Followers

Showing posts with label Info Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Info Susu Ibu. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Macam Mana Nak Bercerai Susu Yer?

Assalamualaikum...

Cikgu sebenarnya dah lama plan nak cerai susu dengan firas. Tapi asyik tak menjadi jek.
Firas sekarang pun dah dua tahun lebih. Bukannya tak suka firas menyusu badan, kalau boleh nak bagi jer selagi dia nak. Tapi tak lama lagi cikgu dah nak start ngajar balik.
Dah try macam2 susu fm tapi firas reject. Last sekali try susu sustagen coklat. Dia nak la jugak minum. Tu pun bermotivasi sebab tengok cousin dia minum susu.
Bila balik brunei, dia tak nak la pulak.

So tadi cikgu try la letak asam jawa. Before ni pernah try. Memang dia cam serik la sebab firas tak suka benda masam. Setengah hari gak la dia tak nak menyusu. So tadi try letak lagi asam jawa. Muka kerut seribu. Nampaknya boleh diteruskan dengan asam jawa ni. Bila cikgu tanya kenapa kerut2 muka? Ingatkan firas akan jawab masam la kan. Selalunya itu la yg dia jawab. Sekali dia kata SEDAP la pulak hohoho. Terus tak mo berenti huhuhu.

Pastu cikgu try letak air nescafe pahit. Muka dia kerut kerut jugak. Tapi lepas tu dia ok jer. Mungkin rasa pahit tu dah hilang kot. Cer suggest kat cikgu cam no lagi nak buat?
Pastu satu lagi nak tanya, kalau anak dah tak nak menyusu,

Thursday, September 29, 2011

Ohh Tidakkk,Susu Bercampur Darah ???!!!!

semalam sangat la menjengkelkan hati...tetiba ada darah dalam susu badan...
kecut weh..apa pasal tetiba ada darah ni..kaler darah tu ala2 nak coklat gitu..
ala2 susu berkarat..tapi tak sakit...
risau..risau..risauuuumujur ler tak der bijik ketulan
tapi susah hati tuhan saja yg tau..

nanges gak la..sampai tak leh nak lelap mata.
yang sebelah kanan plak bengkak...hak ni memang sakit..perit...
tak tau la yg keberapa kali dah bengkak..
asalnya luka sebab bujang teruna tu gigit..bila baca artikel baru la tau sebab musabab bengkak tu....rupanya jangkitan kuman yang datangnya dari mulut anak kita sendiri...maybe bila dah luka tu...senang le kuman tu masuk...ni teori cikgu la..

selalunya kalau pi jumpa doktor..gerenti kena makan antibiotik...opsss dah salah simpang jalan lak dah...sebenarnya nak share tentang susu bercampur darah...errr korang tak nebes ke kalau tetiba susu tu ada darah? dah la kes cancer payu dara  meningkat...mau tak ganggu emosi cikgu kan kan kannn...so tadi terus google tentang masalah ni...jemput baca ye..cikgu copy dari blog ummi ummair...panjang skit...tapi penting utk ibu2 menyusu..karang ada plak yg 40 hari 40 malam duk nanges menyesal tak baca artikel ni...hihi


'' Saya terlupa dari mana artikel ini saya dapat. Dah lama sebenarnya..kalau tak silap tahun lepas. Masa ni tengah gali-gali cari ilmu berkaitan breastfeeding ni. Boleh dikatakan banyak blog dan web jugaklah saya masuk dan kalau ada artikel yang berkenaan, saya akan print dan simpan. Sebagai rujukan saya di masa depan sahaja..sebab masa tu blog ini belum wujud. Apa yang saya print akan saya tunjukkan pada suami dan suami akan baca sekali. Biar dia juga tahu apa yang saya tahu. Kalau tak print pun, saya akan ceritakan pada suami. Alhamdulillah..suami sentiasa menunjukkan minatnya. Sebagai perkongsian dengan semua..tentang susu ibu ang bercampur darah dan berapa lama tempoh penyimpanannya.

 
Fenomena susu berdarah adalah normal terutama di kalangan ibu yang pertama kali menyusukan anak. Jadi para ibu tak perlu risau atau panik. Bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan dan menyusukan bayi, akan berkemungkinan berlaku puting melecet atau luka dan ini menyebabkan rasa sakit serta tidak selesa semasa menyusukan. Ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti posisi penyusuan yang salah, lekapan mulut bayi tidak sempurna dan hisapan bayi yang agak kuat.


Dalam kes ini, selalunya bu-ibu tidak merasa sakit yang teruk atau mungkin langsung tidak merasa sakit. Kecuali puting susu/nipple luka atau melecet ataupun ibu mengalami bengkak payudara.


Pendarahan ini tidak membahayakan bayi dan ia selamat untuk meneruskan penyusuan. Darah dalam susu ibu bukanlah suatu yang ajaib atau luar biasa tetapi ia NORMAL. Terdapat kes di mana semasa penghujung kehamilan atau semasa minggu pertama selepas melahirkan, darah keluar due to broken capillaries and intraductal papillomas.


Nipple yang luka atau melecet juga kadang-kadang menjadi punca susu ibu yang keluar bercampur darah, di mana darah tersebut datang daripada luka. Susu dan darah itu selamat serta tidak bahayakan bayi jika diminum dan ia akan dibuang melalui najis bayi.


Sebab fenomena darah di dalam susu ibu :


Darah yang disebabkan oleh pendarahan dalaman yang kecil akibat dari peningkatan aliran darah dan pengembangan tisu-tisu payudara di akhir kehamilan dan normal bagi ibu yang pertama kali. Biasanya berlaku pada kedua-dua belah payudara atau salah satu. Ia tidak menyakitkan. Darah yang hadir bersama susu ibu ini dipanggil "rusty-pipe syndrome" sebab warna karat dalam susu tersebut.

2)Broken capillaries


Penggunaan pam yang kurang sesuai atau cara mengepam susu yang tidak betul boleh menyebabkan menyebabkan tisu-tisu payudara rosak dan ini boleh berlaku pendarahan kecil di mana darah tersebut keluar bersama susu semasa mengepam atau direct feeding.


3) Intraductal Papillomas
Tumor yang tidak merbahaya dalam saluran susu penyebab kepada pendarahan. Tumor ini biasanya terdapat pada salah satu payudara sahaja dan tiada ketulan/lump yang boleh dirasa. Kadang-kadang intraductal papillomas agak menyakitkan. Pendarahan biasanya berhenti dengan sendirinya tanpa apa-apa rawatan.


Rawatan diperlukan


Tiada rawatan khusus, kecuali masa yang menentukan ia kembali normal. Ibu-ibu tak perlu risau dan teruskan penyusuan seperti biasa kerana susu tersebut tidak memudaratkan bayi anda. Selagi tidak berlaku apa-apa infection pada luka, ia masih selamat dan tunggu hingga pendarahan berhenti sendiri. Jika pendarahan disertai rasa sakit atau berterusan hingga 2 minggu, silalah dapatkan rawatan pakar atau kaunselor laktasi.


Tempoh penyimpanan susu bercampur darah


1. Susu boleh disimpan sebagai stok tetapi bukan stok beku


2. mestilah tidak melebihi 5 hari dan beri susu bercampur darah tersebut terlebih dahulu kepada bayi, barulah susu yang biasa



1)"Vascular engorgement" or Rusty Pipe Syndrome

Sunday, June 12, 2011

Doa Amalan Bagi Ibu Menyusukan Anak

Doa ni cikgu dapat daripada kawan cikgu ...saja letak kat blog ni..manala tau kot2 ada mama2 yang bermasalah dgn stok susu macam cikgu ni ha...bleh ler amalkan doa2 kat bawah ni... sedih tau kalau susu merudum...cikgu ni bukan kes merudum...tapi tak pernah nak banyak, lagi naya...ape pun cikgu harap jgn la susu tu tetiba mengering...mau nanges rasanya....huwaaaaaa

 Doa amalan bagi ibu yang menyusukan anak


"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

 Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...


Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Sumber rujukan : Kisah Hidupku

Saturday, June 11, 2011

10 Mitos Penyusuan Bayi

Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu...
Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik.Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak..antaranya:-


1)  KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YG CUKUP
  • Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lbh drpd cukup susu.Alasan biasa bayi tidak mendapat susu krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.

2)  TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN
  • Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak dpt susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sbenarnya pada hari-hari pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak.yg hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibuyg pekat.

3)  BAYI PERLU BERADA SELAMA 20MINIT DISETIAP PAYUDARA
  • Ia tidak betul. Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'.Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi.Jiak dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta  melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.

4)  BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
  • Salah!! susuibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi.

5)  BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D
  • Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin Dketika dlm kandungan.

6)  IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
  • Susu ibu mengandungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum menyusukan mmbuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.

7)  MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
  • Berapa byk susu yg boleh dipam bergantung kpd banyak faktor paras tekanan si ibu.Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih byk susu berbanding yg dipam oleh ibu.

8)  WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
  • Sekiranya ibu dan anak masih mahu,penyusuan boleh diteruskan. Kebanykkan wanita bertindak mberhentikan penyusuan apabila hamil krn puting terasa sakit atau atas sbb-sbb laintetapi dr segi perubatan tiada sbb utk tergesa-gesa mberhentikan penyusuan.

9)  JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
  • Ubat terbaik utk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susuibu. Hentikan makanan lain buat sementara..tetapi teruskan penyusuan.

10)  LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
  • Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bg sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul.Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yg teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu.

Saturday, April 2, 2011

Tips Mengejutkan Bayi Yang Mengantuk

Bayi yang mengantuk

Jika bayi anda sedang tidur dan anda ingin mengejutkannya untuk menyusu, anda bolehlah mencuba teknik-teknik ini:

* Tanggalkan pakaian dan lampin bayi.
* Dakapkan bayi dengan sentuhan kulit ke kulit.
* Urutkan bayi dengan pergerakan lembut jari-jari tangan dan kaki ke dada.
* Usap tangan dan kaki bayi.
* Sentuh dan usap belakang badan bayi dengan jari-jari anda.
* Dengan jari yang bersih sentuh pipi bibir dan mulut bayi.
* Geletek dagu bayi.
* Bercakap dan nyanyi pada bayi dengan nada suara yang normal.
* Salinkan lampinnya.
* Sapukan muka bayi dengan tuala pelembap.
* Gerakkan bayi perlahan-lahan.


Sumber dari:
http://www.susuanibu-pk.gov.my/penyusuan-susu-ibu-2.htm

Bagaimana Mengetahui Bayi Mendapat Cukup Susu?

Bagi bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, anda boleh mengetahuinya dengan cara :
Hisapan Bayi : Lihat cara bayi menghisap. Jika dia berhenti selepas setiap kali menghisap, ini bermakna dia mendapat susu yang banyak dan sedang menelan susu itu. Jika dia melakukan perkara ini berulang kali (hisap dan telan) selama beberapa minit, anda akan yakin bahawa dia sudah pun mendapat susu yang banyak.
Membuang Air Besar: Beberapa hari yang pertama, najis bayi berwarna hijau gelap dan melekit. Ini dipanggil "mekonium". Pada hari ketiga, najis akan menjadi lebih cair dan kekuningan. Bayi berusia di bawah enam minggu perlu membuang air besar sekurang-kurangnya 2-5 kali dalam tempoh 24 jam. Jika terlalu jarang membuang air, sistem penghadamannya mungkin sudah kukuh. Jika najis yang keluar setiap kali membuang air besar adalah sedikit jumlahnya, bayi akan lebih kerap membuang air besar, mungkin melebihi lima kali dalam tempoh 24 jam. Jika najis terlalu sedikit, berwarna hijau, kelihatan cair dan kerap pula membuang air kecil, ini mungkin menunjukkan bayi mengalami ketidakseimbangan antara susu pertama dan susu akhir. Mungkin juga bayi mengalami sindrom terlebih susu. Ini berpunca daripada kekerapan menukar payu dara setiap kali menyusu. Dengan cara ini, bayi hanya mendapat susu cair di peringkat awal penyusuan dan tidak mendapat susu yang pekat dan kaya dengan lemak yang hanya didapati di akhir penyusuan. Dalam kes ini, biarkan bayi menyusu pada sebelah payu dara sehingga payu dara menjadi lembut dan bayi berhenti menelan susu. Kemudian, baru lah menukar kepada payu dara lain. Jika mendapati pengaliran susu terlalu banyak, beri lah sebelah payu dara sahaja setiap kali menyusu. Keadaan ini mungkin bertentangan dengan amalan anda di suatu masa dahulu. Dahulu, anda dinasihatkan memberi susu menggunakan kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Amalan ini tidak semestinya diikut kerana penyusuan pada sebelah payu dara akan mempastikan bayi mendapat segala khasiat yang diperlukan. Ingat! Susu yang keluar di peringkat awal penyusuan ialah susu pertama (foremilk) yang kaya dengan protin dan air, manakala susu yang keluar di akhir penyusuan ialah susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan lemak. Biasanya, bayi yang berusia lebih dari tiga minggu, tidak lagi membuang air besar dengan kerap. Kadang kala, mereka tidak membuang air dalam tempoh beberapa hari, tanpa adanya tanda-tanda akan terkena sembelit. Jika bayi kelihatan sihat dan riang, perkara ini adalah normal.
Membuang Air Kecil : Bayi berusia di bawah enam minggu, sepatutnya membuang air sebanyak 7-8 kali sehari. Anda boleh mengetahuinya dengan mengira jumlah lampin yang basah. Jika memakai lampin pakai buang, jumlah lampin yang basah dan berat ialah antara 5-6. Jika memakai lampin kain, jumlahnya ialah 7-8 helai. Bagaimanapum, pada dua tiga hari selepas kelahiran, bayi hanya membuang air kecil sebanyak 2-3 kali sahaja kerana pada waktu itu, susu belum lagi dihasilkan sepenuhnya oleh payudara. Bayi yang lebih besar pula, kurang membuang air kerana pundi-pundi kencing mereka semakin matang. Bagaimanapun, air kencing mereka lebih banyak daripada bayi kecil. Air kencing bayi sepatutnya berwarna jernih dan sedikit berbau.

MENGENALPATI MASALAH


Segera dapatkan bantuan kesihatan jika mendapati :- · Bayi kurang membuang air kecil selepas hari ketiga kelahirannya; · Hisap bayi amat perlahan, lemah dan mengantuk setiap kali diletakkan di payu dara ; · Najis bayi masih berwarna hijau walaupun melepasi hari kelima kelahirannya; · Bayi tertidur di payudara sebelum menghisap susu dengan bersungguh-sungguh.

Bagaimana mendapatkan bantuan? Jika anak atau menantu anda mengalami masalah penyusuan dan tidak dapat menyelesaikannya, segera dapatkan bantuan sebelum membuat keputusan untuk menyuruhnya berhenti menyusu dengan susu ibu. Kebanyakan masalah boleh diselesaikan dengan mudah, menggunakan nasihat yang betul. Bagaimanapun, sesuatu masalah lebih mudah diatasi, jika bantuan dan nasihat diperolehi lebih awal.

Sumber dari:
http://www.susuanibu-pk.gov.my/penyusuan-susu-ibu-2.htm

Penyusuan Bayi dan Masalah

Kebanyakan penyebab masalah penyusuan ialah seperti berikut

* Lewat memulakan penyusuan
* Penyusuan yang tidak kerap dan terlalu berjadual.
* Mencampurkannya dengan susu formula, air atau jus.
* Menggunakan puting kosong atau buaian elektrik
* Kedudukan menyusu dan cara hisapan yang tidak betul
* Bayi tidak diberi susu pada waktu malam. (Atau diberi susu formula atau susu ibu yang diperah)

PUTING SAKIT


Puting yang sakit ialah tanda-tanda hisapan yang tidak betul. Bila bayi menyusu, bibirnya perlu berada di luar dan seluruh bahagian areola berada dalam mulutnya. Untuk memperbaiki keadaan ini, tarik dagu bayi ke bawah dengan perlahan dan keluarkan bibirnya jika mendapati bibirnya termasuk ke dalam ketika menghisap. Jangan gunakan pelapik baju dalam yang kalis air jika mendapati puting sakit. Setiap kali hendak penyusuan selesai, perah sedikit susu dan sapu pada puting. Cara ini boleh membantu mempercepatkan ibu sembuh.

KEKELIRUAN PUTING


Bagi sesetengah bayi, hisapan pada puting kosong atau puting botol akan menjejaskan hisapan pada payu dara. Ini kerana pola hisapan antara puting botol dan payu dara adalah berbeza. Bayi yang pernah diberi susu botol akan menghisap payu dara ibu dengan cara yang sama seperti menghisap puting botol. Oleh itu, puting ibu akan terasa sakit. Hisapan pada puting botol juga tidak perlu terlalu kuat kerana susu mudah mengalir keluar dari botol. Apabila bayi menggunakan cara yang sama untuk menghisap puting payu dara ibu, susu ibu akan kurang mengalir keluar. Ini menyebabkan bayi tidak mendapat cukup susu manakala ibu menyangka susunya tidak cukup banyak untuk bayi. Dia terpaksa memberi susu botol. Ini menjadikan bayi lebih gemar susu botol dan akhirnya bayi kurang berminat dengan susu ibu. Lama kelamaan, bayi akan menyusu susu botol sepenuhnya. Bagi mengelakkan kekeliruan ini, nsaihatkan anak atau menantu anda agar memberi susu ibu sepenuhnya selama empat bulan. Jangan beri susu botol terlalu awal. Jika terpaksa mencampurkan susu ibu dengan susu formula, gunakan lah cawan kecil, sudu kecil, penyuntik ubat atau lain-lain peralatan.

BAYI MENGANTUK

Jika berat badan bayi tidak meningkat dengan baik dan sentiasa sahaja tertidur ketika menyusu, bayi perlu dikejutkan dengan kerap. Untuk mengatasi masalah ini, jangan balut bayi dan pastikan kulitnya bersentuhan dengan kulit ibu ketika sedang menyusu. Bagi mengatasi kesejukan, selimut bayi dengan kain selimut selepas meletakkan dia dengan betul di payu dara. Selain itu, urut kakinya bagi membuatkan dia terjaga.

SENDAWA


Sesetengah orang terutama dari generasi anda menyangka kita perlu membuatkan bayi sendawa selepas menyusu. Pendapat ini tidak tepat. Bayi tidak semestinya sendawa. Memang baik jika bayi sendawa selepas membuat beberapa percubaan untuk membolehkannya sendawa. Tetapi tidak mengapa jika dia tidak sendawa langsung setelah mencuba beberapa kali.

PEMAKANAN IBU DAN PENGAMBILAN AIR

Dalam kebanyakan kes, ibu menyusu perlu kira-kira 300-500 kalori lebih daripada biasa bagi mengekalkan berat badannya. Ibu menyusu perlu makan makanan seimbang dan makanan semulajadi. Elakkan makanan yang diproses. Jika bayi meragam, periksa samada ibu telah makan makanan yang tidak sesuai dan sensitif terhadap bayi. Minum lebih banyak air bagi menambah pengaliran susu. Tapi, jangan minum berlebihan. Minum sekadar untuk menghilangkan dahaga. Biasanya, ibu menyusu akan terlupa minum kerana sibuk menjaga anak. Terdapat juga kepercayaan lama bahawa ibu yang masih dalam pantang tidak boleh minum banyak air. Pendapat ini salah dan akan memberi kesan kepada pengaliran susu ibu.

ENGGAN MENERIMA BOTOL


Jika bayi enggan menerima susu ibu daripada botol ketika anak atau menantu anda bersedia untuk kembali ke tempat kerja, anda perlu latih cucu anda itu secara perlahan-lahan. Beri susu melalui botol dengan cara memangkunya dan mendodoinya perlahan-lahan. Anda juga boleh memberi susu melalui botol ketika dia mengantuk. Adalah lebih baik jika anda atau ahli keluarga lain yang memberikannya botol, bukan ibunya sendiri.

BERHENTI MENYUSU BUAT SEMENTARA WAKTU

Ada ketika, anak atau menantu anda tidak boleh menyusu bayi buat sementara waktu tapi masih mahukan agar susu terus mengalir kerana hendak mempastikan yang bayi tetap mendapat khasiat susu ibu. Oleh itu, galakkan anak atau menantu anda memerah susunya dalam jangkamasa yang sama dengan penyusuan susu ibu yang dilakukannya sebelum ini. Cara perahan yang baik ialah menggunakan tangan. Caranya ialah seperti berikut :- Letak ibu jari di atas puting dan dua jari lain di bawah, agak jauh daripada areola. Tolak jari ke belakang sehingga ke dinding dada. Kemudian, tolak semula ke depan. Lakukan beberapa kali. Elakkan memicit puting. Jika mempunyai payu dara besar, ampu payu dara itu dengan tangan yang sebelah lagi.

Penyusuan Bayi Tidak Cukup Bulan & Memerah Susu

Susu anda adalah susu yang paling sesuai untuk anak anda yang tidak cukup bulan.

* Ia melindungi bayi anda dari kuman dan infeksi.
* Susu ibu mudah di cerna.
* Mendekatkan hubungan ibu dan bayi.
* Susu ibu baik untuk perkembangan otak.

Bayi yang dilahirkan secara tidak cukup bulan mungkin tidak tersedia untuk menyusu dalam beberapa hari, kadangkala beberapa minggu. Anda bolehlah memerah susu anda sejurus selepas kelahiran untuk memberi kapada bayi. Jika anda perlu menggunakan pam, hubungilah Kaunselor Laktasi mengenai pam susu. Terdapat pelbagai jenis pam di pasaran sekarang. Mintalah nasihat untuk membeli pam yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Memerah susu

* basuh tangan anda dengan sabun dan air.
* Duduklah di tempat yang sunyi tanpa ramai orang yang lalu lalang.
* Duduk dalam keadaan selesa di kerusi yang tegak dengan kaki tersokong.
* Sediakan minuman di sebelah anda.
* Tarik nafas dan relaks.
* Cuba urutkan payu dara untuk beberapa minit sebelum dan semasa memerah susu.
* Bayang dan fikirkan tentang anak anda.
* Jika perlu sediakan muzik/lagu yang menyenangkan.
* Anda sekarang sudah bersedia untuk memerah atau mengepam susu.

Waktu terbaik untuk memerah susu


* cuba perah atau pam susu anda setiap 3 jam pada siang hari dan sekali selepas tengah malam.
* Buatlah perancangan awal agar dapat memerah sekurang-kurangnya 6 kali dalam sehari.
* Lakukkan proses pemerahan 10-15 pada setiap payu dara. Anda mungkin mahu memerah secara bergilir-gilir pada kedua belah payu dara dalam satu sesi pemerahan.
* Pemerahan yang kerap adalah satu-satunya cara untuk mengekalkan bekalan air susu.
* Pastikan anda mempunyai waktu rehat yang mencukupi.

Cara menyimpan susu ibu yang diperah

* Susu ibu yang diperah boleh di simpan di dalam botol atau bekas yang telah disterilkan. Gunakan bekas yang dibuat dari plastik.
* Ia boleh tahan disimpan seperti berikut: 2 hari - di dalam peti sejuk (chiller) 2 minggu - di dalam peti sejuk beku (freezer) peti sejuk dua pintu 3 bulan - peti sejuk beku (freezer)
* Gunakan bekas/botol steril baru setiap kali susu diperah.
* Catatkan nama,tarikh dan masa perahan pada botol/bekas yang disimpan.

Persediaan untuk pulang ke rumah

* Ada juga hospital di mana ibu dibenarkan tinggal di hospital semasa bayi berada di unit kawalan rapi. Jika ini tidak dibenarkan, ibu perlu melawat hospital setiap hari untuk beberapa sesi penyusuan.
* Hubungan rapat antara anda dan bayi anda akan memberikan anda keyakinan diri untuk menjaganya di rumah ketika pulang kelak. Cara ini juga dapat memastikan bayi anda dapat susu anda.
* 2-4 hari sebelum bayi dibenarkan pulang, cuba dapatkan kebenaran untuk tinggal di hospital dan susui bayi anda sepenuh masa.

Mula menyusu


* Sebaik sahaja bayi anda stabil dan boleh bernafas dengan baik, dakaplah bayi anda di dada.
* Buatlah dakapan dengan sentuhan kulit ke kulit.
* Pegang bayi, riba dengan sokongan bantal.
* Jika anda merasa tidak yakin untuk menjaga bayi ini, perkara seperti ini adalah normal. Anda dan bayi anda memerlukan masa untuk belajar.
* Walaupun kemajuan yang dicapai agak lambat, anda perlu bersabar. Saat-saat manis ini merupakan saat-saat istimewa antara anda dan bayi anda.

Pulang ke rumah

* Galakkan bayi anda untuk menyusu dari payu dara setiap 11/2 -3 jam.
* Perahkan/pamkan susu selepas penyusuan dalam 2-3 minggu pertama. Ini dapat membantu untuk mengekalkan bekalan yang mencukupi. Susu yang di perah ini merupakan susu akhir yang kaya lemak. Ini boleh digunakan sebagai tambahan bila diperlukan kelak.
* Jika bayi anda menghasilkan 6 lampin basah dan 2 lampin kotor sehari, ini bererti bayi mendapat susu yang mencukupi.
* Anda mungkin perlu memberi susu tambahan (perahan susu ibu) dari cawan atau penitis selepas anda menyusuinya. Jarang sekali bayi diberi "susu berformula" kerana ini tidak digalakkan.
* Hubungilah Kaunselor Laktasi anda yang terdekat untuk maklumat lanjut.

Sumber dari:
http://www.susuanibu-pk.gov.my/penyusuan-susu-ibu-2.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...