Kawan-Kawan Saya

Showing posts with label Kawan-kawan Stories. Show all posts
Showing posts with label Kawan-kawan Stories. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

Welcome To 3rd Trimester

Asssalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah dah pun masuk 3rd trimester. lagi 12weeks (3bulan) sahaja lagi nak meletup. hukhuk! debaran semakin terasa la pulak. Asalnya memang tak terasa pape pun sebab tak planning nak mengandung tahun ni tapi disebabkan rezeki awal datang, daku terima sahaja.

Dah masuk 7bulan baru aku terpikir nak cari dan buat persediaan barang baby. baju lama belum punggah lagi, set bersalin belum beli, tukang urut belum cari, persediaan dlm berpantang pun belum terpikir lagi. Tak tau nak mula dari mana.. maybe dah masuk anak ke-3 ni, persediaan buat endah dan tak endah jer kan. kalau tak dulu, setiap bulan berjalan sokmo cari persediaan nak bersalin dan barangan baby. maybe semua beli online jer la kot...

bersama kawan-kawan yang akan saing meletup sekali. bermula dari aween (baju biru), aku dan sal (baju merah) saing bulan 11 dan bulan 12. beza dalam 2-3week jer. 2 confirm baby boy.. aku belum lagi. inshallah jumaat ni baru dapat tau kot.. agak2nya baby apakah itu? hope baby tunjuk la jantinanya.. baru semangat nak prepare barang bersalin nanti. ;)

Tuesday, September 18, 2012

Bowling Time...


Jumaat 2 minggu lepas, aku dan kenkawan opis ke alamanda untuk melepaskan gian bermain boling. memasing di minta memakai baju raya untuk main boling. hehe sesjer buang tebiat main boling dengan berbaju kurung. syok juga sekali sekala hari jumaat pi main boling. pasni leh repeat lagi la jawabnya..

my team! nadia, kak nor and aku

team lawan. na, lin dan mel

ibu mengandung yang tengah sarat pu nak main juga!

aku yang bersemngat waja tapi x tere juga.. 

aku and nadia yang sedondon tudungnya

1st game group aku menang. 2nd game after makan, terus drop!

selepas 1 game, makan dulu.. pastu sambung balik. menu aritu ada naasi goreng daging, nasi goreng ikan masin, nasi goreng pattaya, nasi goreng paprik, mee goreng.

 ok! settle.. jom balik opis sambung keje.



Thursday, November 10, 2011

surat dari seorang sahabat 11 tahun yg lepas

kemas2 rumah terjumpa surat2 lama zaman sekolah dulu.
bila ada yg bertukar sekolah, mula lah kita berutus2 surat kan..?
almaklumlah dulu2 xder Fb lagi. utus2 surat la jawabnya.
banyak lagi surat yang jumpa, tapi tak sempat nak pungut balik.. dah terbuang.
yang nie jer dapat di selamatkan.. hehe


pengirim surat ini akan menjadi ibu. sedang menghitung hari sekarang nie. sekarang masih lagi berhubung melalui FB dengan dia.. semoga Fit mudah bersalin dan dengan selamat.
sahabat baik yg masih berhubung. kawan start form1.

Monday, October 31, 2011

congrats to my good frenz..!


selamat pengantin baru buat sahabat baik aku masa sekolah darjah 1 hingga darjah 6.
kami sama2 sekolah di SRK Puteri Pandan 1 dan SK Pandan Jaya.
Seriusly, kawan yang sangat best. sehingga di gelarkan kami nie seperti "belangkas". kemana sahaja  pasti berdua... hehehe...


Tahniah buat  Azreena @ bijan dan pasangan. Gara2 terlupa bawa kamera, xdapat nak bergambar sakan. xper la.. janji ada gambar kenangan dalam kamera hp.. hehe..
sebab terkejar balik zoo terus kenduri dia.. nasib sempat juga singgah.. :-)

 

Thursday, September 15, 2011

Jalan raya umah opismate time hari kerja...


Jumaat lepas, kami sepejabat ke rumah opismate. memandangkan dia masih bercuti, dia menjemput dtg kerumahnya waktu tghari jumaat tue. so, jumaat tue tak kemana2 hanya ke rumah lin jer. bestnyaaa..! sebab suka dengan sup tulang yg marveles tue. last year dia buat sup tulang nie,. sampai ke sudah kami asyik teringat2 sup tulangnya. tahun nie pun kami request sup tulang juga.. hehehe.. i like..:-)!

Jom layan gambar..

tetiba sedondon kami berpolka dot that day!

waahh..! mcm pasangan bollywood gitu.. sedondon purple!

sampai umah lin, terus terjah anaknya asyraf yg bolat nie..

 jom main agah2..

 pasangan nak bergusti pulak.. sabo je la am oit!

suka tul dak asyraf nie. kak nor sapa agah? hehe

tuan rumah dan anak sulungnya

 aqil yg pandai posing

picas sebelum makan...

antara menu yg dihidangkan :

 kek

sup tulang

penyeri sup tulang

 
rendang ayam

nasi impit

sesi makan2..

tuan blog semangat bebenor nak makan nie.

gud baby! time org makan dia tido.. hehe..

last picas sebelum balik.. yihha! next year harap boleh buat lagi.. :-)


p/s : arini puasa ganti abiss.. insyallah.. next week nak sambung puasa 6 pulak.. selamat berpuasa untuk yg berpuasa.. :-)

Friday, August 26, 2011

Berbuka Puasa di Restoran Nelayan, Titiwangsa.

Hari selasa lepas, aku dan family berbuka puasa di Restoran Nelayan, titiwangsa bersama dengan kawan2 opis. Masing2 lepas kerja laju jer berdesup ke sana. Nasib jalan OK dan tak jem. Iyerla dari Putrajakan nak ke sana kan..? takut jer jem.. lagi2 waktu orang balik keje. nasib masing2 sampai sebelum pukul7mlm.. okla  kan? sempat nak amik tempat dan makanan.. On time berbuka leh terus berbuka jer... Harga untuk seorang RM35 jer. murah kan..? okla dengan makanan2 yand disediakan tue.. more kepada steamboat. Aku harapkan ada ikan bakar ker.. xder pulak.. makanan lain, ada nasi dan lauk pauk, ketiau goreng, nasi ayam, sate dan apantah lagi... aku pun xigt sangat sebab bukan aku yang gi amik makanan.. kaum2 lelaki jer yang pi amik.. kami kaum wanita hanya duduk makan.. hehe

antara yang sempat di snap

 izzul dan ashraf.. kami yg beza 2hari jer..

Di samping kami berbuka di luar, sempat jugalah menyambut birthday wadi suami kepada nadia. Nadia nak buat surprise birthday untuk suaminya sambil bersengkokol dengan kami2 ini.. hehehe.. terkejut juga dengan adanya kek coklat dari nadia nie..

bagus la staf restoran nelayan nie.. siap tolong bawakan kek dengan berlilin gitu.. dia offer juga nak siap nyanyikan ker.. or nak bagi ucapan melalui speaker.. ekekeke.. malu si nadia.. xper la.. di tolaknya.. hehe

semoga panjang umur dan di murahkan rezeki buat wadi...

isteri yang romantis.
Tapikan, ada pasangan lain yang cemburu tau.. nengok kan si nadia dan wadi nie bersuap2.., ada satu lagi pasangan nak juga camtu.. dasat tul!.. nak tau siapa??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aqil dan fiqah.. hehehe.. so sweet!

dan sebelum balik, sempatlah snap pic kami semua dengan family masing2. Hopefully next year dapat berbuka sama lagi.. :-)

 kak nor dan suaminya yang pemalu gituu..

lin and family - 2-2 hero.. sama ngn i tau!

me and my family.

na and family.. satu2nya princess dlm PPP.

 nadia dan wadi.. dorang nakl pinjam izzul bawa balik.. huhuhu..! xper, pasni turn u all pulak.

dan last sekali bergambar ramai2... pasni kita konvoi raya pulak..

Wednesday, July 20, 2011

@Floria bersama opismate


Jumaat lepas, wktu rehat sempat terjah Floria bersama kawan2 opis.
mengedik sekejap kat sana. 
Macam biasa seperti tahun lepas.
bergambar2 dengan bunga.
Layankan jerla gambar kami nie.. hehe












Harap-harap tahun depan ada lagi pic camne..
huhuhuhu..!
dah 5thn kita bersama kan..
dari bujang, dah kawin sehingga la dah beranak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...