Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Kajian buktikan penggunaan Kerusi Roda bawa keburukan untuk bayi



terbaca artikel pasal keburukan kerusi roda nih kat paper Berita Harian.. so, aku share kat sini yer.. untuk makluman dan perhatian kite jugak.. sharing is caring :)


Keburukan kerusi roda bayi sudah diperkatakan sejak dulu lagi malah ia turut menjadi isu hangat didebatkan ibu bapa, khususnya di forum keibubapaan di internet.

Bagaimanapun, penggunaannya masih lagi meluas mungkin disebabkan pelbagai faktor dan paling tidak dapat dinafikan, ia dikatakan memudahkan tugas ibu bapa untuk mengawasi anak yang semakin membesar.
Keburukannya tidak boleh dilihat dalam masa yang singkat tapi percayalah, kesannya akan dirasai apabila anak itu meningkat usia," Dr Sham Yusof, Pakar fisioterapi.
 Ada kajian dijalankan mendapati, bayi yang berlatih berjalan menggunakan kerusi roda lambat duduk dan merangkak. Mereka juga mendapat markah paling rendah berbanding bayi lain dalam ujian yang digunakan bagi melihat perkembangan mental dan fizikal.

“Penggunaan kerusi roda boleh menyebabkan betis anak menjadi melengkung. Kesan bentuk kaki melengkung akhirnya akan menjejaskan kesihatan tulang belakang, punggung dan koordinasi berjalan.

Akademi Pediatrik Amerika juga tidak menyarankan penggunaan kerusi roda, selain mengganggu proses anak untuk belajar berjalan, ia juga boleh mengundang bahaya akibat terjatuh.
Boleh baca artikel penuh kat link bawah ni yer...


p/s : dah jimat satu barang tak payah beli untuk baby.. ngehngeh... tapi dulu hadif pon aku tak beli kerusi roda nih... umah sempit noks.. tak bebas bergerak.. eh, tapi rasanya ada la pinjam kerusi roda sepupu kot! lupa sudah... hahaha..