Assalamualaikum.
Hai.
Selamat pagi. Malam tadi gigih bersengkang mata untuk menulis entri ini. Selesai siapkan barang-barang candy booth untuk empat event hujung minggu ini, aku terus mengadap komputer. Walhal mata sudah sekejap mengecil, sekejap membesar. Tapi oleh sebab hari ini adalah hari istimewa aku sebagai seorang isteri, maka aku titipkan sebuah entri di sini.
Sepuluh tahun yang lepas, tarikh hari ini adalah tarikh keramat aku dan suami. Kami selamat dinikahkan dalam sebuah majlis yang sederhana di Masjid Al-Azim setelah beberapa hari berposak dan berperang dengan banjir.
Iya, aku berkahwin masa banjir. Tahun 2006, waktu itu banjir besar melanda Melaka dan beberapa buah negeri. Waktu itu aku hanya mampu berdoa. Sehari sebelum majlis, dapur sudah naik air. Waktu itu pengumuman dibuat agar penduduk berpindah. Aku sudah siap siaga mengemas beg baju masa tu. Tak tahu nak fikir apa lagi masa itu. Berserah aje kekdahnya.
Aku yang sudah risau tengok air yang sudah cecah pintu rumah, lantas telefon mak andam.
"Kak, bukaklah pelamin akak ni. Rumah saya ni dah nak masuk air."
Mak andam kata "Tak apa, itu bencana alam." Begitulah jawapannya. Termenung depan pelamin sambil menjaga air dengan penyapu.
Sadis tak sadislah majlis perkahwinan aku. Hari jumaat yang sepatutnya aku bernika di rumah dan sepatutnya aku bernikah malam telah diubah. Aku bernikah di masjid dan dibuat selesai solat Jumaat. Kebetulan atau suratan? Sebenarnya suami aku memang nak bernikah di masjid tetapi atas permintaan mak yang nak aku bernikah di rumah jadi buatlah kat rumah. Bila dah banjir, bernikahlah kami di masjid. Aku tak kisah mana-mana, janji menikah. Kahhhh. Getek sangat bunyinya.
Tengahari masa aku bersiap mahu diandam, tiba-tiba mak andam telefon kata tak boleh datang sebab laluan banyak tutup. Sudahnya aku ke kedai mak andam dengan bantuan kawan aku yang bawa ke sana. Sadis kan. Macam rupa pengantin nak lari rumah. Keluar pergi kedai hanya pakai seluar track dengan tshirt. Masa aku keluar rumah air masih lagi tinggi. Redah sajalah. Beberapa jam aku balik dari kedai mak andam, aku tengok air yang tadi tinggi sudah surut. Serius, aku terkejut. Kemanakah perginya air itu?
Dalam tertanya-tanya, aku bersiap salin baju kurung berona biru lembut kemudian terus ke Masjid Al-Azim. Sampai masjid, boleh pula jam tangan di kota hantaran tertinggal. Aku alihkan masa sibuk-sibuk kemas beg masa dengar suruh pindah. Huru-hara rasanya aku masa itu.
Rombongan pengantin lelaki lambat tiba di lokasi sebab jalan jammed akibat banyak laluan yang ditutup masa itu. Sadis lagi kan.
Ayah aku yang menikahkan.
Baru boleh senyum sampai telinga bila selesai akad.
Sebentuk cincin dan seutas gelang buat batal air sembahyang.
Kami sah bergelar suami isteri setelah tiga tahun berkawan. Waktu ini umur aku 23 tahun ye dan suami 26 tahun.
Di atas pelamin yang hampir mahu dibuka.
Bersama keluarga aku.
Suasana di khemah. Aku terperasan dalam gambar ini, ada yang sudah tiada lagi.
Pengantin bersama pengapit.
Zaman-zaman ini laki aku kalau senyum memang senyum terpaksa, tak ikhlas. Gitulah senyuman dia kalau bergambar. Sekarang dia yang over senyum dari aku kalau bergambar. Sepuluh tahun kahwin, sudah pandai berselfie. Gara-gara bininya asyik sibuk ajak bergambar.
Begitulah sedikit rentetan kisah sepuluh tahun yang lepas. Semoga mahligai ini akan berkekalan hingga jannah dan diberi keberkatan kepada kami sekeluarga. Moga ikatan yang tersimpul ini akan tersimpul rapi.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Showing posts with label Anniversary Stories. Show all posts

Thursday, December 22, 2016
Friday, December 25, 2015
Meraikan Ulangtahun Ke 9 Tahun
Assalamualakium dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat petang semua. Baru dapat melunjur kaki. Dari pagi sibuk dengan agenda kami empat beranak. Dalam sibuk sempat melayan sebuah novel mencuit hati. Ke hulu ke hilir aku bawak novel tu dari semalam. Nanti aku cerita novel apa ya.
Petang semalam aku menanti dengan setia kepulangan lelaki si hitam manis. Jam 6.00 petang barulah dia tercongok di depan pintu. Itulah rutin kami sejak tiga bulan lepas. Sadis untuk diri sendiri. Kami laki bini sudah rancang malam tadi nak makan di luar. Bukan rancangan sang suami tapi cadangan sang isteri. Hah! Anak dara dah lama merengek nak makan pizza. Jadi sambil tu menyelam minum air. Kita raikan ulangtahun papa dan mama yang ke 9 tahun.
Anak dara aku malam tadi entah angin kus-kus mana datang sampuk. Keluar nak bertudung. Dia dah sound aku. "Mama banyak koleksi tudung. Nana ada tiga helai je." Baiklah lepas ni kena beli tudung untuk dia pulak. Kalau tak mahu sedas lagi kena.
Datang makan kat sini aku mesti order Spageti Aglio Olio. Sedap. Tak tahulah kut tekak orang lain. Syukur masih lagi diberi peluang untuk meraikan ulangtahun perkahwinan bersama suami tercinta. Ahaks... Itu sahaja entri ringkas petang ini. Ini pun taip guna ipad sambil golek-golek. Heaven sangat! Heaven mendenya kejung jari-jemari aku. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Koleksi Entri
Anniversary Stories,
Apen Famili,
Makan-makan Stories
Tuesday, December 22, 2015
Walimatul Urus Sembilan Tahun Lepas
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat malam semua. Mengisi ruang-ruang kosong ini dengan menulis. Sebenarnya sedang menyiapkan tugasan tetapi itulah banyak sangat rintangan dan halangannya. Semoga dipermudahkan sebab sudah sekian lama tertangguh.
Baiklah, hari ini tanggal 22 Disember 2015 genap sembilan tahun usia perkahwinan aku dan suami. Alhamdulillah, syukur masih lagi diberi peluang untuk memegang gelaran suami isteri. Dalam tempoh ini sudah banyak yang kami lalui bersama. Suka, duka, susah dan senang. Dari tidak punya apa-apa. Yang ada hanya sebuah kapcai. Hehehe...
Kad kahwin kami. Masih tersimpan rapi di dalam album kawin kami. Kenangan.
Kad pun dah bertukar warnanya.
Kami dua hari sebelum genap sembilan tahun. Masih samakah kami? Dulu dan sekarang? Baju nikah aku masih lagi muat kalau dipakai. Syukur alhamdulillah. Semoga kami dapat menjadi pasangan yang bahagia hingga ke jannah dan dapat membesarkan anak-anak bersama. Sekian dan wassalam.

Kami sembilan tahun lepas.
Kami dua hari sebelum genap sembilan tahun. Masih samakah kami? Dulu dan sekarang? Baju nikah aku masih lagi muat kalau dipakai. Syukur alhamdulillah. Semoga kami dapat menjadi pasangan yang bahagia hingga ke jannah dan dapat membesarkan anak-anak bersama. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Koleksi Entri
Anniversary Stories,
Hubby Wifey Stories
Sunday, December 28, 2014
~Sambutan Kecil-kecilan~
Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.
Selamat pagi semua. Selamat berhujung minggu. Pagi ahad yang indah. Hari cuti itu memang ditunggu-tunggu. Pagi ini entri berkenaan sambutan ulangtahun perkahwinan ke lapan tempoh hari. Sambut kecil-kecil sahaja. Apa yang penting kami mengingati tarikh ulangtahun perkahwinan yang bermakna itu. Setelah lapan tahun.
Balik kerja, aku terus on pc. Terdetik dalam hati mahu order pizza. Rasanya sudah sekian lama tak makan pizza hut. Sadis ke tak? Misi berjimat makan di luar sedang diperluaskan oleh aku dan asben. Jadi hari tu kira hari berkecuali.
Order di hujung jari aje. Pilh dan klik menu pilihan.
Jam 8.00 malam tibalah penghantar pizza di muka pintu. Ammar berlari-lari sambil menjerit "Mama, pizza dah datang." Waktu tu maknya di dapur. Berlari-lari si emak ke depan. Kemudian siap-siap untuk makan malam dan tunggu asben balik. Itu sahaja kisah sambutan kami empat beranak sempena ulangtahun perkahwinan kelapan. Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan berkeluarga. Semoga berbahagia selamanya. Amin.
Sekian dan wassalam.
Aku penulisnya,

Monday, December 22, 2014
~Pengantin Baru Lapan Tahun~
Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Tanggal 22 Disember adalah ulangtahun perkahwinan aku dan suami. Tahun 2014 adalah tahun kelapan usia perkahwinan kami. Alhamdulillah. Semoga dipanjangkan jodoh dan berkekalan hingga ke jannah.
Lapan tahun yang lepas sewaktu hari kejadian iaitu hari aku mahu bernikah, rumah aku dinaiki air. Banjir besar masa tu. Tahun 2006 masa tu.
Baru lapan tahun mengharungi alam rumahtangga. Masih jauh perjalanan kami berdua. Masih banyak yang perlu dipelajari. Masih banyak yang perlu difahami antara satu sama lain. Dapat mengharungi suka duka, segala rintangan yang datang dan juga segala kepayahan. Biarlah susah sama susah dan senang sama senang. Doakan kami sekeluarga untuk terus menjadi sebuah keluarga yang bahagia dan sentiasa diredhai Allah. Amin...

Tuesday, December 24, 2013
~Di Hari Ulangtahun Perkahwinan~
Assalamualaikum...
Selamat tengahari semua...Sudah masuk hari selasa. Lebih kurang lagi seminggu kita akan melangkah ke tahun baru. Maknanya umur pun semakin meningkat. Sejak dah memasuki ke angka 30an tidak lagi teruja tentang umur. Sudah semakin tua. Masih banyak lagi amalan yang belum dapat dilaksanakan. Okey, nak cerita kisah di hari ulangtahun perkahwinan aku bersama yang tercinta ahad lepas.
Alhamdulillah, ahad lepas bersamaan 22 Disember 2013 usia perkahwinan aku dan suami sudah genap tujuh tahun. Tujuh tahun melayar bahtera bersamanya dan kami sudah dikurniakan sepasang cahaya mata. Susah senang melalui perkahwinan yang masih lagi di peringkat awalan. Masih banyak lagi yang perlu kami pelajari. Sedangkan lidah tergigit inikan pula suami isteri. Cewahhh...kang ada pula yang nyanyi lagu P. Ramlee ni.
Harapan dalam sebuah perkahwinan semoga jodoh kami berkekalan hingga ke jannah. Siapa yang tidak mengimpikan keluarga yang bahagia kan?Untuk hari itu hanya sambutan kecil kami empat beranak sahaja di rumah. Cukuplah itu untuk kami lebih menghargai antara satu sama lain. Sebelum tengok gambar-gambar yang ada dalam entri ini, nak menjawab pada persoalan kenalan blogger Kyla Pearlisha, masuk kat A Famosa tu dalam RM70. Ada rate untuk hari biasa dan weekend. :D
Mengimbas kembali kisah tujuh tahun lepas. Gambar tengah yang bawah itu adalah hadiah buat hubby dan juga dari hubby untuk aku. Sudah sekian lama aku tak membelikan asben hadiah. Ulangtahun kali ini aku belikan juga. Hadiah wallet dan tali pinggang. Murah je pun. Kalau beli mahal-mahal nanti aku minta duit kat asben. Kikiki..
Datang rajin hari tu, aku baking sebiji kek. Asben suka makan devil's food chocolate cake. Setelah lama tak membakar kek inilah hasilnya. Simple deko daripada aku.
Kek yang sudah dipotong. Separuh bagi kat jiran sebelah rumah.
Ini untuk aku makan.
Kemudian aku masaklah untuk makan tengahari. Asben nak makan ikan pari masak asam pedas.
Goreng sayur sikit.
Dan ini adalah sampingannya. Pembuka selera. Kalau ada sambal belacan lagi sedap tapi dek kerana malas nak menumbuk tidakler terbuat. Itu sahaja kisah ahad lepas untuk aku, suami dan anak-anak. Malam tu baru keluar ke aeon beli barang. Anak-anak aku letak kat rumah mak. Mula-mula dia orang nak ikut memandang atok dah hidangkan mereka anggur, mereka lebih rela menghadap anggur daripada ikut papa dan mama. Dapatlah dating kejap kan.
Itulah kisah di hari ulangtahun aku dan suami. Nanti sambung cerita lain pula ye. Sekian..Wassalam..
Love,
Fyda Adim
Publish!

Saturday, December 22, 2012
~Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 6~
Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu...^-^
Hari ini 22 Disember 2012 adalah hari ulangtahun perkahwinan kami!!!Ahmdulillah, ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6 tahun. Masih terlalu baru, masih banyak yang kami perlu belajar dan mengenali antara satu sama lain. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Entry pendek saja untuk pagi ini. Doakan untuk kami supaya perkahwinan kami akan kekal hingga ke akhir hayat. Semoga kami sentiasa sehati sejiwa buat selama-lamanya. Amin...
Till then.
Love..AA

Tuesday, December 11, 2012
~Bila Anniversary Dah Dekat~
Salam semua dan selamat pagi selasa.
Hari ini dah 11 Disember. Lagi beberapa hari saja lagi ulangtahun perkahwinan kami. Bila dah dekat nie memang teruja dia lain macam. Lain macam mana aku pun tak tahu. Hihihi..Bila dah dekat-dekat nie mesti nak membelek album kawin.
Ini cerita jumaat lepas time dok sorang-sorang kat rumah. Laki dan anak-anak belum pulang. So inilah kerjaan aku sorang-sorang. Tengok-tengok kat rak buku yang terselit sekali album-album kawin. Itu yang aku tengok balik. Teringat waktu-waktu indah beberapa tahun lepas saat bergelar raja sehari. Seronok kan??
Oklah jom tengok koleksi album perkahwinan aku. Album aku tak banyak pun. Ada 3 buah jea. Satu album bergambar di studio, satu album masa majlis di rumah aku dan satu lagi dah tentu-tentu gambar di rumah asben.
Inilah koleksi album-album perkahwinan aku.
Ini album studio. Masa nie penuh kontroversi nak amik gambar kat studio. Hehehe..Yelah aku nak amik gambar studio asben tak nak. Betul ngada-ngada masa tue tak nak amik. Dan akhirnya aku menang!!!Hahhhhh...Bukan apa sekali jea seumur hidup. Untuk kenangan kita orang jugak.
Ini pulak album di kedua belah pihak.
Gambar yang telah diedit oleh jurugambar.
Aku puas hati dengan photographer kita orang masa nie.
Gambar-gambar sewaktu majlis pernikahan setelah diedit.
Dan akhir sekali gambar dari album di studio. Gambar studio memanglah cantik. Seronok bergambar kat studio nie. Aku nie memang suka bergambar. Hehehe..Itulah jadinya. Laki pulak tak suka bergambar. Selalu kena paksa dengan aku. Kesian laki den.

Saturday, December 24, 2011
~Our 5th Anniversary Celebration~
Mana kita orang celebrate untuk anniversary kali nie?Tak ada pegi mana tempat menarik pun. Asben bawak pegi makan dan beli barang apa yang aku nak. Asben aku memang macam nie. Akan bawak aku beli sekali sebab dia kata kalau dia beli takut aku tak suka. Hadiah anniversary?Rahsia. :-)
Asben tanya aku nak makan kat mana?Aku memang peminat pizza. Apa lagi makan kat Pizza Hut. Kali nie kita orang makan dekat pizza Jusco Bandaraya. Celebration kali nie kami berempat yea. Tahun lepas celebrate ammar masih di dalam perut mama. Tahun lepas kita orang celebrate makan ikan bakar.
Mari kita sama-sama melayan gambar. Gambar tak banyak sebab lebih fokus untuk makan. Hikhikhik..
Papa sedang tengok menu untuk order makanan.
Budak kecik nie duduk diam-diam dalam nie saje.
Adriana dengan aksinya bila disuruh bergambar.
Inilah makanan yang kami order pada malam tue.
Papa layan adriana makan.
Kali nie order chicken wing. Ais krim tue untuk adriana. Papa order kids meal untuk nana.
Last sekali sebelum pulang adriana bergambar dengan mama. Mama nak jugak ada gambar kan. Memang tersangatlah kenyang malam tue. Terima kasih pada asben sebab meraikan anniversary day kita. Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)