Showing posts with label Midvalley. Show all posts
Showing posts with label Midvalley. Show all posts

Money Changer Murah di Midvalley



 InsyaAllah, hari Khamis ni kami sekeluarga nak ke Jakarta-Bandung... cari baju raya.. hakhak... rasanya semua dah ready kot, tinggal nak kemas beg je la kot.. baju-bajan pon bawak 2-3 lai jer.. kata nak soping kat sana kan? bawak beg kosong je banyak... persediaan tuh. :b

Hari Sabtu lepas pon dah selamat tukar duit.. aku tanya member aku yang keje kat google tuh, die slalu travel around the world - dia cakap money changer yang murah kat Midvalley katanya. M.V. Forex kat LG, depan KFC. so ke sana la kami...

 ini la kedainya... beratur panjang kau orang nak tukar duit tengah² bulan ni.. huhuhu


 rate aku dapat haitu 1 juta rupiah = Rm319


 Mr.K sibuk kira duit...


 ni alamat kedai tu yer.... in case korang nak tukar jugak...

Doakan kami selamat pergi dan balik ya... :-)


Jenjalan Midvalley~

.
.
Assalamualaikum dan selamat pagi Selasa........ ade yang ingat haini isnin ker??

lemau betui haini kan? maklum la lama bercuti... syiokk ar korang yang mana balik kampung tuh... waaaa... rindunya kampung!! bila bleh balik nih???

cuti baru ni adik ipar aku bertunang. majlis buat kat umah aku... so, penat die jangan tanya lah! majlis hari sabtu... hari ahad tu the whole day memang dok kat umah je la.. qado tido.. kuikui.. belah malam je kua pi cari makan.... dan semalam, hari Isnin baru la kami kua jalan² ukur shopping complex. hewhew....

knowing my hubby, tempat shopping yang paling die gemar ialah Midvalley.. mana lagi??? hewhew... tak tau la pasal pa dia suka sangat p MidV. tapi kena gerak awal la coz midV kan susah dapat parking time cuti camni~

 tengah tunggu hubby mandi... camwhore la dulu.. kuikui... edit gambo guna snapseed membuatkan mukaku jadi putih gebus... :b


cam biasa, si hadif celik mata pagi² mesti cari katon dulu.. suka betui tengok tv dekat². dah bapa kali marah pon camtu jugak.. haih.


 baby besaq.. kuikui... kalau tak bawak buggy nih, sesak napas aku wei... dengan nak berdokong, dengan die berlari... cer korang bayang nak dokong budak malas jalan ni satu midV. tak ke pengsan?? takpe la.. rela bagi dia dok lam ni...


 bekenan sangat kat kasut pink tuh.. cap Forever21... tapi semalam nak pi beli kasut sukan. aku kan nak start jogging skang ni.. huhuhu.. so, tutup mata je la sambil berlalu pegi... sobsss


 balik dari Midvalley, hubby singgah kedai beli ikan merah... tetiba die mengidam kari kepala ikan pulak dah.. haih. 1st time ever aku masak kari kepala ikan nih.. kalau masak kari ayam tu selalu lah... 

semalam tengok wayang cite The Hobbit. layan jugak cite nih, tapi skali ending tergantung daa... komfem ada sambungan. ceh.

wokeh... nak pi jenjalan rumah kowang pulak.. ramai pegi melancong nampaknya.. hehehe


Published with Blogger-droid v2.0.9

Rompakan di carpark Midvalley | Kaum Wanita sila hati-hati

.
.
Wahai kawan², pls hati-hati yer. Elakkan jalan sorang2 tak kira ke mana skali pun. Amat bahaya nowadays. jenayah tak kira tempat. Haitu kes culik di the curve, now kat midvalley pulak... Parking soping complex dah tak selamat. Serammmmnya.

Baca cerita lanjut kat link bawah :



posted from Bloggeroid

Pancake Durian Sweetchat | Sedap Gilerrrrrrs

.
.
haitu masa pegi midvalley tengok pameran mickey mouse, pas jalan² rasa lapau pulak.. lagi pun nak menunggu tengok wayang kui 4 lebih lagi.. so lepak kat Sweetchat je la.. minum² petang kononnya... huhuhu...


harga kat sini ok la. not bad. harga food pon tak sampai spuloh hinggit.. tapi ade jer yang harga belas² ringgit... terpulang kowang nak makan ape.... selak² menu terpandang pulak pancake durian.. pergh... dah kecur ayaq liuq dah.... slalu tengok je orang publish kat belog n fb... terus order nak try rasa...


pancake durian idaman hati~


rasa dia???? gilerrr sedap weiii... tak tau nak describe... rasa nikmat gila... rasa durian, rasa cream. sejuk lak tu... pergh...... sorga.... uolls yang belum penah try shud try hokey! harga RM7.90 rasanya.


order tea set - saje nak try makan scone... not bad at all!!!

dah terliur nih tengok pancake tu!!!! helppppppppzz........


.