Showing posts with label Wordless Wednesday. Show all posts
Showing posts with label Wordless Wednesday. Show all posts

16.10.19

Wordless Wednesday #71 - Nice Quotes

Assalamualaikum
Less word. Just picture :
  
Semua boleh di ubah bermula dari diri kita sendiri. Yang penting usaha, doa & tawakal. 
 
Note: Gambar di toilet Husein Sastranegara International Airport, Bandung.

4.9.19

Wordless Wednesday 70 #Love The Nature

Assalamualaikum.
Hayati kata-kata pada sign board di bawah:
Tengah cuba ajar anak agar mencintai alam sekitar. Tengah cuba menerapkan nilai-nilai tersebut. Sayangi alam sekitar. Mudah-mudahan berhasil.

*Masa sekolah dulu, ibunya ini seorang ahli Kelab Pencinta Alam Sekitar :)


2.11.16

Wordless Wednesday #67- Pic tahun 2002

AssaLamualaikum. Up gambar dulu-dulu lagi. Di zaman kegemilangan. Haha! Gambar diambil pada tahun 2002 disebuah hotel di Alor Setar, Kedah. Tapi nama hotel dah lupa. Maklum terlebih makan semut. Haha!
Kalau tak silap (semua kalau tak silap) masa ini dinner anjuran untuk satu subjek, subjek apa ntah! itu pun dah lupa. Kena belajar adab-adab termasuklah adab bila makan di hotel. Adoi semua lupa. Hahaha! 

26.10.16

Wordless Wednesday #66 -17 tahun dahulu

AssaLamualaikum. Gambar ini diambil pada tahun 1999 di Gunung Santubong bumi Sarawak. Pengalaman pertama kali mendaki gunung bersama kawan-kawan. Memang pengalaman yang tak akan dilupakan. Walaupun penat, seminggu tak hilang sakit-sakit badan. Nak jalan pun susah. 
I miss you all. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Dapat teka tak yang mana aku?? zaman-zaman kekurusan melampau. Haha!
Sekian.

19.10.16

Wordless Wednesday #65- Mewarna online

Salam Rabu. Less Word. Hasil mewarna dari Aplikasi online yang aku download. Salah satu therapy bila rasa-rasa diri stress. Haha! Saja hilangkan boring sambil melayan abang Pae tu tengok kartun. Menguji kesabaran juga ni. Puas hati bila tengok hasil warna. Just for fun! 





Bukan anak-anak sahaja boleh mewarna. Ibu-Ibu pun boleh. Hehe! Kira semua diatas tema animal. Next time aku post tema bunga-bungaan plak ya. Kalau berminat, bolehlah cuba download di Apple @ Google store :
1. Colouring Book For Adult
2. Colour Therapy
3. Colouring Book
Sekian.

5.10.16

Wordless Wednesday #64 - RINDU!

AssaLamualaikum. Pagi-pagi mood rindu en Kuling. Haha! perasaan mana boleh tahan-tahan, kan. Mood jiwang. Bertabah lah wahai hati :
Suami, sahabat bergaduh! peneman, pelindung! sahabat sejati yang menerima segala kekurangan. Moga Allah selalu menjaga diri mu dan diri ku.
LOVE, Ibu & Pae.
Sabah--> Sarawak.

28.9.16

Wordless Wednesday #63 - Bahana camera 360

AssaLamualaikum. Saja nak melawak. Hilangkan mengantuk tu. Haha! macam- macam applikasi camera sekarang ni yang ada dalam list. Bagi yang minat, download sahaja dalam Google @ Apple store. Boleh lah nak melawa sesekali. Abang Pae yang kecil tu pun dah pandai selfie sorang-sorang. Haha!
Bila jumpa depan-depan sampai mengucap dibuatnya. Hahaha! Sekadar lawak ya kawan-kawan, bukan maksud menghina sesiapa. Sesungguhnya setiap yang Allah jadikan itu INDAH. Siapalah kita nak mempertikai kan? 
Jumpa Lagi!

27.7.16

Wordless Wednesday #62

Salam pagi Rabu. Idea banyak, tapi mood masih ke Laut China Selatan. Haha!
 WW lah hari ini :
Kalau diikutkan betul juga. Kecuali belum ajal, mungkin terselamat. Semua dengan izin Allah!
Jumpa lagi.

25.11.15

11.11.15

Wordless Wednesday #61

AssaLamualaikum
Less word! Minggu ini adalah minggu blurr bagi aku. 
Serabut lah! Lain orang tanya, lain aku jawab. Hahaha!
Kadang mengeteh dengan Geng Karas, borak-borak sambil makan roti khawin. 
Haha! Roti pun dikhawin kan (butter+kaya).
Jumpa lagi...

28.10.15

Wordless Wednesday #60 - Kasut Wanita..

AssaLamualaikum
Terjumpa gambar ini di Facebook. Memang ada logik nya. 
Haha! cuba korang fikir. Betul kan?? :
Ikutkan aku, jarang beli kasut seperti diatas. Selalu beli yang flat. tertutup dan bentuk seperti yang biasa sahaja. Rasanya kasut tinggi untuk khawin ada beli begini, tapi last-last tak pakai. Terperap dalam kotak hingga hari ini. Memang tak reti pakai. Hehe! 
Jumpa lagi.

7.10.15

Wordless Wednesday #59

Assalamualaikum
Suka dengan Zikir dibawah. Mulanya si abang Pa'e yang suka. 
Hari-hari mesti dia zikir ni. Belajar kat sekolah. Last-last aku pun dah terjangkit. 
Alhamdulillah mulakan hari anda dengan :
Jumpa lagi. Bye.

30.9.15

Wordless Wednesday #58 MAK!

AssaLamualaikum
Dah berkurun rasanya tak ber Wordless. MAK!
Sayang Mak hingga hujung nyawa. DOA ku selalu bersama mu. 
Moga sentiasa dalam lindungan Allah!
WasSaLam^_^

3.6.15

Wordless Wednesday #57- Irshad ??

Assalamualaikum
Kalau dalam kereta inilah gaya terbarunya. 
Tutup muka guna skaf lepas tu pakai kaca mata hitam. 
Ada hari tu sampai dia tertidur. Haha!
Bye. Jumpa lagi! 

27.5.15

Wordless Wednesday #56 - Ibu Luv Pa'e

Salam Rabu.
Entry ringkas. 
Saja nak belanja gambar Tumpis & Ibu. Haha! :
Ntah gaya apa pula dia buat ni. 
Layan jaklah! :)
Ok, bye.
*curi-curi update didalam kesibukan*

6.5.15

Wordless Wednesday #55 - Berbungkus!

Salam pagi Rabu. 
Siapakah gerangan dalam selimut??
Si kepala hitam. Kejadian berlaku bila encik Kuling suruh dia mandi dihotel. 
Buat-buat masuk dalam selimut pastu gelak-gelak. Haha!
Happy working semua.
bye.

22.4.15

Wordless Wednesday #54- Superheroku!

AssaLamualaikum
Less word today. Superhero ku yang seksi:)
Send gambar ni kat babah dia semalam. Gelak sakan Babah! Haha! 
ini kerja Si Tumpis bila suruh pergi mandi semalam.
Happy Wednesday youl! 
WasSaLam^_^

15.4.15

4.6.14

Wordless Wednesday #52- oh Anak!

AssaLamualaikum
Less word di pagi Rabu ini. Gambar yang terkesan di hati ku. 
Dua gambar yang saling berkaitan: 
Fikir-fikirkan. Semua ada betul nya, kan?
WasSaLam^_^

14.5.14

Wordless Wednesday #51

AssaLamualaikum
Less Word. suka dengan ayat-ayat dibawah. Nak order cinta dari suami sendiri. Haha! 
Pagi-pagi mood jiwang. Suamiku En Kuling sila lah ya. Hihi!
Happy working!
WasSaLam^_^