Showing posts with label My Books. Show all posts
Showing posts with label My Books. Show all posts

2.6.14

Buku : Projek Anak Bijak & 501 Persoalan Fikah Wanita

AssaLamualaikum
Tentang buku lagi. Tapi belum habis baca dua-duanya pun. Penghabis masa dihujung minggu ku sambil melayan Pa'e tengok kartun. Oleh kerana  tiada peluang nak tengok TV, so baca lah buku daripada bosan sorang-sorang. Haha! Dua buku ni menunggu giliran untuk dihabiskan:
Harapnya dapat memberi ilmu pada aku yang daif ini. Diri yang kurang ilmu.

1. Projek Anak Luar Biasa : sesuai untuk para ibu bapa di zaman serba moden ini. Banyak persoalan tentang anak-anak yang dikupas. Menangani anak yang bermasalah dan pelbagai lagi.
2. 501 Persoalan Fikah Wanita : Mengupas segala jenis masalah wanita masa kini. Disediakan dalam bentuk soal jawab, so senang nak faham. Buku ini dah beberapa kali di ulang cetak, memang laris di pasaran. Tak rugi membeli.

*Aku sebenarnya dalam proses nak memupuk balik minat membaca yang dah lama aku tinggalkan. Sedikit demi sedikit membaca dan mula mengumpul koleksi buku semula. Moga minat ini akan terus bercambah dan harap akan di ikuti oleh budak tumpis sorang tu. Hehe!*
WasSALam^_^

19.4.14

Buku:Anda Bertanya Ustaz UAI Menjawab

AssaLamualaikum
Alhamdulillah! dah khatam buku ini. Mudah & ringkas nak faham. Sesuai dengan aku yang agak malas nak baca kalau bacaan yang berat. Beli masa Pesta Buku Lahad Datu baru-baru ini. Harga asal RM17, dapatlah diskaun RM15.30 sahaja. Mula mengumpul buku semula. 
Mana tau hajat nak buka library kecil  di rumah tercapai suatu hari nanti.
Tak pandai sangat nak review buku. Cuma memang buku ini dapatlah menjawab persoalan-persoalan yang selalu bermain di minda. Permasalahan semasa yang selalu kita alami dapat dirungkai. Kalau kawan-kawan berminat bolehlah cari dikedai-kedai buku berhampiran.
Selamat membaca dihujung minggu:)
WasSaLam

24.2.14

Buku Ahmad Ammar - Satu Kematian Yang Hidup

AssaLamualaikum
Rasanya satu negara tahu tentang fenomena Ahmad Ammar. Memang berkobar-kobar nak memiliki buku mengenai kisah hidup arwah. Agak susah di sini bila semua nak kena beli online. Kekadang lambat sampainya. Kebetulan hari tu, ada kawan kepada kawan pergi KL dan ternampak post dia tentang buku ini siap ambil order lagi untuk sesiapa yang ingin beli. So, dia tolong belikan dan bawa balik Sabah. Sukanya  bila dapat buku ni. Dok bertatih lah ni nak menghabiskan bacaan.
Harga RM22

Banyak pengajaran yang boleh kita perolehi dari buku ini. So, korang kalau berminat boleh lah cari kat dimana-mana kedai buku disana. Moga memberi manfaat dalam kita mendidik anak-anak.
WasSaLam^_^