Kawan-Kawan Saya

Showing posts with label Makan-makan Stories. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan Stories. Show all posts

Friday, November 29, 2013

Genap 40minggu





Hari ini genaplah kandungan aku 40minggu. Syukur alhamdulillah merasai sehingga genap 10bulan mengandung. Tapi bilahlah agaknya baby ni nak keluarkan...? dan sekali lagi aku merasai baby keluar lebih hari dari tarikh due date. perkiraan anak 1st dulu genap 40minggu. anak ke 2 cukup 41minggu. nak ke3? harapan aku biarlah lahir sebelum kena serah diri supaya aku tak kena induce dan sakit sensorang kat hospital... Baby.. please keluar selepas 1/12 tapi sebelum 7/12 boleh sama besday dengan ayah.

Perasaan bila dah masuk genap 40minggu tapi belum bersalin lagi..
* semestinya semakin berdebar
* jenuh menunggu sakit
* Semakin hari semakin x larat
* Rasa sakit sikit je igt rasa nak beranak

Tapi untuk kali ni, masih mampu lagi berjalan dengan laju. Kalau di ajak pergi shopping laju jer nak ikut. hikss.. Cuma apa yang  di risaukan ialah rasa pergerakan baby agak kurang. tak seaktif mana pun. kadang2 terpaksa tekan2 perut untuk rasa pergerakan baby. 

Pape pun, hope segalanya di permudahkan. Isnin (2/12) check up terakhir kat KK Salak untuk 40minggu. Hope semuanya Okeh!


 udang galah goreng kunyit je pun


siput sedut masak lemak

makan-makan sedap sebelum beranak. hikkss!


Monday, July 29, 2013

Diari Ramadhan 18 : Berbuka Puasa Di Rumah Mak

Assalamualaikum wbt.

weekend baru ni balik ampang. Masa untuk berbuka dengan mak dan ayah di ampang pulak. Sabtu tu, kakak aku dari perak balik tapi lewat sikit. Petang baru sampai. So, sabtu tu memang kami tak kemana-mana. hanya duduk rumah sahaja. xtau arah tuju dan malas nak bersesak-sesak kat jalan dan shopping mall. Asben aku pulak ke sekolah ada kelas tuisyen. Memang seharian x kemana pun la sabtu tu.

budak2 breakfast pagi tu. hanya minum milo cicah roti jer.

Takde pape nak citer, kita layan gambar menu berbuka je la ekkkk...

Tiram @ Oyster fresh dari laut.walaupun kecik2 tapi sdap bila di perah dengan lemon. Asben aku beli dekat simpang 4 dengkil.

kari kepala ikan sponsor oleh kakak aku.

ayam goreng tepung buatan sendiri


Kupang sweet sour telur

telur ikan

Tahu sumbat buatan aku. ehehe

budak2 yang terlebih over excited nak berbuka..

Friday, July 26, 2013

Diari Ramdhan 16 : My Birthday, Shopping Raya Dan Nasi Arab Damsyik


Assalamualaikum wbt.

Semalam 25 Julai 2013 bersaamaan 16 Ramadhan genaplah umur aku 29thn. Syukur alhamdulillah di panjatkan usia dan dimurahkan rezeki sehingga hari ini. T. kasih atas ucapan kenkawan dan sedara mara tak kira yg sms, pm, whatsapp and call. Rasa terharu sangat kerana ada yang mengingati diri aku. bagi diri aku, aku berterima kasih buat mak dan ayah sebab melahirkan aku di dunia ini untuk menjadi orang yang berguna. Atas jasa dan pengorbanan mak dan ayah tak dapat dilupakan sampai bila2. tiada mereka, tiadalah aku di dunia ini.

Aku doakan untuk mak dan ayah aku semoga di panjang umur, di berikan kesihatan yang baik serta di murahkan rezeki selalu. Sayang mak dan ayah!

Semalam sempena birthday dan sempena gaji, aku dan kenkawan amik cuti sebab nak shopping raya. nak shopping baju anak! senang sikit shopping time kerja dan time tak bawa anak. baru rasa senang sikit nak memilih bagai sehingga berpuas hati kan. Alhamdulillah, baju raya anak setakat ni dah mencukupi cuma nak cari baju melayu untuk 1st raya jer. Yang lain settled! baju raya aku pun settle dah tinggal baju jalan asben ajer. Tapi petang ni singgah Jcard AEON kejap untuk redeem birthday vaoucher dan esok leh gi jualan gudang. Malas dah nak shopping kat shopping kompleks. harga kompem mahal dan mesti ramai orang.

im 29 years old. Thank Allah!

Baju raya anak yang sempat beli semalam. Baju shirt nenek dan embah dorang dah bagi. xyah beli dah. baju melayu biru ni beli sebab.....? syhhhhh... 2tudung raya untuk aku. hehe

semalam berbuka kami ke Damsyik sebab nak makan nasi arab. upppsss! ke senawang. Semata2 nak makan nasi arab damsyik. lama dah tak ke sana. sekali sampai. mak aih! dah besar tempatnya dan dah berkanopi bagai. Ingatkan ada jamuan raya rupanya khas untuk org datang berbuka.


Inilah dia tempat nasi arab damsyik kat senawang.




Antara menu untuk berbuka semalam ;) Alhamdulillah.. adik aku belanja rupanya semalam.


penat i berposing tapi dapat tangkap gambar tangan jer. huhuhu!!


Thursday, July 25, 2013

Diari Ramadhan 15 : Oh Ayamas!

Assalamualaikum wbt.
Sekejapan je dah masuk hari ke 15 kita berpuasa. Maknanya dah separuh bulan dah. Lagi separuh bulan dah raya... yeaaa! Tak sabarnya... alhamdulillah. Setakat ni brrpuasa 0 lagi even berbadan dua. Syukur diberikan kesihatan yang baik even kurang selera makan....
Takde apa yang di updaye sangat semalam. Semalam pun terlewat bangun sahur. Sempat sahur 3biji kurma dan air suam jer... okla. Mampu bertahan sampai berbuka...
Semalam teringin nak makan ayamas. Teringat masa kecik2 dulu selalu curi2 makan ayamas dengan kakak. Selalu lari kejap ke ayamas semata2 nak makan kepak ayam madu dia. Skang xder dah kepak ayam. Kena beli sekor or half..... hehe...

Ohhhh.. ayamas! Ayamas dengkil....

Sedap dan menyelerakan.. cicah dengan sos dia.. dapnyaaa...

Wednesday, July 24, 2013

Diari Ramadhan 14 : Terlepas Sahur


Assalamualaikum wbt..

Puasa ke 14 tertinggal sahur. sedar2 lagi 5minit nak azan  dah. cepat2  masuk bilik air basuh muka dan kumur2 dulu. sedang elok makan sebiji kurma dengan air suam dah azan. sempat sahur tu jer. 1st time terlajak lebih sikit. Adugai! hopefully sempat la bertahan sampai petang nie. Hope baby pun ok.

saya dah 21 week. kali ni pregnant berat 65kg jer. dulu tgk balik dah 70kg. hehe..
xtau la maybe sebab kurang selera makan kot. perut pun ramai kata kecik berbeza mengandungkan 2 hero dulu. hope baby ok. takut pulak bila dengar baby kecik.Naib baby dalam perut aktif sangat. kurang sikit rasa kerisauan

balik kerja amik budak2 nie mseti kena ada upah. kalau x, mcm2 ragam di buatnya. menngis la, membebel la, nak mcm2 la.. nak bawa kereta punxder konsentrasi. masing2 tengah layan nini coklat celup2.

Sampai rumah, badan dah x berapa larat sangat tapi gigih gak masak untuk berbuka sebab x lalu nak beli makanan di pasar ramadhan. menu berbuka semalam telur itik masak cili api belimbing bulu, pucuk paku tumis pedas dan ikan tembakang goreng.

telur itik masak lemak cili api belimbing buluh

sayur  pucuk paku tumis pedas

ikan tembakang goreng

ni aktiviti budak2 selepas berbuka. sorang sibuk melukis dan sorang sibuk layan youtube.

Tuesday, July 23, 2013

Diari Ramadhan 13 : Menu Berbuka Menu Berpantang


Assalamualaikum wbt..

Tak de apa menarik kisah puasa semalam. semuanya mcm biasa. bangun sahur, hantar budak pergi sekolah dan taska. Lepas tu kerja mcm biasa. Petang abis kerja amik izzul di taska, amik iman di sekolah. Sampai rumah, tukar uniform and solat. Macam biasa terus ke dapur untuk masak pulak.

Alhamdulillah.. masih mampu untuk memasak even badan aa keletihan sedikit. Nak berterawih memang tak dapat la sebab lepas berbuka. jam 9lebih dah tumbang. Kadang2 tunggu juga nak tengok drama "Ramadan Yang Hilang". Kadang2 sempat tengok sampai abis tapi kebanyakannya tumbang awal dah... huhuhu!

Menu sahur semalam :

Kangkung goreng belacan

ikan sebelah dan ikan tembakang goreng. Beli kat parit 13. ikan darat. sedapnya!

Menu berbuka :

Balik rumah nak masak menu berpantang la iaitu Sup ikan haruan. tetiba rasa teringin laks. Maybe asyik makan masak lemak cili api jer kot.

Sup Ikan Haruan. Teringat masa mak masakkan masa berpantang. sedapnyaaaa... 
Ni kena masak sendiri la...

amik idea dari menu cafe opis. kentang + tempe masak sambal.

ada kangkung lebih. xtau nak masak apa. rebuskan ajer buat ala2 pecal. Pecal tak lengkap namanya.
nasib kuahnya memang ada stok jer dlm peti.

air timun rocoh (bahasa jawa). Buahnya beli kat sg besar juga.

Monday, July 22, 2013

Diari Ramadhan 11 & 12 : Balik Kg Sg Besar


Assalamualaikum wbt.

Aktiviti bulan puasa untuk minggu ke2 ni adalah balik kg asben di sg besar.Baliknya hari sabtu sebab pagi sabtu asben aku ada kelas tuisyen di sekolahnya. ;ebih kurang jam 12tghari baru gerak balik ke Sg Besar.

Sahur sabtu aritu ialah Nasi Arab Saba. Rezeki bulan puasa. Di sedekahkan oleh rakan cikgu di sek asben aku.

budak paling excited bila nak balik kg sebab dia tau CUTI.....!

sebelum sampai kg singgah bazaar ramadhan dulu kat pekan sg besar beli juadah berbuka terus. Okla harga yang berpatutan di param sg besar nie. kuih masih lagi 3 - RM1. Beli 3 ketul pajeri nenas baru RM2. Member beli pajeri nenas kat pasar ramadhan putrajaya 4ketul - RM5.


Inilah kg sg besar asben aku.. hehe.

pagi ahad adalah aktiviti mengemas kawasan rumah.

budak bandar sibuk mencari ayam dan kucing. ekekeke!

Balik KL lebih kurang 3ptg. Sempat singgah parit 13 beli ikan sungai yang baru di tangkap. Fresh lagi! pastu singgah pasar sg hj dorani. beli sayuran kg pulok. harga sangaaaaaat murraaaahh!

Sampai sepang time dah berbuka. berbuka dalam kereta aje sebab nak terus ke Tesco terjah susu dutch ladu murah! Tapi, hampa sebab dah habiss... huhuhu... 2pek RM38 jer free milk mug. Di sebabkan x nak balik tangan kosong. belilah juga untuk umur 6thn punya. iman leh minum. tak salah amik lebih dari usia.

inilah dia pek yang murah tu. katanya promosi sampai 25/7/13. takpe, esok tengok lagi. maybe semalam sampai lewat sangat kot.. kot ada kuar yang baru.

 
lepas ke tesco baru cari tempat nak makan berat. kecewa aku dengan nasi goreng daging pedas nie. xtau la. malam tu aku cirit dan muntah2... huhu nasib pagi ni ok jer. xder muntah dah..
 
 

Saturday, July 20, 2013

Diari Ramadhan 10 : Jualan Gudang Alfio Raldo Dan Berbuka Puasa Di Pizza Hut


Assalamualaikum wbt..
Semalam hari jumaat sempat terjah ke jualan gudang alfio raldo kat pusat perindustrian sg chua, kajang waktu lunch hour. Kebwtulan pulak semalam rozita che wan datang jpn juga sebab promosi safi rania gold pastu ada jualan gudang the store kat perbadanan putrajaya. Mula2, xtau nak pergi yang mana... last2 pergi jualan gudang alfio raldo la... sebab pikirkan orang kata murah gilee kan.. xnak tengok cik ta sebab kurang minat. Xnak ke jualan gidang the store sebab dah tau ada jual apa..

Berbaloi ke jualan gudang alfio raldo nie sebab memang murang gile. Semua kasut harga sama. Bawah RM50..

JOM KITA TENGOK APA YANG AKU SEMPAT SNAP..

Less lebih 50%.. siapa pernah guna barangan alfio raldo mesti tahu harga barang2 dia..


Kasut di bahagi kan ikut saiz. Paling kecik saiz 4 hingga saiz 9. Kat belah dalam ada jual beg dan purse. Tak sempat snap.



Antara kasut orang lelaki. Kasut yang pompuan lupa nak snap. Hehe
Harga kasut perempuan : 
AR : 1psg RM15, 2psg RM20
ALFIO RALDO : 1psg RM25, 2psg RM30

Harga kasut lelaki : 
AR : 1psg RM30, 2psg RM50 A
LFIO RALDO : 1psg RM70, 2psg RM100

Handbag sama harga mcm harga kasut lelaki.

ini yang sempat aku snap. Total damage RM60 JER tau...!


Petang tu berbuka puasa kat luar. Makan pizza hut jer sebab iman request nak makan pizza hut. Ikutkan jer laaa..
  

Amik set yang baru tu. Apa ntah namanya. Pastu uograde ke cheezy lava
.

Rupa iman bila dapat makan pizza. Hehe..


Friday, July 19, 2013

Diari Ramadhan 9 : Roti John Pemanggang Ajaib Dan Ikan Tenggiri Masak Kari


Assalamualaikum..

Ramadhan ke 9. Mood nak memasak kembali semula. Semalam kebetulan sampai rumah awal sikit dari biasa. Alah awal 10minit jer pun. ekekeke..

Dalam pikiran memang nak masak ikan tenggiri masak kari ala mamak jer. tetapi ketibaan rajin datang bila ke Kedai 1Malaysia. aku beli la roti untuk buat roti john. Hopefully sempatlah buat roti john. Nasib sempat.. memandang kan selalunya pemanggang ajaib aku nie berasap taip bulan posa jer. hehe.. bila tak bulan posa berasap juga tapi agak jarang. pernah tersimpan sebulan tak bersentuh pun.

So, kembali ke pemanggang ajaib. Cepat, Mudah dan Senang.. Wacehh!

Nak buat roti john, kita tumiskan dulu bawang dan daging cincang letak serbuka kari sikit. Tumiskan dengan mentega baru naik bau...! Lepas tu, baru di campurkan dalam telur.

Rupa roti john aku yang sedang di masak. No beli2.. buat sendiri je senang. 
Panas lagi bila nak makan!

Taaaaraaaa... MY ROTI JOHN!  letak mayonis lebih sikit.. daaapp!

My ikan tenggiri masak kari ala mamak. no santan ye! cili api kasi taruk sikit baru terangkat!

sayur sampingan : Kacang botol tumis


pssstt : dulu buka posa makan bertambah2. skang makan sekali makan pun dah kenyang ya amat! Alhamdulillah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...