Kawan-Kawan Saya

Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Saturday, December 03, 2011

Review Ombak Rindu



 Filem yang ku tunggu2 dah pun keluar. dan dah pun dapat tengok Jumaat lepas. Sekarang semua tengah demam filem Ombak Rindu. Fuuhh..! pasti meleleh tengok citer nie as sama mcm dalam novel dia. But, bagi aku kurang menyenget lah kesdihan yang di paparkan dlm filem nie berbanding dengan aku baca sendiri novel dia.. Masa tengok meleleh juga la airmata nie.. but, sekejap2 jer sedihnya.. But, kalau baca novel dia.. airmata akau tak henti2 meleleh.. huhuhu..!

Okla nak review sedikit filem nie :
  • dalam filem nie, izzah dapat rumah banglotapi dalam novel rumah apartment.. feel dah tukar daa.. btw, suasana rumahnya sangat cantek! suka laa.. ala2 romantik gitu..
  • watak izzah tak cukup lah penderitaannya tue. kalo ikut novel, penderitaannya lebih teruk dari tu. dan watak hariz pun kurang lah keEGOannnyaa.. kalo lagi ego lagi bagus kot.
  • Maya Karin sbg Izzah aku rasa mcm tak berapa sesuai untuk watak perempuan kampung maybe sebab muka ala2 kacukan dan cara percakapan yang agak keras dan baku. (aku dah terbayangkan tiz zaqyah ke, foziah ghous ker, tak pun lisa surihani sendiri).. paper pun, air muka maya karin tetap memainkan peranan juga.. aku suka air muka maya karin yang sgt2 ikhlas..
  • babak sedihnya yang menyebabkan airmata ku meleleh sebab nengokkan si aron ajis nie menangis.. xleh tahan wooo tengok lelaki nangis sebab sayangkan perempuan.. huhuhu.. sedih.. :-( tapi kalau ikutkan novel, airmata meleleh sebabkan watak izzah but, ini sebabkan aron ajis pulak.. xperla.. janji jalan cerita masyuk juga.
  • ceritanya agak terlalu cepat.. iyerla.. mana done nak masukkan semua plot dlm masa 2jam kan..? but, kira OK la sebab jarang filem melayu guna duration 2jam masa tanyangan.. 
  • watak mila amelia yang antagonis. aku rasa sgt tak sesuai lisa surihani sebagai mila amelia sebab dia sangat chomel! dia marah pun chomel dan cantik.. sweettttt..! (maybe boleh terbalikkan watak lisa dgn maya)
  •  babak sedih yang pasti buat menangis ialah saat2 hariz nak mengantungkan perkahwinannya dengan izzah, masa saat perjumpaan hariz dan izzah di kala mereka saling rindu merindui, saat izzah mengejar hariz sampai terjatuh dan keluar darah serta masa hariz di masukkan hospital sebab kemalangan.
  • watak pak dollah dalam filem kurang dari watak dalam novel.
antara babak-babak dalam Ombak Rindu :





Kesimpulannya, aku suka cerita ini cuma kesedihannya kurang dari dalam novel. paperpun aku tetap nangis juga.. hehehehe.... best2.. selamat menonton!

Thursday, October 27, 2011

Trailer "OMBAK RINDU"

seriusly tak sabar nak tengok movie nie..
OMBAK RINDU
kalau dah cerita novel best, semestinya movienya pun sebest itu juga..
3x aku baca novel nie, 3x juga bercucuran airmata nie..

eeeeee.. tak sabarnya 1 disember 2011!


trailer ombak rindu.. huhuhu..!

Sinopsis :
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Friday, July 22, 2011

Tengok wayang : Tolong! awek aku PONTIANAK


dah tengok dah filem nie..
citer seram komedi yang sengal2..
hehehehe..
ntah paper laa..
sampai 1st half aku tidur.
ekekekeke..

Sinopsis filem ni :


Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.
Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.
Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...