Kawan-Kawan Saya

Showing posts with label My Family Stories. Show all posts
Showing posts with label My Family Stories. Show all posts

Tuesday, November 04, 2014

ASSALAMUALAIKUM


Assalamualaikum wbt

Lama menyepi di blog. Kadang2 teraktif di Insta ataupun Fb. Tapi tetap aktif di bisnes online. Actually, mcm2 cerita nak share. semua pic yang di tangkap berkepuk jer la di camera dan handphone. Cerita raya pun dah ke laut apatah lagi nak cerita benda2 lain lagi.


In Sha Allah, ada "something" yang akan aku kongsikan di blog ini sebagai kisah hidup, pengalaman dan memberi sedikit panduan buat semua as a PARENT. Tahun 2015 akan berubah segalanya bagi kehidupan kami. Ada benda yang kami perlu lalui dan pelajari. Ini semua Anugerah dari Allah buat kami dalam menjalani liku-liku kehidupan. Kami berharap dan berdoa semoga segalanya di permudahkan olehNya. 


"Ya Allah, berilah aku kekuatan dan kesabaran dalam mendidik dan mengajar anak2 ku. Aku berdoa agar mereka di beri hidayah dan pentunjuk dan menjadikan mereka anak2 yang soleh. Aku berdoa agar mereka mendapat keredhaanMu serta patuh kepadaMu. Aku sayangkan anak2 aku. Jauhkan aku dari sifat kemarahan yang melampau. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi apa jua dugaan dariMu Ya Allah. Ameen "


Sekarang, step by step kami sedang mengorak langkah untuk mencorakkan warna warni kehidupan kami. 


In sha Allah next-next ENTRY aku akan cuba kongsikan bersama. Harapan supaya ada masa untuk aku mencoretkan di sini :)


Friday, July 25, 2014

Gambar-gambar Raya


Sempena nak sambut raya yang akan menjelma tidak lama lagi, di sini nak share gambar raya kami setiap tahun. Alhamdulillah setiap tahun ada family potrait kami. Cuma pada tahun 2007 jer yang takde. Masa tu baru kahwin. Zaman takde kamera, so takde la gambar. 

so, dari pic 2008-2013. setiap tahun nampak perubahannya. yang tetap sama adalah en atan. badan maintain kurus jer.. aku? hehe.. semakin tahun semakin kembang.. uwaaaa! kalau iman, nampaklah semakin tahun semakin besar dah anak aku..

Syukur alhamdulillah..

2008

 2009

 2010

 2011

 2012






 2013


Nantikan gambar raya 2014 pula.


Monday, June 02, 2014

Pengantin 7 tahun yang lalu


2 Jun 2007 - 2 Jun 2014 (7Tahun)

Meh sapa nak tengok gambar pengantin 7tahun yang lalu. 









cuba tengok gambar 7tahun selepas pulak.






Alhamdulillah..

InshaAllah Berkekekalan Hingga Akhir Hayat. Aminn..


Friday, May 02, 2014

7tahun Bersama



1 May 2007 - 1 May 2014
7 Tahun


Syukur Alhamdulillah.. Kami di panjangkan umur dan disatukan sehingga kini. 7tahun bersama. suka duka, pahit jerit semua kami alami bersama. segala onak dan duri, cabaran dan halangan tetap sama2 menempuhi. Dan sekarang dikurniakan 3orang hero. Syukur ke hadrat Ilahi ;) kerana memberi aku peluang untuk merasai alam perkahwinan di usia yang muda serta menjadi ibu. 

Tatkala, orang lain sibuk mengejar impian untuk menjadi pelajar cemerlang, mencapai cita2 yang di idamkan, tapi aku telah menempuh alam perkahwinan di usia 23tahun. Dengan izin Allah, perjalanan hidupku di permudahkan.. selepas abis belajar, aku mendapat pekerjaan, seterusnya berkahwin dan mendapat anak. Di usia 24tahun aku telah pun dikurniakan seorang cahayamata.

Aku amat2 rasa bersyukur kerana di beri peluang menjadi ibu, melahirkan zuriat. Sesungguhnya pengalaman bersalin itu amat menyakitkan tapi sangat INDAH.. 

7tahun bersama, tetapi 13tahun saling kenal mengenali. Semoga perhubungan ini KEKAL ABADI hingga ke SYURGA..



Monday, September 30, 2013

Mengandung Dan Demam



23/9/13 - 29/9/13 adalah minggu sakit kami sekeluarga secara berjemaah. Serius, kali ni kena demam memang teruk. demam semua serentak dan melebihi 5hari. Sehingga hari ini, asben aku jer lum recovery sepenuhnya. Hope dia cepat baik hendaknya.

nak cerita terlalu panjang kisahnya. Cuma hanya boleh di simpulkan dengan gambar ini sahaja :

stok ubat kami yang dapat sepanjang sakit last week. 
Boleh buat stok untuk setahun. huhuhu!



Monday, July 29, 2013

Diari Ramadhan 18 : Berbuka Puasa Di Rumah Mak

Assalamualaikum wbt.

weekend baru ni balik ampang. Masa untuk berbuka dengan mak dan ayah di ampang pulak. Sabtu tu, kakak aku dari perak balik tapi lewat sikit. Petang baru sampai. So, sabtu tu memang kami tak kemana-mana. hanya duduk rumah sahaja. xtau arah tuju dan malas nak bersesak-sesak kat jalan dan shopping mall. Asben aku pulak ke sekolah ada kelas tuisyen. Memang seharian x kemana pun la sabtu tu.

budak2 breakfast pagi tu. hanya minum milo cicah roti jer.

Takde pape nak citer, kita layan gambar menu berbuka je la ekkkk...

Tiram @ Oyster fresh dari laut.walaupun kecik2 tapi sdap bila di perah dengan lemon. Asben aku beli dekat simpang 4 dengkil.

kari kepala ikan sponsor oleh kakak aku.

ayam goreng tepung buatan sendiri


Kupang sweet sour telur

telur ikan

Tahu sumbat buatan aku. ehehe

budak2 yang terlebih over excited nak berbuka..

Monday, July 22, 2013

Diari Ramadhan 11 & 12 : Balik Kg Sg Besar


Assalamualaikum wbt.

Aktiviti bulan puasa untuk minggu ke2 ni adalah balik kg asben di sg besar.Baliknya hari sabtu sebab pagi sabtu asben aku ada kelas tuisyen di sekolahnya. ;ebih kurang jam 12tghari baru gerak balik ke Sg Besar.

Sahur sabtu aritu ialah Nasi Arab Saba. Rezeki bulan puasa. Di sedekahkan oleh rakan cikgu di sek asben aku.

budak paling excited bila nak balik kg sebab dia tau CUTI.....!

sebelum sampai kg singgah bazaar ramadhan dulu kat pekan sg besar beli juadah berbuka terus. Okla harga yang berpatutan di param sg besar nie. kuih masih lagi 3 - RM1. Beli 3 ketul pajeri nenas baru RM2. Member beli pajeri nenas kat pasar ramadhan putrajaya 4ketul - RM5.


Inilah kg sg besar asben aku.. hehe.

pagi ahad adalah aktiviti mengemas kawasan rumah.

budak bandar sibuk mencari ayam dan kucing. ekekeke!

Balik KL lebih kurang 3ptg. Sempat singgah parit 13 beli ikan sungai yang baru di tangkap. Fresh lagi! pastu singgah pasar sg hj dorani. beli sayuran kg pulok. harga sangaaaaaat murraaaahh!

Sampai sepang time dah berbuka. berbuka dalam kereta aje sebab nak terus ke Tesco terjah susu dutch ladu murah! Tapi, hampa sebab dah habiss... huhuhu... 2pek RM38 jer free milk mug. Di sebabkan x nak balik tangan kosong. belilah juga untuk umur 6thn punya. iman leh minum. tak salah amik lebih dari usia.

inilah dia pek yang murah tu. katanya promosi sampai 25/7/13. takpe, esok tengok lagi. maybe semalam sampai lewat sangat kot.. kot ada kuar yang baru.

 
lepas ke tesco baru cari tempat nak makan berat. kecewa aku dengan nasi goreng daging pedas nie. xtau la. malam tu aku cirit dan muntah2... huhu nasib pagi ni ok jer. xder muntah dah..
 
 

Monday, June 24, 2013

Universal Studios Singapore


















































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...