Showing posts with label celoteh. Show all posts
Showing posts with label celoteh. Show all posts

Sunday, July 13, 2014

Kerana Syurga ditelapak kaki ibu..



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hari ni macam-macam berlaku di tempat kerja..sedih dan terasa simpati terhadap seorang hamba Allah yang bergelar pesakit.Disaat dia sedang bertarung menahan sakit..dia terpaksa berhadapan dengan anak menantu yang tak tahu menghargai kasih sayang seorang ibu..

Mak Cik ni masuk ke wad disebabkan Infected Bedsore..bedsore ni adalah kudis tekanan akibat baring terlalu lama.biasanya pesakit yang bed ridden memang akan develope bedsore..tapi yang ini dah infected atau bahasa melayunya dah dijangkiti kuman..


contoh luka adalah macam dalam gambar cuma teruk lagi sikit..semua luka kat dalam tu dah jadi warna hitam..kat tepi-tepi dah ada macam poket..dan tengah-tengah nampak tulang..isinya pula dah macam daging rebus yang dah busuk.baunya tak perlu nak cakap..

Pesakit ni pun bukan untuk active treatment..hanya untuk palliative care..

Ceritanya..pagi tadi..disebabkan anak dia ada,kami ambil keputusan untuk memandikan pesakit lain yang tiada waris..lagipun anak dia volunteer untuk mandikan mak dia..Aku mandikan pesakit yang diletak berhadapan dengan mak cik tu..Aku baru sahaja lap badan mak cik tu..anak pesakit tersebut dah pun kemas barang tanda siap mandikan mak dia.Biar betul ni????takkan cepat sangat mandikan???

Okey,aku tak nak buruk sangka..cepat-cepat aku mandikan mak cik tadi..selepas 20minit siap sekali tukar kainan dia..

Bila tiba tengahari,tibalah masa untuk dressing/cuci luka mak cik yang infected bed sore tersebut..
Buka saja pampers...MasyaAllah!!!! memang sah anak dia tak mandikan pun..hanya tukar baju..aku pula yang sebak..dengan nanahnya..baunya..Tuhan sahaja yang tahu..dalam hati aku berkata..kalau aku ditempat mak cik tu..aku lebih rela mati cepat..ada anak macam tak ada anak..

Kami mandikan mak cik tu macam mandikan dekat bilik air..biar badan segar..daki-daki kami sental..mulut,rambut.kami bersihkan semua dari A-Z..kemudian last kami letak bedak..barulah kami puas hati..

Cuba bayangkan kawan-kawan..anak ramai datang melawat tapi tak semua sanggup mandikan mak dia...tukar pampers apatah lagi..Menjadi Jururawat bukan pilihan aku tapi kerjaya ni menjadikan aku lebih menghargai orang-orang yang aku sayang..Datanglah dengan kereta BMW sekalipun..tapi kalau mak seorang tak mampu nak dijaga...lebih baik kereta tu tolak ke tempat besi buruk..
Dan jangan serahkan 100% tugas sebagai anak kepada Jururawat..
kerana syurga itu ditelapak kaki ibu..





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Siapa nak kad raya????



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Sedar tak sedar dah masuk separuh bulan kita berpuasa..Hari Raya hampir tiba....tapi aku sedih!! Raya pertama diperantauan lagi...maklumlah kalau semua misi-misi bercuti susah lah kan..hehe.

So,tahun ni first time buat kad raya sendiri untuk poskan kat kawan-kawan blogger..Limited Hokey..30 keping je...ala-ala glamer gitu!! haha..
kali ni tempah dengan Shida..tu pun nasib baik sempat...design pun caca marba pasal buat last minit..:P

so,siapa yang nak kad raya Arra Ahmad..boleh hantar alamat di Facebook ya.atau boleh tinggal kat sini aje.tapi dibuka untuk 30orang terawal ya..



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, July 2, 2014

Selamatkah berpuasa semasa hamil??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini.Jika korang berpuasa, tentu sekali korang tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi korang masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. 

Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah semasa hamil.

Terdapat pelbagai langkah yang boleh korang ambil:

  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga korang tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila korang berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
  • Rancang hari korang supaya korang boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan korang berasa panas kerana ini boleh menyebabkan korang teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Pastikan  korang makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila  korang berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah  korang dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan  korang berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan  korang mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi  korang membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. 
  • Bersahur sangat penting jika orang berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga pada waktu siang.



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Ramadhan berkunjung lagi



Assalamualaikum wbt..
{。^◕‿◕^。}

Alhamdulillah...setelah sekian lama tak update blog,kali ini aku singgah lama-lama..
terasa pelat nak menaip..bait kata pun dah tak seirama..keh keh keh...

Well..Bulan Puasa datang lagi tahun ini.Seronoknya tengok gelagat anak-anak belajar berpuasa..waktu pagi semua segar bugar..masuk tengahari makin layu...hingga petang dah mula merengek lapar..hihi.
anak aku Alhamdulillah ni masuk tahun ketiga sudah berpuasa..tahun lepas pun tinggal 6 hari sahaja sebab demam..

Bila bulan puasa macam-macam  yang ada..bazar Ramadhan.macam-macam jualan biskut raya,jualan baju raya..dan Terawih juga..fuh!!istimewanya bulan ini berbanding bulan-bulan yang lain.

Kat sini aku jumpa 30pesanan sempena 30hari berpuasa..:)

   




                     












Hapuskan dendam,bersihkan hati,luruskan niat..
keep calm..its Ramadhan..







Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, February 15, 2014

ASB halal ke haram??


Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



ASB adalah HARAM kerana syubhah..
23-24% dilaburkan di Maybank Group.Lain2 dilaburkan dalam
British American Tobacco.rokok hukumnya haram.Gabungan % yang haram tak patuh syariah...Duit simpanan kita boleh guna 100%..dividen yang dapat tidak boleh sama sekali digunakan untuk diri sendiri..itu sahaja yang shubhah..berikan kepada golongan fakir miskin..duit pada zatnya tidak kotor..

~Ustaz Dr Zaharudin

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, February 5, 2014

Dipaksa suka!!!



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hah!! Pelik betul tajuk kan?
AMARAN!!! ini bukan kisah cinta ataupun kisah kena paksa kahwin.hehe

Nak dikisahkan...semalam..aku on je facebook..tengok news feed.......eh???
kenapa banyak sangat news feed page yang aku tak like??hairan.aku salah tekan ke?tak mungkin rasanya...
Oleh kerana perasaan nak tahu membuak-buak..aku buka la juga page tersebut..
Laa..page dah ada like 6000++ 

Kemudian tengok dekat mesej ada mesej budak-budak marah..AUTO LIKE rupanya!! padanlah diorang marah-marah...aku pun rasa nak marah..aku pun tekan je unlike..
tapi sempatlah aku klik satu link menuju ke blog budak tu..alah!! ada satu je update...haih!!
budak-budak..dah kemaruk sangat nak like banyak-banyak padahal tak menjamin diri tu glamer pun...ye dak??
kalau setakat update satu je tak payahlah guna auto like tu..buat orang marah je..

Lainlah kalau blog aku..buat auto like..korang like dah tak unlike dah...ahah!! makcik dah perasan..hehehe..

cikidaut~




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, January 13, 2014

Fenomena KANGKUNG di media sosial



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Buka sahaja mana-mana media sosial dah tentu akan terjumpa ayat "KANGKUNG" Istimewanya kangkung kerana menjadi bualan hangat di serata ceruk Malaysia..

Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.
Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.
Ada betul juga kenyataan tersebut.memang harga kangkung turun!! 

Dalam perkembangan sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan isu itu tidak perlu dibesarkan.

“Tak perlu kecoh tentang kangkung. Najib bagi contoh bukan semua benda naik harga. Ada yang naik sebab faktor cuaca dan lain-lain Rasional sedikitlah,” katanya yang dipetik melalui laman mikro, Twitter, hari ini.

aku kata:
" Orang bijak bisa mengubah fikiran, sementara orang yang bodoh tidak akan pernah mahu. "



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, January 12, 2014

We retire young in order to get rich



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Kawan 1 : Saya sekarang cuti tanpa gaji 2 bulan & telah hantar notis untuk resign...
Kawan 2 : Mmg la kau kena cuti tanpa gaji kalau tak macam mana kau mahu gerak sana sini buat bisnes...

Saya hanya tersenyum mendengar KOMEN kawan 2....teringat kata2 Robert T.Kiyosaki dalam buku beliau yang ke 5 RETIRE YOUNG , RETIRE RICH...

'We retire young in order to get rich. One of the advantages of retiring young is that we now had the FREE TIME to get RICH!!"

jadi,JANGAN PERNAH pertikaikan apa yang orang lain buat hari ini, JIKA kita juga masih belum BERJAYA...Kita yang lebih memahami KEPAYAHAN HIDUP selama ni...kita yang LEBIH PERLU TAHU impian kita untuk siapa..kita juga yang MENCORAK arah tuju kehidupan kita ... 




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, January 9, 2014

Susah tak jadi MR MAMA??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Baru-baru ini aku agak sibuk dengan kerja,kursus.kerja.kerja dan kerja..pernah kerja dari 7pagi sampai 10malam NON stop!! kaki krem..tangan menggeletar kerana tak cukup makan..eh,tak makan..serius!! tak pernah orang sakit begitu ramai.Ramai yang mengada-ngada..jadikan nurse ni macam hamba..kejap-kejap panggil..haih~banyak kerja tergendala weh..

Okey,bukan itu yang aku nak cerita.Yang aku nak cerita tentang Mr PPP yang terpaksa jadi Mr Mama bila time aku kerja malam dan time aku sibuk..
komen pertama dari dia bila aku balik kerja malam adalah MENGANTUK.sebabnya anak aku tidur jam 2 pagi..hehe.

Tak kena tak tahu..itulah hebatnya seorang ibu...boleh berjaga malam jaga anak dia yang tak nak tidur..then pagi bangun macam biasa untuk pergi kerja..ataupun korang boleh bayangkan ditempat aku..aku pergi kerja jam 9malam.Automatik Mr PPP ambil alih jaga anak.

Dah kerja dah tentulah aku tak tidur..balik kerja jam 7pagi..kena sambung jaga anak yang dah tentulah tak nak tidur dah..kena buat kerja rumah...malam masuk kerja lagi???tidur 2 jam je sehari..tu pun tak berkualiti..hehe

Ada juga dikalangan bapa-bapa ni yang boleh jaga anak sementara isteri pergi bekerja..contohnya Ben Ashaari..Aku suka bila ada dikalangan bapa-bapa ni yang ambil tahu sedikit tentang nak jaga anak..sebab,kadang-kadang kebanyakan daripada mereka menyerahkan 100% penjagaan anak kepada isteri..sekurang-kurangnya bantulah mereka..

p/s: agaknya kalau seorang ibu buat blog cerita pasal 10 orang anak dia MELETOPP tak??hehe




Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, November 29, 2013

Kisah orang kedekut



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Kisah Pada Suatu Hari di Solat Juma'at

Seorang anak muda duduk dalam masjid menunggu khutbah jumaat, melihat dengan tidak begitu senang kepada kotak sumbangan yang ditolak ke arahnya.....

Dia membuka dompet memilih2 duit....

Akhirnya dengan berat hati dia memasukkan 50sen ke dalam tabung dan menolak ke sebelah..

Tiba2 seorang pakcik di belakang menepuk bahunya dan memberikan dia 2 keping duit rm50!!

Terkesima kejap budak tu, tapi dia terus masukkan juga duit tu ke dalam tabung dan ditolak ke tepi..

Dia menoleh ke belakang dan berkata

"Banyaknya pakcik sedekah, sikit2 dah lah pakcik.. Sayang lak rasa"..

Pakcik tu senyum sambil geleng kepala dan berkata....

"Sebenarnya tu duit kau yang jatuh dari dompet tadi..."

JANGAN BERKIRA UNTUK BERSEDEKAH.. SEBENARNYA ITULAH BAHAGIAN KITA..

Yang ada pada kita harta waris kerana belum tentu bahagian kita. [PETUA IMAM SYAFIE]



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tarikh penting dalam islam 2004/1435-1436H



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Thursday, November 28, 2013

Gaji Nurse 6 Bulan tak usik???ohmaiiii



Assalamualaikum wbt.. 

{。^◕‿◕^。}

Tak perlu fikir lama...5 tahun je...
Adakah 5 tahun akan datang kita masih melakukan aturan yang sama..??kerja...hujung bulan dapat gaji,awal bulan tunggu gaji...??

tepuk dada...pandang atas..hihi
Aku bukan mengejar kekayaan tetapi aku mencari peluang untuk menyimpan apa yang termampu agar aku dapat memberikan kehidupan,pembelajaran yang baik untuk anak2..walaupun harta bukan segalanya,ia sudah menjadi satu keperluan bukannya kehendak...
Apakah mampu membeli sekilo gula jika tiada duit?fikir sahajalah...

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang!!

betul lagu tu..dan kita ni selalunya diulit mimpi..melayan lagu.kalau aku kaya...tapi..tanpa sedar kita tak buat apa-apa..

Kalau dulu aku juga seperti yang lain..menunggu hujung bulan untuk menikmati gaji..tapi hanya mampu bertahan beberapa hari..masuk hari kelima..sama seperti sebelum hari gaji...hutang tak berbayar malah bertambah!!
Sekarang??hidup aku jauh lebih baik..duit gaji dah 6bulan tak usik..Alhamdulillah..
mampu menyimpan lebih daripada apa yang aku mampu dulu..

Korang juga nak jadi seperti aku? boleh saja..
be my friend...motivasi percuma..hehe


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, November 15, 2013

Peluang Dropship Produk kesihatan



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Hey...hey..siapa yang berminat untuk join dropship produk kesihatan di Facebook.ini peluang terbaik untuk korang..peluang bekerja dari rumah dengan keuntungan/komisyen 5% dan bonus 10%...
korang rajin korang dapat lebih..

tak susah..korang hanya perlu beriklan..segala urusan pos akan diuruskan oleh pihak mereka..
jom tengok iklan mereka...

KAMI SEDANG MENCARI 10 ORANG AHLI UNTUK DROPSHIP PRODUK KAMI

KOMISYEN
Anda mendapat komisyen sebanyak 5% daripada harga barang.
contoh produk Enertri:
harga enertri RM488
setiap kotak anda jual anda mendapat 5% komisyen iaitu RM25.
jualan >5 kotak produk/5barang dalam sebulan..anda mendapat bonus 10%
jadi,
komisyen 1 kotak=rm25
5kotak= rm25 x 5 =rm125
tambah bonus 10%=rm50
jadi jumlah komisyen 5% x 5 + bonus 10% =RM175.
Lebih banyak barang anda jual,lebih banyak komisyen + bonus anda dapat.


JIKA BERMINAT,KOMEN "SAYA NAK DROPSHIP" di SINI



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, November 10, 2013

Orang miskin mudah masuk syurga??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Diantara sekian banyak do’a-do’a yang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ajarkan kepada umatnya adalah:
“Allahumma ahyinii miskiinan, wa amitnii miskiinan, wahsyurnii fii jumratil masaakiin”.
Artinya: "Ya Allah! Hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, dan matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan kumpulkanlah aku (pada hari kiamat) dalam rombongan orang-orang miskin".
Do’a ini tidak ada seorang muslimin pun yang berani mengamalkannya, atau paling tidak sangat jarang sekali, lantaran menurut tabi’atnya manusia itu tidak mau dengan sengaja menjadi miskin.Padahal yang betul maksud miskin di dalam do’a Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam ini ialah: “Orang yang khusyu dan mutawaadli (orang yang tunduk dan merendahkan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala)”. Sebagaimana hal ini telah diterangkan oleh Ulama-ulama kita:

Orang-orang miskin akan masuk syurga dahulu berbanding orang kaya yang beriman sekalipun
Apakah setelah membaca ayat diatas korang rasa takut untuk menjadi kaya?? 

Islam tidak menjadi musuh kekayaan asalkan si kaya seorang yang taqwa.
Bahkan dengan kekayaan itu seorang dapat memperoleh ganjaran yang besar dan darjat yang tinggi seperti berjihad dengan harta sebagaimana yang Allah perintahkan, menunaikan zakat harta, infaq dan shadaqah,ibadah haji, mendirikan masjid-masjid,  dan sekolah-sekolah Islam, membantu anak yatim dan perempuan-perempuan janda dan lain-lain yang membutuhkan harta dan kekayaan.
Nabi Shallalahu ‘alaihi wa sallam pernah mendo’akan Anas bin Malik: “Ya Allah ! Banyakkanlah hartanya dan anak-anaknya serta berikanlah keberkahan apa yang Engkau telah berikan kepadanya”. [Hadits Riwayat Bukhari (7/152, 154,161 dan 162). dan lain-lain]


sumber

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Wednesday, October 30, 2013

Cari Side Income/Part time



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

"Zaman sekarang ni, gaji setakat RM2000 memang tak cukup...bayar kereta, rumah, belanja dapur, belanja anak-anak ke sekolah,kalau yang ada anak kecik..nak beli pampers lagi...fuh!! nampak gaya kena bentang bajet untuk isi rumah sendiri ni"

PELUANG UNTUK PERUBAHAN

Itulah kebanyakan luahan orang-orang kita hingga boleh menjurus pada hal-hal yang tak patut akibat masalah kewangan..ya,memang susah bila kerja makan gaji..gaji tak seberapa tetapi kerja penat kemain...
macam aku,kerja sebagai nurse..orang luar pandang macam kaya dah.gaji besar katanya..haih!! mana nak adanya gaji besar korang oiii..kalau gaji setakat 3-4 ribu,dah anak ada dua,tak ke mananya gaji tu..
kenapa aku kata macam tu?  sebabnya,orang yang kerja gaji lagi mahal daripada aku pun asyik merungut juga..haha.

So,aku buat keputusan nak cari side income..buat part time..dan Alhamdulillah..aku jumpa dengan orang yang betul..part time yang memerlukan kita bersedia untuk belajar dan diajar..sedia memberi komitmen..dan paling aku tak risau..senior-senior yang tak sombong langsung untuk menolong..

yang paling aku suka part time ni takde jual-jual barang..hehe..so simple!!
tetapi gaji aku,aku boleh menyimpan.Alhamdulillah..Lagipun, waktu bekerja yang amat flexible.tak kisah! aku pun boleh bawa anak aku sekali...

Setakat ni..keuntungan tu aku dapat buat akikah anak aku,belikan mak aku kerusi baru..balik kampung pun tak risau nak bagi duit 4-5 ratus dekat mak ayah dan mertua..Alhamdulillah..Dan,kalau ada rezeki nak berhenti kerja makan gaji  dan jadikan part time ni sebagai full time..apa nak kisah sebab aku dah lihat ramai yang berjaya..






Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Monday, October 28, 2013

Kira tarikh persaraan



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Nak tahu bila korang wajib bersara??Jom klik sini

ni aku punya...wajib bersara pada tarikh lahir aku...bahagianya...hewhewhew





Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Saturday, October 26, 2013

Ibu Bapa perlu belajar CPR



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Kita semua sudah semestinya nak mengelakkan seorang bayi dari tersedak,tercekik..tapi,perkara tersebut tidak dijangkakan..seperti mana yang aku alami semalam..arghhhh!! fobia-fobia..
Namun,disebalik kejadian tersebut,aku rasa amat bersyukur kerana bergelar seorang jururawat..dan aku bersyukur kerana ilmu-ilmu yang aku pelajari mampu menyelamatkan nyawa anak aku sendiri..

Apa yang terjadi semalam membuat aku betul-betul takut..aku langsung tak boleh tinggalkan anak aku sekarang..takut berulang lagi..

Petang semalam..aku bagi syrup pcm untuk anak aku sebab dia demam..macam biasa la aku bagi guna syringe..bagi sikit-sikit..namun,tak aku sangka..suapan terakhir ubat tu,dia tak telan..tetapi bersin.lalu menyebabkan ubat tu terkeluar ikut mulut dan hidung...aku angkat dan tepuk-tepuk belakang dia dan sapu hidung dengan mulut dia..tetapi,aku tengok dia tak boleh bernafas...mata dah tengok keatas..
serius aku memang panik bila ditepuk belakang pun masih macam tu.Dia tak batuk-batuk..kaki tangan dia dah kejang..susah bernafas.

Aku dah tak fikir panjang,aku sedut hidung dengan mulut dia untuk keluarkan ubat yang masih ada sisa..aku buat back blow dan chest thrust..
Back blow and chest thrust

bila aku tengok ada lagi ubat dan air liur dia keluar,aku sedut lagi guna mulut..keadaan tak berubah..sambil buat aku suruh irfan,anak sulung aku call abah dia yang baru saja keluar untuk cuci luka di rumah salah seorang pesakit..aku buat sampai la anak aku batuk-batuk..Alhamdulillah..
aku tepuk-tepuk lagi belakang dia supaya dia boleh bernafas..tetapi dia masih kelihatan sukar nak bernafas..bila abah dia sampai,bawa anak aku ke klinik.pergi sedut dekat sana..

Masa aku tengah buat back blow dan chest thrust tu.aku fikir aku akan kehilangan anak aku..sungguh aku tak sanggup!!

so,mothers and fathers kat luar sana..belajarlah CPR..mungkin korang akan memerlukannya satu hari nanti..percayalah!




aq



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Tuesday, October 22, 2013

Hujung bulan dapat gaji..awal bulan gaji habis??



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}


Sampai bila nak kerja macam ni.kerja penat..hujung bulan dapat gaji..awal bulan gaji habis..??

orang BIASA akan jawab 



"tak apa dah biasa hidup macam ni"


orang HEBAT akan jawab macam mana?


Orang hebat akan cakap kalau tu la jawapan korang,sebab itulah hidup korang pun biasa-biasa je..yes..sangat tepat!!

Biarlah..sebab itu sendiri pilihan korang..korang sendiri rasa selesa hidup dalam kepompong macam tu..korang suka hidup macam robot.jadi kuli..cukup bulan pergi ATM cucuk duit gaji..awal bulan korang termenung macam mana nak dapat duit lagi..setiap bulan akan ulangi perkara yang sama..TANPA BUAT APA-APA!!

sampai bila?? sampai pencen,lepas tu harapkan duit pencen...
"tak apa,aku dah biasa hidup macam ni"

see??? sampai bila-bila..ayat yang sama...kalau ada anak bini pun diajar ayat yang sama...
Maka..ambil tindakan sekarang..tindakan korang hari ni mampu mengubah dimana korang berada  10tahun akan datang..

#mohon korang terasa



Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Sunday, October 6, 2013

Nak berubah tak tahu cara



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Ramai di antara mereka yang ingin mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik..tetapi tak ramai yang sanggup mengeluarkan modal..terutama jika modal untuk ke arah perubahan itu agak tinggi bagi mereka..Dalam masa yang sama mereka tak sedar yang dalam kehidupan ini mereka membazirkan banyak duit yang boleh dijadikan modal mereka..

Jika benar-benar sanggup berubah..modal yang tinggi tidak akan mengubah pendirian mereka..sedangkan melakukan perubahan dengan modal yang kecil pun dah berkira-kira nak START..bilakah mereka ini akan berubah??

kenapa aku gunakan perkataan mereka dan bukan kita? sebab aku dah mengambil peluang yang sedia ada untuk melakukan perubahan...kadang-kadang peluang dah depan mata..tetapi mereka masih takut-takut..

kepada yang masih berkira-kira untuk melakukan perubahan,
kepada yang ingin berubah tetapi tak tahu caranya..jom buat baik dengan Arra Ahmad ni..hehe


Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

Friday, October 4, 2013

Simpan, jimat + jana duit 21 hari



Assalamualaikum wbt.. 
{。^◕‿◕^。}

Adakah anda sering rasa buntu mengenai keadaan kewangan anda? Apa kata cuba ikuti aktiviti 21 hari untuk menyimpan, berjimat dan menjana duit ini untuk memperbaiki kewangan anda.
HARI 1: Jejak segala perbelanjaan anda 
Tidak kira perbelanjaan besar atau kecil, catitkannya dan jejak wang keluar dari poket atau bank anda. Setiap transaksi perlu direkodkan kerana sekiranya anda tidak menjejaki kewangan anda, anda pasti akan lupa dan tidak tahu ke mana wang anda pergi di hujung bulan! 


HARI 2: Simpanan secara automatik 
Lakukan simpanan secara automatik. Lakukan arahan kepada bank anda untuk membuat pemindahan wang secara automatik setiap bulan. Dengan cara ini, ia memberi jaminan pada diri anda sendiri untuk sentiasa menyimpan sejumlah wang setiap bulan. 


HARI 3: Laburkan wang simpanan 

Bukan saja menyimpan wang, pastikan wang yang disimpan dilaburkan. Tidak perlu melabur pada sesuatu yang anda tidak faham seperti pasaran saham. Mula membaca dan memantau pelaburan seperti unit amanah atau dana bersama. Kunjungi bank dan pelajari risalah mengenai jenis pelaburan yang disediakan. 


HARI 4: Simpan wang untuk kecemasan 

Mulakan simpanan wang untuk kecemasan. Sebagai tambahan, ini adalah satu keutamaan kerana malang tidak berbau. Sebaiknya, ketepikan perbelanjaan anda sekurang-kurangnya untuk enam bulan akan datang. Dana ini adalah dana kecemasan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga pada punca pendapatan anda. 


HARI 5: Rancang perbelanjaan anda 

Lakukan perancangan yang rapi berhubung perbelanjaan dan bakal perbelanjaan anda. Fikirkan wang masuk dan wang keluar untuk beberapa bulan akan datang dan lakukan bajet supaya dapat mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan akan datang di samping tidak mengganggu perancangan menyimpan anda. Tanpa perancangan wang, anda merancang untuk gagal dalam hal kewangan. 


HARI 6: Hentikan penggunaan kad kredit 

Bagi mereka yang sering menggunakan kad kredit, pasti ini agak sukar. Tetapi untuk berjaya dalam kewangan, sememangnya perlu lakukan perkara yang susah. 

Hentikan penggunaan kad kredit terutama dari segi pembelian barangan yang tidak diperlukan. Bulan ini, tinggalkan kad kredit di rumah dan gunakan tunai untuk transaksi. 


HARI 7: Hentikan keahlian yang tidak digunakan 

Anda memiliki keahlian kelab, gimnasium, hiburan atau sesuatu yang anda sendiri tidak gunakan tetapi melakukan bayaran bulanan? Hentikannya. 

Sekiranya ada, kita sering melewat-lewatkan masa untuk menghentikannya. Kali ini, anda hentikan tanpa perlu berfikir panjang. 


HARI 8: Hentikan perbelanjaan harian kecil yang tidak diperlukan 

Pembelian harian ini mungkin membabitkan gula-gula, majalah ataupun sekotak rokok. Anda juga boleh menghentikan lawatan ke kedai mamak dan kurangkan makanan yang tidak sihat. 

Mengurangkan perbelanjaan yang kecil di sana dan sini, akhirnya akan membuatkan simpanan yang besar. 


HARI 9: Jaga kesihatan dan kurangkan perbelanjaan 

Jaga kesihatan, lakukan senaman setiap hari dan amalkan pemakanan yang sihat. Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan gula. Dengan menjaga kesihatan, pastinya kos perbelanjaan perubatan juga akan diminimumkan pada masa akan datang. 


HARI 10: Simpan untuk hari tua anda 

Buka tabung untuk hari tua anda. Mungkin anda sudah mempunyai simpanan KWSP, tetapi sering kali simpanan KWSP tidak mencukupi apabila bersara kelak. 

Lakukan simpanan khas berasingan kerana tiada kemudahan pinjaman untuk bersara kelak. 


HARI 11: Urus bayaran hutang anda 

Anda mempunyai hutang rumah, kereta atau kad kredit? Tiba masanya untuk anda menguruskannya dengan lebih strategik. Pelajari bayaran faedah yang diperlukan. 

Sekiranya boleh dan berbaloi, ubah pinjaman anda ke institusi kewangan yang menawarkan faedah yang lebih rendah. Kemudian dengan cara strategik, lakukan bayaran balik secepat mungkin mengikut kemampuan anda. 

Wang yang anda jimat daripada cabaran hari yang lepas boleh digunakan untuk melangsaikan hutang dengan lebih cepat. 


HARI 12: Tawar menawar 

Jangan lupa tawar menawar apabila membeli barangan di kedai. Bunyinya agak kedekut bagi sesetengah orang, tetapi sering kali sekiranya anda bijak menawar, pastinya penjual boleh memberi sedikit diskaun walaupun kecil. 

Jangan lupa, simpanan yang sedikit akan menjadi pelaburan yang besar kelak. 


HARI 13: Telefon bimbit dan siaran televisyen 

Periksa kembali pakej telefon bimbit dan siaran televisyen anda. Adakah ia pakej terbaik dan anda gunakan secara optimum? 

Adakalanya anda boleh kurangkan pakej bayaran telefon bimbit dan juga siaran televisyen kerana anda tidak menggunakannya secara optimum. Mana tahu, ada saluran yang anda tidak pernah buka dan anda boleh memotongnya sekali gus menjimatkan belanja bulanan. 


HARI 14: Cari jualan istimewa 

Apabila perlu berbelanja, cari tempat yang menawarkan harga istimewa. Begitu juga dengan makan minum, terdapat restoran yang menawarkan harga diskaun pada waktu dan hari tertentu. Tugas anda adalah berbelanja dengan penuh hemah dan merancang tempat dan masa anda perlu melakukan pembelian untuk menjimatkan wang. 


HARI 15: Tambahkan nilai diri anda 

Pelajari skil baru. Dengan menambahkan ilmu, anda akan dapat menambahkan nilai anda dalam sesuatu industri. 

Menerusi tambahan nilai itu, ia meletakkan anda dalam keadaan yang lebih baik untuk dinaikkan pangkat ataupun sekiranya menjalankan perniagaan, menambahkan bayaran untuk perkhidmatan perniagaan anda. 

Apakah tempat terbaik untuk melaburkan wang anda? Laburkan pada ilmu untuk meningkatkan nilai diri anda. 


HARI 16: Hentikan perbelanjaan emosi 

Tidak kira lelaki atau wanita, manusia adalah insan yang beremosi. Ketika membeli juga adalah keputusan emosi yang sering menguasai diri. Perhatikan keadaan apabila anda ingin membeli sesuatu yang mengikut emosi dan bukan sekadar logik. Dikhuatiri keputusan pembelian mengikut emosi satu keputusan yang silap. 

Tunggu sebelum membeli. Sekiranya ingin membeli sesuatu yang agak tinggi harganya, tunggu seminggu sebelum membeli supaya dapat memikirkan keputusan itu dengan lebih mendalam. 


HARI 17: Minta kenaikan gaji 

Ya, sekiranya anda rasakan nilai anda bertambah lebih daripada apa yang dibayar, apa kata duduk dan berbincang dengan majikan secara baik. Berikan sebab anda rasa anda layak diberi kenaikan gaji berserta rekod dan bukti pencapaian anda. 

Kalau anda tidak minta kenaikan, sudah pasti tidak dapat. Tetapi sekiranya anda minta, peluang untuk mendapat kenaikan sudah ada. 


HARI 18: Belajar cara menjana pendapatan sampingan 

Fikirkan cara menambahkan aliran pendapatan anda. Daripada hanya bergantung kepada satu punca pendapatan, fikirkan cara mendapat pendapatan tambahan. 

Mungkin anda boleh melakukannya dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan, perniagaan Internet atau menawarkan sebarang perkhidmatan mengikut kebolehan dan skil anda. 


HARI 19: Biayai semula pinjaman rumah 

Pernah anda terfikir mengenai pembiayaan semula pinjaman rumah anda? Prosesnya menjadi semakin mudah namun anda perlu mengetahui sama ada langkah itu berbaloi mengikut keperluan anda jangka panjang. Membiayai rumah dapat mengurangkan bayaran bulanan rumah anda. 


HARI 20: Pelaburan yang lain 

Mungkin tiba masanya untuk anda lebih mendalami pelaburan. Sekrianya selama ini hanya melabur di institusi kewangan, apa kata anda mula pelajari pelaburan hartanah, emas, perak, saham dan pelbagai bentuk pelaburan lain. 

Terdapat banyak platform pelaburan untuk dipelajari. Apa yang penting,cari ilmu terlebih dulu dan lakukan pelaburan mengikut minat anda dan bukan kata-kata orang. 


HARI 21: Belanja diri anda! 

Ya, walaupun perkongsian 21 hari ini lebih kepada menjimat, menyimpan dan menjana wang, jangan lupa juga ada masanya anda perlu belanja diri anda sendiri sebagai ucapan tahniah kepada anda kerana berjaya mengawalkewangan anda. 

Cuma jangan jadikan ini alasan untuk berbelanja besar. Belanja diri sendiri mengikut kemampuan asalkan anda bahagia dan teruskan momentum menjimat, menyimpan dan menjana pendapatan diri anda untuk hari yang akan datang!

Metro 2013/10/04

Terima Kasih..sila komen,klik nuffnang dan churp2 jika suka entry ini

 
Allright reserved by ARRA AHMAD copyright@2012 Designed by DIARISIFROGGIE