Assalammualaikum..
Dah lama rasanya tak update pasal anak-anak..So kali ni giliran Medina Amani yang lebih selesa dipanggil KAKAK! "Medina ke kakak?" "Kakak" "Kakak ke Amani? "Kakak!" okla kakak pun kakak la..
Sedikit info:
Sebenarnya saya tak suka dengan panggilan Kakak, Abang, kepada anak-anak saya, sebab saya pernah terbaca atau mendengar Ustaz (tak ingat) pernah membincangkan bahawa seeloknya panggillah anak anak kita dengan panggilan nama mereka sendiri..Ini kerana sekiranya jika kita memanggil anak2 kita dengan panggilan Kakak, Abang, dikhuatiri mereka susah untuk mendengar dan mengikut cakap ibu bapanya kerana kita telah memanggil mereka dengan panggilan yang lebih tua (pangkat kakak dan abang )..jadi seeloknya jauhkan dengan panggilan sebegitu.. Waalahua'lam..
Ok berbalik dengan Milestones Medina yang saya rasa sangat positif seiring dengan usianya..
Medina ni saya kena treat dia lain sikit..dia sangat sangat sangattt berbeza dengan Aqil..Aqil sangat mendengar kata dan menurut perintah yang jitu..Kalau Medina ni jangan harap nak buat dia ikut cakap kita..saya n hubs tak boleh berkeras langsung dengan dia..kalau kita berkeras, dia takkan ikut dan dengar..kalau cakap baik-baik secepat itu dia akan ikut!oleh kerana itulah Medina ni sangat lah manja..kita kena ikut cakap dia, tak boleh tidak, kalau tak, dia akan mengamuk dan menangis tapi sekejapan, dalam masa sesaat pon boleh berhenti tangisan tersebut bila kita pujuk dia balik.. Sooo drama queen!
Sekarang ni hobi dia adalah make up..menyanyi dan menyanyi..sampai tak larat nak dengar suara dia yang taklah sedap mana kan..hihihi..Kalau dah bersiap tu, cecepat tadah muka..nak make up..nak pakai lip tik!adoi doi lah anak..(Belajar dari mil's side)huhuhu
Dah pandai baca doa tidur..
Asik nyanyi nursery rhymes..twinkle2..baa baa blackship..
Addicted to tab..(lately dah kurang sikit sbb mommy sorok tab dia)..huhuhu
Bila bukak tab, asik bukak utube..
Bila mommy tak bagi bukak tab.."Bagilah mommy..sikiittt je..satuu jee kakak nak tengok mother finger"dahlah siap bukak mimik muka tau!
Bila kita marah marah dia..dia akan ckp plk camni.."ape ni?asyik marah jee"
"tak boleh cubit tau..tak baik"
Kalau adik nangis,"takpe takpe..jangan nangis..kakak ada" sambil peluk adik padahal adik paling lah tak suka dia..sebab dia suka sakt adik..letak tangan kat muka adik dia lah..cucuk mata adik la..haih..annoying sangat adik dia pun!hihih
Potty Train:
Actually Medina dah berjaya lah jugak untuk tidak memakai pampers since dia pandai cakap kan..so bila weekend, saya train dia bebetul, dan hari Ahad tu selalunya dia berjayalah seharian tak pakai pampers walaupun pernah Ter Poo poo dalam seluar sambil dia berjalan datang kat Mommy dan sedang memegang
taik dia..kikiki..tapi itu dimaafkan!
So bila weekdays, saya pesanlah jugak kat bibik yang dia dah pandai tak pakai pampers, so tak payahlah pakai pampers tau..TAPI ..bila sekali Medina terkucil atas kerusi ke mana ke, terus dianggap tak berjaya dan diorang give up!
So saya sangatlah frustrated!sebab diorang xnak usaha dan membantu saya..terus saya feel like nak berhenti kerja lah,!ahahah semata..sebab time Aqil dulu,saya jugak lah yang train dia walaupun dua minggu terkucil sana sini..standardlah kan?time tu saya tak kerja..so saya yang train Aqil..
Haih..ntahlah..hopefully diorang akn lebih supportive lepas ni..Amin!
Overall..perkembangan Medina ni sebenarnya sedikit cepat berbanding Aqil esp on non educational activities like Cakap,nyanyi..tapi kalau bab educational like ABC order 123 semua menang kat Aqil..
For me..cukuplah Medina pandai berkawan, bawak diri dan menjaga diri sendiri dengan baik itupun cukup menggembirakan hati saya..
Cuma tak tahan, suka merengek dan buat bising bila Adik dalam buaian..tab addictive tu perlu dikurangkan dan all negativity must faster go away from her life..
Semoga Medina membesar dengan sihat dan bijak dunia akhirat..Amin!