Showing posts with label Haven Look Out Point. Show all posts
Showing posts with label Haven Look Out Point. Show all posts

Besday Dinner @ Haven Look Out Point

 .
.
Look out Point/Menara Tinjau dah kena Tutup baru hegeh nak UP entry makan². citer dah basi. ngehngehngeh...
.
 PINTU masuk ke Menara Tinjau Ampang sunyi selepas MPKj mengarahkan semua premis perniagaan di situ ditutup kerana melanggar peraturan, semalam. 
 .
*aku dah up cerita pasal look out point ni kena tutup kat ENTRY NI. taktau la bile dorang leh bukak balik restoran ni. huhuhu...



haitu aku ada beli mydeal haven look out point. dua orang makan hanya RM50. so, harus rembat untuk sambutan besday aku bulan lepas punye.. huhuhuh...


 aku naik dari Ampang.. mencabar jugak nak cari jalan die.. atas bantuan google maps akhirnya sampai jugak... boleh tahan jalan nak naik atas. kiri kanan hutan jek... tapi time balik kami ikut jalan ulu langat-sungai congkak tu.. lagi dekat kot nak balik Putrajaya...


 sampai jugak akhirnya... asyik dok tengok orang up sana up sini pasal haven ni... akhirnya........... eceli kat look out point ni ada jugak restoran lain tau bukan haven sajok!


 masuk je restoran tu pelayan tu dah tanya, mydeal??? sebab nampak aku bawak kertas baucer tu kot! hhuhuhu... dapat je seat, terus die kasi menu khas untuk yang dah beli baucer mydeal...


sebab tu restoran² kat sini kena tutup kot! sebab memang dekat nau dengan cerun!


aku dapat seat strategik jugak la.. leh nampak satu KL. ni dalam kui 6 lebih.
.
 
takleh pilih air lain... ini je die kasi dalam baucer - teo ais limau


 boleh pilih mushroom/chicken soup


 hubby aku punye... sirloin steak kot.. ingat² lupa suda... tapi sedapppp sgt!


aku punya fish n chips. rasa die biasa jer..


malam~


 bukan main tombammm muka aku!!!
.
 so far, makan kat sini biasa² je kot! aku punya menu tu tak kick ah... nyesal order tu. kalau tau order cam laki aku punye... huhuhu... tapi nasib baik pemandangan lawo... ni 1st and last la kot makan kat sini. ye la, restoran pun dah kena tutup kan? entah bile pulak leh bukak balik...
.
.
..

Look Out Point / Menara Tinjau DITUTUP!

.
.
PINTU masuk ke Menara Tinjau Ampang sunyi selepas MPKj mengarahkan semua premis perniagaan di situ ditutup kerana melanggar peraturan, semalam.



KUALA LUMPUR 19 Jan. - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertindak menutup semua aktiviti perniagaan di Menara Tinjau (Look Out Point) di Jalan Hulu Langat-Ampang kerana melanggar peraturan.
Yang Dipertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abd. Rahman berkata, penutupan itu dibuat setelah pengusaha di situ dikesan melakukan tambahan dan pengubahsuaian yang keterlaluan sedangkan premis mereka berada di kawasan cerun.
.
Pengusaha juga, katanya, gagal mengemukakan sebarang permohonan pelan atau dokumen yang berkaitan kepada MPKj walaupun telah diberikan lima notis sejak Ogos 2011.
"Notis terakhir di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ditampal di premis berkenaan kelmarin dan operasi menutup telah dilakukan semalam.
.
"Selain itu, ada juga pengusaha yang dikesan beroperasi tanpa lesen," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
.
Hasan Nawawi berkata, tindakan itu perlu diambil bagi mengelak kejadian runtuh memandangkan keseluruhan bangunan yang didirikan tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF).
.
"Berlaku pertikaman lidah antara pengusaha dengan kakitangan MPKj semasa operasi penutupan dilakukan. Pengusaha yang tidak berpuas hati boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk tindakan lanjut," katanya.
MPKj, katanya, telah meletakkan batu penghalang di pintu masuk ke kompleks itu dan orang ramai tidak dibenarkan memasuki kawasan itu untuk sebarang aktiviti.

***********
 p/s : hohohoh... last week hubby aku ada cakap dia baca kat paper pasai look out point ni dah ditutup. sampai bila tu aku tak tau lah coz pengusaha restoran kat situ tengah fight kan? aku dah makan kat sini bulan 12 lepas kot, tapi tak sempat nak buat review lagik.. nanti² aku buat entry pasal haven look out point hokey!

.

Dah dapat tempat IDAMAN untuk sambut BESDAY aku... yeay!

.
.
.



kat mana???




















































































@ HAVEN RESTAURANT (AMPANG LOOK-OUT POINT)


tadi bukak Mydeal, terus nampak offer nih! apa lagi. terus aku grab.. memang dah lama nak pegi sini.. teringin sesangatt.... akhirnya mimpi jadi kenyataan... cheeewahhh... tak sabar nak pegi bulan Januari nanti sambut besday aku kat sini... ngehngeh...


dalam kepala aku memang dah dok pikir nak ajak laki aku celebrate anniversary kitorang kat sini 23hb nanti.. tapi time tu kitowang kat kampung coz adik aku kawin.. so, sambut kat umah mak je la nampak gaya kan? tapi memandangkan minggu depan nye besday aku, so why not sambut kat sini.. bagai mengantuk disorongkan bantal (bedal je pepatah), ade pulak deal makan² kat sini, memang REZEKI lah!!! offer banyakkkk gilerrr tu weh! kalau dua orang makan patutnya dah RM100++, bila guna baucer ni aku kena bayar RM50 sajok untuk 2 orang!!! wahhh... ini sudah bagus! penjimatan berganda! mak sookaaaa...


jangan la nak heran pulak.. kalau bab-bab planning sambut aniversary/besday memang orang pompuan la paling hebattt kan? haahahah.... laki aku mana reti semua ni noks! tengok komputer pon jarang².. dah kejenye tak perlu ngadap pc... so, memang die tak kisahhh kot deal² camni... yang die tau, aku buat plan, die ikut dan bayar saja.. buat la ape saja, die setuju jek! senang keje mak!!


ohhh.. laki mak dah tanya tu nak hadiah ape sempena anniversary/besday!!! tapi bagi satu hadiah je la sebab tarikh anni/besday dekat².. huhuhuhu... tak kisah pon, asal laki bagi hadiah.. kalau tak kasi... tido luar lah kau! hahahah..




ok.. jom tengok sikit ape yang best pasal deal Ampang Look-out Point nih....


Dig into this scrumptious feast of a 2 Course Western Set Meal, complemented with a refreshing burst of ice lemon tea; at a mouth-watering price of only RM25nett instead of RM57.20!

Choose from a myriad of main courses - from succulent meats, juicy fish fillets, springy noodles and pastas to oven-baked pizzas - and savour this ambrosial feast for the senses. Further quench that appetite for savoury goodness and slurp down some soup - choice of creamy chicken or mushroom.










haaa.. pilih la mana menu ko nak makan!!! hehehe... tak sabar.....

sape yang nak beli deal ni, cepat².. tinggal bape jam lagi nak tamat deal nih.. cepat yek!!!

klik MYDEAL

.