Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Friday, November 29, 2013

Aurat Ketika Bersalin



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Pesakit nak doktor perempuan buat amniotomy dan sambut bersalin. Hak kamu. Kurang kerja saya dan boleh tidur. Tunggulah sampai esok ye puan, hari ni semua doktor lelaki yang kerja termasuk pakar.
we are professional, we knew our limit. I will prove i knew more about women's health rather than you do. Go to private and i can work here peacefully
Yang kat atas ni satu luahan seorang kawan aku yang bergelar Doktor hokeyy..Ada betul juga tindakan pesakit tu...tetapi perlu tahu juga keadaan yang boleh bahayakan keadaan dia seperti yang kawan aku cakap..tak ada doktor perempuan yang bekerja hari tersebut..

Ini adalah Ringkasan dari "AURAT KETIKA BERSALIN" dari Semanis Kurma TV9. Semuanya perlu diambil tahu dan dibuat rujukan oleh wanita yang akan bersalin..

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.
2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.
3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.
4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.
5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Lagi satu pesanan mereka dalam Semanis Kurma TV9, dalam keadaan isteri dah SAKIT sangat, hilang punca, tak boleh berfikir maka :

1. PERANAN SUAMI sangat penting dan mustahak
suami yang kena buat keputusan untuk aurat dan maruah isteri.

2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad, LR dll...
Tudung tak pakai, kain terselak sana-sini, baju berlengan pendek, menyusu ikut dan. ada juga staff lelaki, pemberi makanan yang lelaki dll yang keluar masuk wad

3. WAJIB WAJIB WAJIB ada MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. 

Pertama SUAMI
kedua SAUDARA PEREMPUAN
ketiga nurse perempuan

p/s : Moga Allah terus pelihara AURAT & MARUAH kita semua untuk proses kelahiran yang seterusnya. Untuk yang telah berlalu dlm keadaan tidak mampu BERTEGAS, TIDAK cukup bersedia dan sebagainya maka bartaubat dan muhasabah diri. Insya Allah DIA murah dengan keampunan






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, November 15, 2013

Pregnancy Pillow..Berbaloikah?



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Selalu saja kita dengar orang mengandung sering sakit pinggang,sakit belakang..malah,aku juga mengalami perkara yang sama..agak-agak kenapa ia terjadi? adakah sebab baby makin membesar? ataupun salah diri sendiri yang tak amalkan postur badan yang betul?sendiri fikirlah ya..hehe

Then,Bila difikir-fikir balik..rupa-rupanya wujud benda alah yang dipanggil pregnancy pillow eh?aku tak tahu pun sebelum ni benda tu wujud..ketinggalan zamankah aku??haha

Aku telah disedarkan kewujudan bantal ni daripada satu laman yang menjual Pregnancy Pillow 
Tapi aku bukan nak beli..zaman aku dah lepas dah..untuk anak ketiga mungkin lah..:P
Bukan saja pregnancy pillow..macam-macam lagi yang ada kat sana..ada pakaian bayi,ada stroller,ada mainan,ada macam-macam kelengkapan untuk bayi dan ibu hamil..sungguh!! aku agak kecewa sebab aku jumpa site ni time dah bersalin..sebab banyak barang yang aku dah beli..kalau tak memang aku dah grab banyak barang kat situ.Alamatnya..Mr PPP geleng kepala tengok buku akaun..eh??hehe

Ok,sambung cerita pasal Pregnancy Pillow..kepada sesiapa yang berminat nak beli pregnancy pillow ni..boleh la ke site tu..ada 3jenis sebenarnya..

yang pertama Ultra Comfort Pregnancy Pillow - U-Shape..


bantal ni berbentuk U yang memberikan sokongan pada belakang dan perut semasa kehamilan.Dan jangan tak tahu,nak menyusukan anak pun boleh guna bantal ni..memang selesalah..dan sesuai semua saiz badan dan bentuk.


Yang ke dua, Sleep Positioner Pregnancy Pillow

Sukar bernafas menjadi gangguan yang paling besar bagi ibu hamil..Sleep Positioner Pregnancy Pillow ni direka bertujuan untuk menampung perut yang makin membesar yang menjadikan tidur yang lebih lena.
Pillow ni terdapat adjustable Velcro yang mana  boleh di laraskan mengikut keperluan korang..

Dan yang ketiga ialah Total Body Pregnancy Pillow  -  C-Shape




Nampak best je tidur kalau guna bantal ni kan? nampak  je dah rasa nak tidur..haha
Bantal ni memang direka mengikut kontur semula jadi dan bentuk badan dari kepala kejari kaki.Boleh diguna untuk rehat-rehat,tidur malah menyusukan baby..memang multifunction..
Yang lagi best..sekarang tengah ada promosi RM235 free postage utk semenanjung malaysia... harga asal RM350..Korang boleh jimat RM115!! Tersangatlah boleh beli,,,kan..kan?? hehe.


Kalau korang nak merasa harga istimewa yang sangat-sangat berbaloi ni cepat-cepat terjah laman bisnes online ni..rugi kalau lambat!! tak susah.klik saja gambar logo kat atas..

Best buy,best result...good luck!:)





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, October 25, 2013

Episiotomy dan Perineal Massage



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Bersalin tanpa koyakan pada perineum agak jarang di dengar..yelah..tambah-tambah lagi jika baby yang lahir tu agak besar..aku rasa kalau dah baby tu 3kg keatas..comfirm je dibuat episiotomy kecuali dengan beberapa sebab iaitu perineum mudah meregang,pandai meneran..dan bersalin kerap sebab jalan dah meregang..sekarang ni kalau baby tak sampai 2kg pun tapi tak pandai teran..comfirm dapat je episiotomy..

Medio lateral episiotomy

Alhamdulillah la aku bersalin baru-baru ni tak de episiotomy pun.baby 3.1kg..nak tahu rahsianya??

PERINEAL MASSAGE!!

Korang pernah dengar perineal massage tak?biasanya golongan mak-mak dari generasi baru tau la ape benda ni..hehe.
cara buat ni tak susah pun.tak menyakitkan..dan tak perlu modal bertingkek-tingkek...hehe

Perineal massange ni adalah melakukan urutan di kawasan perineum agar kawasan tu mudah meregang..bila mudah meregang dapat membantu mempercepatkan proses baby nak keluar..selain tu dapat menstimulasi aliran darah agar cepat sembuh selepas melahirkan bayi..Biasanya orang buat 4-6minggu sebelum tarikh jangka bersalin.aku buat start 36 minggu..sehari aku urut sekali je..tiap-tiap malam selama 5 minit.kadang-kadang tak sampai pun 5minit..suami juga boleh tolong ya..tak payah nak malulah..bila lagi nak minta tolong..hehe

cara nak buat tu sangatlah senang..
first sekali kenalah pastikan kuku tak panjang.karang belum bersalin lagi dah koyak..hehe.
basuh tangan bersih-bersih..dan make sure korang tahu kat mana orang panggil perineum tu.kalau korang tak tahu,boleh tengok gambar kat bawah..kawasan yang aku bulatkan tu lah dipanggil perineum dan kawasan tulah yang akan diurut nanti..


korang boleh buat menggunakan dua-dua belah tangan ataupun  sebelah sahaja..aku rasa lebih senang menggunakan satu tangan je macam gambar kat bawah..


lepas cuci tangan,duduk dalam keadaan bersandar dan lutut dilipat..lebih kurang macam nak  bersalin tapi bersandar tinggi sikit..sapu minyak vco di jari dan juga dikawasan perineum...mencukupi licin untuk diurut..kemudian masukkan ibu jari korang dalam vagina kira-kira 1 hingga 1 1 / 2 inci..tekan kearah bawah hingga rasa perineum meregang..tahan lebih kurang seminit..baru digerakkan ke kiri dan kanan..buat dengan lembut dan perlahan-lahan.urut selama beberapa minit..hingga rasa burning sensation (rasa panas)
kemudian urut pula kebawah dan keluar..(tekan kearah bawah dan urut kebahagian luar)

Aku gunakan minyak vco tanamera..banyak lagi pilihan lain...boleh google ya..maleh nak cari..haha


Korang nak bersalin nanti beritahu awal-awal doktor atau nurse yang akan sambut kelahiran anak korang tu yang korang nak cuba bersalin tanpa episiotomy..
Dan lagi...tak semua berjaya ya..ada sebab-sebab lain yang terpaksa juga buat episiotomy..
contohnya:-
baby terlalu besar,tak pandai teran,forcep/vacuum delivery,shoulder dystocia atau breech...

Dan juga diingatkan bahawa elakkkan mengurut dibahagian atas/pundi kencing sebab nanti sakit pulak nak kencing..hehe..
Jangan masukkan jari terlalu dalam dan jika pecah ketuban,sila ke hospital  segera..segera ya..tak boleh lengah-lengah..tapi,jarang lah berlaku sebab urutan tak sampai pun ke dalam hingga boleh menyebabkan pecah ketuban..jangan risau k..
jika suami yang tolong,urutan bukan dengan ibu jari tetapi dengan jari telunjuk..:D

selamat mencuba!!

p/s: cara meneran dengan betul?? lain kali eh..hehe



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, October 3, 2013

Hilangkan ruam bayi



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

RUAM...RUAM..RUAM!!!!
penat memikirkan macam mana nak hilangkan  ruam bayi yang baru lahir?letak itu tak jadi,letak ini tak jadi...baby pulak asyik merengek je sebab tak selesa..jangan bimbang.aku ada tip-tips yang boleh dikongsikan..


Sebenarnya,ruam yang macam ni boleh terjadi sebab tak keringkan dengan betul lepas mandikan baby...dekat lipatan kulit la biasa terjadi macam ni...terutamanya bawah leher dan ketiak..Izra kena dekat belakang telinga...sian dia...
Macam-macam cara yang boleh digunakan untuk hilangkan ruam macam ni..kalau jumpa doktor,dia akan bagi calamine losyen atau calamine cream..aku pun dapat juga tapi guna sekali saja sebab ruam Izra makin banyak dan teruk..mungkin tak sesuai dengan kulit dia.
 Tetapi,mengikut doktor.calamine adalah yang terbaik sebab ia tak menyerap berbanding penggunaan cream jenis steroid contohnya Hydrocortisone cream 1%..

Dibawah adalah senarai bahan-bahan yang boleh digunakan
~Drapolene 
~Sebamed
~ ezzera
~nappy pureen
~virgin coconut oil brand tanamera
~econozine
~bedak baby cinta kat zhulian
~lotion minyak zaitun

Keberkesanan bahan-bahan diatas tak dapatlah aku pastikan sebab aku tak guna pun.Ni adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman ibu-ibu lain..selain bahan kat atas,mengikut orang-orang lama,hanya guna tepung ubi..lepas mandikan baby,keringkan kemudian sapu tepung ubi dikawasan-kawasan yang ada ruam...jangan letak bedak kerana bedak hanya akan terukkan lagi ruam tu...

Doktor yang aku jumpa pulak kata...jalan penyelesaian yang terbaik ialah "aircond"...pasang aircond kat rumah pasal panas pun boleh menyumbang terjadinya ruam sebab baby berpeluh...

Nampak gayanya kena pasang aircond ni sebab rumah aku ni memang panas..hehe

Lepas pergi rumah pengasuh,dia pun ajar aku macam ni..lepas mandi keringkan betul-betul,mandikan dengan sabun sebamed.lepas tu sapu minyak baby johnson yang keler putih 1 badan..kemudian sapu calamine losyen dekat yang tumbuh ruam tu..kasi tebal2 pun takpe.. jangan biarkan baby berpeluh.cuaca sejuk boleh elokkan ruam.So far memang menjadi..

bila sapu minyak johnson tu agaknya air tak melekat kat badan,risiko untuk ruam takdela.Lepas tu pergi jalan-jalan tempat ada aircond aje..shopping lah...hehe

selamat mencuba...InsyaAllah menjadi..


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, September 20, 2013

Cara cepatkan bersalin/mudahkan bersalin/cepatkan bukaan rahim



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Dah 39 minggu..atau dah 40 minggu...tapi belum juga bersalin...
stress memikirkan saat tu bila nak tiba kan? tak yah tipu la..sebab aku pun mengalaminya dulu..hehe..
tambah stress bila jumpa orang..orang tanya bila nak "pecah"?? 
tapi, sebetulnya..saat tu tiba bila ia nak tiba..tapi ada sesetengah orang kata kelahiran boleh di "induce" secara semulajadi dan juga pelbagai petua-petua yang dikatakan boleh mempercepatkan kelahiran.

Biasanya,kelahiran bermula apabila os dah terbuka 3cm atau lebih..atau pun turun tanda atau juga pecah ketuban..masa tu dah comfirm-comfirm  korang akan bersalin.
tapi kalau air ketuban dah pecah namun gesaan untuk bersalin tiada...MESTI pergi ke hospital dengan segera sebab bila tak ada air ketuban,baby akan lemas..masa tu kelahiran mungkin akan di induce..tapi memang dah tak ada cara lain dah..sama ada induce atau operate..

mencetuskan contraction/kelahiran
~berjalan...berjalan...dan berjalan
~sexual intercourse
~rangsangan pada puting susu
~selalu mencangkung/senaman
~minum minyak/air selusuh
~minum air rendaman akar fatimah
~hisap air hujung rambut bila mandi
~bercakap dengan baby,pujuk baby keluar

Nasihat aku..jangan la excited sangat mencuba pelbagai cara diatas kerana boleh juga mendatangkan mudarat..kata orang,jika minum minyak selusuh sebelum tiba masanya hanya akan menyebabkan rasa sakit tetapi jalan/os tidak terbuka..so,korang akan dapat sakit saja-saja.hehe..biasanya orang minum minyak selusuh bila os dah terbuka 5cm..info yang aku dapat di labour room..ramai yang minum minyak selusuh sebelum tiba masanya mengalami sakit yang lebih lama..dan...kalau dah terminum minyak tu tapi still tak bersalin lagi...korang buka je penutup minyak tu...biarkan terbuka...insyaAllah..tak lama...2,3 hari atau minggu depan bersalin lah.hehe

Air rendaman akar fatimah pula..boleh je minum bila-bila..tapi pastikan dah lebih 36minggu..boleh juga sapu di perut..boleh buat mandi..tapi,rasanya macam air ikan puyu...hehe..
aku amalkan minum bila dah 37minggu keatas.. 

Satu lagi tips dari abang aku ialah hisap air hujung rambut..yang ni sempat buat 2kali je..hehe..kalau bab-bab makan telur ayam separuh masak...minum milo..aku tak pernah try..sebab yang tu aku rasa lebih kepada bekalkan tenaga semasa nak bersalin..

surah amalan
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.
Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.


Jangan lupa doa Nabi Yunus..kalau boleh,dari mula rasa sakit nak bersalin sampai bersalin..korang baca ni..




“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". 
(Surah Al-Anbiya': ayat 87)


Untuk cepatkan proses bersalin pula..berbaringlah sebelah kiri..ia boleh mempercepatkan bukaan os..amalkan teknik pernafasan yang betul semasa sakit contraction datang..

Walau apapun caranya..segalanya dalam kuasa Allah..susah ke,senang ke..semua bergantung kepadaNya..
dan even 39,40 minggu belum bersalin..jangan risau...kita ada bahagian masing-masing..~peace:)



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, September 5, 2013

Cerita Kelahiran Nor Izra Zayani


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Awas!!Entri Panjang



Hari  ni hari ke 13 aku berpantang..berpantang sendiri sahaja..sebenarnya nak berpantang kat kampung..boleh la bermanja-manjaan dengan mak.tapi memikirkan Irfan tak ada yang nak jaga kalau Mr PPP oncall terpaksalah ikut dia balik ke Johor hari ke 9 berpantang.

Alhamdulillah rasanya bila dah bersalin..kalau tidak stress je rasa memikirkan bila nak bersalin hehe..sepatutnya aku bersalin 16.8.2013…tapi dah overdue seminggu…anak umi nak keluar 22.8.2013.. Pengalaman bersalinkan Nor Izra Zayani tak jauh bezanya dengan bersalinkan Irfan dulu Cuma,rasanya lebih menarik..kenapa?? aku sempat beli 2 pasang selipar baru untuk bersalin..hehe…aci dak??

Selepas kemasukan ke wad tempoh hari..14-16.8..aku dah serik..aku nekad..selagi tak sakit betul-betul aku takkan ke hospital..pergi hospital kali ni mesti untuk bersalin je..tak sangka pulak aku rajin melayan False labour..hehe..maklumlah masa Irfan dulu sakit je terus nak bersalin even baru 34week..memang terasa sakit.tapi aku tahankan aje sebab tak regular pun..selalu tengok jam…dah cukup 5minit sekali ke tidak..

21.8.2013(Rabu)

Aku dah rasa sakit contraction makin berkurang…sakit di bahagian ari-ari pun dah tak ada…so,petang tu aku ajak mak aku pergi pasar malam..aku nak beli selipar.aku cakap dekat mak…takkan aku nak pakai selipar yang dah nak putus pergi hospital kalau  nak bersalin nanti..hehe…

Jadi,petang tu..terkedek-kedek la mak buyung pergi cari selipar dekat pasar malam…dan sudahnya dapat 2 pasang selipar baru dengan harga RM25..see?? aku tak suka pakai selipar mahal-mahal pun..terserlah tahap jimat aku..haha

Sebelah malamnya pula melayan pulakcerita Hindustan Main Hoon Naa di Tv3 tapi separuh jalan je..rasa mengantuk yang amat..selalunya lewat juga aku tidur sebab melayan sakit..malam ni tak de pulak sakitnya..

22.8.2013 (Khamis)

Aku tersedar jam 8pagi…keluar bilik cakap kat mak..

”Anak mak dah terlepas Subuh.lena sangat tidur semalam”

…pelik juga..selalunya 4-5kali aku akan bangun kencing..tetapi semalam hanya sekali je aku bangun..dek kerana tak ada apa yang nak dibuat,aku menyambung tidur..tapi tak boleh tidur pulak..perut terasa kembung semacam je..aku pun sapu-sapu minyak yu yee dekat belakang…lepas tu kentuuuuuttt…fuhhh lega kejap..5 minit kemudian rasa lagi macam kembung perut…buat lagi macam tadi…dapat kentut..lega kejap..tetapi lega tak lama…5minit kemudian rasa lagi..aku bangun..jangan-jangan dah nak bersalin??? 
Aku bangun dan jalan-jalan dekat ruang tamu rumah…sah!! Contraction..memang dah 5minit sekali..tapi,takdelah sakit sangat..masa tu baru jam9:30 pagi.

So,aku buat keputusan nak mandi..lepas mandi aku makan nasi kerabu yang ayah aku beli..kebetulan mak aku balikdari bagi makan ayam itik dia..aku pun cakap la dekat mak..

”mak,naiklah..pakai baju lawa-lawa” 
dengan tujuan tak nak bagi dia panik sangat..hehe

Mak aku tanya kenapa..aku cakap la nak pergi hospital..apalagi…cepat je mak aku salin baju..tup-tup siap tanya mana beg dah..aku sengih-sengih lagi..aku cakap baru sakit sikit-sikit..mak aku cakap,tak kan aku nak beranak kat umah..hehe..

Aku call abang aku mintak dia hantar pergi hospital..masa tu dah rasa sakit sikit-sikit  bila contraction datang..tapi memang  boleh gelak-gelak lagi sampaikan abang aku cakap betul ke nak beranak ni..hehe
Sebelum pergi hospital tu aku sempat pergi tandas..tup-tup dah keluar darah dan lendir..banyak pula tu..aku dah siap-siap pakai pad..dalam hati panik juga..memang dah sah bersalin hari ni..sempat whassup Mr PPP cakap dah otw pergi hospital..(masa ni Mr PPP masih dekat Johor)

Sampai di hospital,daftar dan aku cakap aku sakit perut dan contraction dah 5minit sekali..Nurse tu suruh pergi kencing dulu..lepas tu baring dekat katil untuk buat CTG..masa ni makin kuat rasa sakit contraction..mulut memang tak henti-henti baca..

Lailahaillaanta  subhanakainni kuntuminazolimin..

nak tunggu habis buat CTG memang terseksa rasanya..

Lepas tu ada seorang Nurse datang…nak buat VE…..jeng jeng jeng…..dah 5cm!! tapi sakit boleh tahan lagi..Time tak ada contraction still boleh gelak lagi..yelah..mana taknya diorang duk ngomel pasal Jamuan hari raya kat L.Room..hehe

Oleh kerana dah ada bukaan 5cm..aku diarahkan tukar baju dan masuk bilik dekat L.Room tu..perasaan toksah cakap lah..tiba-tiba rasa takut..whassup Mr PPP..cakap dah boleh balik dah..masa tu jam 11.45pagi dah…kemudian aku ditinggalkan sorang-sorang dalam bilik tu..segala teknik-teknik pernafasan,teknik-teknik meneran yang aku baca cuba diingatkan balik..tapi bila datang contraction..aku hanya ingatkan mati…mak oihh…kenapalah sakit sangat..alangkah baiknya kalau Mr PPP ada disisi..sekurang-kurangnya sokongan darinya buat aku kuat menahan kesakitan.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 12.15..aku rasa tak tahan..rasa nak meneran…terkepit-kepit aku menahan sakit dan tunggu nurse datang..pagar bed tu aku rasa macam dah hampir patah aku paut..hehe…dalam hati doa-doa agar ada yang masuk jenguk..doa dimakbulkan..jam12.30 ada JM masuk..terus aku minta supaya buat VE..aku cakap aku dah rasa nak teran..okeh..8cm dah..masa tu dia Tanya aku..nak bersalin cepat ke lambat?? Aku cakap of course nak cepat…so,dia pecahkan air ketuban..dia cakap aku ni ketuban darah..sebab tu sakit..aku dah tak fikir apa dah..janji selamat bersalin..

Jam12.45…dah fully..masa ni aku dah sedia nak teran..

Memang susah memandangkan anak aku besar sikit..aku awal-awal lagi cakap aku tak nak di episiotomy kan..hehe..JM tu cakap memang tak perlu episiotomy memandangkanaku punya perineum tu senang meregang..cara aku meneran pun betul..
see,tak sia-sia buat kajian dan membaca…hehe

Jam1.04 petang…aku selamat melahirkan Nor Izra Zayani..dengan berat 3.16kg..bila Izra diletakkan atas dada aku…terasa bahagianya..yeay!! dah sepasang..

Lepas bersalin..susukan Izra..time tu Nurse bawakan telefon aku untuk call Mr PPP..suka benar dia bila aku beritahu dapat baby girl…memang itu yang nak..dan diidam-idamkan.Jam 2 lebih barulah aku dihantar kewad..Terima kasih semua staff Hospital Setiu yang terlibat masa aku bersalin..
terutama JM Mokhaiza yang menyambut kelahiran anakaku..
Alhamdulillah dapat juga bersalin secara normal.







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, August 24, 2013

Sesi berpantang



Alhamdulillah..
22.8.13 aku selamat melahirkan seorang baby girl seberat 3.1kg pada jam 1.04pm..:) 
lega den dah bersalin tau..hehe
cerita pengalaman bersalin? nanti la ya...



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, August 18, 2013

Bila sayang nak keluar??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Betullah kata orang..setiap kali kita mengandung,pengalamannya adalah berbeza.Bagi aku..mengandungkan Irfan dulu amatlah  mudah..dari awal sehinggalah tiba masa bersalin..morning sickness pun tak lama dan teruk.sekadar demam diawal-awal sebelum tahu aku mengandung sahaja..
Sakit untuk bersalinkan dia pun tak sampai 5 jam..mula sakit jam7pagi..jam10:30 pagi dah bersalin..itu pun masa mengandung  7bulan.

Bagi anak ke 2 ni agak berbeza..asyik keluar masuk hospital je..pOnat den tau…sampaikan ambil cuti bersalin awal..yelah,mana tau tengah-tengah kerja dibuatnya rasa nak terberanak kang naya..hehe..walaupun kerja dekat hospital,aku kalau boleh nak elak bersalin di hospital sendiri..hehe
Pada minggu ke 28 aku masuk wad sebab reduced fetal movement..masuk sehari je..aku dah pernah cerita kat blog…Sini

Kali kedua pada minggu 32 sebab ada contraction plus dah ada bukaan 1cm..masuklah duk dalam wad tu dua hari..siap kena cucuk IM Dexa lagi untuk matangkan paru-paru baby in case terbersalin hari tu juga..sakitnya Tuhan saja yang tahu kena cucuk tu..aku juga kena buat Tocolysis untuk kurangkan contraction..Dan disebabkan itu…Blood pressure aku jatuh merudum.hehe
Selepas 2 hari contraction dah hilang..dan aku boleh balik rumah..

Namun,contraction selepas itu ada aje tapi tak regular..so,aku buat-buat tak kisah je..pergi kerja macam biasa..aku mula cuti seminggu sebelum raya…dah tak larat menahan sakit..aku balik kampung ke Terengganu..sambil beraya dan teruskan cuti bersalin mula 10 hb8..due aku 16hb 8.
Pada 14 hb 8 aku rasa baby tak gerak..Alamak  sudah! Dia buat lagi..takpelah takde contraction..aku biarkan sampai malam tu.hanya 2 kali dia duk cuit-cuit..last-last buat keputusan nak pergi check..so,aku ajak la kakak aku pergi Hospital Setiu..

Pergi sana Doktor minta buat CTG..dan dekat CTG tu nurse kata ada contraction 3:10:30..tapi kenapa aku tak rasa sakit pun??Nurse pun hairan..agaknya dah lama sangat aku menahan sakit sampaikan dah imun..hehe

Bila doktor datang dia buat VE (vaginal examination)..tup-tup katanya dah buka 3cm..masa tu aku agak happy sebab dah nak bersalin kot..tak sabar weh  sebab sakit dah lama..tak larat..hehe..lepas tu Doktor kata baby aku ni berada dalam sleeping pattern,so…masukkan hartmann 1 pint..
Tapi disebabkan baru 3cm,dia hantar ke wad dulu..5-6 cm baru datang labour room balik katanya..sempat mesej MrPPP..cakap dah bukak 3 cm..dia pun buat keputusan nak balik..dari Johor..dia dah kena keja so,memang stay kat sana..malam tu memang perut aku sakit sangat..sampai guling-guling kat katil..hinggalah tertidur..

Pagi esoknya dah elok sikit..tetapi bila pergi toilet,ada keluar darah dan lendir..mungkin kesan VE semalam fikir  aku..Doktor kata nak kena duk dalam wad lagi sehari bila dia buat CTG,hasilnya sama macam semalam..hari due aku..16hb 8 aku dibenarkan balik..frust juga sebab tak  jadi bersalin..

Sampai sekarang ,belum lagi rasa nak beranak..hari-hari duk pujuk baby suh keluar awal-awal..Mr PPP dan Irfan dah balik Johor siang tadi sebab esok dah mula sekolah dan kerja..tinggallah aku sorang-sorang kat kampung menunggu bila agaknya baby ni nak keluar..







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, June 18, 2013

Prosedur MGTT- taklah teruk sangat!



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Hah!! kena minum air gula?? yerk!!

mungkin itulah yang dirasakan oleh ibu-ibu mengandung yang kali pertama kena minum air gula..sama macam aku..masa mengandungkan Irfan dulu takde kena minum air gula pun..yang ini,Doktor kata air ketuban banyak,so dia suggest untuk buat MGTT..

Ujian MGTT adalah untuk mengenalpasti samada korang mengidap penyakit kencing manis semasa hamil.Kebiasaannya ujian ini dilakukan pada wanita yang berisiko tinggi contohnya mak ayah ada Diabetik.
selain itu,seperti Gestational diabetes pada kehamilan yang lepas,Obesiti (BMI >30), Umur > 35, GlycosuriaPrevious big baby > 4.0 kg, Recurrent abortion atau stillbirth dan Polyhydramnios..

MGTT ni boleh dilakukan walaupun pada trimester pertama.

Korang akan diberitahu untuk berpuasa sekurang-kurangnya 10 jam sebelum darah diambil. Hanya air kosong dibenarkan minum sepanjang tempoh tersebut. Contohnya : Darah akan diambil pada hari Rabu pagi,maka korang perlu berpuasa pada malam hari Selasa bermula pukul 10 malam sehinggalah berjumpa dengan doktor pada keesokan hari.

Datang ke Klinik untuk mengambil darah dan selepas itu korang akan diberi minum air glukosa.(75g glucose+ 250ml air ,minum dalam masa 10-15min.) .Korang perlu menunggu selama dua jam berikutnya untuk mengambil darah semula. . Hanya air kosong dibenarkan minum sepanjang tempoh tersebut.Selepas darah diambil, barulah korang dibenarkan makan seperti biasa.

Bagi aku,takdelah menakutkan sangat nak minum air gula tu...yang takutnya nak kena cucuk 2 kali je..hehe
Tapi,hari ni segalanya berjalan dengan lancar..air gula tu sangat sedap!!haha.
Namun,kalau minum pada trimester pertama memang boleh muntah kalau korang masih ada mabuk-mabuk..dan ingat!! kalau muntah kena repeat dengan berpuasa balik..so,tahankan jelah..hehe

Resultnya seperti jadual kat bawah ni..

Normal (mmol/LImpaired glucose tolerance (mmol/L)Diabetes (mmol/L)
Fasting< 6.06.0 – 7.9> 8.0
OrAndAnd/or
2 hours< 8.08.0 – 10.9> 11.0

atau

1999 WHO Diabetes criteria - Interpretation of Oral Glucose Tolerance Test
Glucose levelsNORMALimpaired fasting glycaemia(IFG)impaired glucose tolerance(IGT)Diabetes Mellitus(DM)
Venous PlasmaFasting2hrsFasting2hrsFasting2hrsFasting2hrs
(mmol/l)<6 .1="" font=""><7 .8="" font="">> 6.1 & <7 .0="" font=""><7 .8="" font=""><7 .0="" font="">>7.8>7.0>11.1

Maknanya,kalau result sebelum minum air gula >8.0 dan result 2 jam selepas minum air gula tu >11.0 korang akan didiagnos Gestational Diabetik la.Selepas tu akan diberi Diet Kaunseling..OHA biasanya tidak dicadangkan buat ibu mengandung..kalau kaunseling tak jalan,Doktor akan cadangkan buat BSP pulak untuk insulin therapy..

Result akan diberitahu pada next checkup.melainkan bacaan gula terlalu tinggi , klinik kesihatan akan call segera. Tak sabar pula nak tahu result..tapi harap-harap dalam range yang normal dan tak perlu nak repeat MGTT ni dah..hehe




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, June 16, 2013

Tak Nak Masuk Wad Lagi Dah...



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



Pada Minggu yang lalu..ditakdirkan aku bergelar pesakit..fuh!! serius memang tak best.walaupun tak kena cucuk..namun,memang merimaskan!! 
i'm staffnurse..dan tiba-tiba kena masuk wad menjadi pesakit..eeeiii

kisahnya bermula pada malam 12.6.2013...perut tiba-tiba mengeras..contraction kah??namun,aku masih boleh tahan..kejutkan Mr PPP..tetapi mungkin dia mengantuk  sangat,jadi memang tak bangunlah..hehe.
setiap setengah jam sakit tu datang..memang tak boleh tidur..risau pun ada...baru 31minggu..takkan dah nak keluar kot??2,3 kali sakit tu datang..sehinggalah pagi..
kalau ikutkan,13.6 tu aku kerja petang..Baby ni pula tak nak bergerak...

Jam 9 pagi, Mr PPP call...cakap Sister suruh pergi check kat klinik..>>>maklumlah duk dalam kawasan klinik je..hehe.Dengan berat hati aku melangkah ke klinik..
ingatkan tak nak pergi..sebab nak tunggu dulu..manalah tahu nanti baby gerak sendiri..

Tup-tup,lepas doktor check,cakap nak kena hantar ke hospital...Aduh!! tang ni paling aku malas..siap naik ambulan bagai..aku cakap dekat akak JM tu..

"kak,sy tak biasa naik ambulan nak hantar diri sendiri"

akak tu sengih je..mungkin dia faham perasaan aku..
Sampai ke hospital,aku dibawa ke labour room..duk kat tempat pemeriksaan tu ada la dua jam...last-last doktor cakap kena masuk wad...cuak!!

Dalam wad pula macam-macam pemeriksaan dibuat..scan la..perspeculum la..tak best langsung..esoknya aku minta discaj!!
baby pun dah gerak balik..Alhamdulillah..
Doktor kata,aku punya air ketuban banyak sangat dan baby kecik..1.2kg je..

Agaknya, sebab aku ni lasak sangat kot..bila duk diam baru baby nak kick...hehe
Baby,jangan nakal-nakal tau! :)







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

IUGR- Intra Uterine Growth Retardation



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Faktor yang mengganggu aliran darah kepada bayi dalam rahim ibu boleh menyebabkan IUGR.

Apakah faktor-faktor risiko penyebab IUGR?

Faktor risiko seperti berikut :

Faktor Ibu
Ibu hamil yang terlalu muda atau ibu yang telah lanjut usia
Ibu yang menghidapi tekanan darah tinggi
Kandungan gula dalam darah yang tidak terkawal
Sakit buah pinggang yang kronik
Jangkitan kuman
Kekurangan zat makanan
Ibu yang merokok

Faktor bayi
Kandungan kembar
Jangkitan kuman
Kecacatan semasa lahir
Kromosom yang tidak normal

Faktor Uri (Placenta)
Uri yang tercerai daripada rahim sebelum waktunya (abruptio placenta)
Uri terletak di bahagian bawah rahim (placenta praveia)
Gangguan aliran darah ke uri

sumber: myHealth



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Senarai Keperluan bayi baru lahir



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Seperti yang telah dijanjikan,kali ni nak berkongsi tentang barang-barang keperluan bayi baru lahir..ada 2 pembahagian iaitu untuk dibawa ke hospital dan juga untuk kelengkapan dirumah..
Dan diingatkan bahawa kelengkapan yang aku sediakan ialah bajet yang sederhana..maklumlah anak ke dua,jadi banyak barang yang re-use sebab yang Irfan dulu masih boleh digunakan..orang kata,selagi boleh jimat,jimatlah..lagipun,barang-barang masih elok lagi..

Bagi yang first time bergelar ibu dan bapa,mungkin lebih banyak belanja yang diperlukan.so,kena menyimpan dari awal..hehe.
Ada yang bertanya,bila boleh mula beli barang-barang bayi??pada aku..tak kisah..anytime..28minggu keatas dah boleh beli..nanti kalau dah sarat baru nak beli,larat ke korang nak shopping bagai??tapi,jangan excited sangat..baru sebulan,korang dah beli macam-macam..hehe



keperluan untuk ke hospital


Beg baby

Baju 3 helai – tak perlu banyak-banyak sebabkebiasaannya tak lama berada di hospital.
Kain lampin – 2 helai.
Stokin tangan dan kaki. – 3 pasang.
Napkin kain –untuk bedung
Pampers – 1 paket,yang newborn punya..atau 5-6 keping sudah memadai..aku malas nak ceraikan dari plastik dia..berterabur pula nanti.
Barut bayi
Topi – 1 pun dah cukup.
Bantal kecil untuk bayi..mudah untuk menyusukan bayi nanti.
Tuala – 1 helai.
Minyak untuk sapu kat perut 
Baby wipes
Alatan mandian bayi..aku beli yang travel punya je.



Beg ibu

Buku merah/Buku pink/Buku rekod kesihatan ibu
IC 
Baju dan skirt labuh - prepare untuk balik rumah je sebab dekat hospital disediakan baju.
Pad – 1 paket..senang,tak payah nak beli lagi kalau tak cukup..bawalebih takpe.
Disposible panties - aku lebih sukakan yang original..
Minyak panas - aku guna produk Tanamera
Minyak selusuh - aku guna produk Tanamera
Alatan mandian
Alatan untuk makan
Sedikit biskut
Minuman 3 in 1
Stokin
Tuala.
Tisu
Disposible/ washable Nursing pad
Deodorant,bedak,sikat
Handphone dan charger

Persediaan untuk bayi dan ibu di rumah

Set jamu bersalin - aku gunakan set Tanamera
Stokin
Bra untuk menyusu
Baju untuk menyusu
Maternity pad
Pantyliners
Bekung
Baju bayi- tak perlu banyak,sebab bayi cepat membesar.aku banyak gunakan yang lama sebab masih elok.
Stokin tangan dan kaki bayi.
Napkin kain 
Pampers – newborn..pun tak perlu beli banyak.
Wet tissue @ tisu basah 
Topi bayi
Selimut bayi dan bantal bayi
Minyak untuk sapu kat perut




Barut- Untuk mengelakkan dari kembung perut.
Tuala.
Alatan mandian dan bedak bayi -aku beli yang travel sahaja
Putik kapas 
Cotton buds– untuk cuci pusat.
Besen mandi bayi.
Bakul alatan mandian.
Pelapik getah.
Pemotong kuku.
krim nappy rash
kelambu bayi
Raga/ bakul – untuk letak pakaian bayi..aku beli box sahaja.



Beg bayi.
Tilam.
Termometer. 
Botol susu, berus botol susu,bottle for milk storage -jika perlu
Nasal aspirator
besen mandikan bayi
stroller




Haa..banyak kan? tu pun rasanya masih ada yang tertinggal..namun,kalau ada yang ni pun rasanya dah mencukupi untuk sementara waktu.
nanti kalau ada lagi yang tak cukup,boleh beli secara ansur-ansur..tak perlu tergopoh gapah.

Jadi,yang bakal menimang cahaya mata dalam masa terdekat ni..dah boleh mula sediakan barang-barang ni..

jom shopping!!!


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, June 15, 2013

Cara Menguruskan Uri Bayi



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Uri perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital hendaklah membawa balik uri untuk ditanam di tempat masing-masing.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Antaranya, menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak. Kemudian menanam uri bersama paku dan benda-benda tajam, kononnya untuk mengelak bayi menangis atau didekati benda halus selain menyalakan unggun api berhampiran tempat uri ditanam kerana bimbangkan ‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam.

 Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik mudah reput seperti plastic tesco, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut. Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang-binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbuslah ia.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, June 7, 2013

Senarai Kedai Jual Barang Bayi Online



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Bagi Ibu-ibu yang sedang mencari barangan bayi..banyak pilihan jika korang nak beli barang secara online..yelah,mudah,cepat dan tak payah nak penat-penat round kedai semata-mata nak beli barang keperluan anak yang bakal lahir..kan?
Antara kedai-kedai online adalah seperti yang kat bawah ni..aku pun tak sempat nak masuk usha satu-satu..korang boleh usha sendiri ek..hehe


Auzron Gallery




Pada aku,aku lebih suka beli secara manual..ceh! manual..hehe..yelah..sejak mengandung ni..memang suka shopping...lagipun kita boleh menentukan kualiti barang yang kita beli..betul tak?kadang-kadang beli online ni kualiti tak seperti yang diwar-warkan..

nanti aku kongsikan apa yang dah aku beli untuk keperluan anak yang bakal lahir nanti...
see you dan selamat membeli !hehe

Nak beriklan disini?? Atau nak kedai anda disenarai paling atas?? boleh PM kami di Facebook


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE