Nota Kaki :
Cerita ini adalah sekadar berkongsi pengalaman dan juga sebagai panduan kepada ibu2 yang lain serta kaum bapa supaya dapat memahami keadaan isterinya nnt jika benda yg sama berlaku pada dirinya nnt.. Wallahualam..
Tiada niat lain dihati kecilku ini..
Alhamdulillah....
dah selamat semuanya...
Aku baru jer balik dari HUKM. Aku tak perlu menjalani D&C. Doktor dah pun mengesahkannya.. Syukur sangat2 kehadrat Ilahi.. Amin...
Ini adalah kesinambungan cerita yang lepas.
Last week aku dapat MC5 ari. So, start isnin semalam aku dah mula masuk keje.
dipendekkan cerita, pada hari sabtu lepas aku sibuk ke majlis perkahwinan dan juga open house. dan selepas itu, kami bergerak pulang ke sg besar (kg asben aku). Ikutkan perancangan adalah untuk pie berurut tetapi tak jadi pula sebab tok bidan ada emergency lain pula. Its Ok la.. aku tunggu jer la sampai bila darah itu akan turun.
dan pada malam hari ahad, sepanjang perjalanan balik dr sg. besar - Ampang. Aku dah mula rasa sakit perut. Rasa sakit pinggang tapi aku still boleh tahan lagi. Tak rasa sakit sangat lah.. Dan bila sampai kat rumah, aku dah rasa lain macam jer. Tak selesa. dan bila ku tgk, darah aku banyak keluar tak seperti hari2 sebelumnya. Then, ada keluar darah macam selaput pulaks. Aku dah rasa cuak dan mula rasa keguguran benar2 akan berlaku. BUT aku still nak tunggu lagi sebab aku tak yakin yang "janin" itu dah keluar atau belum. Aku tidak terus ke hospital. Jaku nak tunggu dulu untuk aku pastikan benda itu keluar sepenuhnya.
Dan pada esoknya (Isnin) aku bersiap macam biasa untuk ke opis memandangkan MC aku pun dah abis. Aku pergi ke tempat keje macam biasa. Sepanjang hari bekerja, aku masih rasa lagi sakit perut seperti senggugut tetapi tidak lah sakit mcam nak beranak. Aku confuse gaks sebab org kata keguguran nie sama sakit mcm nak beranak. Jadi aku biarkan jerla tanpa berpikir yang bukan2. Walaupun nampak muka aku mcam tgh sakit perut nak berak aku tetap maintain keje. sehinggakan pegawai aku siap tegur lagi.. muka awak nampak pucat dah nie.. baik awak balik.. nnt pengsan pulaks. Aku still kata OK lagi.
(ryn, time tgh ym ko tue, memang aku tgh thn nafas menahan sakit perut)
dan, abis waktu keje, aku drive pulang ke rumah macam biasa. Terus amik iman dan main2 dengan dia. Then, time nak maghrib, aku ke bilik air nak mandi la.. tiba2 aku nampak ada sesuatu di ***. apa nie..? Inilah kott... aku dah mula yakin yang itulah "SEGUMPAL DARAH" yang aku tunggu keluar selama ini. Dan aku amik benda itu untuk simpan supaya esok aku boleh bawa terus ke HUKM untuk check.
dan HARI INI...
Pukul 8pagi aku dah siap sedia untuk ke HUKM. Macam biasa asben aku sentiasa menemaniku... Sampai di HUKM, aku terus ke bhgn emegency O&G. aku bawa sekali "benda" itu untuk tunjukkan pada doktor. Sekali lagi hari ini, aku di check oleh dr lelaki. Dr lelaki melayu dan muda orgnya. Dia yg check permukaan serviks aku dah ditutup atau masih buka. Terasa malu sangat2... oh tidak..!!! terpaksa aku menebalkan muka aku ini. (agak kasar sikit la dia check. even muka sangat sweet) hahaha..!!~ dan selepas itu aku di bawa ke bilik scan pulaks. doktorlain yang scan, dan dr ini terus mengesahkan yang darah aku dan selaput darah serta janin semua dah keluar abis. Aku bersyukur sangat2 bila doktor kata tak perlu D&C.. Rahim aku dah benar2 kosong2. Ketumbuhan pun dah mengecut.. Syukur sangat2... So, sebarang alat tajam tidak akan memasuki lagi rahim aku ini. Alhamdulillah...
Dah selesai semuanya aku diberikan MC lagi selama 7hari untuk berehat. Baru sehari keje dapat lagi mc 7 hari.. Then, next week aku nak pergi holiday untuk merehatkan diri...
Thanx a lot kepada semua yang memberi pandangan, nasihat dan sebagainya...
Aku hargai segala jasa baik korang.... TQVM..