Showing posts with label Pencuci mulut dan Snek. Show all posts
Showing posts with label Pencuci mulut dan Snek. Show all posts

Wednesday, October 7, 2015

Sushi

AsSalam

Ini pun antara pic lama yang terperap dalam laptop ni.
Just tayang2 gambar je sbb mom pun kurang sihat...

We use sushi rice + apple cider, tuna + omelette ...as simple as these ingred
My teens (daughters) yg suka sgt, mom ala2 je la makannya.
They prepared this for tea time during the past weekends...







Tuesday, June 30, 2015

Puding Karamel Tanpa Telur

AsSalam & G'day



One of the simplest ever...no fail recipe I'm telling you :)
Thanks Linapg of MyResipi, for sharing such a beautiful soft pudding.
Thank you jugek kat izah...lama dah tak chit chat cam kt MyR dulu2 kan?
Very helpful during kids' parties/kenduri/etc.


RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
Resipi asal: Lina PG of MyResipi
Sumber: izah daut


Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
4 sudu besar gula pasir - mom tambah sedikit air untuk dpt lebih sikit

Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir - mom kurangkan sikit
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair - mom tukar dgn full cream sbb terperasan eva milk dh abes stok, xsempat nk beli (countdown nk iftar hehe)
3sb tepung kastard
1 sk esen vanilla

Cara-cara
Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.


Wednesday, June 24, 2015

Iftar Day6: Opor Sotong & Ayam Masak Kurma

AsSalam

Hectic day but Alhamdulillah, rezeki dari Allah beri mom kesihatan yang baik untuk sediakan iftar buat family tercinta!

Jom jamu mata...

Menu iftar untuk hari ke-6:
Nasi putih
Opor sotong (next entry ada resipinya)
Ayam masak kurma
Kacang buncis tumis ikan bilis (beserta resipi kt bawah)
Puding kastad jagung (beserta resipi kt bawah)
Ulam-ulaman & sambal

Juadah iftar kami...

Ayam masak kurma
Opor sotong

Kacang buncis tumis ikan bilis


Kacang buncis tumis ikan bilis
sumber: almaraz

Bahan2 (anggaran ikut byk mana kacang buncis ye)
Kacang buncis, hiris serong

Tumbuk (tak perlu lumat):
Cili merah
Ikan bilis, secukupnya
Bawang merah
Bawang putih
-----------------
Sedikit kicap manis
Garam & gula secukupnya

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bhn2 tumbuk. Kacau2 hgga naik bau.
3. Masukkan kacang buncis, kacau2, tambah sedikit kicap, kacau2 lagi. Then perisakan dgn garam & gula. Gaul rata. Siap!




Puding kastad jagung
sumber: F&N of MyResipi

Bhn:
1 cwn tpg kastad
1 cwn creamed corn
3/4 cwn gula (mom kurangkn sikit)
3 cwn air
1 1/2 cwn susu cair

Cara:
1. Dalam satu pot, campurkan semua bhn, whisk.
2. Letak atas api, masak guna api sederhana, sentiasa kacau. Tutup bila adunan nmpk berkilat & pekat.
3. Tuang dalam acuan yang sesuai. Sejukkan then simpan dalam peti ais sblm dihidang
























Thursday, March 26, 2015

Bento Version8

AsSalam & Good Day

Bento for the day.

Let the pic speaks :)



Menu:
Homemade chicken nugget with tomato+mayo dip
Oranges

Homemade chicken nuggets
(resipi dengan sukatan agak2 aje ye...)

Bhn2:
300-400g daging ayam kisar
2-3sdb tepung gandum
1-2sdb susu segar
1-2sdt olive oil / butter
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

*untuk nugget with herbs, iaitu nugget pelbagai perisa herba2, boleh tambah samada oregano/rosemary/thyme...atau jika nak yang pedas2 sikit, tambah serbuk paprika.

Cara:
1. Gaul rata kesemua bahan2 di atas tapi tepung paling akhir, bubuh sedikit demi sedikit. Jika lembik/keras sgt, tambah/kurangkan tepung ikut kesesuaian.
2. Untuk menempa bentuk nugget biasa, memang agak sukar sebab melekit2. So, lebih baik kukuskan sekejap. Caranya, ratakan adunan di atas dalam loyang yang dialas dengan cling foil. Kukus dalam 10-13min (tak lama).
3. Dah siap kukus, angkat dan biarkan sejuk. Dah sejuk, samada nk potong panjang2 (macam fingers tu) atau tekap dgn acuan bulat2, terpulang. Bhg lebihan yang tak termasuk dalam acuan tu, boleh aje digoreng gitu aje.

Salutan.
1. Breadcrumbs
2. Tempura

Untuk menggoreng dgn 1: Breadcrumbs
Bhn:
2 biji telur - kacau2.
Breadcrumbs secukupnya.
Panaskan kuali dgn minyak secukupnya, celup nugget ke dalam telur then ke dalam breadcrumbs (rata2kan) dan goreng hgg keemasan.

Untuk menggoreng dgn 2: Tempura
sumber: skyblue of MyR
Bhn:
¾ cawan tepung gandum
¼ cawan tepung beras
1 cawan air sejuk (boleh diganti dgn air bergas yg tak manis)
¼ sudu kecil serbuk dashi atau garam
Sedikit serbuk kunyit (mom tambah)
Pukul rata ke semua bahan. Simpan dalam peti sejuk sementara nak menyediakan bhn2 utk digoreng.
Panaskan kuali dgn minyak secukupnya. Celupkan nugget then goreng hgg keemasan.

Wednesday, March 25, 2015

Bento Version7

AsSalam & Good Day

Another version of bento, actually for last week of course.
This week skool hols, kids are all on top of the world sebab tak payah gi skool hmmm....

The simplest doesn't always means not so "sedap"lah....my kids have always chosen the simplest among the simplest bento menu and that's made me enjoy my life everyday hahaha...

Jommmm...bento-ing!

































Menu for bento:
Sloppy Joe
Honeydew
Crispy chips

Tuesday, March 17, 2015

Bento Version5

AsSalam & Good Day

Wow....it has been such a loooongggg time I do not update ANYTHING in this blog.
So much thins happened along the way..the good ones, the bad ones....
Whatever it is, I'm back!

Dulu2 mommy bagitau nak share-kan lunchboxes aka bento tapi hmm....every morning mommy sediakan tapi memang tak sempat2 nak share di sini.
Sekiranya ada sesiapa yang terrrrrr-sesat kat blog ni, boleh la amik idea2 bento mommy tu yer.

Jommmmmmmm bento!




Menu bento for the day:

Greek Chicken Souvlaki
Serunding bread (homemade)
Strawberries



Greek Chicken Souvlaki
*versi ala kalamaki, iaitu chicken kebab ala Greek
*source: Sarah ~ http://www.thesugarhit.com/2014/08/authentic-greek-chicken-souvlaki-recipe.html

Ingredients

For the chicken:
6 skinless, boneless chicken thighs
2 tbsp olive oil
1 tsp dried oregano
juice of half a lemon
1 clove garlic, crushed
salt and pepper


For the fries:
3-4 medium sized potatoes
canola oil (or another oil with a high smoke point)
2 oz (50g) feta cheese, crumbled
a pinch each of dried thyme and oregano


For the aioli:
4 tbsp good quality mayonnaise
2 tsp wholegrain mustard


For the pickled onions:
1 small red onion
pinch of salt
juice of half a lemon


To serve:
sliced cucumber
picked parsley leaves
*pita bread/totilla


*Homemade totilla (Momny made it on my own):

3 cups unbleached flour
1 cup hot water
1 tsp salt
1/2 tsp baking powder
1/3 cup canola oil


Instructions


To make the totilla*:

Mix flour, salt & baking powder using fingers. Add oil and mix with your fingers again till becomes fine crumbs.
Add hot water, mix till form soft ball.
Rest for 30mins.
Then divide the dough into 8 balls, just nice nanti saiz totilla, if nk kecil lagi, blh tmbh jdi 10 ke...
Smntara tu panaskan non-stick fry pan.
Canaikan each ball, nipis sampai as if you can see thru your board/table.

Then, gorengkn tanpa mnyak. Keep on eye ye, bila dah bubbling, tekan2 skit bubbles tu then turn it over. Masaknya x lama (sbb dia nipiskan....). Balik2kan jika perlu then angkat.
If masak lama, totilla nnt akn keras sikit.
*biasanya mom akan sediakan totilla malamnya then pagi esok terus wrap2 je.


For the chicken:

Place the chicken thighs into a bowl, with the oil, oregano, lemon juice, garlic and a big pinch each of salt and pepper.

Set aside to marinate for at least 10 minutes or up to an hour - any longer than that and the acid will start to cook the meat.


For the fries:

While the chicken is marinading, wash and slice the potatoes into chips, about half an inch (1cm) thick. Place into a saucepan and cover with cold water, and then bring them to the boil. Boil for two minutes, and then drain.

While the chips are boiling, get a metal tray large enough to hold them and pour in enough canola oil to just cover the bottom of the tray. Place the tray into the oven, and set it to 400F/200C.

Once the tray has been heating for at least 15 minutes, carefully add the drained chips, and shuffle them around so they sit in one layer. Bake for 15 minutes, then take them out and flip them over and bake for a further 20 minutes.


While the chips are cooking, the chicken can be cooked on the stove top in a griddle pan, or on the barbecue. Either way, the chicken needs at least 7 minutes a side, to cook through completely. If you're not sure, cut a piece open, and if you need to, you can finish cooking the chicken in the oven with the fries.

To make the aioli:

Simply stir all the ingredients together in a small bowl.

To make the pickled onions:

Simply peel and slice the onion into fine half moons, and then toss it with the salt and lemon juice, scrunching the onion lightly in your hands. Set aside for at least ten minutes.

When the fries are done, take them out of the oven and drain briefly on paper towels, before tossing them with the crumbled feta and herbs.

You can roll them in alum foil, cut into half so that anak2 senang nak makan masa di skool nanti kan.
Atau pun, roll sebahagian (see pic above)...up to moms' out there pnya kreativiti lah ya!

Selamat mencuba!

Tuesday, August 26, 2014

Apple Galette

Assalam

As promised suatu masa dulu (hampir terrrrlupa dah ni), mommy nak kongsi resipi simpel ya amat tp rasenya sgt sedap! Namanya Galette.
Galette ni berasal dr French word, means crusty cake. Zaman2 raja2 French dulu, depa panggil ni like big pancake, boleh dgn cara savoury or fruitty.
Maknanya, toppings boleh letak cheese + salami / chicken / etc (savoury) or letak fruit like apple / strawberry / etc.
Atau pun, nk letak veggy pun ok.

Hat yg mom buat ni, simply apple!

Jom,.......meng-galatte!



Apple Galette

Bahan2:
1 large puff pastry, thaw
1-2 biji epal, buang kulit & cut in thin slices (mom potong tebal2 sbb nk cepat masa Ramadhan ni)
Butter, cairkan, secukupnya
serbuk kulit kayu manis, secukupnya
gula perang, secukupnya

Cara:
1. Panaskn oven 200C / 180C (fan-forced).
Potong puff pastri (yg square tu) supaya jadi bulat (means buang corner2nye tu...agak2 aje asalkn bulat).
2. Lipat ke dalam ke semua hujung (macam ala2 nk kelimkn). Then sapukan semua permukaan atas dgn butter (sapu byk sikit ke bhg kelim tu supaya tak terbuka semasa dibakar nnt).
3. Susunkan epal ke sekeliling permukaan, dgn cara arah jam atau lawan jam.
4. Taburkan gula & kulit kayu manis secukupnya serta lebihan butter cair tadi, ke semua bahagian (kecuali atas bhg kelim td).
5. Bakar hgg keperangan. Siap!

Selamat krup kruuuppp!   :)

Wednesday, July 23, 2014

Iftar23-24: 21-22Jul14

Assalam...

Semakin lama semakin sibuk sih....hmm....taddarus pun kena catch up, tp memasak kena sentiasa on!

Apa-pun, bersederhana & tidak membazir, dua2 tu are my motto during Ramadhan, as well as bulan2 lain jugek ye...

Menui2 ni hat dua hari lepas, for two days...Alhamdulillah...

Puding kastad jagung
Ayam Goreng Rangup
Gulai lemak terung bulat kampung + hati + isi ayam
Ulam tomato & timun + sambal

Not in pic:
Gulai lemak udang (nak perabiskan another 1/2kg udang dari Sabah, yang mom order dengan kwn)
Bubur jagung

Puding kastad jagung

Ayam goreng rangup

Lemak terung bulat kampung plus hati & ayam


Ulam2 & sambal

Thursday, July 10, 2014

Iftar10: 8Jul14

Assalam & G'day

Straight to the point je ler....busy busy busy dengan amanah2 yang perlu dibuat di office...

Hari ni memang serius lambat, azan aje baru siap gorengkn popia tu (last dish).
However, Alhamdulillah sebab semuanya sempat disediakn walaupun ligat migat masak within less than 1 hour, phew!

Menu iftar kami:
Nasi kalio
Nasi putih (bagi anak yang tak berapa gemar nasi set2 ni)
Ayam goreng kalio
Sup kentang & karot (not in pic)
Apple galette (nanti mom share resipinya)
Popia goreng  & sos pencicah (menu berulang, atas permintaan!)


Apple galette

Ayam goreng kalio

Nasi kalio

Popia goreng (sos pencicah tak dan nak berposing...)

Thursday, July 3, 2014

Panna Cotta dengan Peach Coulis




Assalamu'alaikum & Good Day!

Dessert yang  sejuk dan lembut ni semestinya menjadi kegemaran anak2 mommy. Mommy pun suka sangat lah sbb senang sangat membuatnya, tak renyah macam kuih2 kita tu kan...

Panna cotta ni mom buat simple2 jer...coulis ni sebenarnya, kalau tak silap dalam bahasa French yang bererti fruit sauce. Cara menyebutnya adalah "ku-li".
So, kalau nk wat puding atau jeli, boleh aje tambah si coulis ni...ikutkan buah pe2 yg kita suka..

Jom...men-dessert :)

Panna Cotta dengan Peach Coulis

Bahan panna cotta:
300ml fresh cream/whipping cream
1cwn susu segar (kalau tak ada, ganti dengan full cream milk)
1/4cwn gula kaster
1sdt esen vanila
2sdb air panas
2 1/2 sdt gelatin

Cara:
1. Sediakan samada 6 ramekin (saiz 1/2cwn) atau acuan puding. Lengser kan dengan butter.
2. Panaskan cream, susu dan gula dalam satu pot, guna api sederhaha, kacau hingga gula larut. Tmbah esen vanila, kacau lagi. Tutup api. Ketepikan, biar sampai suam2 sikit.
3. Dalam satu jug, isikan dengan air panas kemudian taburkan serbuk gelatin sambil kacau2. Terus kacau supaya tiada ketulan.
4. Tuangkan adunan cream ke dalam jug air gelatin, whisk well.
5. Tuang adunan ke dalam acuan. Sejukkan semalaman. Siap.

Bahan:
Buah peach segar / dalam tin (hanya perlukan 2biji sahaja)
1sdb gula kaster
1/3cwn air

Cara:
1. Potong buah pear in slice. Kalau guna yg dalam tin, just guna 3 ketul yg dipotong half tu...
2. Dalam satu pot, masakkan bhn2 di atas hgg buah lembut & gula larut (utk buah yg dlm tin, masak tak perlu lama, sekadar nak larutkan gula je).
3. Dh siap then blend hgga halus...so siaplah coulis-nya.

Cara makannya, ceduk skit panna cotta  ke dalam piring then tuangkn sikit sos (iaitu coulis) nye tu...mmg yummm....
Ni mom juz tuang kt tgh2 je tu...utk bergambarlah katakan :)


Wednesday, July 2, 2014

Iftar Day3: 1Jul14

Assalamu'alaikum,


Hari ni memang terrrrsangat hectic. Sampai rumah dah kul 6pm++...seperti biasa, mom bersilat lah di dapur hmmm.....

Alhamdulillah, siaplah menu iftar untuk hari ini:
Kari ikan tenggiri + bendi + terung bulat
Ayam masak merah
Pau Ayam
Pannacotta dengan peach coulis  (nanti mom share the recipe)
Ulam tomato + kacang panjang dengan sambal tempoyak

Done!

Kari ikang tenggiri + sayur2an

Pannacotta + peach coulis

Masak merah ayam




Monday, October 28, 2013

Homemade Mango Lassi



As Salam & Good Day!

Mom memang jarang2 sangat share drinks atau juice recipe :). Bukan apa...minuman ni kan agak simple dan tak berapa banyak so tu yang overlook sikit. Padahal, mcm2 resipi minuman ada kan...

Ok lah, ni adalah antara minuman favourite mom! Sgt2 suka minuman beryoghurt ni! Senang aje membuatnye. Sukatan ni dpt dlm segelas lebih cam mom buat tu (agak2) so kalau nak lebih, gandakan bahan2 yer.


Jommm........lassi!


Manggo Lassi

Bahan:
1 biji buah mangga (saiz besar / sederhana)
1/3cwn plain yoghurt
2sdb santan kelapa (kalau tiada santan, tukar cream tp mom prefer santan)
1/2cwn air (atau kurangkan sket)
1sdt madu
secubit garam
isi cardomom (biji dalamnya tu)

Cara:
1. Sediakan blender, masukkn kesemua bhn kecuali cardomom.
2. Utk cardomom tu, pecahkan dulu. Amik 1 je biji dlmnya tu, pecahkan jd serbuk. Kemudian ambik secubit aje serbuk tu then taburkn ke atas bhn2 dlm blender.
3. Kisar semua bahan hgga hancur. Siap!
.

Monday, July 22, 2013

Puding Karamel Kastad


This is the modified version of the recipe. Mom panggil puding karamel kastad. Credit to Firasyira of MyR :) yang sudi berkongsi resipi atas nama Puding Karamel Tanpa Telur. Utk resipi asal, sila cek di Firasyara_MyR yer...

Puding Karamel Kastad
olahan dari sumber: Firasyira of MyR

Bhn:
Utk karamel:
5sdb gula
2sdb air + 2sdb extra

Puding:
Bhn A:
7g serbuk agar-agar
3 1/2cwn air
1/2cwn gula

Bhn B:
385g susu cair
2 sdb tepung kastard
1 sdt vanilla

Cara-cara:
1. Panaskan gula bersama 2sdb air. Bila kekuningan, tambah lg 2sdb gula. Kacau2, bila gula larut then tutup api. Tuang karamel dalam acuan puding, samada satu bekas besar atau bekas kecil2 like ramekin. Karamel siap.
2. Panaskan bhn2 A dalam satu periuk. Bila dh mendidih, perlahankan api sikit dan masukkan bahan B. Sambil tu kacau2 sampai bahan2 rata serta sedikit pekat. Tutup api. Tuang adunan ke dalam acuan puding berisi gula hangus tadi.
3. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik sebelum disejukkan dalam peti ais. 






Wednesday, June 12, 2013

Risoles Bolognese Ayam



Assalam and g'day semua...
Mom nak share very simple snack food yang asalannya dari Indonesia ni. Punya lah simple sampai intinya pun leftovers :). Mom & jiran2 kenalan buat BBQ di halaman depan rumah. Kebetulan banyak baki ayam BBQ so mom dah tak tau nk buat apa selain drpd dijadikan inti risoles ni lah. Mom buat intinya yang dicampurkan dgn ayam BBQ yg dicarik-carik tapi ala2 bolognese...The main reason is my children love the tomato and oregano taste!

So..pe lagi...
Jommmmm have some fun in the kitchen!

Risoles Bolognese Ayam

Inti:
Ayam (guna minced meat/chicken) tp mom guna leftover yg bbq tu
1 tin tomato puree
2-3bj buah tomato, potong dadu
2sdt garlic paste
1-2sdt lada hitam, tumbuk tp tak perlu hancur sangat
1sdt serbuk cili
1-2helai daun bay
2-3sdt oregano kering
Garam & Gula secukup rasa
Button mushroom (optional) - potong dadu atau hiris nipis2
2sdb extra virgin olive oil

Kulit risoles (boleh dapat dalam 12 kpg saiz sederhana)
1cwn tepung gandung
*1cwn air
*1/2cwn santan/susu cair
2sdb extra virgin olive oil
1bj telur
Sedikit garam
*boleh samada dijadikan 1 1/2cwn air atau 1 1/2cwn santan/susu cair....terpulang pada citarasa masing2

Salutan kulit:
Telur - mom guna 1bj pun dah cukup
Breadcrumbs secukupnya

Cara sediakan inti:
1. Panaskan non-stick pot with olive oil, dgn api medium. Tumiskan garlic paste, kacau2 hgga naik bau aje (jgn sampai garing!) kemudian masukkan lada hitam & serbuk cili; kacau rata. Kalau guna ayam/daging mentah (masukkan skrg) tp mom guna ayam dh masak so mom juz masakkan kuahnya dulu.
2. Tuangkan tomato puree & tomato yg dipotong dadu. Kacau2 then letakkan daun bay serta perisakan dgn garam & gula. Kacau2.
3. Bila dah mendidih, baru masukkan ayam leftover td plus button mushroom (jika ada). Taburkan serbuk oregano & kacau2 lagi dalam 1 minit. Ketepikan. Siap.
Nota:
Pemilihan bhn2 inti sebenar terpulang pada citarasa masing2. Ada yg buat risoles daging, risoles pisang pun ada, diluar glaze-kan dgn coklat cair + cheese...juga ada risoles veggy aje...

Cara sediakan kulit risoles:
1.Campurkan kesemua bhn2 untuk membuat kulit risoles td, ke dalam satu bekas besar. Guna whisk, kacau adunan hgga sebati. Pastikan tiada lumps (ketul2). Adunan siap.
2. Panaskan kuali non-stick fry pan, saiz kecil. Ambil 1 senduk kecil adunan tepung tadi, letak di tengah2 kuali dan lenggangkn sket kuali supaya adunan memenuhi sket bahagian tepi kuali, dalam bentuk bulatan. Goreng hgg kulit kelihatan agak kering (bhg tepi akan menaik sket) - sama cara macam masak kulit kuih ketayap. Masaklah kulit yg kedua pula.

3. Sementara menunggu kulit kedua masak, mom akan letakkan inti pada kulit yg pertama, gulung kemas dan ketepikan...dan begitulah seterusnya.

Cara sediakan risoles:
1. Kacau2 telur dlm satu bekas, boleh letak secubit garam jika mahu.
2. Dalam satu piring lebar, taburkan breadcrumbs.
3. Panaskan kuali non-stick bersama sdikt minyak masak.
4. Ambil 1bj risoles (yg dh siap digulung dgn inti td), lumurkn dgn telur (may use brush kalau nak) then golek2kan atas breadcrumbs then goreng dgn api kecil. Buat sebegitu smpai habis...

Sedia utk dijadikan snack food utk dimakan bersama family :)

Risoles vs bbq chicken + mayo sandwich 


Thursday, August 9, 2012

Iftar 19 Ramadhan 1433H



Kini giliran masak nasi pakej...sonang critor :)

The juzuk:
Mom dah abiis Surah Fatir and next giliran would be Yaasin.....

The Menu:
Nasi Biryani Extreme - my own style of biryani, ada masa nnt mom bley upload resipi & cara2 penyediaannya
Pappadom
Arca timun
Yoghurt salad
Puding roti marble

Alhamdulillah.

Wednesday, February 8, 2012

Mint-filling Rice Rolls



Bhn:
Inti:
50g glass nooddle, lembutkn dlm air panas & toskan
200g isi ayam dihiris lajur2 tp pendek2 sket la, rebus smpai masak bersama2 dgn 1sdt lada hitam (tumbuk kasa2 sket), sdkit garam & olive oil (titikkn ke dlm air)
1/3cwn daun mint segar
1bj karot, hiris btg mancis
rice paper, secukupnya
--- filling ni ikut kesesuaian tekak, bley tukar2 ok?

Sos:
3-5bj cili merah
3ulas bwg putih
3-5sdb gula
1/4cwn air minum
1sdb sos ikan
1/4cwn kacang kisar (tumbuk sket)
garam secukup rasa

Cara2:
1. Sediakan satu bekas lebar berisi air suam2 panas.
2. Ambil 1 helai rice papers dan rendamkn dlm bekas tadi. Angkat bila paper tu just nk lembut (kalau lama sgt dia rosak - koyak2). Letak atas board. Bubuh inti tadi - ikut step2 dlm pic kt bwh (mcm buat popia basah). Buat smpai inti habis digunakan.
3. Untuk sos pencicah: Tumbuk cili, gula (adjust2 le nnt ye) & bwg putih dlm lesung batu. Then masukkn bhn2 lain (ke dlm lesung tu gak) then lenyek2kn aje guna mortar tu je, utk sebatikan bhn2 - rase2 le sket utk dptkn rasa yg mantap! Then baru bubuh dlm bekas kecil. Siap dihidang bersama2 dgn rice rolls :)



sos pencicah yg dh siap ditumbuk, guna lesung batu lg sedap rasenye :]

Friday, February 3, 2012

Puding Roti Marble

Sentuhan hana dr MyR. Thanks to hana for the recipe. Puding ni lama tp baru ni lah nk bergambonye sbb lst wk panas sket so mulalah carik resipi2 lama puding2 nih.
Very simple to make & fast to finish too.
This was our treat for tea time last 2 weekends, kalo x silap la :) but mommy tak guna susu cair instead guna cream (nk ngabiskn belen2 sblm expired).

Puding Roti Marble (resipi asal sila rujuk di sini >> hana)
4 keping roti
2bj telur
1/2 cwn susu pekat
150ml cream (hana: 170ml susu cair)
7gm agar2 (hana: 8g)
1/2cwn gula (mommy guna tak smpi 1/2cwn)
2sdb butter
900ml air (hana: 3 1/2cwn air)
--------
2sdb serbuk koko (ayak)

Cara:
1. Didihkn air, agar2 dan gula. Kacau2 sket.
2. Sementara tu kisarkan roti bersama2 dgn telur, susu pekat & krim (mommy tmbh 2sdb air to help the processing). Dh siap process, masukkan ke dlm 1. Kacau2 then masukkan bttr. Masakkan puding just takat ia nak memekat (kalau lama2 nnt dia cpt beku...).
4. Bhgkan kpd 2 bekas: 1 plain, 1 gaul rata dgn serbuk koko. Tuangkn secara selang-seli ke dlm acuan (mula dr tgh2, guna saiz senduk/cwn yg sama). Biarkan ia betul2 keras then baru ler leh potong & of course, makan :).

Masa tea time mkn hat yg kecik2 (top left) dulu - bkn marble tp lapis2 kn aje. Bila mlm baru mkn yg gedabak so that's why pic puding (bottom right) x brp cantik sbb lampu xcukup cahaya :] - juz nk show dlmnye camana...

Friday, January 27, 2012

Choc Buttermilk Pancakes with Choc Custard

choc curls dh lembik sbb siram kastad tgh panas2.... :)

Another pancake for breakfast! Requested by Khalish...tgk2 dlm lemari, honey dh abes. So pe lagi,  mencicah pancake ngan kastad le jwbnya...

Jom pancake-ing.......!!!

Bhn2:
utk lempeng:
1cwn tepung naik sendiri (self-raising flour)
1sdb serbuk koko
1/4cwn gula kaster
300ml buttermilk
1bj telur, pukul sikit
25g butter, cairkn

buah2 dan parutan coklat - utk hidangan

utk kastad (ini sukatan my try&error, kalau pekat, tmbh susu sket2, ok!):
1bj kuning telur
2sdb gula (kalau kurang manis, tmbh sket)
1sdb tepung kastad (kalau tak ada, boleh guna tepung jagung)
90ml susu segar
60ml krim (single - means light cream atau half-and-half - xperlu whipping cream)
50-60g dark choc

Cara:
Lempeng:
1. Ayak bersama tepung & serbuk koko dlm satu bekas then masukkan gula, kacau2.
2. Dlm bekas lain, satukan buttermilk, telur & butter. Kemudian campurkan ke dlm adunan tepung. Whisk adunan smpai sebati. Perap dlm 20-30min  - ikut cara k Nor lar yer hehehe (dari http://www.secubitgaramnor67.com/ - ini based on bualan di fb).
3. Panaskan non-stick fying pan. Sapu sket aje bttr dlm kuali, sekali shj, lepas2 ni tak payah dh. Masak lempeng cam biasa means, tuang dlm kuali - tggu bubbles - then turn kan - then teruskn masak smpai brown. Buat smpai habis adunan.

Kastad:
1. Dlm satu bekas, satukan kuning telur, gula & tepung kastad. Whisk-kan hgg rata.
2. Didihkan susu & krim dlm periuk, guna api medium aje. Then remove dari heat then trus masukkan adunan telur, sambil tu whiskkan adunan susu tu. Pastu, letak balik atas api - guna api kecil, whisk lagi then masukkan melted choc. Teruskan whisk hgga ia membeku - tak perlu smpai mendidih. Siap.

Boleh la hidang lempeng dgn buah2, parutan coklat & of course, the choc custard....yummmm!

Tuesday, January 10, 2012

Puding Belang


Bila tiba summer ni, mula la tekak nk makan hat yg sejuk2.
Puding salah satu yg paaaaling sempoi nk buat. Puding belang ni sebenarnya resipi Juns (MyR)....Juns ni leh dikira sbg diva pudding ekekekek...byk resipi puding Juns dlm MyR so bolh la belek2 nnt yek.

Mommy dh byk kali buat puding belang tp tak perasan tak de entri kt blog ni so mommy nk share le ni. Malangnya belangnya tu tak secantik Juns tp rasenye still sedap -- lemak2 manis gituuuu..Thanks a lot k Jun!

Jumlah sukatan bhn2 boleh le rujuk kt MyR. Kt sini mommy guna sukatan mommy sdiri, ok?

Jom......pudding!


Bhn:
A:
7g serbuk agar-agar
3/4cwn gula
2 cwn air

B:
1bj telur
300ml susu cair
2sdb tepung jagung
------------------

1sdb butter
1-2sdb serbuk koko (atau choc emulco)
pewarna kuning

Cara:
1. Dalam periuk saiz medium, masakkan bhn2 A smpai mendidih, sambil tu kacau2.
2. Pukul (whisk) telur then campurkan bhn2 B yg lain. Whisk smpai tak de lumps. Then tuangkan campuran telur ke dalam periuk, kacau2. Pastu masukkan butter. Kacau2 dan masakkan hgga mendidih. Tutup api.
3. Bahagikan puding kepada dua bekas. Satu dicampur dgn pewarna kuning. Satu lagi dicampur dgn serbuk koko+air suam sket (supaya tak ketul2) -- choc emulco pun boleh gak guna kalau ada.
4. Nak buat belang tu, starting point & caranye are quite arbitrary sbb Juns cuma bg panduan start with kuning-tuang 1 senduk ke dalam bekas-biarkan jap then tuang 1 senduk hat yg coklat ditengah2-ulang smpai habis..... Mommy xlah sgt meng-experiment utk dpt belang secantik Juns tu sbb mommy buat pakai letak aje agar jdi belang sket2, kire halal lah hehe - means aturkn bentuk masa menuang tu utk dpt belang :).

Apa2 pun, puding ni mmg cepat aje habisnya! (dh xkesah dh belang ke, tak belang ke heheh...) Yummm.........!


ooowh...bunga frangipani ni jiran depan rumah bagi..thanks Margaret ^___^

Monday, January 9, 2012

Riccotta & Lemon Mousse


Hidangan utk summer! Mousse simple yg masam-lemak-manis -- alternatif pd choc mousse (yg mommy hmpir jemu dh buat masa ni...).

Jom......mousse!

Bhn2:
A:
100g ricotta cheese
1 1/2sdb gula kaster
2sdb jus lemon
-----------------
150ml thickened cream (atau double cream)
buah strawberry segar

Cara:
1. Kacau sebati bhn2 A.
2. Dlm bekas lain, whipkan cream (mommy just guna whisk).
3. Kaup balik cream dlm campuran ricotta. Minum bersama2 dgn hirisan strawberry.

Selamat minum...!