Skip to main content

Posts

Showing posts with the label felinna

Felinna Boutique - Butik Terbaru di Bangi Sentral

Assalamualaikum, Ahad lepas berkesempatan menerjah ke butik kepunyaan Puan Nadia Felinna @ Kak Fel & suami En. Rafi'e Ramli  di bangi sentral bersempena dengan pembukaan cawangan yang pertama di lembah klang selepas 2 buah butik di Kedah.  Fuh memang fenomena sungguh event pada hari tersebut. Mana taknya Kak Fel telah bermurah hati menaja 300 helai jubah percuma sempena pembukaan butiknya itu, mahu tidak orang beratur dari subuh hari untuk mendapatkan angka giliran masing2... Harga jubah juga dijual RM99 sahaja untuk semua jubah keluaran mereka. Mahu tak berebut!!!      Tu yang beratur, yang x beratur lagi ni sedang menunggu giliran Ai sempatla singgah pada seblah pagi sebab menghantar pavlova untuk pagi tu     Pavlova yang menjadi santapan krew butik tempoh hari  En. Rafi'e juga memaklumkan pihak beliau telah menyediakan sejumlah 10K dengan 15 jenis rekaan yang ada.  Ai sempat la sambar 2 helai cardigan masa sesi lawatan para media ...

Menerjah Seorang Felinna

Assalamualaikum  Malam tadi setelah dinner di Flamingo Cafe Bangi, ai dan suami pun ronda-ronda sekitar Bangi Sentral Area - suami nak tengok kedai/butik2 yang ada sebab tak pernah lalu (ikutkan je la). Ketika memandu tu disekitar kawasan Bangi Sentral tu - pergi laluan second row dia - kawasan tu ada butik Siti khadijah, Sarc, Restoran Tempoyak Daun Kayu. Ai bawa kereta perlahan je sambil tengok2 nama2 deretan kedai yang ada tetiba tengah2 jalan tu berdiri 1 lembaga hitam -terkejut juga, puas tenung orang ke hantu - tapi berdepan denganya lembaga  tu terang lampu kedai - jadi ai ni antara takut dan tak pandu juga. Dia toleh - wanita berpurdah - terus pk "Eh Felinna ke?" ntah nape dia yang ai teka, kereta yang ai pandu melepasi bangunan tu tapi siap toleh bangunan tu tertulis Felinna Boutique - hah betulla. Cakap dengan suami, nak patah balik n nak jumpa dia. Kereta parkir jauh sikit dari kedai dia, jalan dan beri salam dengan agak kuat supaya tak mengejutkannya...