Assalamualaikum, Fuhh..fuhh..Fuhh 2 tahun lebih bersawang blog ni rupanya. Kesiannya. Skill nak menulis pun dah berkarat. Lebih banyak menulis di FB ntah sapa yang baca agaknya kan. Tak apalah jom mulakan semula apa yang ditinggalkan. Harap masih boleh menulis dan ada yang sudi yang baca. Minggu ni rakyat masih kepeningan dengan politik negara, macam-macam drama yang ada. Rakyat marhein macam kita ni nak cakap banyak pun bukan boleh, terikat dengan pelbagai akta dan undang-undang. Jadi, kita berdoa yang terbaik buat negara. Untuk book review yang pertama di tahun 2020 ni, Ai nak share novel Seindah 7 Warna Pelangi karya E-man Sufi terbitan Penulisan 2u. Yang telah diadaptasi ke drama di slot akasia Tv3 pukul 7mlm. Novel yang dikeluarkan pada Mac 2019 lalu. Kira cepat juga novel ni dibuat adaptasi. Novel ni dah lama beli dah, tahun lepas lagi dan dah habis khatam pun. Mula-mula lepas tengok drama, google di wattpad E-man Sufi. Baca sampai bab 17, lepastu tergerak hati nak tengok...