Showing posts with label Ramadhan Stories. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan Stories. Show all posts

Saturday, May 16, 2020

10 Hari Terakhir Ramadan

Assalamualaikum.

Selamat hari sabtu.

Hari ini sudah hari ke 23 kita berpuasa. Sekejap saja rasanya. Kali ini memang betul-betul rasa sekejap. PKP ini lagi cepat masa berlalu. Seminggu saja lagi mahu menyambut kedatangan Syawal. Waktu-waktu macam ini sudah teruja mahu pulang ke kampung.

Tahun ini kita beraya di perantauan. Tak dapat beraya di rumah sendiri. Rumah sendiri satu hal. Tiada kunjungan ke rumah mak-mak sekalian.

Rumah mak di Melaka.
Rumah mak mentua di Melaka.
Rumah sendiri di Melaka.
Aku orang Melaka.
Kerja di JB.

Begitulah.

Bagaimana dengan 10 hari terakhir Ramadan ini?
Sayu saja rasanya.

Masih mengejar apa yang sepatutnya dikejar. Semoga apa saja amalan kita di bulan yang mulia ini akan diterima oleh Allah.

Semoga doa dan apa yang kita hajati akan dimakbulkan Allah. Ramadan tahun ini akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Monday, May 4, 2020

PKP Yang Bersambung

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Mei sudah empat hari membuka tirainya. Aku baru berkesempatan mahu mencoretkan sesuatu di sini. Maklumlah bulan Ramadan ini sibuk ke lain. Alhamdulillah, walau masih duduk di rumah aku masih lagi bertenang dan tak ada masalah kemurungan.

Entri kali ini sudah tak larat nak menghitung hari berapa. Kita habiskan saja masa-masa di rumah ini dengan gembira sekali. Gunakan masa ini sebaik mungkin yang mana kalau kita sudah bekerja kita akan terkejar-kejar untuk membuatnya.

Aku coret sikit sepanjang masuk bulan Mei ini. Mengisi masa dengan anak-anak. Menjadikan masa di rumah me time.

Aku beli novel Syu Ariani. Ursula novel baharunya jadi aku beli sekali Aku Ada sebab aku belum ada. Ada lagi sebuah novel SA aku belum ada.

Aku beli dengan penulisnya jadi dapatlah tandatangan penulis.

Bungkusan yang ditunggu sudah sampai.

Aku beli bantal dengan kawan blogger, Kak Ila. Sesiapa nak beli bantal boleh ke IGnya di SINI.

Aku buat puding roti kesukaan isi rumah.

Puding roti yang sudah siap dibakar.

Ini pula untuk diberikan pada jiran-jiran.

Kuetiau goreng.

Suami nak rendang ayam.

Menu kami semalam.

Menu kami hari ini.

Lagi barang yang aku beli dari Shopee.

Barang-barang kuih. Aku beli dah lama baru sampai. Mood nak membuat kuih pun dah tak ada. Tunggu dan lihat sajalah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena, 
Fyda Adim

Wednesday, April 29, 2020

Ramadan Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum.

Selamat malam semua.

Salam 6 Ramadan 1441. Sekejap saja sudah nak seminggu kita berpuasa. Tahun kedua kami berpuasa di perantauan. Aku baru ada berkesempatan nak menulis di sini. Memandangkan Ramadan kali ini kita sambut dalam PKP dan duduk di rumah, jadi segala kerja-kerja di rumah agak tersusun dan tidaklah huru-hara.

Ada banyak masa nak solat, nak mengaji, nak membaca, nak memasak. Sesungguhnya ada hikmah di sebalik semua ini. Kita kena berlapang dada dan berfikiran secara positif. Jangan wujudkan suasana negatif kerana cukuplah yang kita lalui ini sudah memberi kesan pada diri kita.

Hari ini sudah 43 hari kiranya aku duduk di rumah. Kalau beranak esok hari terakhir pantang. Aku ada masa untuk melihat anak-anak aku. Dulu sibukkan nak uruskan anak-anaklah, nak cuti tanpa gajilah, ini sudah Allah berikan waktunya. Jadi tak perlu merungut walaupun dalam hati terselit rasa sedih sebab tak dapat balik Melaka, tak dapat tengok rumah, tak dapat jumpa mak ayah dan keluarga.

Selama enam hari berpuasa, cuma sehari aje aku tak memasak sebab tak sihat. Kami memesan di PH Delivery. Hari yang lain aku masih memasak seperti biasa.

Menu untuk puasa hari pertama. Nasi limau purut. Ulang masak atas permintaan Dak Nana. Tauhu begedil aku beli frozen aje.

Nasi ayam untuk hari kedua berpuasa.

Aku buat sagu gula melaka.

Aku beli susu Nilofa dengan kawan aku secara pos. Menyokong kawan-kawan meniaga.

Hari ketiga aku tak memasak. Beli pizza saja. Pertama kali beli delivery sejak duduk di JB ni.

Hari keempat aku cuma masak bihun Singapore.

Buat tepung pelita untuk Dak Nana.

Kebetulan boba yang dibeli dari Shopee pun sampai jadi suami buatlah teh boba.

Hari kelima aku masak nasi lemak. Bubur lambuk ada orang beri.

Kemudian masak ayam goreng pedas ala Korea.

 Aku buat kacang goreng sambal dengan ikan bilis dan kentang.

Menu untuk 6 Ramadan 1441, aku rebus ketupat segera, rendang daging dan lontong. Kemudian aku buat onde-onde.

Inilah rupa onde-onde aku. Pertama kali membuatnya. Sungguh berposak sebab nervous. Aku memang cuak sikit kalau bab buat kuih-kuih tradisional ni.

Itu saja serba-sedikit coretan sepanjang Ramadan dalam tempoh PKP ini. Harapnya kita dapat kembali dengan kehidupan asal kita. Rindu sangat-sangat.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Friday, April 24, 2020

Salam Ramadan Buat Semua

Assalamualaikum.

Salam Ramadan Al-Mubarak buat sahabat semuanya.

Mohon ampunkan salah dan silap saya andai ada yang mengguris hati tidak kiralah secara lisan mahu pun tulisan.

Semoga kita beroleh Rahmat, Keberkatan dan KeampunanNya dalam bulan ini.

Aamiin.


Salam pena,
Fyda Adim


Friday, July 12, 2019

Gathering Bersama Le Familia

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Baru berkesempatan nak menulis di sini setelah beberapa minggu blog ini menyepi. Aku sedang sibuk mengejar deadline. Itulah yang tak sempat nak menulis di blog ini. Banyak cerita yang tertangguh untuk dikongsikan di sini. Terlalu banyak.

Cerita raya satu pun belum aku titipkan di sini. Mesti tulis untuk kenangan akan datang. Nanti bila rindu-rindu boleh baca semula blog ini. Sebenarnya ada aje aku up di socmed lain tapi kalau kat blog lain sikit rasanya.

Sebab boleh tulis panjang-panjang. Kalau dekat IG atau FB aku sekadar up gambar dengan caption pendek walaupun kadang-kadang tersasar tulis caption panjang-panjang.

Baiklah. Entri ini masih berkisarkan mas bulan Ramadan. Masa ini 28 Ramadan 1440. Waktu ini kami sudah berjanji untuk berkumpul masa berbuka puasa. Adik-beradik, sepupu dan anak-anak buah. Kebetulan waktu ini semua sudah ada di Melaka sebelum ada yang berangkat pulang ke kampung pasangan.


Alhamdulillah. Perancangan kami untuk berbuka puasa bersama berjalan lancar. Meriah. Walaupun sesi berkumpul kali ini tiada lagi Obek Nah, namun namanya masih meniti di bibir kami. Tidak sesekali pernah kami lupakan arwah. Rindu obek!


Seronok bila berkumpul begini.


Beginilah kami kalau berjumpa. Bergambar tak sudah.

Inilah kaum wanita dalam keluarga.

Menu kami hari itu.

Nais kerabu dan lasagna.

Nasi kerabu yang sangat sedap. Air tangan anak buahku. Memang sedap gila.

Kemudian kanak-kanak bermain bunga api.

Dalam masa menengok budak-budak main bunga api, rupanya kat dalam ada yang sedang menjalankan misi. Aku masuk rumah tiba-tiba ada kejutan hari lahir aku yang jatuh pada hari tu. Terharu sungguh.

Aku dan pak encik.

Aku genap 36 tahun.

Terima kasih pada anak buah yang bersusah payah membuat kejutan untuk bibik.

Mak-mak bersama anak-anak.

Inilah anak buah aku yang masak nasi kerabu.

Ada pula yang menyibuk belakang tu.

Dari dalam kami keluar pula untuk bergambar. Hahaha.

Sesi nak potong kek. Terima kasih semua.

Geng perempuan mesti bergambar.

Malam tu kami bergambar beramai-ramai serta buat video ucapan.

Sesi bergambar memandangkan raya pertama ada yang tak ada. Bergambar awal lah.

Ini video ucapan kami.

Hidup ini sebuah kenang-kenangan. Simpanlah cerita yang indah-indah dalam relung hati paling dalam. Sekian terima kasih.

Salam pena,
Fyda Adim







Saturday, June 22, 2019

Setibanya Di Kampung Halaman

Assalamualaikum.

Selamat petang sabtu.

Banyak cerita yang tertangguh untuk dituliskan di sini. Rutian harian membataskan memandangkan aku ada banyak kerja menulis yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat ini. Walau macam mana pun blog ini akan cuba ditulis sekerap mungkin. Tanda pagaar sis cuba.

Cerita aku balik Melaka tempoh hari untuk bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Keterujaannya melampau-lampau memandangkan ini kali pertama aku merasa untuk balik ke kampung. Dalam kepala sudah terfikir macam-macam benda nak dibuatnya setibanya di kampung.

Sesampainya aku di Melaka bermacam-macam sudah diaturkan termasuklah moreh bersama Geng Lari. Memandangkan nak berbuka puasa macam tak dapat kami sekadar bermoreh bersama. Janji modus operandinya tercapai.

Ini masakan aku sebelum meninggalkan bumi Johor Bahru. Sebelum bertolak pulang petang itu aku sempat masak nasi goreng untuk menu berbuka kami empat beranak.

Dan juga paru sambal permintaan suami.

Kami bertolak meninggalkan bumi JB dalam jam 11.30 malam.

Kami masuk tol Ayer Keroh jam 1.30 pagi. Alhamdulillah. Perjalanan lancar malam itu. Kenderaan pun tidak banyak.

Indahnya bila sampai rumah sendiri. Home sweet home. Rindu yang amat.

Siangnya ke Romantika.

Tempat ini memang tiap kali nak raya aku pergi dengan kawan JKM aku. Tahun ni ingatnya tak dapat pergi tapi masih lagi dapat bersama.

Itu dia. Myra Mokhtar melayan permintaaan aku mencari pokok pelesu. Terima kasih awak!

Inilah kawan JKM aku. Terubat rindu. Setakat ini aku balik Melaka aje mesti jumpa walaupun kejap.

Projek buat kuih bermula. Dimulakan dengan cornflakes madu petang itu sekembalinya dari Romantika.

Masa ini nak balik rumah mak untuk berbuka.

Beli ayam golek bawa balik rumah mak.

Kemudian malam itu aku keluar moreh dengan Geng Lari. Sorang Ex JKM juga dan sorang masih lagi dengan JKM.

Tema tudung merah malam itu tidak dapat aku tunaikan kali ini sebab tudung merah tak bawa balik.

Dapatlah menyembang dalam sejam dua. Kemudian Kak Zana hantar aku balik.

Esoknya sambung buat kuih lagi. Memang sabtu itu aku sudah beritahu suami yang aku tak nak keluar rumah. Ada banyak kuih aku nak siapkan. Biskut kedua cornflakes coklat.

Hari itu kami berbuka di kedai depan rumah sahaja sebab memang tak ada masa nak memasak. Fokusku hanya pada biskut. Malam itu suami ke Batu Pahat dengan Ammar. Jadi aku tinggal di rumah dengan Adriana.

Biskut ketiga adalah sarang semut.

Kemudian adik singgah rumah sebab aku suruh ambil kuih raya mak yang sudah siap. Anak sulungnya Nayli nak tidur rumah. Jadi adalah dua orang pembantu aku malam itu.

Sudah boleh diharap.

Sebahagian biskut yang sudah siap.

Inilah hasilnya aku bertungkus-lumus dua hari itu.

Sesi membakar berlangsung selama dua hari lebih juga.

Ada pula yang mengorder cornflakes madu.

Ini untuk diberi pada Le Familia. Kami ada sesi berbuka puasa beramai-ramai Ahadnya. Sepupu-sepapat serta anak-anak buah.

Suami mengemas rumah sampai pecah barang hiasan aku.

Aku buat cheese tart untuk dibawa ke majlis berbuka.

Masak lasagna.

Inilah hasilnya.

Cheesetart sudah siap.

Ahad malam balik dari berbuka puasa beramai-ramai aku sambung buat kerja di rumah. Gosok langsir dan pasang langsir. Kerja-kerja itu berjalan dari malam sampai ke siangnya hari Isnin.

Permandangan luar rumah mak.

Isninnya aku ke rumah mak belah petang. Lepas pasang langsir rumah aku, aku pasang langsir rumah mak pula.

 Dapatlah aku kemas rumah mak sekali.

Bahagian ruang tamu mak.

Biskut raya mak aku sudah siap susun.

Pengumuman raya dengar dari rumah mak. Sambil pasang langsir sambil dengar. Mujur ada adik ipar membantu jadi cepat sikit kerja-kerja pemasangan langsir.


Sehari sebelum raya aku sempat lagi sambung buat satu lagi kukis. Sambil masak lauk raya sambil buat kukis.

Inilah hasilnya. Semuanya aku dapat buat empat jenis biskut raya tahun ini. Alhamdulillah. Itu sahaja yang termampu untuk tiga buah rumah. Rumah aku, rumah mak dan rumah mak mentua. Alhamdulillah. Dapat merasa momen ini bersama keluarga tersayang. Aku dapat bermalam sehari di rumah mak.

Tahun ini aku memasak dengan adik ipar. Ini kuah kacang.

Rendang ayam.

Paru sambal.

Kurma kambing mak masak.

Kuah hitam daging mak masak. Masakan orang bawean.

Inilah juadah kami petang memantai itu.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai Bengkel Asas Penulisan Blog boleh klik di SINI.