tak?? haha!
selamat mencuba! 
WasSaLam^_^

29.3.14

WANITA-Petua Untuk Sihat

AssaLamualaikum
Zaman sekarang macam-macam penyakit kan? kekadang kita yang mendengar/baca gerun dibuatnya. Sekadar berkongsi tips-tips dibawah. Moga memberi manfaat pada kita semua:
Apa yang baik boleh kita amalkan.
Motivasi buat diri sendiri juga, dah seram sejuk tengok diri di cermin. Hahaha! bila lah nak turunkan berat badan? bila lah nak start bersenam balik atie oiii?? Bila lah nak membuang lemak-lemak yang ada? Haha! WAKE UP ATIE! 
WasSaLam

15.3.14

Petua untuk Kebersihan Rumah

AssaLamualaikum
Salam hujung minggu you all! Mesti hari ini dan esok adalah hari untuk membersih dan mengemas rumah. Maklumlah, bagi yang bekerja hujung minggu inilah kesempatan tu baru ada. Mana tau bolehlah guna petua-petua dibawah ini dalam proses mengemas rumah:)
Kuasa Kopi Menghilangkan Bau Tandas:

Mungkin tidak ramai yang tahu khasiat hampas kopi bukan?
Kopi bukan sahaja untuk diminum. Hampas kopi jangan dibuang kerana ada kegunaannya. Ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya ialah masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.
Mengembalikan Seri Lantai Marmar

Bagi mengembalikan seri lantai marmar, ambil setengah baldi air yang dicampurkan dengan semangkuk kecil kapur sirih serta lima sudu besar garam halus. Gunakan campuran ini untuk membersihkan permukaan marmar dan lakukan tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Cicak Anti Kulit Telur Ayam
 
Sekiranya ingin mengelakkan keadaan ini daripada berterusan, anda boleh cuba elakkan kehadiran cicak tersebut menggunakan kulit telur ayam. Ini kerana cicak alergi dengan mineral  kulit telur ayam. Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan membasuh dan keringkan kulit telur selama 2 atau 3 hari . Pecahkan kecil-kecil sehingga membentuk saiz lima atau sepuluh sen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod menggunakan gam dan tempatkan di mana-mana sudut yang anda ingin elakkan daripada di kunjungi cicak. 
SumberImpiana

Selamat mencuba. Moga memberi manfaat.
WasSaLam^_^

8.1.14

Idea - Bilik Tidur 2

AssaLamualaikum
Dok berangan-angan lagi. Haha! bak kata NUR yang jauh di UK. 
Tak salah untuk berangan-angan. Hihi!
Bilik tidur idaman dan mendamaikan.
Warna pun cantik kan? lembut jak. Yang bestnya ada tempat buku. 
Boleh membaca sebelum tidur!
Alangkah indahnya kalau semua yang kita angankan menjadi kenyataan. Haha! 
Mungkin tak mustahil sekiranya ada usaha + kerja keras.
WasSaLam^_^

2.1.14

Tips Mudah untuk Turunkan Berat Badan...

AssaLamualaikum
Walaupun orang selalu kata "elleh! orang cakap senang lah". Haha! apa salahnya kita positifkan diri, kan? tak salah mencuba sesuatu yang baik untuk diri sendiri. Jom kurangkan berat badan. 
Nak kurangkan lemak-lemak tersembunyi ni. aduh! pening den! Haha! 
Kalau nak kurangkan berat badan kena bermula dari awal tu. 
Yuhuu! bolehkah bulan Feb, Mac, April baru mula. Haha! 
Tengok tu awal-awal dah langgar tip atie oi! hihi.
Serius aku rindu zaman aku 38kg (2007), 45, 46,47,48,49,50,51,52kg (2008-2013). Haha! Nampak tak penambahan berat di situ. Sangatlah sihat sekarang ya! Kihkih.
WasSaLam^_^

30.7.13

::Tips untuk Memilih Tembikai Manis...

AssaLamualaikum
Siapa suka makan tembikai? hehe! erm! Terbayang tembikai yang manis.
Jumpa tips ni untuk dikongsikan bersama. 
picture : FB
Budak Pa'e tu kalau tengok ada tembikai laju je dia nak makan. 
Tak sabar-sabar. Suka sangat dia makan, pastu mula lah nak kencing selalu. Hihi.
Sedapnya bila berbuka puasa dengan Jus Tembikai kan? :)
WasSaLam^_^

14.6.13

:: Mari amalkan sebelum TIDUR...

AssaLamualaikum
Jom amalkan sebelum kita tidur bermula malam ini. Moga bermanfaat pada semua.
picture:FB
Dua tiga hari ini tidur ku nyenyak sekali. Penat sangat dengan pelbagai urusan pada siangnya. Tapi sebelum tidur aku mesti membaca dulu. Sebelum nak betul-betul terlelap tu mesti cium anak di sebelah. Pastu baru lelapkan mata:)
WasSaLam^_^

23.5.13

::Tips agar di CINTAI Suami....

AssaLamualaikum
Berkongsi tips kebahagiaan rumahtangga. Mari sama-sama menjaga keharmonian rumahtangga.
sumber :FB
Suka belajar tips-tips seperti ini. Dapat juga menambah pengetahuan. Maklum usia perkhawinan boleh dikatakan baru setahun jagung berbanding kawan-kawan blogger yang lain. Apa yang diimpikan semoga kasih sayang suami isteri sentiasa terpelihara, sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Amin! 
WasSALam^_^

26.4.13

:: Do & Don't ::

AssaLamualaikum
Tips untuk kita bersama. Jom sama-sama kita amalkan. 
picture : FB
Semoga bermanfaat. Sentiasa belajar untuk menjadi Ibu terbaik. Sentiasa muhasabah diri tentang betapa beratnya tanggung jawap kita sebagai ibu bapa. Betapa besar tanggung jawap membesarkan anak-anak di zaman millenium ini. Ya Allah! bantulah kami. Amin! 
WasSaLam^_^

11.4.13

::8 Cara elak MAKAN Berlebihan::

AssaLamualaikum
Lagi tips kesihatan. Kekadang kita ni kalau makan tak dapat nak control. Kalau sedap lagilah kan. Haha. Selalu kata, makan dulu nanti baru fikir kesan baik buruk nya. So, lepas ni boleh amalkan tips-tips dibawah untuk mengelak daripada makan berlebihan:
Sumber : FB
Sharing is caring. Kalau tak dapat ikut semua pun, boleh jadikan panduan untuk kita sama-sama beringat. Makan untuk hidup. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang:)
WasSaLam^_^



21.3.13

:: Tips Mengajar Anak supaya IKHLAS::

AssaLamualaikum
Ikhlas juga bermakna kita bersikap jujur dan tidak berpura-pura. Telus dengan diri sendiri dan orang lain serta mengakui kelemahan diri sendiri. Bayangkan jika diri tidak ikhlas. Ia hanya membuatkan anda pincang. Bagaimana mungkin anda boleh menjadi orang yang lebih baik jika tidak telus dengan diri sendiri? Bagaimana mungkin mengharapkan untuk mendidik anak menjadi ikhlas jika kita sendiri tidak ikhlas?
Cara-cara mudah untuk mendidik anak bersikap ikhlas:
Terapkan dalam mindanya. Ulang dan ulang lagi. Bila anda menghantar anak ke sekolah atau sebelum dia melangkahkan kaki ke sekolah, ingatkan "Ajim, ikhlaslah dengan apa sahaja yang Ajim buat." Tanya dia "Kenapa Ajim mesti ikhlas?" Katakan "Sebab, itulah satu-satunya cara untuk hati menjadi tenteram. Jika kita tidak ikhlas, semua usaha kita sia-sia kerana Allah tidak akan menerimanya. Jika anda ulangi setiap hari, kata-kata ini akan tertanam di dalam kotak fikiran anak anda. 

Jangan salahkan orang lain. Meskipun orang lain tidak tahu kesilapan anda, akuilah jika anda yang bersalah. Jangan sekali-kali menganggap diri terlalu mulia untuk meminta maaf kepada suami atau isteri, anak, rakan, jiran atau ibu bapa sendiri. Tanyalah "Apa yang boleh aku lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?"

Jangan harapkan balasan untuk kebaikan yang anda lakukan. Ini penting, lebih-lebih lagi jika orang yang anda bantu langsung tidak menghargai usaha anda atau lebih teruk, membalasnya dengan kata-kata kesat.Yakinlah bahawa Allah akan memberi anda ganjaran bagi kebaikan yang anda lakukan. 

Bergembiralah jika orang lain lebih baik daripada anda. Tunjukkan kepada anak anda bahawa anda gembira bila sahabat, saudara-mara atau adik-beradik anda lebih senang hidupnya. Doakanlah untuk kesejahteraan mereka seperti anda mendoakan untuk diri anda dan keluarga sendiri.
Kredit : SINI  

Marilah kita sama-sama belajar untuk IKHLAS dalam perkara setiap yang kita lakukan. Betapa besar pahala yang kita perolehi bila kita ikhlas kan? Walau pun kekadang agak susah untuk kita terima, lama-lama kita akan redha bila sesuatu perkara itu berlaku (baik atau buruk). Sharing is charing:)
WasSaLam^_^

14.3.13

:: Tips Memudahkan Anak Tidur Tengah hari::

AssaLamualaikum.
Lambat bersiaran hari ini. penyakit 'M' sudah datang. Mood suam-suam kuku kot! Haha.
Selalu nya kita akan tidur kan anak-anak kita pada sebelah tengah hari. Masa mereka tidur ni lah baru kita dapat buat kerja rumah dengan senang. Kalau tidak, jangan harap lah. Ada sahaja suara merengek minta perhatian. Betul tak?
Tidur tengah hari atau kata lainnya 'nap time' dikalangan anak-anak berumur 4 tahun dan ke bawah adalah amat penting. Kajian membuktikan anak-anak yang tidur tengah hari lebih kreatif dan emosi mereka lebih stabil & tenang. Atas faktor inilah kenapa di taska, rutin tidur anak-anak kecil adalah di antara jam 12 - 3 pm. Bagi memudahkan proses 'nap time' ini buat ibu-ibu di rumah, praktikkan tips yang diberi :

Kredit : SINI
Anak bujang ku Pa'e memang sampai sekarang masih wajib tidur siang. Kalau tidak mesti dia sedikit cerewet. Ada je benda yang tak kena. Sikit-sikit merengek. Selalu nya aku dah boleh agak, kalau dia asyik-asyik merengek atau nangis walhal aku tak tahu apa mahu nya conform lah tu dia mengantuk atau kurang tidur. Buatkan susu then tanya nak buai atau 'bobok tilam'? (tidur atas katil). Bagi Ibu-ibu yang berada di rumah bolehlah amalkan tips-tips diatas. Hanya sebagai panduan, selebihnya terpulang pada cara masing-masing. Mana yang baik kita ikut :)
WasSaLam^_^

12.3.13

::Tips Bercakap Dengan Anak::

AssaLamualaikum.
Budak-budak zaman sekarang nak bercakap kena ada cara. Tak sama dengan budak-budak zaman dahulu yang senang nak 'handle'. Orang kata cabaran nya lebih besar dalam mendidik anak zaman sekarang.
Sumber: FB
Aku pun kadang-kadang hilang kawalan juga bila bercakap dengan budak tumpis tu. Kadang-kadang bertukar juga jadi 'ibu singa'...haha! Cuma aku seboleh-bolehnya mengunci mulut dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang tak elok. Perkataan itu kan satu DOA. Sama-sama lah kita menjaga perkataan yang kita ucapkan pada anak-anak kita. Amin! 

*Masih belajar dari masa ke semasa menuntut ilmu keibubapaan*
WasSaLam^_^