Followers

Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Kek Coklat Kukus Mengalahkan Make-Up Artis Untuk Besday Firas

Assalamualaikum

Selamat Hari Ulang Tahun Yang ke-2 buat anak mama n ayah, sayang dia ketat2!! Moga jadi anak soleh yang pintar dan jadi hamba Allah yang bertaqwa yer.

Psssttt psssttt ada ker yg duk tunggu cikgu tempek gambar kek besday firas ? Tak kisah ler ada ke tak ke, cikgu totap nak tempek hehehe. Bagi cikgu, cikgu suka la dengan kek coklat ni. Kalau ada yang berminat boleh refer resepinya kat SINI. Tapi nak habaq awai2, resepi tu memang utk saiz kek yg kecik, kalau nak saiz biasa, kena doublekan sukatan kek tu. Gula plak cikgu buh 3/4 cawan jer dari resepi asal. Cikgu hentam guna gula kasar jer hahaha. Apa pun tetap menjadi dengan sangat jelita rupanya. Tak caya cer tengok gambar kek yang masih seksi tanpa make up ni.....


pewwittt pewitttt seksinyeeeee hahaha...... tak banyak kedut2 dan parut jerawatkan, silalah amalkan pemakain aluminium foil waktu kukus hehehe..

Memang tersangat la moist. Besday boy ni dari semalam duk merengek nak makan, akhirnya terpaksa la potong jugak. Pastu semalam lepas dia dah tido, cikgu pun bersilat la mendeco kek sejemput tu dengan ganache yg tak berapa nak 'ganas' huhuhu.... jom jom tengok kek besday sejemput tu....



Tadaaaa dah pakai make up, eye shadow, lipstik, blusher semua ada hehe........ di apit oleh geng2 kuih sarapan pagi. Besday Firas ni cikgu buat belah pagi selepas ayam itik keluar jalan2 hihihi.  Meh kita tengok texture kek ni......



Amacam?? Menggoda tak?? Nak tau apa komen besday boy ? Jom jom kita tengok gambar ni....



Mmmmmmmmmm sedappppp sampai tertutup bijik mata hehehe....... padahal silau flash camera kuang kuang kuang




Ni lerr part yg paling budak berdua ni suka....kutip coklat warna warni kat atas kek tu huhuhu



Last2 sampai licin coklat2 tu dibaham dak berdua ni......... kebetulan pulak makcik cikgu sampai nak ziarah anak sedara baru cikgu. Terpaksa la hidang kek coklat yang dah bogel huhuhu....

HUrm cikgu heran kenapa ganache cikgu kali ni tak basah. selalu lepas keluarkan dari peti sejuk, ganache tu akan cair balik. ini macam tak pulak..... ada sesapa nak share ganache yang ganas tak dengan cikgu?



Friday, February 22, 2013

Lunch dengan ' Ttijoh '

Assalamualaikum.

Sedap sungguh makan tengahari ni.
Lauknya simple2 jer. Tapi menyihatkan. NO santan2, NO lemak2.
Maklum ler kolestrol jahat cikgu tinggi skit. Kenalah berhati2 dengan makanan lepas ni.
Kolestrol dah tinggi baru nak terhegeh2 nak makan menu sedap dan sihat hehe.

Sape pernah makan ni ?
Dah masuk dalam periuk baaru teringat nak amik gambar.

Cikgu tak tahu orang lain panggil apa , tapi cikgu panggil 'Ttijoh' hehehe. Cara sebutnya sila kasi tekan bunyi T tu hihi. kalau bahasa standard 'Tijah' la kot namanya, ker jadi nama 'Katty'? hohoho.
Orang kelantan tentu tahu ni. Tadi saja la google nak cari resepi. Cikgu taip ler 'Tijah'...................
wahhh banyak betul yang keluar.
Tapi nama orang daaaaaaaaaaaaaa kikiki.
'Ttijoh' ni selalunya umi cikgu buat masak lemak kuning atau kuah serai.
Tadi cikgu teringin nak buat kuah serai. Nak sihat punya pasal la ni hihihihi

Memula cikgu rasa, macam ada tak kena jer. Kurang apa ntah. Lepas tu mintak tolong ketua chef adjust.
Tinggg! terus jadi sedap. Kata umi cikgu, kena buh gula cikit baru sedap.

Semalam pun cikgu buat ikan singgang jer. Satu lagi resepi utk kontrol kolestrol hehehe. Sengaja letak ikan lebih sikit dalam singgang tu.Nanti nak goreng........................perghhhh sedappp !

Tadi umi cikgu bakar ikan pari, pastu cicah dengan air asam umi.
Hullamakkkk sedap tak terkata. Ntah jampi apa umi cikgu guna, air asamnya mesti cikgu hirup macam kuah!
Cikgu buat sama jugak, tapi tak sesedap air tangan umi.
Pastu makan pulak dengan ulam beluntas ke bebuas namanya.....

Sedap weh ulam ni. Menambah2 la makan.

Dan dan tu jugak, cikgu pun teringat kat dia. Makan apa la dia hari ni.
Bini dia makan sedap2 kat kg. Dia plak makan kat kedai huk huk huk.
Kak kak dan adik adik Jemah pulak makan apa lunch tadi? :)

Friday, February 1, 2013

Jawapan Paling Tepat Ialah.......Jeng Jeng Jengggg

Assalamualaikum...

Tadi dalam badan tak berapa nak sedap, cikgu sempat ajak kawan2 blog teka apa yang ada kat dalam gambar ni.....


Dan ini pula jawapan2 yang cikgu terima............ tetiba rasa segar bugar badan baca jawapan2 ni hehehe...

KY : Asam keping  

Jemarisuri : Kurma yang dilecek 

Umi Alya : Belimbing rebus

Kakzakie : Kurma yang meragukan (sebab kakzakie tulis cenggini : macam kurma tapi eh entahlah) hihi

Kuazue : Belimbing buloh wat jeruk kering

Hainom OKje : belimbing buluh yg dijeruk

Nealopah : belimbing rebus yang orang buat sambal hitam


cikgu paling suka baca jawapan hainom OKje kat dalam kotak bawah ni hehehe....... nasib baik OKje perasan clue nya tumbuh-tumbuhan ....... kalau tak mesti lembu boikot dgn OKje hehehehe



ok jawapan yang PALING TEPAT  ialahhhh........ 

BELIMBING BULOH KERING/JERUK hehehe..... 

tepuk! tepuk! tepuk! untuk Kuazue dan juga Hainom OKje  kerana jawapan mereka adalah paling tepat.

Belimbing rebus pun betul jugak tapi tak memenuhi kriteria jawapan pemberi teka teki hohoho.....

Terima kasih sebab sudi bermain teka teki dengan orang yg demam hehehehe....






Tuesday, January 29, 2013

Di Sebalik Mee Goreng Lembap.... Rupanya Ada Ayam

Assalamualaikum...



pagi tadi cikgu goreng mee basah jer. Kalau kat Melaka, sebut mee goreng basah, gerenti berkuah la mee tu.       Kena sebut mee goreng lembap baru ler mee goreng tu dimasak tak kering macam mee mamak.  Cikgu suka resepi mee goreng ni. Amik di My Resepi tapi cikgu dah ubahsuai ikut selera juri segak bergaya dan juri taj berganjak.

Asalnya resepi ni utk mee basah yang ada kuah tu. Sedap tau. Tapi kalau buat berkuah nak kena makan segera sbb takut kembang. So cikgu ubah skit jadikan mee goreng lembap. Kalau nak resepi, blh tgk kat bawah entry ni. Kali ni cikgu goreng tak pakai mee kuning biasa tau. Tapi guna stick noodle mcm kat dlm gambar ni.....



cikgu tak sure kat malaysia ada ke tak mee ni.......... yg ni sebenarnya produk singapore. Tapi ada jual kat brunei. Bila dah rebus, rupa mee ni sebijik rupa mee kuning.... Ni rupa stick noodle yg dah selamat digoreng.



Tadaaaa....................rasanya saling tak tumpah dengan mee kuning biasa tu.......Pssttttt sengaja tabur cili hijau sbb nak cover mee gorenng tanpa sayur.....stok sayur dah abishhhh........cikgu selalu guna resepi ni sbb juri segak bergaya suka yg amat. Nanti cepat jer ibu jari si juri segak ni tegak berdiri, thumbs up ler tu hihihi



RESEPI MEE GORENG BASAH/LEMBAP ALA CEQGU.....

600g mee kuning
ayam/seafood/daging
3 ulas bwg putih - tumbuk pecah. kekadang cikgu buh 1 labu. Sedap dan wangiii gitu
sebiji tomato - belah 6
1 sudu besar pes lada kering/cili boh
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
1-2 sudu besar sos tomato - xbuh pun tak per
1/2 sudu besar kicap pekat
kicap manis sesedap rasa
1 cawan air panas- kalau nak berkuah, buh 3 cawan air panas, sukatan bhn lain tetap sama.
1 kiub ayam knorr - tak buh pun tak per
sawi
garam, gula
daun sup - cikgu potong kasar mcm potong sawi

Cara-cara:

- Tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan cili boh, tumis sekejap then masukkan tomato.Kacau
- Masukkan ayam/seafood. Buah tomato tu masak biar hancur.
- Masukkan sos tomato,sos cili, sos tiram, kicap pekat, kicap manis, garam dan gula. Kacau
- Masukkan air panas dan kiub ayam knorr. Biarkan mendidih dan pekat sedikit.
- Masukkan daun sup dan batang sawi. Kalau agak kering, tambah air.
- Masukkan mee kuning dan daun sawi.Kalau suka boleh juga buh hirisan cili merah. Kacau.
- SIAPPP!!!










Tuesday, January 22, 2013

Kek Pisang Penuh Bergaya

Assalamualaikum



Jeng jeng jengggg....... 
malam ni cikgu nak tayang kek pisang yang penuh bergaya. 
Ini bukan sebarang kek pisang tau. 1st time cikgu buat kek pisang ni dan terus terjatuh hati. 
Texturenya yg lembap2 gebu dengan rasa pisang bercampur coklat tu sangatla sedap di lidah cikgu. 
Cikgu memang penggemar kek pisang. Memula makan rasa macam eh sedap lagi kek pisang yg biasa2 tu. Malamnya cikgu makan lagi sambil tengok Running Man.........tetiba tak leh nak fokus Running Man, kening terangkat2, jari laju saja menyudu2 ke mulut (ehh ada perkataan menyudu ni? ampun yer cikgu bahasa). Sedap la pulak weh. Potongan pisang yg di potong dadu tu lagi menambahkan rasa sedap kek pisang ni...



Amacam bergaya tak kek pisang cikgu ? ^_^ Saja tangan terlebih rajin nak tempek pisang kat atas kek tu. Kalau ikut resepi asal, kek pisang ni ditabur dengan kacang hancur jer. Memandangkan pisang cikgu pun dah lebam2, baik ler buat sesuatu yg bermanfaat cenggini kan kan kannnn....

Wednesday, January 16, 2013

Beruang Comel

Assalamualaikum....

Orang kata kalau hias makanan cantik2, baru anak selera nak makan.
Tapi cikgu ni agak kurang rajin la pulak.
Karang penat2 buat, tak kena dengan selera firas pun kena reject jugak.
Haaaa tu yg jadi malas nak buat tuh....
Sape2 rajin nak buat mcm dalam gambar kat bawah ni,
 memang cikgu tabik spring la....toinkk toinkk hehehe.
Oklah nak pi masuk kakalam (kolam dalam bahasa firas) ...byee


Thursday, January 10, 2013

Daging Goreng Kelantan yang Simple dan Lazat

assalamualaikum

Masak aper tuuuuuu??? hik hik hik....
semalam cikgu masak daging goreng, lawan dengan kuah singgang sedap woooo.

close-up cikit hehehe.....


Photo: Daging goreng kelate


Aduh seksa sungguh la haiiii bila laptop tua tu tak sihat. Guna note tak reti pulak camno nak copy paste. Try upload gambo cam biasa, tak mau pulak jadinya. Last2 pinjap mac en suami. Dah tak ingat pulak macam mana nak save gambo atau copy paste. Ada sape2 boleh ajarkan tak, cam mana nak copy paste kat galaxy note. sama tak dengan galaxy tab?  Mencabar kesabaran betul la. Apa pun sila la jamu mata dengan lauk daging gorengku hehehe......peberet cikgu ni.....sedappp sangat! Nak masak punya la simple.....meh meh nak ajar.....


bahan-bahan untuk perapan : daging lembu (orang brunei panggil sapi) + bawang putih kasi lebih. Cikgu suka ketuk dan potong kecik2 bawang putih tu  +  serbuk kunyit  +  garam  +  serbuk perasa kalau suka. Kasi gaul semua bahan2 tu biar depa beramah mesra dalam bekas ^_^.

Perap la 30 minit kalau nak sedap. Lagi lama lagiiii sedap. Biar meresap betul2 dalam daging tu. 
Bila makan akan terasa kesedapan bawang putih tu..........perghhhhh sedappp!

Next step.....



lepas perap, goreng daging tu tanpa minyak. Tujuannya nak keringkan air daging tu. Setengah orang terus gorengkan..........cikgu selalu buat macam ni, nanti daging lagi lembut jadinya. Satu lagi tips nak lagi lembut, kena la pandai potong. Kena pandai tengok urat kata umi cikgu. 
Jangan tunggu sampai daging kering kontang tau. Masa memula goreng tu, air daging keluarkan. 


 
Bila dah start mengering macam dalam gambar kat atas tu, Terus buh minyak masak. Walau pun air dah kering, daging still nampak lembap2. Jgn tunggu sampai daging pun nampak kering. Tak sedap, daging jadi keras.


Lepas tu goreng sampai nampak daging dah masak. Cikgu tak suka terlalu garing, nanti jadi keras jugak. Dah puas hati buh bawang besar banyak2 dan cili. Suka hati ler nak buh cili merah ke hijau ke. 
Gaul2 kejap. 
Dahhh siap. Senangkan......hehehe

Wednesday, January 9, 2013

Sambal Telur Mata Mengintai

Assalamualaikum........



Sebelum masuk ke dapur, nak tayang menu semalam. Cikgu namakan menu ni Sambal Telur Mata Mengintai hehehe........... sesuai tak ?? kikiki...........

Dessert Kami Di Petang Hari - Creme Brulee


 Assalamualaikum......

 Dessert apakah ini???


Dah lama teringin nak rasa dessert yang satu ni. Terliur tengok mat dan minah saleh duk makan. Depa panggil Creme Brulee.........Tapi cikgu tak pasti menjadi ke tidak creme brulee cikgu ni. Sebabnya bawah lapisan karamel tu macam creamy creamy gitu.  Tak tau texture creme brulee ni macam puding ke apa......ada sape2 pernah buat tak?

 

 Nak makan creme brulee ni kena kasi pecah dulu karamel kat atas tu. Ketuk2 ja dengan sudu......

Photo

 Haaa cer tengok .....betul ker macam ni rupa creme brulee ? Kalau bukan cenggini rupanya maka kita namakan saja dessert cikgu ni dengan nama Creme Boleh Lerr , apa macammm??? ada sesuaikah itu nama hik hik hik


UPDATE:

Ini ler texture creme brulee yang sebenar. Makanya creme brulee cikgu dengan terang lagi bersuluh tak berapa menjadi. Hokeyyy tak per, next time akan cuba lagi...........hohoho









Tuesday, January 8, 2013

Ayam Kicap Jawa yang Sedap

Assalamualaikum...........

Korang masak apa tengahari ni? Cikgu ingat nak buat sambal telur jer. Versi tak pedas hehehe. Kalau buat pedas karang si bujang teruna tu tak leh makan plak. Cikgu perati dia suka lauk yang kaler2 merah ni. Patut la warna merah ni dikatakan pembuka selerakan.

Semalam cikgu pestaim masak Ayam Kicap Jawa. Ish boleh tahan sedap rasanya. Lain sikit dari yg pernah cikgu buat. Ayam Kicap Jawa ni ala2 kering skit, manis2 masam dan berempah. Memang sedapnak nak makan dengan sambal belacan. Perghhhh . Kalau nak tau macam mana cikgu buat sambal belacan, klik SINI.  Sedappp wooo....


Kalau belum ada idea nak masak menu lunch hari ni. Bleh cuba masak resepi Ayam Kicap Jawa ni.......






Resipi Ayam Masak Kicap Jawa

Bahan-bahan :-

Bahan A
1/2 ekor ayam - cikgu goreng dulu. resepi asal tak goreng pun

Bahan B
2 sb ketumbar - digoreng tanpa minyak @ dikisar
1 sb jintan manis - digoreng tanpa minyak @ dikisar
1 1/2 sb lada hitam - dikisar
1 sb lada putih  - dikisar

Bahan C
4 biji bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih  - dihiris
3 inci halia - dihiris
Bunga lawang/kayu manis

Kicap 
2 sb gula
Garam
Asam keping
Minyak untuk untuk menumis- jgn banyak (diulang kata)
Cara-cara:
  • Kisar bahan B - ketepikan
  • Tumis bahan C - sehingga layu atau kekuningan
  • Masukkan bahan A - ayam dengan ditambah sedikit air selama 4 minit
  • Masukkan bahan B - gaul sehingga sekata ayam tadi
  • Kemudian baru masukkan kicap, gula, asam keping kedalam periuk ayam tadi masaklah sehingga mendidih 
  • Matikan api dan boleh lah dihidang

Rahsia Sambal Belacan Sedap


Assalamualaikum



Eh eh ehhhh......apa kes ni sambal belachannn pun nak tempek resepi jugak hahaha.
Ini sambal belacan jangan dibuat main main aaaaa...................sedap ni. Kalau balik kelate, umi cikgu selalu suh cikgu buatkan sambal belacan ni hehe..............pada hal sama jer dengan ummi punya. Errr entah2 ummi cikgu saja psiko nanak sulong dia ni supaya  ringan tangan tumbuk sambal belacan hehehehe.........Sekarang tak main tumbuk2 lagi...............blend jer, habesss crite! Cepat dan baju pun tak kotor, yer tak?


Rahsia nak sambal belacan ni sedap yg pertamanya belacan mesti la beli yg baekkk punya + Kedua, kena pandai seimbangkan masam manis sambal tu + Ketiga, seeloknya selepas buat dan sebelum nak hidang tu simpan dulu dalam peti. Biar bahan2 tu betul2 sebati, insyaAllah sedap sambal tu nanti.

Pakcik cikgu pun suka sambal belacan cikgu ni. Pakcik ni pendiam jer orangnya. Bila kena dengan sambal ni, tak berenti mulutnya berbunyi hehehe.......sedap katanya. Manis-manis masam. Makin dimakan, makin nak tambah...........errr tak tau la ikhlas ke idak pujian itewww hehehe

Sambal Belacan 

Bahan-bahan:
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi - tambah ler lagi kalau nak berasap telinga
  • seketul belacan- belacan tanjung dawai yg sangat la sodap
  • limau nipis
  • 2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
* sukatan utk gula,garam dan limau nipis tu kena pandai agak2 sendiri, kadang boleh kurangkan, kadang kena lebihkan

Cara-caranya :
  • Patah-patahkan cili merah dan cili padi
  • Masukkan dalam bekas blender kering bersama belacan, gula dan garam. Blend
  • Blend kejap jer tau.
  • Perahkan jus limau nipis. Slelaunya cikgu akan perah sampai sambal tu nampak berair cikit.
  • Gaul dan rasa.
  • Kalau masam sangat, tambah gula cikit. Kalau termanis sangat tambah garam dan jus limau cikit. Alah pandai2la ejas. Korang kan teror masak, cikgu amatur jer. Mak budak baru belajar la katakann hehehe

sebelum dihidangkan simpan dulu dalam peti. Kalau nak makan tengahari, pagi cikgu dah buat sambal ni. Lebihan sambal ni boleh disimpan dalam bekas bertutup. Seminggu pun sodap lagi hohoho







Monday, January 7, 2013

Resepi Roti Kosong (Soft Honey) Yang Gebu dan Sedap

Soft Honey Loaf  hehehe.............. asal namanya Soft Honey Bun...............tapi dah cikgu buat roti bentuk loaf, jadinya kenala tukar nama kikiki.

Resepi cedok dari blog jintanmanis

Honey Soft Loaf

Bahan-bahan
250gram tepung roti
1 1/2 sudu kecil yis - cikgu guna yis mauripan
2 sudu besar marjerin/butter/shortening - cikgu guna marjerin jer
1 sudu besar susu tepung - tak guna sebab tak der
2 sudu besar madu - cikgu guna 2 sudu besar madu + 2 sudu besar gula icing
150ml susu segar atau air suam - cikgu guna susu segar pada suhu bilik
2 sudu besar water roux - sila klik SINI cara nak buat water roux
1/2 sudu kecil garam

Cara-caranya (untuk yang uli dengan tangan)

1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.
2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh macam kat bawah ni. Time ni memang melekit2 skit.
 


3. bila dah jadi doh, masukkan dalam plastik bersih, tak kisah la plastik apa pun plastik 'rokrak' ke'plastik gelenya' ker hehehe. errr tu istilah utk orang kelate........ cikgu guna plastik bungkus makanan/sup/air cam kat dalam gambar ni.
 4. Sila ramas dalam 5-10 minit. cikgu ramas2 10 minit jugak tadi. Sesambil tengok Mickey Mouse Clubhouse dengan firas hehehe...



5.Selepas meramas, letak doh dalam bekas. cer banding rupa doh ni dengan gambar doh yg belum diramas kat atas nun (gambar pertama) Yang ni nampak lagi cun kandan texturenya lagi lembut.


6.kemudian letak  didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap atau kain lembap yg bersih. Rehatkan 40 minit -1jam. atau hingga doh menjadi dua kali ganda mcm gambar kat bawah ni.

7. bila dah kembang dua kali ganda macam ni. tumbuk2 kat doh tu kasi keluar angin. Pastu uli lagi.

8. Lepas tu pindahkan doh ke dalam loaf pan (cikgu griskan sikit loaf pan tu) dan rehatkan lagi selama 40minit - 1jam dan tutup dengan plastik wrap atau kain lembap. Jangan lebih dari 1 jam. Kalau lama sangat nanti roti jadi tak cantik, berlubang besar2. Kalau nak buat bentuk bun. kena bahagikan doh kepada 12 doh kecik2.



9. selepas 40 minit-1jam rupa doh akan kembang macam ni....

10. untuk nak lagi cantik,gliskan/sapukan bahagian atas doh ni dengan campuran telur,susu segar dan beberapa titik madu. lepas glis terus masukkan dalam oven. jangan buh awal2 nanti permukaan roti rosak.
Bakar pada suhu 160-180 darjah celcius selama 20 minit. (cikgu guna suhu 160 darjah celcius selama 40-50 minit) Kalau tak nak permukaan doh terlalu gelap, pada pertengahan masa membakar,balut permukaan roti tu dengan aluminium foil. Cikgu tak buat pun.Malasssss hehehe....



11. Dah masak, dalam keadaan panas2, sapukan merjerin. selain nampak berkilat2, bleh kekalkan kelembapan roti tu sendiri.Selepas tu simpan roti dalam bekas kedap udara. Kalau tak nanti roti akan jadi keras. 

Tadi cikgu biarkan roti tu sejuk dulu baru simpan dalam bekas bertutup. Tak sabar punya pasal terus potong roti ni dan ngapppp......sedappp wehhh! hehehe




cara untuk yang guna Bread Maker :

1.Masukkan semua bahan  ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.
2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12     bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.
3. Bakar dalam oven pada suhu 170C ke 180C selama 22 – 25 minit. Gliss  mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba.

Klik SINI untuk tahu tips memilih bahan buat roti yang betul.
Klik SINI untuk tahu tips-tips bagaimana menghasilkan roti yang lembut dan gebu.

Tips Buat Roti Yang Lembut dan Gebu : Teknik Yang Betul

Assalamualaikum

Ni plak tips nak hasilkan roti lembut dan gebu. Cikgu dah try ikut terutamanya tips no 6. Memang menjadi tau.......

Jika menggunakan tangan untuk menguli :
1. Perkara pertama sebelum membuat roti, sediakan segala alatan dan bekas menguli, pemilihan bahan amat penting, bahan akan mempengaruhi, hasil roti yang dibakar nanti. Suhu air suam dan susu juga pastikan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, kira suam-suam kuku lah, suhunye lebih kurang 30darjah.

2. Pilih tepung roti yang baik, jangan beli yang murah, sebab teksturnya tidak halus, sbb ros ade pengalaman, kononnye nak jimat, bila buat ape pun jenis roti semua tak jadi, walaupun doh tu dah habis lembut dan elastik.

3. Pastikan semua sukatan bahan tepat, tapi sukatan cecair tu boleh adjust, bahan yang lain kalau boleh jangan di tokok tambah lah, terutamanya sukatan marjerin atau butter, butter dan marjerin tak boleh lebih, sebab kandungan garam dlm dua bahan ini akan mematikan yis.

4. Yis perlu aktif, kalau nak selamat buat proses penapaian, caranya, ambil air suam dlm suku cawan, campur 1/3 sudu kecil tepung gandum dan 1/2 sudu kecil gula, masukkan yis dan biarkan seketika, jika yis berbuih maknanya yis aktif dan boleh terus dicurah di dalam adunan. tu cara selamat lah, tapi kalau confident boleh terus letak je yis kering dlm adunan.

5. Proses menguli, buat roti ni boleh terus lebur je semua bahan, tapi kalau ade penggunaan telur, telur perlulah di kocak sedikit menggunakan garpu, uli hingga menjadi doh,  uli selama 6 hingga 8 minit tanpa henti.

6. Tips yang ke-6 ni amat berguna bagi yang menguli tangan, setelah adunan menjadi doh, lumurkan sedikit doh dengan sedikit sahaja marjerin, dan masukkan di dalam plastik bersih, ramas-ramaskan doh beberapa minit, masa ni boleh duduk depan tv sambil ramas-ramas doh tu, ramas dan picit-picitkan doh tu selama mane yang anda suke, tapi ros buat lebih kurang 5-10 minit je, lepas tu keluarkan dari plastic dah uli balik di dalam bekas adunan. Hasilnya doh akan elastik dan lembut.

7. Proses pemerapan, pastikan doh di perap di tempat yang mempunyai cahaya matahari, jika duduk di luar negara musim sejuk, letak doh di sebelah heater, jangan biarkan doh di dapur, sbb doh perlu suhu yang agak panas untuk mengembang, dan tutup doh dengan plastic wrap ataupun kain bersih, s. Cara nak tau doh dah cukup diperap ialah, apabila kita tekan doh dengan jari, doh tidak akan memantul kembali.

8. Tumbuk-tumbukan doh bagi keluarkan angin, dan uli semula beberapa minit, kemudian bahagikan doh mengikut kuantiti yang anda suke, dan kemudian perlu juga rehatkan beberapa minit, lebih kurang 8 minit, baru dimasukkan inti ataupun di letakkan terus dlm loyang pembakar.

9. Setelah dibentuk kena perap lagi, bab ni kena jaga-jaga ye, jgn over perap, nnt liang2 roti jadi besar dah roti takkan gebu, ros dulu ingat klu perap lagi lama lagi sedap dan roti akan naik elok, tp ros silap, semua nye kena timing betul-betul. masa perap ni jgn lama, paling lama pun sejam, yang  paling elok hanya 40 minit, ataupun bila dah tgk naik dua kali ganda tu terus je boleh bakar.

10. Sebelum bakar, kena glis dulu , mengikut pemerhatian ros, untuk mendapatkan permukaan doh yang berkilat tu, kita kena campurkan telur, susu dan beberapa titik madu, gliss perlahan atas doh, dan terus bakar, jangan gliss terlalu awal, nnt rosak permukaan doh tu, make sure bila nak bakar sahaja baru gliss ya.

11. Masa bakar tu, bakar pada suhu 170 hingga 200 darjah, tapi ros selalu guna suhu oven 180darjah lah, bila nampak doh dah perang kt permukaan nye tu, terus buka pintu oven dah cover atas roti tadi dengan alumunium foil, pastikan permukaan roti betul-betul tertutup, kemudian tutup kembali pintu oven dan biarkan masa pembakaran selesai. Tips ini amat membantu untuk mendapatkan pemukaan doh yang tidak begitu perang.

kalau guna breadmaker pun kena jaga-jaga masa membentuk roti tu, klu bakar terus dalam breadmaker selalu nya takde masalah.

sumber : blog jintanmanis

kalau nak tahu tips2 pemilihan bahan yang betul untuk buat roti sila klik SINI

Sunday, December 30, 2012

Cara Mudah Asingkan Kuning Telur dan Putih Telur

Assalamualaikum.......


Petang ni ingat nak buat pavlova lagi. Dah lama en suami duk request. Tapi pn isterinya sangat la malas nak buat dessert yg satu tu. Weekend hari tu nak beli buah strawberi sbg pembakar semangat utk buat pavlova. Sekali tak dak la pulak. Alih2 terpandang buah ceri yg masak ranum. Comey jugak buh kat pavlova. Pastu nampak blueberry dan buah kiwi. Apa lagi rembat sekali la. En suami terkejut tgk hasil tangkapan cikgu yg kunun2 nak pi beli whipping cream ja alih2 satu beg barang cikgu bimbit. Hahaha..........well, pompuan bila shopping cenggitu la kekdah nya hehehehe...

 Tengah duk blogwalking ternampak la satu entry tentang cara nak asingkan kuning telur dengan putih telur. Sangat berguna la ini tips nak nak cikgu nak buat pavlova petang ni. Boleh try ni. Memang nampak super duper senang dan cepat lah. Just pakai botol air mineral/air minuman tu jer. Erkkk awat entry cikgu ni  asyik ada kaitan dengan botol minuman jerk ni.......hehehe. itulah namanya kebetulan. Ok jom tengok video kat bawah ni.........picittttt..........sedut.................lepasssssssssssss...hihihi



Wednesday, December 26, 2012

Nasi Maqlubah Berubah Kejadian

Assalamualaikum

Alhamdulillah kenyang perut senang hati hehehe.....
Lunch apa tadi?
Tekak cikgu hari ni tetiba mengidam nasi arab......
Teringat pulak kesedapan nasi maqlubah di restoran Tarbush.
Sepinggan cikgu boleh habiskan walau pun nasi tu banyak dan tak der kuah.
Memang sodap. Memula tu risau jugak takut tak habis. Bila pekena sesuap gerenti licin lah.
Maka tadi duk godek la resepi2 maqlubah yang berasal dari Jordan ni.
Macam2 style ada. 

 credit to iresepi.net

Maqlubah tu sendiri bimakna (eceh ngomong arab la pulak, ntah betul ke tidak kikiki)
telangkup. Nasi ni di masak sekali dengan ayam. Bila dah masak, nasi tu akan di telangkup atas dulang.
Gitulah al kisahnya nama diberi.

Dah tu apa cerita nasi maqlubah cikgu pulak?
Setelah puas menggodek resepi sana sini, siap buat banding beza. Maka jadi lah nasi maqlubah cikgu seperti gambar kat  bawah ni......

*

*

*

*
credit to http://watiermanlife.blogspot

Tadaaaaaa kuah sardin yang sangat lazat hehehe. Begitulah berakhirnya kisah nasi maqlubah berubah kejadian keh keh keh.

Pssstttttt , kalau sape2 nak kuah sardin sedap, sila tambahkan cili api dan perah asam limau selepas tutup api. Sedappp!

Sori la yer, lately asyik pinjam gambar ehsan orang jer. Kamera tengah buat hal. Aduhh lapar pulak tengok gambar ikan sardin ni, padahal baru jer lepas makan.........hohohoh

Wednesday, December 12, 2012

Lisa Surihani dan Megi Asam Laksa...

Assalamualaikum....


 ehsan en. google

Hurmm geli hati tengok cerita Istanbul Aku Datang.
Cikgu suka jugak layan cerita melayu yang ada lawak-lawak ni.
Memang tak kering gusi lah tengok cerita tu. Cuma agak kurang berkenan part peluk2 ni.
Rasanya, pengarah atau penulis skrip bleh buat cara lain nak suruh nampak keromantikan dlm cerita ni.

ehsan en google

Walau macam mana pun, dalam banyak2 scene, part Lisa Surihani makan megi asam laksa secara curi2 tu yang paling terkesan kat cikgu n en asben hehehe.
Tak pernah-pernah makan megi asam laksa, tetiba jer lepas tengok cerita tu kami berdua punya la teringin nak makan. Nampak macam sedapppp sangat sangat hehehe. Teringat kisah kami kebulur cari makanan halal kat Nice,France tempoh hari. 
Tak sangka dalam serba kepayahan tu kami jumpa Mamee adik beradik megi kat sana. Siap ada tanda halal JAKIM lagi....nostalgia sungguh....


 
ehsan google

Penangan Lisa Surihani menghirup megi asam laksa tu buat kami laki bini jadi tak keruan....fuhhhh ayattttt
Tiap kali plan nak pi shopping barang, mesti megi asam laksa tu masuk dalam list.
Tapi entah macam mana tup tup terlupa jugak nak beli. 
Monyok jer muka en asben. Selagi tak beli, duk sebut2 la megi asam laksa tu.
Last2 terbeli la jugak. En. asben makan sampai habis, cikgu curi2 rasa jek....
Dah pekena sebungkus, sampai ke la ni tak mintak2 dah...hahaha...
Sesungguhnya kami bukanlah peminat tegar megi atau mamee atau yg sewaktu dengannya....
Sekadar terliur tengok Lisa makan.
Ni duk ada lagi baki 5 bungkus. Sapa nak mai la amik kat Brunei ni, cikgu bagi freeeeeeeeeee jer hehehe

ok lah, dah ngantuk....byeeeeeee

Tuesday, December 11, 2012

Crepe Durian Runtuh


Assalamaualaikum

Crepe Durian Runtuh!

Haipppppppppp!!! Jangan sape-sape berani gelak tengok crepe cikgu ni ye....
Memang sengaja tu buat rupa crepe ala-ala kedekut isi hehe (pada hal memang tak pandai buat ponnn)
Pagi-pagi buta bangun buat crepe ni tau......
Sesudah subuh terus pung pang pung pang kat dapur
Akhirnya crepe durian ni jadi cenggini rupanya huwaaaaaaa....

Cikgu rasa,mungkin kulitnya terlalu nipis. Makanya nampak la cream kat dalam tu....
itu yang menghudusss kan lagi crepe ni hohoho
Yang ke-2 isi crepe tu cikgu buh cikit sangat kot.....
Yang ke-3, tak pandai nak bungkus kemas2
dan yang ke-4, warnanya agak pudar

tapi apa pun bila dah masuk dalam mulut time sejuk2 tu..........wahhhh terangkat kening laki ku hehehe. Tang terangkat kening suami yang MAHALLLL tuu....

Komen cikgu tentang crepe durian ni,
sebenarnya yang menyedapkan crepe ni adalah durian tu sendiri, kalau makan dengan cream semata, muak jadinya. Kalau nak rasa lagi sedap, makan waktu sejuk...... perghhh rasa nyaman gitu hehehe. Nak buatnya tak susah, tapi renyah.....

itu jer lah nak komen tentang crepe durian ni..........kerana rupanya begitu maka cikgu beri nama crepe durian runtuh. Gerenti sape tengok tak teringin nak copy gambar ni muahahaha

Wednesday, September 12, 2012

Perbezaan Mentega, Marjerin & Shortening

Assalamualaikum........

hari ni mood nak memasak tiba2 menggunung tinggi setinggi gunung everest  gitu hehehe........
ni gara2 masak kari kepala ikan menjadi.........tapi tak tau la juri nak komen apa malam ni..............cikgu rasa macam dah ok..........tambah2 bila di makan dengan ulam, sambal belacan dan ikan goreng berkicap............semua menu ikan hehe.........ni dalam proses nak amalkan cara yang digalakkan dalam islam...............nak cuba elak mencampurkan makanan laut dengan darat.........

bila dah menjadi tu timbul plak rasa kerajinan nak masak carrot cake.............dah lama kemain duk simpan resepi ni.........tgk komen ramai yg kata sedap..............tu yang tak sabar nak buat.............tapi hari ni cikgu bukan nak tulis resepi utk kedua2 masakan yg cikgu sebut tu..............hari ni just nak tempek ilmu masakan yg ter google tadi..........saja nak buat rujukan di masa depan..........kalau rajin jemput ler baca........

sumber : resepinoraini.blogspot.com

Mentega
Apakah yang dimaksudkan dengan mentega? Mentega adalah sejenis produk tenusu asli (susu lembu) yang telah melalui pemprosesan moden bagi memisahkan lemak susu dan cecair. Lemak susu itu dijadikan pepejal dan dibungkus seperti produk yang ada hari ini.Dinegara kita terdapat dua jenis mentega yang biasa didapati di pasaraya iaitu mentega tulin (pure butter) dan mentega lepa susu (dairy spread butter). Contoh mentega tulin adalah seperti Golden Churn, Tatura, SCS dan lain-lain. Manakala mentega lepa susu pula ialah Buttercup,Butterlite dan lain-lain. Perbezaan yang nyata ialah dari segi harga dimana mentega tulin harganya lebih mahal berbanding mentega lepa susu. Mengapa? Ini adalah kerana mentega tulin mengandungi kandungan lemak susu yang tinggi sehingga 80 peratus dari kandungan beratnya. Selebihnya adalah bahan-bahan lain seperti cecair, garam dan lain-lain.Kek yang menggunakan mentega tulin lebih sedap rasanya berbanding mentega lepa susu kerana kandungan lemak susunya yang tinggi. Ia membangkitkan rasa yang lebih enak dan aroma yang lebih harum untuk kek kita. Bagaimanapun, kerana harganya yang lebih mahal, ramai pengguna yang memilih produk yang lebih murah seperti mentega lepa susu. Selain dari membuat kek, mentega lepa susu guna sesuai untuk disapu diatas roti atau biskut. Mentega lepa susu lebih murah harganya kerana kandungan lemak susunya tidak tinggi seperti mentega tulin.Ia juga dicampurkan dengan minyak kelapa sawit, susu tepung dan garam. Jika kita perhatikan pada kertas bungkusan pada mentega tulin, kita akan dapati terdapat perkataan bergaram dan tidak bergaram (salted and unsalted butter). Kedua-duanya boleh digunakan.Jika mentega itu telah bergaram, tidak perlulah kita masukkan garam lagi dalam adunan kek kita .

Panduan Penyimpanan
Mentega adalah bahan yang mudah lembik apabila dibiarkan pada suhu bilik pada jangkamasa yang lama. Oleh itu ia hendaklah disimpan dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila hendak digunakan.Apabila menyimpan mentega, pastikan ia berbalut dengan elok dan diletakkan di tempat simpanan khas. Jangan campurkan ia dengan bahan-bahan makanan lain kerana mentega mudah menyerap bau-bauan dari makanan lain. Mentega mempunyai jangkahayat yang lama iaitu lebih kurang 1 tahun dari tarikh pengilangannya. Pastikan anda membeli mentega yang belum tamat tempohnya.

Tips Penggunaan
1. Anda boleh memilih menggunakan mentega tulin atau lepa susu.Dari segi tekstur,ianya lebih kurang sama tetapi dari segi rasa, mentega tulin lebih sedap.
2. Keluarkan mentega dari peti sejuk kira-kira 30 - 45 minit sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.
3. Untuk mempercepatkan mentega lembut, potong dadu kecil-kecil dan biarkan sebentar. Ada juga orang yang meletakkan mentega atas oven yang sedang dipanaskan. Tapi hati-hati jangan lama sangat kerana mentega akan cair kerana terlalu panas.
4. Untuk melembutkan mentega, tidak perlu memanaskan dalam ketuhar gelombang mikro kerana ia akan cair, kecuali jika memang anda nak gunakan mentega cair.
5. Mentega yang terlalu lembik sudah tidak sesuai untuk membuat kek atau biskut kerana akan lebih berminyak daripada keadaan biasa.

Thursday, April 12, 2012

Ayam Ungkep !

Assalamualaikum...


hari ni tiba2 jer tekak rasa nak makan sejenis masakan orang jawa..tak sure nama apa...tapi pernah makan waktu kat maktab dulu...masa tu kami kena hadiri program Bina Insan Guru...sape2 nak jadi cikgu sekolah kerajaan...memang wajib lalui program ni....time ni kami bakal2 cikgu diajar hidup serba kurang dan saling bekerjasama...setiap kumpulan ada 10 orang kalau tak silap...so bergilir2 masak ler....ada sorang kawan tu orang jawa...dia masak satu lauk yg sangatla sedap di mulut cikgu....

dek kerana syiok sangat makan lauk tu...terlupa plak nak tanya nama masakan tu....so semalam cikgu google kat internet search ' ayam masakan jawa'....sekali keluar ler nama masakan ayam ungkep...tengok tang bahan rasa2 macam ini yang dicari...so tadi try ler masak ayam ungkep....fuyyooo memang sedap di mulut cikgu....masak sikit jer sebab cikgu n firas jer yang nak makan....sekali tak sempat amik gambar daaaa...so terpaksala guna ehsan en google...harap tuan punya gambar izinkan la yer...


ini ler rupe ayam ungkep ..cikgu amik dari blog ni -----> http://jijah-umt.blogspot.com
kalau tengok rupa ayam ungkep ni macam biasa2 jer kan...tapi sedap dimulut cikgu..kalau nak buat ala2 berkuah pun boleh jugak...makanya menu hari ni adalah ayam ungkep...maksud ungkep tu kalau tak silap masak lama-lama...kalau salah, harap ada yg tlg betulkan...sape sape yg nak try masakan ni...bleh la rujuk resepi kat bawah ni...actually dari pemerhatian cikgu (cewahh ayattt)...ada banyak version jugak la resepinya...ada yg taruk lengkuas..ada yg tak taruk..ada yg taruk cili...ada yang tak...ape pun ni resepi yg cikgu buat pagi tadi :

AYAM UNGKEP :
Ayam Ungkep ( sumber : Chef Noraini )
dari blog :potretkasih.blogspot.com

Bahan-Bahan :
1 1/2 kg ayam, dipotong kecil
1 batang kulit kayu manis -ada resepi tak taruk ni
2 kuntum bunga lawang - ada resepi tak taruk ni
1 biji bawang besar, dihiris bulat
2 batang serai, diketuk
1/2 cawan minyak masak
garam dam perasa secukupnya
1 hiris asam keping
air secukupnya

Bumbu (rempah ratus di kisar)
2 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar jintan manis
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar (merah)
4 ulas bawang putih

Cara Membuatnya :
1. Bahan bumbu dibasuh dan kisar hingga lumat bersama sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bawang besar, bunga lawang dan serai hingga naik baunya.
3. Masukkan bumbu kisar dan tumis lagi hingga naik bau dan garing. Jika kurang minyak, tambah sedikit lagi.
4. Masukkan ayam dan kacau sebati.Tambahkan dua cawan air dan asam keping.Kacau biar rata.Tutup kuali dan biarkan rendidih selama 30 minit hingga ayam empuk.
5. Tambahkan air jika ayam belum empuk.Masukkan garam dan perasa.
6. Angkat dan hidangkan.
SELAMAT MENCUBA!!

Monday, November 9, 2009

Kek Coklat Kukus Mudah Tapi Sedap


Ehemmm...rasanya ni la kali pertama cikgu anis menempek resepi kat blog yg tak berapa nak aktif ni...tujuan tempek resepi ni sebenarnya nak share resepi yg senang2 untuk diajarkan kepada anak anak istimewa...tapi kalau ada kengkawan yg lain berminat nak try masak untuk makan bersama keluarga pun apa salahnyeee....saya ni tak pandai masak...so resepi yg akan saya tempek pada masa2 akan datang pun kemungkinan besar daripada cedokkan daripada internet...harap2 sangat org yg tempek resepi kat internet tu halalkan lah kalau saya tempek resepi anda kat blog saya ni...bukan nak glamer atau nak jadi cam lembu punya susu, sapi dapat nama...tapi macam yg dah saya terangkan kat atas tu....untuk tujuan pembelajaran murid-murid istimewa....:)


Bahan-bahan :

* 2 cawan gula castor
* 2 cawan tepung gandum
* 1 cawan sebuk koko
* 1 cawan minyak masak/ minyak jagung
* 1 cawan susu cair
* 3 biji telur gred B
* 2 sudu teh soda bikabonat
* 1 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh esen vanila
* 1 cawan air panas

Cara-cara:

1. panaskan pengukus
2. campur semua bahan kecuali air panas, putar dengan mixer hingga sebati--->saya tak guna mixer pun,just pukul dengan senduk kayu jek
3. bila dah sebati masukkan air panas. dan putar lagi
4. bila bahan di putar sebati masuk dalam acuan yang digris dgn minyak dan bolehla di kukus kira-kira 45 - 60 minit
5. kawan2 jgn putar lama2 sangat, asalkan dah sebati kira ok laa

kejap je proses nak buat kek ni....campur je seme bahan-bahan tu dalam satu bekas pastu pukul dengan senduk...kos pun tak mahal...apa lagi cuba lerrrrr;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...