MY IKLAN

MY IKLAN
Showing posts with label noStalgia. Show all posts
Showing posts with label noStalgia. Show all posts

Monday, December 3, 2012

Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan Ke 29 Tahun 2012

Assalamualaikum w.b.t.

Malam ni nak kongsikan 1 lagi pengalaman indah yang ditempuhi bulan lepas, pengalaman yang tak ternilai harganya kerana untuk sampai ke tahap ini terlalu banyak yang perlu dikorbankan. Mungkin ini yang pertama dan terakhir. Kepuasan yang tidak dapat digambarkan setelah kumpulan kami dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Ketua Pengarah Mampu. Kejayaan yang tidak pernah diimpikan kerana ini dengan ilmu yang sedikit dan pengalaman yang baru setahun jagung kami boleh menjejakkan kaki sehingga ke peringkat ini. Kuasa Yang Maha Esa tiada siapapun dapat menduga. 


Ucapan perasmian oleh Y.Bhg Dato' Sri Dr. Ali Bin Hamsa,
Ketua Setiausaha Negara


Peserta KIK di dewan utama semasa majlis perasmian


Saat manis yang mungkin tidak dapat dilupakan, berpeluang memberi taklimat ringkas kepada tetamu kehormat. Hampir semua orang tergelak sakan mendengar respon yang diberikan oleh KSN.


Persembahan kumpulan kami, sangat ringkas dan padat.  Alhamdulillah mendapat maklumbalas yang amat positif.


Bersama penyokong yang sentiasa membakar semangat kami untuk terus berjuang.


Di luar bilik penilaian, menunggu giliran untuk sesi soal jawab bersama ahli panel. Masa ni macam-macam soalan difikirkan dan cuba dijawab dengan baik. Sayangnya soalan yang dijangka tidak ditanyakan namun soalan yang tak terduga menguji kewibawaan. Sangat best le panel2 ni.


Inilah kami, bersama tetamu kehormat di malam penutup, piala, sijil dan replika cek kemenangan. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi. Antara anugerah terindah yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa. Hasil daripada tidak kenal erti putus asa dan berjuang sehingga ke saat terakhir.


    Monday, July 9, 2012

    Rukun Umrah Yang Pertama: NIAT

    Assalamualaikum.w.b.t
    Tangga 18 Jun 2012 setelah melakukan ziarah wida' dengan Rasulullah S.A.W, rombongan kami berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah. Terdapat 5 rukun umrah iaitu berniat di miqat, tawaf, saei, tahallul dan tertib. Berikut adalah lokasi miqat yang sempat dikunjungi bagi melakukan rukun umrah yang pertama.

    Lokasi 1: Bir Ali 

    Masjid Bir Ali adalah tempat Miqat bagi penduduk Madinah yang akan melaksanakan ibadah umrah atau haji, seperti yang dilakukan oleh Nabi. Masjid ini tidak terlalu jauh dari Madinah, mungkin sekitar 15-20 minit dari kota Madinah. Dari sini perjalanan menuju ke Makkah mengambil masa kira-kira 5 jam.

     Lanskap yang indah dan laluan pejalan kaki yang mendamaikan.

    Lokasi 2: Hudaibiyah (Syumaisi)

    Di sini tempat Nabi terhalang memasuki Makkah untuk menunaikan umrah pada tahun ke 6 Hijrah.  Di sinilah berlakukan Perjanjian Hudaibiyah di antara Nabi dengan orang Quraish Makkah. 

     Suasana di luar masjid, para jemaah dan penjual saling tawar menawar dalam berjual beli.

    Lokasi 3: Ja'ranah 

    Tempat miqat Rasulullah s.a.w. yang mana lebih afdal berihram di sini.

    Lokasi 4:  Tan'aim

     Lokasi miqat yang paling dekat dengan Makkah di mana tambang bas hanya 2 riyal. Di sini ialah tempat miqat isteri Nabi iaitu saidatina Aisyah.


    Di atas adalah merupakan lokasi miqat yang sempat saya singgahi bagi umrah kali ini. Bagi mendapatkan maklumat berkaitan lain-lain lokasi miqat, bolehlah berkunjung ke Hidup Biar Sayang Allah. Boleh juga singgah di Blog Haji Arshad untuk mengetahui Kehidupan Makkah.


      Sunday, July 8, 2012

      Kenangan Terindah 2: UMRAH 2012

      menmenmendaki  men
      Assalamualaikum w.b.t.
      Ziarah luar Madinah telah diadakan pada hari ke-3. Diantara tempat yang telah dikunjungi adalah Masjid Quba, Ladang Kurma, Kilang Cetak Quran dan Jabal Uhud. Disebabkan oleh kesuntukan masa Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh hanya dilihat dari dalam bas sahaja.


      Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah. Sabda Nabi S.A.W lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)


      Road Marking yang unik, kaedah sebegini adalah lebih sesuai digunapakai disebabkan oleh faktor cuaca. Ermmm agak-agak boleh tak buat macam ni kat Malaysia?

      Lawatan ke ladang kurma, sekali pandang macam ladang kelapa sawit je.

      Buah kurma menunggu masa untuk masak. Alhamdulillah dapat juga merasa buah kurma muda yang baru dipetik.

       
       Kopi panas dihidang diatas meja yang ditempatkan dibawah pokok kurma untuk dinikmati oleh pengunjung. 

       Suasana dalam kedai yang menjual pelbagai jenis kurma. Harganya agak mahal jika dibandingkan dengan harga diluar. Pelik juga sepatutnya harga di ladang lebih murah daripada harga di luar. Di sini harga kurma kegemaran Nabi Muhamad S.A.W iaitu ajwa adalah RS 120.00 sekilo.

      Perang Uhud (Bahasa Arab: غزوة أحد‎ Ġazwat ‘Uḥud) berlaku pada 3 Syawal tahun ketiga hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.

      Keadaan panas dengan suhu mencecah 50 darjah celsius tidak menghalang para jemaah mendaki Bukit Memanah.

      Jemaah wanita berkumpul di galeri pameran sementara menunggu jemaah lelaki melawat kilang percetakan. Pelbagai edisi Al-quran dipamerkan di dalam almari cermin, jemaah yang berminat untuk mendapatkan boleh berurusan di kaunter. Setiap jemaah lelaki akan dihadiahkan senaskah Al-Quran ketika berada di dalam kilang.


      Sumber:
      1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Uhud
      2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Quba


        Friday, July 6, 2012

        Kenangan Terindah 1 : UMRAH 2012

        Assalamualaikum w.b.t
        Setelah hampir sebulan meninggalkan MyHomework, alhamdulillah hari ini diberikan kesempatan untuk meneruskan minat yang sukar untuk dihapuskan. Untuk bercerita pasal masakan atau makanan mungkin lambat lagi kerana dapur pun dah lama tak berasap. Dalam masa terdekat ni hanya n3 berkaitan pengalaman menunaikan umrah bermula 15 hingga 27 Jun 2012 akan dikongsikan. Semoga perkongsian ini akan dapat memberikan semangat untuk teman-teman menjejakkan kaki ke tanah suci. InsyaAllah. Secara peribadi saat berada di sana adalah merupakan detik2 terindah dalam hidup ini. Jika izinkan oleh Yang Maha Esa ingin rasanya selalu ke sana.

        Keindahan Masjid Nabawi atau Masjid Nabi

        Kubah yang menandakan kedudukan Makam Nabi Muhamad S.A.W. Setiap kali memandang ke arah ini pasti akan menimbulkan rasa sayu di hati. Walaupun tidak pernah bertemu baginda tapi terasa terlalu dengat dengannya. 

        Tiga diantara sepuluh menara yang terdapat di masjid nan indah ini. Pembinaan yang begitu cantik dan mengagumkan.

        Payung-payung  yang cantik ini dibina di sekitar masjib bagi memberikan keselesaan jemaah ketika berada di luar masjid. Payung ini dibuka pada jam 6.00 pagi. Sayang sekali kerana tidak berkesempatan untuk menyaksikan saat-saat ianya dibuka dan ditutup. Semoga suatu hari nanti dizinkan oleh-Nya untuk menyaksikan sendiri.

        Suasana di sekitar Masjid apabila tibanya waktu solat 5 waktu. Umat islam akan berpusu-pusu menuju ke masjid bagi sama-sama menunaikan rukun islam ke-2. Suasana sebegini amat menginsafkan kerana ianya tidak dapat disaksikan di negara sendiri. Jika adapun ketika solat sunat Hari Raya Aidilfitri, itu pun rasanya masih terlalu jauh bezanya.

        Diantara pintu2 masjid yang sangat unik dan cantik. Saat yang paling menakjubkan adalah ketika dapat menunaikan solat sunat di Raudhah dan dapat menghabiskan waktu yang agak lama berhampiran kawasan ini. Terasa sangat dekat dengan junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. Semoga perasaan sebegini akan dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat.

        Cukuplah setakat ini, InsyaAllah jika berkesempatan akan ada n3 seterusnya.



          Tuesday, February 14, 2012

          Contest Happy Faces by Capt.Keon Alhan and Oh Daus

          Assalamualaikum w.b.t.
          Panas sungguh cuaca sekarang ni, petang tadi punya le bercinta untuk pergi ke site tapi disebabkan kena pengerusikan mesyuarat teknikal maka gagahkanlah kaki melangkah bersama sebotol air yang sentiasa ditangan. Asyik2 nak minum je tapi kira ok le untuk kesihatan diri sendiri jugak. 


          Ok le kali ni saya buat n3 yang ditagkan oleh siti suraya. Dulu masa mula2 berblog ada juga le main tag2 ni tapi lepas tu malas dah. Tapi demi tidak mengecewakan kenalan baru di alam siber ni maka saya sertai contest yang dianjurkan oleh Capt.Keon Alhan and Oh Daus ni. 

          17 tahun telah berlalu
          rindu kalian semua
          moga dapat kita bertemu lagi


          Saya tagkan kepada 3 kenalan baru, sudi-sudikanlah
          ~ mala ~



            Saturday, February 4, 2012

            Salam Maulidur Rasul

            Assalamualaikum w.b.t.
            Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca, marilah bersama-sama kita menghayati lirik lagu yang dinyanyikan oleh Kumpulan Hijjaz. Betapa agongnya junjungan besar Nabi Muhammad S.W.T.  Berselawatlah kepadanya di setiap detik kehidupan kita ini.


            RASULULLAH
            Artist: Hijjaz

            Rasulullah dalam mengenangmu
            Kami susuli lembaran sirahmu
            Pahit getir pengorbananmu
            Membawa cahaya kebenaran

            Engkau taburkan pengorbananmu
            Untuk umatmu yang tercinta
            Biar terpaksa tempuh derita
            Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

            Tak terjangkau tinggi pekertimu
            Tidak tergambar indahnya akhlakmu
            Tidak terbalas segala jasamu
            Sesungguhnya engkau rasul mulia
            Tabahnya hatimu menempuh dugaan
            Mengajar erti kesabaran
            Menjulang panji kemenangan
            Terukir namamu di dalam Al-Quran

            Rasulullah kami umatmu
            Walau tak pernah melihat wajahmu
            Kami cuba mengingatimu
            Dan kami cuba mengamal sunnahmu

            Kami sambung perjuanganmu
            Walau kita tak pernah bersua
            Tapi kami tak pernah kecewa
            Allah dan rasul sebagai pembela



              Wednesday, December 7, 2011

              Kisah Raja Buah

              Assalamualaikum.....


              Kali ini nak kongsi cerita pasal musim raja buah yang mana Kampung Gajah memang sinonim dengan buah durian, banyak kebun-kebun yang ditanam dengan pokok durian. Pokok-pokok durian ini berusia puluhan malahan ratusan tahun. Antara nama durian yang popular ialah durian Tok Paduka Raja. Antara kampung-kampung yang amat popular dengan tanaman durian ialah Selat Pulau, Kepala Pulau, Pasir Salak dan Pulau Tiga. Jadi sebagai anak jati Kg Pasir Salak maka dapat le sama-sama merasai nikmat musim buah durian kali ini. 


              Dibesarkan dalam kampung yang dikelilingi dusun buah-buahan memang banyak nostalgia dan pahit manis yang telah dirasai. Kalau dulu apabila musim buahan-buahan bermula maka suasana kampung akan berubah wajah sebanyak 360 darjah. Mana tidaknya kampung yang sunyi akan bertukar meriah dengan datangnya peraih2 dari luar membeli durian untuk dipasarkan. Anak-anak yang duduk di perantauan akan pulang ke kampung halaman untuk menikmati keenakan buah-buahan kampung bersama keluarga tercinta. Sesiapa sahaja akan merasa gembira pada musim tersebut kerana poket secara automatiknya akan menjadi kembung. 


              Walaupun kedua orang tua saya tidak mempunyai dusun sendiri tapi telah diberi kepercayaan untuk menjaga 3-4 dusun durian yang mana tuannya tinggal jauh. Amanah ini dipegang secara turun temurun dan ianya dipanggil pawah. Melalui cara ini pemegang amanah/ penjaga akan menjaga dusun dan mengutip hasil yang ada. Setelah musim buah berakhir hasil jualan yang diperolehi akan dibahagi 2. Penjaga boleh menikmati durian seadanya dan kadang kala buah-buahan tersebut akan dihantar ke rumah pemilik dusun. Rasanya sekarang ni memang payah le nak jumpa perkara macam ni. Pada masa kaedah yang digunakan adalah pemilik memajakkan dusun kepada sesiapa yang berminat. Nilai pajakan akan ditentu berdasarkan kepada bilangan buah durian yang terdapat di atas pokok. Pemilik akan menerima bayaran bersih dan tidak berhak ke atas buah-buahan pada musim tersebut. Jika bernasib baik pemajak akan mendapat untung besar setelah habis musim dan kadang kala perkara sebaliknya boleh berlaku. Jika dulu perjalanan untuk mengutip buah durian amat siksa kerana pelbagi rintangan perlu ditempuhi tapi kini pemilik boleh ke dusun dengan menaiki kenderaan seperti motosikal, kereta dan lori. 


              Kini kemeriahan musim buah-buahan di kg pasir salak tidak lagi seperti dulu kerana kebanyakan dusun durian telah diambil oleh Kerajaan untuk dibuat penempatan semula penduduk yang mana tanah mereka telah dibeli untuk membangunkan Kompleks Sejarah Pasir Salak. Satu perkara yang amat saya suka sekarang ni di kiri dan kanan jalan menuju ke kampung ini dipenuhi pokok durian. Syukur alhamdulillah pada kali ini buah-buahan di dusun abang andak dan yob telah dapat dinikmati sepuas-puasnya oleh keluarga besar kami. Kat bawah ni senikata lagu yang biasa dinyanyikan dulu ketika menunggu durian luruh. 

              Luruh le deroyan sebijik pun jadi,
              Luruh buah luruh dauh,
              Berbuah tiap tahun.



                Monday, December 5, 2011

                Alhamdulillah... Bersua Kembali

                Assalamualaikum.....
                Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi keizinan olehNya untuk terus berkongsi rasa dan cerita di sini setelah hampir sebulan tidak berpeluang untuk berbuat demikian. Kepada teman2 yang sudi berkunjung ke MyHomework, terima kasih daun keladi kalau berkesempatan berkunjung le lagi. Kepada mereka2 yang berpuasa pada hari ini, tahniah diucapkan dan semoga dipermudahkan untuk terus berpuasa pada esok hari bersempena 10 Muharram atau Hari Asyura'


                Sebenarnya banyak kenangan yang nak dikongsikan dan InsyaAllah akan dicatatkan satu per satu. Buat permulaan nak berkongsi kegembiraan kerana telah dapat menunaikan permintaam Mohamad Alif Daniel yang mahu dikhatankan semasa cuti sekolah kali ini. Walaupun banyak cabaran yang perlu ditempuhi ianya berjaya ditunaikan. Berkat sokongan semua ahli keluarga terutamanya tok wan dan mak tok dia, kenduri kesyukuran telah diadakan pada 27 November 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H dan disusuli acara berkhatan di Klinik Razak yang terletak bandar Baru Teluk Intan pada keesokan harinya. Pada peringkat awal timbul juga kegusaran di hati sebab sebulan sebelum cuti sekolah permintaan ini kerap kali diperkatakan dengan begitu bersemangat sekali. Masakan tidak buatnya hangat-hangat tahi ayam je memang haru dibuatnya nanti. 


                Beberapa hari sebelum pulang ke kampung dia sibuk meminta agar diajarkan cara solat baring supaya mudah untuk dia bersolat 5 waktu selepas berkhatan nanti. Setelah tiba hari yang dinanti, acara berkhatan dimulai oleh sepupunya, Mohamad Zamir Hakimi dan ketika itu kedengaran suara tangisan dari dalam bilik rawatan. Alif yang sedang duduk di ruang menunggu ditemani oleh bapa saudara sepupu @ teman sepermainan di kampung tersenyum sahaja dan mama terus memberikan kata2 semangat kepadanya. Manakala baba sibuk melayan aqil yang tak tahu duduk diam. 


                Disebabkan hanya seorang dibenarkan untuk berada dalam bilik rawatan maka tokwan menemani alif dan mama hanya melekapkan telinga di pintu. Alhamdulillah tiada tangisan didengari dan tambah melapangkan hati alif tersenyum lebar ketika melangkah keluar dan katanya tak rasa apa-apa pun.


                Syukur kepadaNya cuti seminggu yang diambil amat berbaloi rasanya kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga di kampung dan yang paling penting dapat menikmati kehidupan suri rumahtangga sepenuh masa selama beberapa hari. Huahhhhhhh memang penat sangat rasanya. 
                Kepada semua SURI RUMAHTANGGA sepenuh masa TAHNIAH diucapkan. ANDA MEMANG HEBAT.

                ~Hero baba & mama yang terpaksa ditinggalkan di kampung~




                  Saturday, February 5, 2011

                  Insan

                  Assalamualaikum...
                  Tak tahu le kenapa, kuat sangat rasanya untuk kongsikan bait2 lagu ni kat sini. Lagipun ada nostalgia  disebalik lagu ni. Ooppppsss tak yah fikir jauh2 ye. Masa di tingkatan 1 dulu kelas kami diminta untuk menyanyikan lagu ni dalam pesembahan koir ambil diiringi petikan gitar seorang teman. Poe nama glamernya. Best sangat masa tu. Apapun bersama le kita hayatinya.
                  Kita adalah insan
                  Menumpang atas dunia
                  Aku dengan caraku
                  Yang sederhana

                  Kita adalah hamba
                  Berbakti pada Yang Esa
                  Aku mencari sinar
                  Keredhaannya

                  Kita sama sahaja
                  Bezanya cuma amalan kita
                  Engkau dan juga aku
                  Saling perlukan

                  Oh cinta yang murni
                  Sebagai ikatan
                  Yang kukuh di hati
                  Demi masa depan
                  Jangan dihancurkan
                  Hidup yang indah ini
                  Akibatnya merana

                  Jangan hancurkan
                  Hidup yang indah
                  Kita adalah hamba Yang Esa

                  Dinyanyikan oleh Yantzen