Kawan-Kawan Saya

Showing posts with label BabyAndKidsCollections. Show all posts
Showing posts with label BabyAndKidsCollections. Show all posts

Thursday, April 05, 2012

iPhone 4s For Kids Learning Colour

iPhone 4s For Kids Learning Colour

Colour :
Black
White

Function :
Press Screen

New Iphone Learning System (High Quality)
Ratio- 1:1 , Size as Iphone 4S
Song, Words, Animal


Harga :
RM12 sahaja!

berminat?
contact us
012-3641170 (shahrul)
012-2357740 (Jue)


 

Wednesday, December 01, 2010

Jom Singgah BabyAndKids - 50% off for 2 days ONLY..!!


Salam Semua...

Hari ini genaplah BabyAndKids berusia 2 TAHAUN. Sempena menyambut ulangtahun kami, kami memberikan diskaun sehingga 50% untuk semua item. Promosi hanya untuk 2hari sahaja (1/12/10-2/12/10).

Jom singgah ke blogshop kami :



T&C :
  • tidak termasuk item under Clearance Stock, Promotion dan Combo Package
  • return customer tambah 5% disc.
  • pembayaran mst dibuat pada 1/12/10 dan 2/12/10 shj.
  • penghantaran akan di buat pada 3/12/10.
  • Minimum order : RM50 per receipt.  
 
p/s : please isi FORM yea.. TQ
 

Thursday, June 17, 2010

BabyAndKids di Harian Metro


waaahhhh..!!~ title sangat gempak kan..? iyeee.. Babyandkids di temubual oleh wartawan harian metro. Masa tue kitorang buka booth kat Ruang legar PWTC. hehehe.. tapi, bukan aku yg kena temubual. Adik ipar aku yang kena temubual masa tue. Kebetulan masa kejadian aku takde. Lari sekejap ke Putrajaya untuk hadirkan diri majlis perkahwinan kawan aku.

So, yang jaga booth masa tue adalah adik ipar aku.. alaaaa.. terlepas aku untuk glemer sat... hehehe.. ain kata, masa aku baru je sampai tue.. wartawan baru je lepas temubual dan amik gambar booth.. hehehe..

Selasa lepas, pihak organizer GT Bazaar (yg incharge booth) email inform yg gt bazaar kuar paper. So, aku pun mencari2 la apa info yg kuar.. hehe.. sekali ada tertera juga nama BabyAndkids Collections. Walaupun tak banyak, tapi aku rasa berbangga la juga... hehehe.. boleh kan?

tajuknya : dari internet ke bazar..
yeaaahh~ betul tueee.. hehe


itu dia statement yang ada tentang Babyandkids. 
tersalah info sikit pasal owner tue ekk..
xperrr.. janji ada kaitan jugaaa...

untuk bacaan penuh,
KLIK SINI

sepatutnya letak la gambar sekali kan? alang2 dah bersnap bagai aritu.. huhuhu..! kecewa eden xde gambo pulak... hehe


ini pula gambar-gambar aku buka booth di PWTC yang di kelola oleh pihak GT Bazaar.

27hb & 28hb Mac, 2010
PWTC ARAS 2 


29hb & 30hb Mei, 2010
PWTC LEGAR PUTRA
 


coming soon..
30hb & 31hb Julai - 1hb Ogos 2010
PWTC ARAS 2 & LEGAR PUTRA

errm.. so, kepada blogshop2 yang ini memulakan langkah membuka booth, GT Bazaar membuka ruang kepada semua. Jika berminat, boleh layari website :



Wednesday, June 02, 2010

BabyAndKids Collections @ PWTC last weekend


Salam all.. Ini cerita pasal aktiviti last weekend yang sungguh sibuk dan meletihkan untuk diriku. Last weekend, aku berbusiness di PWTC sempena Youth Festival. errmm.. memang meletihkan juga la sebab sehari suntuk aku berada di sana. Business kali nie quite OK tapi tak sehebat sebelum nie. Maybe sebab festival untuk belia. So, crowded untuk family agak berkurangan. Kebanyakan yg dtg adalah belia2 remaja. hehehe.. But, business tetap jalan. Alhamdulillah untuk rezeki kali ini. Semoga rezeki2 selepas ini makin bertambah.. aminnn..

Kali nie, share partner aku adalah D'Aien Collections. Ownernya adalah adik ipar aku sendiri. Busana Muslimah tak ikut untuk program kali ini. Maybe next year. Insyallah.. So, aktivit aku last weekend hanya di PWTC dan juga berlari sekejap ke Putrajaya untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan aku. Nasib baik isnin aku MC lagi.. So, ada 1day untuk relaksss.. Even tak dapat relakss pun..

sesi nak membuka tapak. pasang memasang. Harus bekerjasama.

err... booth kali ini di sertai ramai vendor yang dtg dari pelbagai tempat. Belakang booth aku tue dari J.Bharu tue. jauhkan?

tudung dari D'Aien Collections

 koleksi baju dari BabyAndKids Collections

Tauke tudung dan tauke baju.. hehehe..

alamak! terlebih putih pulak gambar nie. Bersama dgn member business yg banyak sharing dengan aku. Tauke dari Mari Kelih Store yang turut serta dalam GT Bazaar nie.

eh.. macam sama bolat je kita ekk..
Bersama member sekolah yang datang menghangatkan suasana kat tempat aku. Korang nie.. buat tempat aku bikin panasss jerk! hehehe.. pape tq all..
dan untuk member2 dan customer2 lain yang dtg singgah.. tq also... :-) nnt leh dtg lagi.


Friday, April 30, 2010

Tak Ku duga lah... Siapakah?

Sorry All.. Semlm Tak sempat nak update pasal VIP customer ku.. sibuk sikit smlm. Buat quotation agent dan ada org dtg beli brg... So, arini aku citer pasal siapakah yg dtg membeli di BabyAndKids Collections? Sungguh tak ku sangka yg dia nak membeli dgnku... huhuhu..  celebrities terkenal tueee.. Wah..!! teruja i sekejap... Tak sia2 i tag artis kat photo tersebut.. But, aku tak tag dia pun.. maybe dia nampak aku tag nana or dynas rasanya kot.. So, dia pun tgglkanlah comment kat fb tue.. Sungguh dekat dunia FB dgn artis and sesiapa pun kan...

Nak tau siapa? Kita tgk ini dulu yea..

comment darinya.. hehe tau dah kan..??

So, smlm aku tunggula dia dtg. katanya dlm tghari kul 12-1.. wah..!! sgt punctual.. kul 1 dah kol aku kata dah sampai tmn dahlia.. huhuhu..!! berdebar aku dibuatnya.. celebritiy nak dtg rumah.. sungguh teruja lah aku...ceh..!!~ Amyza Aznan sanggup nak dtg rumah tuee..

Sampai jer rumah, aku jemput masuk.. anknya nmpk beg tue, terus serbu nak.. hehe... budak2 kan.. suka lah dia.. so, smptlah juga kak amyza pilih baju untuk ank dia... dia kata pasni kena dtg lg nie.. sbb dah dekat ngn rumah.. iyer kak.. dtglah.. pintu rumah sy sentiasa dibuka...  

Okla, sblm kak Amyza balik, sempat lagi aku minta photoshoot as a bukti kan.. nnt org xcaya kalo aku citer jer.. hehehe..

body cantek.. i like u..

itu dia beg yg diborong.. dan baju yg ank dia pakai.. Fresh tue.. terus sarungkan ajer.. katanya nak bg ayhnya jeles.. hehe..

To Kak Amyza : 
TQ kak coz sanggup terjah umah jue.. hehe pasni, leh dtg borong lagi ek..?? 
Alamak..!! mcm kak amyza baca blog aku.. hehe..

 Katanya pagi ni ada di ERA.. Jom ramai2 kita dengar @ ERA.

Tuesday, March 30, 2010

1st day @ PWTC


seawal 9pagi aku dah sampai di pwtc. aku tak perlu nak dtg lebih awl sgt sebab mlm tue dah siap setup dan susun brg. so, pa tue just dtg bw diri shj. memandangkan asben aku pun ada kelas aritu, aku bw bersama pembantu iaitu sil aku..  tgahri dtg lagi sorang pembantu aku. alhamdulillah ada gaks pembantu akhirnyaaa...

nak meniaga bukannya senang sekelip mata. mcm2 kena tempuh. setelah pelbagai dugaan yg ada, dari pilih tapak, pindah dr 1 bilik ke 1 bilik.., alhamdulillah semuanya selesai sebaik mungkin.

 my collection. xbw byk pun sebab ruang kecik

pembantu aku untuk 1st day

kebetulan member opis dari klang ado..

bersama dgn rakan partner

crowd yg dtg ketika ini

dtg sorg lagi pembantu aku.

my hubby yg baru sampai.. lewat ptg gaks laa..


p/s : 1st day kurang masyukk.. but dapat lebih byk dari on9.. alhamdulillah...

Photobucket

Monday, March 29, 2010

selesai sudah.....


Alhamdulillah... 
Selesai sudah business kami di PWTC untuk 2 hari yang lepas..
TERIMA KASIH kepada semua yang datang berkunjung ke booth kami..

bersama business partner


p/s : gambar belum sempat nak update...

Photobucket

Saturday, March 27, 2010

update...!!!~

Salam kepada semua pengunjung kami. Kami akan berada di 
"Pesta Buku Antarabangsa 2010 @ PWTC"

Sempena Pembukaan
"GT Bazaar @ PWTC Gedung Terbakar"

27 - 28 MARCH 2010


UPDATE : 
 
  • Booth : NO. 6
  • Bilik Sabah
Apa yang menarik di GT Bazaar?

Anda boleh memenangi :
1. 10 x RM100 Grocery Coupon by Berrybunch Grocer
2. 3 x Samsung Handphone by Berrybunch Gadget
3. 1 x 3D2N Port Dickson Family (4 pax) by Berrybunch Getaway
4. 1 x 3D2N Langkawi Premier (2 pax) by Berrybunch Grocer

caranya :
  • Hanya perlu membeli 1 barang di kedai BabyAndKids dan kedai lain, isi form dan anda layak untuk memenangi lucky draw tersebut.
Aktiviti lain :
  • Persembahan badut (3 kali sehari) 
  • Pemberian belon & kiddipack secara percuma

UPDATE....!!! 

p/s : Beritahu kami anda member's FB atau Blogshop kami dan anda bakal mendapat 5% diskaun.
 
Photobucket

Friday, March 26, 2010

BabyAndKids akan berada di "PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010 @ PWTC"



Salam kepada semua pengunjung kami. Kami akan berada di 
"Pesta Buku Antarabangsa 2010 @ PWTC"

Sempena Pembukaan
"GT Bazaar @ PWTC Gedung Terbakar"

27 - 28 MARCH 2010
Klik SINI untuk paparan lebih jelas.

 temui kami di :
  • Booth : NO. 19
  • Bilik Sarawak
Apa yang menarik di GT Bazaar?

Anda boleh memenangi :
1. 10 x RM100 Grocery Coupon by Berrybunch Grocer
2. 3 x Samsung Handphone by Berrybunch Gadget
3. 1 x 3D2N Port Dickson Family (4 pax) by Berrybunch Getaway
4. 1 x 3D2N Langkawi Premier (2 pax) by Berrybunch Grocer

caranya :
  • Hanya perlu membeli 1 barang di kedai BabyAndKids dan kedai lain, isi form dan anda layak untuk memenangi lucky draw tersebut.
Aktiviti lain :
  • Persembahan badut (3 kali sehari) 
  • Pemberian belon & kiddipack secara percuma

Jangan lupa jumpa kami di sana..... :-)
Kedai kami akan di kongsi bersama Busana Muslimah.

Photobucket

Tuesday, March 23, 2010

Upgrade for my business...

LAST week aku cuti sibuk mengemas baju2 business aku BabyAndKids. Sejak pindah aku tak sempat nak ngemas. Now, aku dah selamat mengemas dan menyusun semula barang2 yang ada. Aku amik satu bilik khas untuk letakkan semua baju2 business aku.. sekarang mudah sikit nak cari baju. Faham jerla.. part time business.. tak semuanya sempurna kan.. so, slow2 kena update..

Ni aku tgh menaip terkebil2 ni.. almaklumla.. menaip sebelah tgn kan...so, aku rasa tak perlu la taip pjg2 kan.. tgk apakah transformasi yg aku dah buat..

sebelum

barang2 masih diletakkan dalam kotak dan container. tak sempat nak susun lagi...

selepas

separuh baju yang berbungkus plastik di letakkan dalam rack ini. senang sikit nak pilih nnt..


selepas

yang tak berbungkus dengan plastik aku gantungkan supaya senang nak lihat untuk agen2 jualan aku nnt..


p/s : ada 1 lagi aku nak publish pasal upgrading my business....

Photobucket

Wednesday, July 08, 2009

::: Si Kecil Membuat Cabutan :::


Seperti yang sedia maklum, aku ingin membuat CABTUAN BERTUAH untuk VVIP customer aku yang telah berdaftar. Jadi, disebabkan kesibukan melanda diri, agak terlewat aku membuat cabutan. Nak tak nak pagi tadi juga aku membuat cabutan itu.. huhuhu..!!~ disebabkan aku dah janji pada minggu ini dan tak nak mengecewakan customer2 aku.. aku luangkan lah juga sedikit masa.

Jangan terkezuttt..!!~ aku buat cabutan pagi tadi..!!~ hehehe.. semalam tak sempat.. Sebab iman tidur awal semalam. Si tukang cabut UNDI nie tidur pulaks... So, disebabkan pagi tadi iman bangun awal dan MOOD nyer amat BAIK. Jadi, aku mengajak Iman untuk mencabut undi.. hehehe..!!~ jangan tak percaya si budak kecik ini pandai cabut undi..

Jom saksikan...


"ibu, cepat lah... Iman tak sabar da nieee..."

Inilah dia kertas2 undi.. Sedia untuk di cabut...

Iman tengah dok memilih-milih niee... Yang mana di ambilnya dan nak di masukkan ke dalam mulut, itu yang dikira sebagai PEMENANG...

Kita tengok sapa yang KENA.....!!~

JENG..!!~~ JENG..!!~~


senarai nama PEMENANG.
Ada "MYSTERY GIFT" untuk anda..!!~

" TAHNIAH...!!~ untuk para pemenang "



PhotobucketPhotobucket

Tuesday, April 07, 2009

::: YES...!! YES..!! Transformasi ke-2 Berjaya..!! :::

Seperti yang aku bgtau dalam post sebelum nie..., aku ada pergi ke MPAJ kan.?? ha.. untuk apa aku ke sana yea..?? Ini ada kaitan dengan TRANSFORMASI yang aku nak lakukan... Apakah kene mengena MPAJ dengan transformasi aku..??

Haaaa... Last week aku dah searching pasal nak daftarkan perniagaan nie di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.. Jadi, selepas aku membuka web SSM nie.. aku baca dengan teliti syarat2 nya untuk mendaftarkan perniagaan ini.. Sungguh mudah dan senang.. Kan bagus kalo sesenang nie.. Boleh tolong orang melayu nak berniaga.. Iyer tak..?

Jadi, mereka ada kaunter bergerak. Aku nengok pada kalendar kaunter bergerak dia.., semalam adalah hari mereka di MPAJ. Jadi, aku memberitahu asben aku akan perkara ini.. Jadi, semalam kami serbu ke sana untuk membuat Pendaftarn., Sampai sana dalam pukul 10.30pg.. Orang tak la ramai sangat tapi. kaunternya 1 sahaja.. itu yang menjadi lama.. Sampai kul12 tak juga sudah.. Asben aku dah runsing sebab nak ke sekolah nie.. Nunggu punya nunggu sampai pukul 12.30tgh.., tak boleh jadi nie.. asben aku jumpa org tue kata yang dia data ambil dlm pukul 3ptg nnt.. Boleh tak..? nasib la boleh.. Jadi, 3ptg time REHAT leh la asben aku amik.. Tak jauh pun dengan sekolah asben aku.. Belakang tu jer...

So, nasib la waktu REHAT tue asben aku sempat pie ambil sijilnya.. So, inilah Sijil Perniagaan Kami dari SSM..

Kami meletakkan nama perniagaan kami di bawah :

"ZAFRAN BABYANDKIDSCOLLECTIONS ENTREPRISE"



** ZAFRAN tue ambil sempena nama anak kami :-) **

Thursday, March 12, 2009

::: New Look ::::

Hai Geng... Erm, sejak 2 menjak nie aku dah kurang post kat blog aku nie... Sori la ek sebab BZ sikit ngn Business... Huhuhu..!!~~ bunyi mcm BZ bebona kan..??? takder la.. sebenanrnya aku tgh duk beger2 blog biz aku tue.. Tgh duk Upgrade. Itu yang BZ ckt... Almaklumla.. bila nak tukat templates yang baru nie.. makan masa sikit.. almaklum la aku nie tak baper pandai sikit.. so, lambat sikit la siapnyer ekkk.. Paper pun skang udah pun siap templates baru aku tue...

Meh la singgah tengok sat dan berilah komen jika terdapat kesusah or masalah ketika melayari blog business aku tue.. sebab aku memerlukan maklum balas dari korang.... Aku buka ok ajer.. tue yang nak tau sebab ada org buka tak kuar gamba... tolong ekkk...?? Almaklumla, sekarang nie intenet memang problem sikit...

Meh singgah sat di

BabyAndKidsCollections

klik pada gambar nie bole...

Inilah hasil nyer.. Jika nak nampak lebih jelas, klik pada gambar nie yea.. aku dah link kan...

Thank u semua....:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...