Showing posts with label Hong Kong Vacation 2018. Show all posts
Showing posts with label Hong Kong Vacation 2018. Show all posts

Cuti-Cuti Hong Kong 2018 - Check in Disney Hollywood Hotel


Assalamualaikum n good morninggg ^____^

Marilah kita sambung balik entry Cuti² Hong Kong bulan Mac 2018 yang lepas... ngeeee~ 


DAY 4 Sunday (11 March 2018)
check out from airbnb @ Chungking Mansion
check in Disney Hollywood Hotel
Full day @ Disneyland Hong Kong

Hari ke-4 di HK, pagi² lagi dah check out dari airbnb sebab nak check in Disney Hollywood Hotel pulak. hari ni memang fullday dalam Disneyland ajer... so, better check in hotel dalam Disneyland, sebab memang komfem kepenatan satu hari dalam tu. dengan nak melayan anak² yang cranky, penat, lapor.... so kalau ada bajet lebih, memang aku suggest korang stay je hotel area disneyland tu.

Check out je dari airbnb tu, turun je bawah kami decided utk naik kereta sewa jer.. tak larat dah nak angkut begss gedabak tu naik turun train.. dekat bawah Chungkin Mansion tu, memang belambak perkhidmatan kereta sewa by Pakistani/Bangladeshis kat sana... so deal punya deal dapat la sewa kete aplhard untuk kami semua.. merasa jugak naik alphard kat Hong Kong :p

 Ada 3 hotel kat dalam Disneyland : - 
1) Disney Explorers Lodge, 2) Hong Kong Disneyland Hotel, 3) Disney's Hollywood Hotel


dan Disney Hollywood Hotel yang paling murah.... sebab tu pilih hotel ni, sesuai dengan bajet gitewww~ mueheehehe


lobby Disney’s Hollywood Hotel! lawa kan?

Sampai jer hotel, tunggu akak ipar aku setelkan check in dulu. tapi takleh masok bilik lagi, kena tunggu pukul 3 petang baru boleh masuk. Beg-beg semua orang hotel simpankan dulu masa kitorang masok Disneyland. 

lepas check in, jalan² area hotel dulu. nak pegi Disneyland pon awal lagi masa ni.. pintu belum bukak.

kawasan hotel ni sangat besarrrrr dan taman dia sangat cantik~


  biru mata hitamku....


 pool tutup under reno la pulak time ni~


kalau pool bukak pon sanggup ke mandi wei? sejuk ketorrr time tu suhu kat HK :p


playground~


 besarrrrrrrrrrrr~


dah sampai Hollywood~


background comel~

 
ni gambor dalam bilik pulak~


 dapat masok bilik pon dah malam dah.. keluar dari Disneyland pon dah malam wei... memang penat gilaaaa satu hari dalam tu... 


channel disney je la budak² ni layan~


 simple je bilik air dia~

 
 anak² pon tak sempat pon nak berkubang dalam bathtub. semua kepenatan~


sabun mandi~


comel je bentuk Mickey~


dan kalau menginap kat Disney Hotel, dapat la priority admission pass ni.. boleh la potong que naik ride yang ramai orang... 

nanti bila senang n ada mood, aku sambung cite dalam Disneyland pulak ye. till then, bubye ♥~


Hong Kong DAY 3 - Peak Tram - Sky Terrace 428 - Islamic Canteen, Masjid Ammar


Hari ke-3 di Hong Kong ~ ikut itinerary kami akan naik Peak Tram 🚃 untuk ke Victoria Peak & makan dim sum sedap di Islamic Canteen. 

Sebelum tu, aku tepek gambo² Avenue of Stars dulu yer... Avenue of Stars ni macam ala-ala Hollywood Walk of Fame gitew... kalau tak datang sini macam tak lengkap la trip korang.... masa 1st day kami sampai HK, sempat pegi sini waktu malam, tengok symphony of light. tengok lampu² jer... so, datang siang clear la sikit pemandangan~ boleh tengok bangunan pencakar langit tu...

tapi malangnya skang ni Avenue of Stars under reno sampai ujung tahun, so tak dapat la bergambo ngan patung Bruce Lee tu~ sedihhh T__T


tengok bangunan je laa~


jalan² tengok kawasan sekitar~



untung duduk kat area Tsim Sha Tsui ni, mudah access banyak attraction places dengan jalan kaki jew~



so, moh la kita naik turun tren lagi untuk hari ke tiga ni. ngeeee~ the struggle is real babe klu  travel dengan kids, pastu naik pengangkutan awam pulak tu! 

tapi apa ada hal! pengalaman tu paling berharga.. bila lagi nak merasa khen?? dan hari ke-3 ni special skit sebab boleh kata semua jenis pengangkutan awam kat HK ni kami naik :p

1st destination nak pegi hari ni adalah Peak Tram!! Tiket naik Peak Tram + Sky Terrance 428 beli siap² dari website KLOOK

Oleh sebab tiket beli dengan agent KLOOK, so ikut je instruction yang dia bagi.. kami amik trip naik ke The Peak pukul 11 pagi. so, kena berkumpul dulu kat tempat yang dorang dah tetapkan. yang bestnya klu beli dengan KLOOK, kita boleh skip que. so jimat la masa skit~

Ni tempat berkumpul utk orang yang beli tiket The Peak dengan Klook~ depan MTR stesen je. ramai jugak yang beli dengan Klook rupanya... yang aku perasan ada dari Singapore, Indonesia & Filipina~


Klook akan bagi sticker ni pada yang beli tiket dengan dorang~ lepas tu jalan la ramai² ikut agent Klook tu pegi Peak Tram Entrance. tak jauh sangat tapi sebab kena naik bukit, terasa jugak mengah dia~


tiket Peak Tram 🚃



Tram dia tak jauh beza pun dengan cable car Bukit Bendera.


Tips naik Peak Tram ~ bila nak naik, cepat² amik seat kat belah kanan sekali. Sama juga masa nak turun pun duduk kat tempat yang sama. Kat belah tingkap kanan, korang boleh tengok view yang sangat cantik. naik tram ni pon tak lama tak sampai 10 minit pon~


ni la rupa The Peak Tower.. (gambar google)

Kat atas sekali tu la Sky Terrance 428 tempat korang leh tengok view Hongkong dari puncak yang tertinggi kat HK.. 

So, apa yang ada dekat The Peak ni?
 Dalam bangunan tu ada museum Madame Tussaud, Hard Rock Cafe, shopping complex, Sky Terrance, Peak Market (shopping sebenier), coffee shop, etc.

So, kitorang pilih untuk naik terus ke Sky Terrace 428 - nak tengok view dlu. lepas tu baru cuci mata & poket kat sopim complex bawah. ngeee~


Subhanallah.... cantik sangat kan?

 dari atas ni kita boleh tengok  pemandangan hampir keseluruhan kota raya dan pelabuhan Hong Kong.


walaupun bangunan jer, tapi cantik sangat! kagum betui tengok kemajuan HK~






rehat jab bagi budak² makan, pastu kena sound ngan security guard. dia tak marah pon, dia suh duduk atas kerusi jea, jangan duduk kat lantai. ngeeee~


antara ahli rombongan~


Next... kita turun bawah pegi Peak Market pulak...kat sini memang penuh dengan kedai jual souvenir.. macam-macam ada.. tapi mostly kat sini fix price takleh nak nego harga sangat la..


Tips :  kalau nak beli keychain boleh beli kat sini.. dah survey, murah dari Ladies Market~ tapi klu nak beli tshirt Hong Kong or bag bole beli kat ladies market di Mongkok.


tapi kene tawar separuh harga tau sebab harga dia bukak mmg tinggi.. beg ni kena sevey byk kedai jugak. ada kedai juai 7 bijik HKD100. ada yang jual 10 bijik HKD100. so dapat dalam RM5 je satu. murah kan?

okey, nexttttt kita ke  Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre. nak makan dimsum yang super femesss dan sedap tu!

nak ke Masjid Ammar, kami naik ding ding tram ni~ tram ni naik dari pintu belakang, dan turun dari depan. bayar guna octopus card.


alolo kesian anak² ibu kena berdiri dalam trem. masa ni terpisah kejab. dorang kat tingkat atas, ibu kat tingkat bawah~



 Masjid Ammar And Osman Ramju Saddick Islamic Center (gambo google)

Dalam masjid ni la ada Islamic canteen yang serve dim sum. Kantin dekat tingkat 5, tempat berwuduk di tingkat 1, tempat solat di tingkat 2 untuk lelaki dan tingkat 3 untuk wanita.

 ramai Malaysian datang sini kalau nak makan dim sum halal dan sedap. pastu balik² orang yang sama pulak tu kami jumpa.. adehhh.. dah macam pegi Perth haitu, hari² jumpa orang yang sama. boleh pulak tersama itinerary. hahahaha~

Kantin ni dibuka dari pukul 10 pagi - 9 malam. Tetapi dimsum serve lunch hour je. dan kami terlepasssssss nak makan dimsum.. hurmm... sedihhhh T___T

tapi.... ada je menu ala carte lain yang boleh order. 

Portion makanan kat sini besar hokey. Boleh share 3 orang makan.






lepas makan, naik bas , then tukar MTR pulak.. pastu baru sampai tempat penginapan. fuhhhh.....

sambung citer day 4 (disneyland) pulak nanti bila ada mood nak menaip..

till then, babai n selamat berpuasa~


Cuti-Cuti Hong Kong 2018 DAY 2 - Ocean Park



Hari kedua di Hong Kong kami ke Ocean Park! at first masa kak ipar aku buat iti, aku macam haaa? ocean park?? apa tu? best ker? mungkin Ocean Park tak seglamer Disneyland, tapi yuolss kena pergi dulu hokey! aku boleh cakap Ocean Park ni combination antara theme park Genting + Aquaria KLCC + Zoo Negara gitew... rasai sendiri... seriyes bestttt gilers! 

 Ocean Park ni ride dia lebih extreme dan sesuai untuk golongan remaja/dewasa lah.. si hadif tu suka lah dia! memang dia pulun naik ride sungguh²... 

Macam biasa, tiket beli online kat Klook TravelHarga tiket HKD 250. Best beli kat KLOOK sebab murah and tambah bila  dapat promo code lagi murah!! lagi pon boleh claim cashback!! mak is sookaa!!  

Masa kami pegi cuaca memang best lah! sejuk² ekon gitew... tak bepeluh pon! sesekali bila angin bertiup tu terasa la jugak sejuk sampai ke tulang... 


ngam dekat kui 10 pagi kami sampai.. gate baru nak bukak~


kami ke sini naik train.. 2 kali jugak la kena tukar train baru sampai.

sama jugak macam disneyland, Ocean Park pon tak boleh bawak food luar... tapi orang yg check beg tu selongkar gitu² jer... tak beriya pon.. kami siap bawak bekal nasik goreng hokey!


Ocean Park ni terbahagi kepada dua bahagian : Waterfront & The Summit

Waterfront (bahagian bawah) - kat sini hiburan lebih kepada kanak²... ada aquarium besar macam Aquaria KLCC tu, panda, ride,carousell utk kids, etc.

The Summit (bahagian atas/puncak) -  ada theme park and sesuai untuk dewasa la kan? ride dia memang thrill giler... nak pegi The Summit kena naik cable car. nak naik ocean express pon boleh.

jadi, sebab nak menjimatkan masa, kami pecah kepada 2 group lah! satu group jaga kids kat bawah.. satu group lagi pegi terus naik The Summit... nanti bila dah setel main kat bawah, baru kami naik atas join yang lain... aku komfem² la kena tunggu budak² setel main kat bawah dulu baru naik atas... lagi pon sejak dah jadi remaja purba ni, dah jadi penakut pulak nak naik roller coaster bagai. sobs..


tengok orang dok beratur nak bergambo ngan maskot ni, kita pon join skali lah~ tapi sayang betui... kat Ocean Park ni aku tak banyak snap gambo... banyak buat instastory jer... adess...


Ocean Park ni sangat besar hokey kawasan dia... dinasihatkan ambik map and study sikit mana attraction place yang kena pegi dulu..... 

so, kita mulakan dengan yang paling dekat dengan pintu masuk.. kita pi The Grand Aquarium dulu.


The Grand Aquarium ni ala-ala macam Aquaria KLCC. boleh tahan besar jugak and ada macam-macam hidupan laut ada kat dalam ni.



sejuk² ni syiok la mek haura ni tidoq... tak tengok ikan pon dia.. sobs...


 fountain yang cantik ni kat depan The Grand Aquarium ni jer... katanya ada fountain show pukul 7 malam tapi kami balik awai.. malas nak stay..


Giant Panda Adventure


layan show kat sini dulu~ 


sebelum nak ke Cable Car Station akan lalu Old Hong Kong dulu... merasa la feeling² HK zaman dulu~


jom naik cable car~


 cable car kat sini banyak dan tak yah tunggu lama. masa weolls naik, tak payah beratur pon. terus jer dapat naik... agaknya semua orang dah naik atas kot.. weolls je baru habis pusing bawah.. itu pon ada lagi tempat yang kami skip.. huhu~


eksaited yer dik dapat naik cable car~


seriyesly gayat wei.... sebab lalu  tepi lereng bukit n tepi laut... rasa macam tak safety pon ada... huhuhu~


the view~ cantikk!!


yeay dah sampai atas. layan view kat sini dulu~


Bila dah dekat atas ni, cuaca masih sejuk walaupon matahari dok mencanak!! memang nice sangat weather... panas yang sejuk giteww.... nak berjalan pon best!


stall dalam gambo ni tak halal yer... 

while tunggu yang lain pegi main, kami lepak² sambil makan kat belakang stall ni... kat situ ada tempat makan. aku tengok ada jer orang depa bawak food sendiri.. so rasanya pada yang nak datang sini nanti, better bawak bekal sendiri... ada jer stall halal, tapi mahal gills... set roti sosej + air dah dekat RM50. fuhhhh!


ni dekat area Marine World~


depan Shark Mystique



time ni semua yang dah berpecah tadi berkumpul balik.... duduk, rehat² kan kaki.... memang dah penat sangat time ni.. kaki aku pon dah start melecet dah... so, decided untuk turun ke bawah walau pon ada lagi tempat tak cover... fuhhh... besaq weh Ocean Park ni!!


ni tengah que nak naik cable car... orang dah start turun, so amik masa sikit nak naik cable car... 


ni dah turun dari The Summit~ abam hadif skang memang payah nau-nau nak ajak bergambo... klu dia nak pon, start la buat muka ntah pape.. gereemmm!


dah sampai bawah... kat laluan turun tu jumpa balik Old Hong Kong tu....


cik adra, sepupu hadif~


masa datang tak sempat bergambo kat sini... lagi pon hadif awai² lagi dah join group lagi satu naik puncak... so, masa turun ni la sempat nak bergambo anak-beranak~

so, selesai DAY 2... kita jumpa next entry pulak yer~ bubye ♥